Wednesday, 16 July 2014

Just bcoz i ni minat Juruterbang kihkih

Tadi baru tengok satu cerita kat tonton ni. Terkejut jugak bila tengok ada sorng mamat ni pakai baju juruterbang. Bila perhatikan betul-betul, eh Zul Arifin rupanya. Tu drama ganti citer KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN yang aku duk minat sangat ngan Abg Zin tuh. Yang ni pulak, heronya pilot. Oh my!! Seakan mencuba mengoda ak untuk tengok citer ni gamaknya nih. Aduiiii. 

ni la Mr.Pilot nya. Dan citer ni jugak adaptasi novel. Fuh!! Memang trend skrg agaknya semua drama adaptasi novel. Tapi tak kesah la kan.

Seryes la ak ni memang takleh ah tengok org pakai baju pilot ni.. Rasa melting haha. Nak-nak pakai baju yang warna hitam garis-garis kat tangan tu. Handsome!! Dulu pon aku duk berangan nak jadi pilot kengkononnya bila aku tengok gambar Moana Ishak ngan Hafizah Idrus yang pakai baju pilot tapi tak kesampaian la pulak an sebab ak tahu aku ni bukan jenis yg berstamina tinggi hehhe. Kalau pramugari tu memang tak pernah langsung dalam fikiran aku sebab u know la how stewardess pakai dress. Cikgu ak masa darjah  6 dulu siap pesan lagi

Saya taknak sorang pon anak murid saya jadi pramugari

Ok Cikgu hehehe

Rumah aku kan kat Bachok so kalau ngan Lapangan terbang kat Pengakalan Chepa tu kejap je la. Tak sampai sejam pon kalau naik kereta. Kat situ kan ada Aviation Academi APFT stand for Asia Pacific Flight Training. So duk rumah or kat sekolah setiap kali aircraft yg comel tu lalu mesti aku akan pandang langit. Macam orang bercinta dah pon ak rasa hehe. I dunno y tapi kan bunyi kapal terbang tu rasa macam best je dengar hahaa. Pastu tiap kali lalu pengkalan Chepa mesti tertunggu-tunggu bila nak lalu tempat pelatih-pelatih juruterbang ni tinggal. Cantik kot tempat dia. Jumpa pilot kat lapangan pon rasa macam OMG OMG!! haahaha.. mengarut tak mengarut aku masa dulu. Kalau adik-beradik aku yang jumpa pilot pasti dia balik citer kat ak suruh aku jeles. Sampai macam tu aku punya minat berhantu ni :"P

Aircraft yang paling ak minat. PESAWAT EAGLE namanya PIPER WARRIOR kalau aku tak silap la. 

Aku nak citer pasal drama tu je tadi dah melalut pulak kan. Tapi alang-alang tu nak jugak kuletakkan kat sini syarat sapa nak jadi pilot tuh!!

Ayuh lihat syarat basic nyer yuhh!!

  • Berumur 18 hingga 24 tahun. Noted!! 

  • Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja. Noted!! Orang ppuan pun boleh memohon tapi pastikan yang pandai drive la yer at least drive kereta sorong hahaha

  • Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik. Tak sure pulak tahap pengusaan gua ni sih.Fizik tolak tepi awal2. :p

  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik. Alhamdulillah sihat la setakat ni. ;p

  • Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna. Aisehh aku ni rabun la pulak hehehe

  • Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm. Huawwaaaa.. unbelievable!! Ngam ngam la ngan aku. Lepas dohh!! Aku ingatkan pilot ni kena tinggi sangat. Tkder la yer kan kalau requirement 160 cm je kan.

Hahh.. sesiapa yang ladies yang berharap untuk jadi macam cik pilot ni. Boleh la proceed kalau berjaya ak tumpang gembira. Well aku ni bukan apa aku takut kalau aku proceed kan banyak pulak kan kes kapal terbang tersangkut kat awan tak turun-turun. Haha.. just joking.

Tu la nak citer drama terus membebel pasal pilot berjela-jela

Ermm.. teringinnya nak naik pesawat eagle dan ada orng bawak gi round2 atas awan. Bestnya!! Teringin sangat. Siapalah Mr. Juruterbang yang nak tolong tunaikan impian aku ni. Ohh.

Love, 
XOXO 




No comments: