Wednesday, 25 December 2013

Suatu petang di tepi pantai

Assalamualaikum dan hai

Aku tengah online waktu tu dan tetiba sampai satu notifikasi daripada member aku.

"Jom gi pantai cari resit" 

Resit disini bukan bermaksud resit untuk bil bayaran or apakebenda yang seumpama dengannya. Logik la kan, cari resit kan pantai of corse la benda tu hidup kat laut. Kalau ditanya nama binatang ini dalam bahasa baku, seryes aku lansung tak tahu. Dah dari kecik lagi duk panggil resit dan remis. Really don't know la nama saintifiknya. The people said, remis tu lebih besar daripada resit dan senang dimakan oleh sebab kerana faktor saiznya. Ayat apakah itu? Menangis cikgu Rosma kalau baca entri aku ni. Dulu dia duk pong pang pong pang mengajar BM dalam kelas, last-last begini jugak ayat BM aku. haha

Dipendekkan citernya i got massage from Biah and yeahh, i go laa. Apa salahnya kan pergi mencari resit dan remis walhal seumur hidup aku, tak pernah lagi aku buat. Excited tu excited jugak tapi ma siap pesan,

" Kalau nak makan sangat, ambik duit pergi beli. Kat kedai tu seringgit je"

Tapi keras kepala jugak nak pergi dengan niat pada mulanya nak tengok je diorang cari. Tengok je! 

Around 10 a.m kiteorang gerak. Yang aku takleh tahan nak gelak bila pada mulanya janji pukul 9. Adehh, aku masih enak berpayungkan selimut tebal di bawah kipas sambil mengeliat kecil. Mengambil peluang lepas subuh untuk berehat di bawah selimut. Berehat kah? i think so haha


Excited dapat jumpa pantai walhal dari rumah nak pergi ke Pantai Irama ni hanya lah setengah jam dan disinilah aku selalu lepak dengan bro-bro aku. Please jangan tanya kenapa pakai kasut ke pantai. Matlamat asal hanyalah nak jadi pemerhati di daratan sahaja tau. Tiada niat lain sehinggalah ada faktor -faktor yang mengoyahkan pendirianku. Waduh waduhh..

Oh ya, sebelum tu nak habaq mai, aku jatuh ke dalam jerat ( sadisnya wuwuwuu!). Not jerat actually tapi tanah yang terhakis. Masa tu nak bangun dari batu tempat aku duduk tapi masa nak melangkah, zuupp!! Aku terjatuh berdiri ke bawah. Nasib baik takder air kalau tidak nanya jugaklah jadinya. Tebolashh!! haha

I said no no no!! Matahari memacak atas kepala dan ombak bergulung-gulung macam nak telan orang. Macam mana nak cari resit ni?? Ah.. kami berfikir sekencang-kencangnya. Mahu balik tanpa resit disisi,hah?? Menganak tirikan tujuan asal untuk mencari binatang kecil itu kah? Hati kami buntu dan kelu seketika *ayat over.


Dibayangi rasa teragak-agak. Nak masuk air ke tak. Nak masuk air ke tak.


Aduh.. akhirnya masuk ke dalam air dengan hati berbaur-baur. Matlamat dan terpesong. Tiidddakkk!!!( Tanda seru tiga kali menyatakan rasa terkejut yang teramat ) Dengan seluar yang sudah basah di dalam air masin yang sejuk. Pergghh! i love pantai hihi. Matlamat yang nak jadi pemerhati tadi aku sudah tak peduli. Air laut seakan memanggil-manggilku. Mihahahahhha.. * hati gelak senang *


Excitednya cik adik kita ni.

Oh ya, if you notice kat belakang diorang tu, aku ada dengar citer yang diorang nak buat restoran kat situ. Siap dah ada tapak lagi kau tau. Seriously, i cannot brain this. Mengarut! Tak paham ak dengan cara diorang berfikir pon. Memang la orang kata, orang yang berjaya ni bijak mencari peluang tapi dah kenapa peluang kat ats tu jugak dinampaknya. Tanah-tanah semua dah terhakis maknanya kalau ada restoran nanti, hanyut di bawa ombak. Dah la ombak kat sana bukan main dasyatnya lagi. Adehh.. tak terfikir aku dengan idea bernas diorang. Aku yang berfikiran tidak logik kah? Rasanya aku dah fikir sehabis logik lettew :P





Before kite belayar meredah lautan dalam mencari resit dan remis,moh ler kite snap snap dulu semangguk untuk mengumpulkan semangat ke'team'an   kihkih


again?? 


 (nyanyi denga suara Siti NorHaliza )
Di tengah mentari kita berjalan dengan beriringan.
Menanti pasti ,menyulusuri matlamat



Shhh.. dont say any words... masih meneruskan pencarian. Mata mesti fokus. Hati mesti tenang.

Dengan segala semangat yang telah terkumpul sebentar tadi, dapatlah beberapa cupak untuk hasil tangkapan kali ini. Hati yang redup terasa berbunga segar. Badan yang letih kembali bertenaga.

Lepas tu  .. dan lepas tu kitorang isi minyak ke dalam badan masing-masing dengan air kelapa a.k.a air nyorr. Pergghhhh... segar!

Mak aihhh.. dah makan bermangkuk-mangkuk boleh gelak senang pulak cik akak akak sekalian ni. 


From L : si tembam Syerah , Esoh, Ika dan Biah

Aku pernah tulis pasal kami dalam satu entri yang tajuknya Zaman Ribena. Click here if you want to know us better. Bajet macam orang nak kenal je hehe. Persahabatan kiteorang yang terjalan disaat we all masih belum kenal dunia. So sweet kan kan? *_*


Oh ya, tak lupa jugak Etiey dan Waniey and Esoh ( again!) hihi

Balik dengan hati yang seronak seronak beronak ronak dengan tangkapan kami sehinggakan tanpa sedar pipiku dah jadi merah macam dipakaikan blusher. Adushh.. sunburn!! Kulit muka dah jadi gelap dalam hanya beberapa minit. Nampaknya harus kembali berkurung untuk menyamakan tona kulit yang tidak sekata.

Love you all,
 XOXO

No comments: