Tuesday, 22 April 2014

Truth Or Dare

Assalamualaikum

Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal satu game macam yang aku bagitau kat atas tu. Game ' truth or dare'. Game ni agak famouslah dikalangan remaja sebaya aku ni agaknya sebab bila sebut aje game ni terus semua angguk nak main. Nampaknya aku je yang ketinggalan sebab aku baru tahu game ni wujud masa form 5.Oh cop cop bukan aku baru tahu game ni wujud form 5 tapi aku baru tahu yang game macam ni dinamakan macam tu hahaha. Dulu aku pernah tengok game ni masa tengok filem Muje Dosti Karongge yang diorang main masa majlis pertunagan Pooja dalam filem tu. Hokey, aku bukan nak tulis pasal filem hindi lagi laa :') Cuma game ni kalau tak silap aku ada dalam filem tu.

senang cakap macam game main pusing botol macam nih

 How to play?? Senang je pon. The rules adalah... tada!~ please takyah dok tadaa tadaa sangat boleh tak ;'0


Start main game ni masa form 5 after trial exam among gegirls je so takder la nak malu bila share apa-apa. Tapi peraturannya bila dah tahu tu hanya setakat tu je takyah nak duk canang dan hebohkan kat orang ramai. Tak dapat profit pon tolong promotekan news orang kan? Masa tu soalan ngetop adalah..

Ada admire kat sesiapa tak?

Cepumas punya soalan yang semua orang macam excited je nak tahu. Termasuklah aku orang yang excited nak tahu tuh hahaha. Well, itu macam normallah kan kalau girls suka boys, yang tak normal tu kalau soalan tu diterbalikkan pada same gander so soalan tu dikira soalan wajib jawab tiap kali main game nih. Aduhai la.. jadi macam soalan wajib exam la pulak :P Paling aku suka bila pusingan botol tu tuju pasal kawan aku yang sporting. Dia declare sungguh yang dia suka si dia dia dan bla bla bla. Kekawan yang lain macam ' Hokey kau jujur gila beb!!' Aku pon takder keberanian nak mentionkan siapa yang aku minat dengan orang yang bukan betul-betul bonding dengan aku. Kira macam aku terkejut jugak dengan jawapannya yang jujur dan bersahaja.

Tetiba kena giliran aku memang adoi sungguh la. Aku speechless. Siapa la yang agaknya aku minat. Aku ni berhati beku sikit kalau ditanya siapa yang aku admire. Sebab aku ni acah -acah je suka orang. Gitu-gitu je tapi takder la pulak serius. Tapi kalau nak ikutkan yang aku admire memang ramai la. Tapi admire gitu-gitu je la. Akhirnya tau apa aku jawab? Aku dengan sebulat suara yang penuh perasaan aku jawab,

Admire kat Dr. Sheikh Muszaphar

Diorang seryes muka tak berpuas hati dengan jawapan aku hahaha. Laa memang aku suka pon dengan Dr. SMS tu memang kekewan aku sumua tahu kot. Aku dulu memang pantang tengok gambar Dr.Sheikh keluar paper ke apa ke mulalah aku nak beli. Nampak tak betapa tak siuman nyer aku dulu. Kalau difikir -fikirkan balik aku rasa annoyingnya aku waktu tu haha. Tapi Dr.Sms ni sampai sekarang aku suka plus dengan family dia lagi.Selalu jugak aku baca blog dr.halina, wife dr.sms ni. Best la BarelySupermommy ni. Just love to know their life. Okay berbalik dengan citer aku tapi masa diorang dengan muka tak berpuas hati tu soal aku, masa tu jugak kelas yang takder cikgu masa tu habis masa. Fuhh.. lega aku!! Janganlah dibuatnya disoal aku sampaikan kena listkan orang yang 'diadmirekan' satu persatu. Tak sanggup aku.Nehi !! cis, terkeluar bahasa hindi la pulak kihkihkih.


Lepas tu game ni aku termain pulak tahun lepas masa kat Obs Lumut kat Perak. Masa tu kitaorang kena jalan masuk hutan belantara yang cerunnya mak aihh menakutkan sungguh. Nak dijadikan citer malam tu kitaorang bermalam la kat camp site  ni. Lepas aku goreng roti telur, ya aku yang goreng dengan mata berair. Bukan sebab terpaksa tapi sebab mata tak tahan masuk asap. Goreng dengan dapur kayu. Dah kenyang makan tu. Group tak tahu nak buat apa so kitaorang decide nak main true or dare. Tiga -tiga group kat campsite masa tu main perkara yang sama. 'Game truth or dare' ni. Yang paling best part 'dare'. Kak Ratna yang pilih untuk terima cabaran so dia terpaksa pergi kat kumpulan sebelah. Round diorang dengan nyanyikan lagu OB Spirit hahaha. Lucu sangat masa tu. Lepas tu giliran Nas pulak yang kena dan dia jugak pilih dare. Kak Nadia suruh dia pergi kumpulan lain dan cari seorang perempuan dalam group tu dan cakap 'I love U' Aku yang dengar ni pon OMG OMG!! Biar betik? Tapi si Nas ni betul-betul buat dorhh.

Kan aku ada kata group lain main jugak. Lepas beberapa lama tetiba ada seorang budak perempuan yang datang cari Nas. Malu malu perempuan tu. Si Nas siapa berlakon drama sebabak lagi tengok budak tu.

'Saya.. saya..'
' Katakan duhai gadisku'

Lebih kurang. Tak ingat exactly apa dialog dia. Tapi aku rasa nak gelak tergolek kot sebab yang datang tu rupanya budak perempuan yang Nas ambik masa dia terima cabaran tu. Dia just pick up je. Kenal pon tidak. Punyalah lama budak perempuan tu nak luah apa yang dia terima sebagai cabaran tu. Tetiba dia pekik kat Nas tu.

' I love U too'
Kitaorang gelak sakan tengok drama diorang. Btw, dah tahu yang tu permainan je so kalau ucap macam tu pon takder effect pon kat diorang.

After midnight tu dah ramai masu khemah nak tidor. Mata aku tak ngantuk lagi so aku joinlah group aku yang amsih ada a few yang masih main. Yang aku ingat ingat sangat bila Nas tu bukan cerita cinta dia. Punyalah kitaorang percaya tapi last-last dapat tahu dia buat cerita je, eii.. geram sungguh la. Ok kenapa asyik sebut pasa budak nama Nas tu. Sebab dia jenis yang huruhara sikit so yeah, macam tu la aku cakap.

Pasal game true or dare ni jugaklah sorang budak lelaki confess kat kitaorang yang dia minat pada perempaun yang lebih berusia. Aku terkejut tapi buat rileks je. Taste masing-masing kan. Dan ada senior tu bagi jawapan yang bernas dan aku dapat tahu banyak kisah yang berlaku dalam kehidupan orang lain. Memang aku rasa permainan true or dare kat Obs ni paling jujur la aku cakap dan aku dah tak ingat sangat dah pon sekarang siapa yang cakap apa. Ingat muka-muka yang join masa tu tapi masing-masing belajr tempat lain kan so rahsia ke apa ke yang cakap masa tu berlalu gitu je la.

Aku kalau boleh nak ulang tayang peristiwa yang berlaku masa main 'true or dare tu' kan best!! Tapi semua tu terakam dalam kenangan je la. Miahhahahaaha.





No comments: