Saturday, 20 September 2014

So, this is UCSI University

Salam Alayk.

UCSI University. Tak pernah dengarkan nama universiti ni. Aku pon dulu seblum masuk sini tak pernah tahu pon university ini wujud kihkih. Hahh itu tak penting sebb aku ni memang out-of-date pon. Aku tahu itu. UCSI is stand for University Collage Sendaya International. Maybe dulu dia collage kot tapi skg dah naik taraf dah.
Ini tempat aku skg. Kat Cheras Kuala Lumpur. 

Kat sini ada South Wing dan North Wing.
South Wing ni untuk budak-budak yg ambik bidang kesihatan dan North Wing pulak untuk yang ambik Engineer atau Architecture. Sebenaunya UCSI ni bukan kat sini je. Ada kat Terengganu Campus, Sarawak Campus dan entah mana lagi entah. Itu untuk different course la. Tapi aku yg kaitan bidang kesihatan, campusnya di Kuala Lumpur.

Cheras yang penduduknya dikuasai oleh orang Cina.
Dah macam perkampungan orang cina dah pon.

Tapi apa yang bestnya pasal UCSI University ni, sebab ia international. Maksudnya student yg datang belajar kat sini terdiri dari pelbagai negara. Bukan setakat Melayu, Cina dan India tapi ada Iraq, Iran, Myanmar dan banyak lagi la. Letih den nak mention semua. Dari situ buat kan aku sedar, aku, Melayu bukannya bangsa terbaik okeh. Buka minda buka hati.
Yes, i still learn.

Melayu sini minoriti. Nak nak masa first2 masuk sini. Berapa kerat je kitaorang. Ada kelab pon takboleh nak aktif sangat sbb ahli sikit. Tapi sekarang, pengambilan baru ni dah makin ramai dah budak Melayu masuk. Tak tahu la sama ada nak happy atau tak hehehe



Oh ya.. ini South Wing. Untuk Fakulti Kesihatan.  Ak kat sini ^  ^
 
Ini pulak North Wing untuk budak engineering ngan Architecture. Jarak agak jauh jugak la dari South Wing, Aku pernah kot jalan kaki ke sini dari South Wing. Memang penat tapi ada senior aku tu dia jalan kaki setiap pagi kot dari Angkasa kondo tepi South Wing ke sini. Next sem, baru pindah masuk hostel. Solute la dgn ketabahan dia hehe





Apa yang boleh aku katakan, first time aku masuk sini, aku terkejut dengan budaya disini. Pergaulannya yang tiada batas. Selagi kamu pandai jaga diri, Selagi kamu tahu landasan yang betul sebagai seorang Islam. Bukan nak kata sini teruk sbb kat sini ramai student. Bagi aku orang Cina dan India ni tak ada lah teruk. Diorang baik dan ada sesetengah tu memang sangat baik. Ada yg lebih elok perangainya dari orang melayu islam tapi cuma perlu pandai jaga diri.

Bila ada jauh dari family, kawan je yg akan bersama.

Tidak sama seperti sekolah yg ada guru yang sanggup luangkan masa untuk buat kem bina insan. Kem memantapkan rohani bagai. Kat sini tak ada.

Pernah lah dulu kitaorng ada mintak usrah oleh satu persatuan Mahasiswa tu tapi hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Terlalu banyak halangan. Masalah tempat terutamanya

So, kena kuatkan semangat la
Ilmu bukan setakat kejar ilmu dunia
tapi ilmu akhirat pon kena kejar
Perlu seimbang
Tapi nak seimbangkannya bukan senang

Perlu istiqomah. Ya, istiqomah itu penting!!