Monday, 9 December 2013

Daydream

Assalamulaikum

Sejuk sungguh air-cond di library hari ni, hari nampak mendung semacam aje, agaknya kejap lagi hujan akan turun kot. Tapi ak awal-awal lagi dah bawak payung bersama. Well prepared la katakan.Memandangkan sekarang kan musim hujan atau lebih tepat aku katakan musim tengkujuh.Terengganu dan Pahang teruk kena banjir kan tapi Alhamdulillah kelantan tader dengar pulak setakat ni. Kampung cousin aku yang setiap tahun banjir pon blum dengar kabar lagi air naik. Kat sana banjir adalah saat paling best. Hoho sebab we all akan together gether akan humban  di dalam air dn buat macam swimming pool. Ada orang kata kat ak,

' Eh kau boleh swim dalam air yang berkeladak macam tu?'
' Dah lama tak mandi ke sampai sanggup terjun dalam air yang kotor macam tu'

Alah, mulut orang boleh katakan apa je. Air yang warna putih susu macam teh tarik tu sebab itu air hulu. Air sungai yang melimpah. Cu tengok sungai kat kawasan mana-mana je kalau jumpa, adakah warnanya biru? Atau hijau? Memang tak la kan. Adehh.. ak okay je. Bukan kotor pon! Every year ak akan excited menunggu bila agaknya akan banjir ( sori to say). Tapi seryes, itu yang aku buat. Setiap kali musim tengkujuh, mesti akan tanya.

' dah banjir ke belum?'

Too excited ^__^

Tapi tahun ni, tak banjir lagi. Hehe, tunggu ak balik kampung agaknya. Sabo la ya, lagi tinggal sikit je lagi sebelum ak dapat baliik. Horay!!

Macam takder motif je menulis entry ni? Oh tidak ! Aku dah lupa pulak tujuan aku mengupdate kan entri ni. About daydream katanya entahkan betul entahkan tidak aku ni. Tidak pasti tajuknya sesuai ke tidak.

Kalau sesiapa yang kenal ak diorang ak tahu yang ak ni minat sangat menulis. Campaklah aku kat pulau mana-mana pon dan bagi buku dan pen sebatang dan insyallah ak takkan boring punya kat sana. *Macamlah ada orang nak kesah kau suka buat apa pon*Perasab je lebih padahal kalau tercampak betul-betul kat pulau meangis tak berlagu kau.

Oh ya, ari tu tapi ak tak ingat specific tarikh dan pakai main bedal je la, a few weeks ago. Time rumah takder sesiapa dan guruh bergempita. Suasana yang mengundang kenangan mengusik jiwa. Waduhh... aku mula berimiginasi seketika dan terhasillah... jeng jeng. Cerpen yang pendek je. Dan aku jugak telah pilih covernya dari pak cik google. Kenapa ak pilih gambar ni, you will know if you read it *__*


AKU BUKAN BIDADARI


BUNGA DI HATI

Excited betol aku. Ye la, sepanjang aku duk menulis, sikit je yang berjaya sampai ada ending. Kalau tidak asyik half je. Mood yang datang tidak mengikut sukatan specific agaknya. Bila adrenaline merembes, laju sangat tangan aku menulis tapi itu pon kejap je. Itu yang bila cerpen ada ending ni, aku terover excited.

' Study yer tidak, sibok nak menulis'

Ehehs..itu je benda yang paling aku minat buat bila ak rasa duniaku kelam.:)
Btw, aku ada a new passion. Cook!! haha. Lucu pulak bila difikir-fikirkan . Ak masak dan aku jugaklah yang makan dan ak jugak yang puji sedap haha. Watever. Oleh kerana itu telah siap coctail ku semalam. Yum yum!!


Grrr.. macam comel je. macam comel je

No comments: