Tuesday, 10 December 2013

New Passion ^ ^

Assalamualaikum ( beri salam dengan suara lembut )

Menulis entri ini dengan kepala disumbat dengar earphone yang mendendangkan lagu Najwa Latif. Mulut terkumat-kamit kononnya menyanyi sesama walaupun suara hancus. Pitching lari der!

'Jangan engkau jangan pergi, jangan tinggalkan aku sendiri'

Ahh.. lagu macam ni kau layan syerah? Untunglah untuk menghiburkan kebosan. Sesekali lagu jiwang apa salahnya kan? Untung-untung terlena dengan sendiri. Ahaha.Bagus la tu anak muda buat perangai macam tu. Hish, tak boleh nak buat menantu kalau macam ni. '__'

Ak dah ada new passion selain daripada menulis. What's it? Let's cooking. Cuba menu baru. Dan try buat makanan yang ak rasa ak ingat dalam kepala. Satu kemajuan yang agak membanggakan sebab ak ni bukannya tahu masak sangat.Tinggal kat asrama macam ni la gamaknya *alasan lapuk*. Nak nak aku ni anak kedua bongsu. Lagi la kan. Kakak -kakak ada untuk masakkan untuk ak. Lebih-lebih my beloved Kak Cik yang baik hati memasak segala permintaan adikmu ini. Dah la dia masak sedap. Adehh.. siap ma bagitau lagi, Kak Cik tu masa tingkatan 5 dah boleh masak semua benda  but me, masak setakat makan sendiri tu tahu la. Nasib baik nasi goreng tu reti jugak buat kalau tidak tak tahu lah nak cakap.

Bila ak dah tinggal di Angkasa Kondo ni, i start trying. My siblings pon pakat kata, dah tinggal kat rumah tu, belajar-belajar la memasak. Tercabar rasa hati ini tau. So, masa housemate beli rice cooker tu, a few members said that i can use rice cooker to cook. Kalau sesapa yang pernah tinggal kat asrama, benda tu dah biasa la untuk mereka.Normal ya.. But it's not for me. Nama je tinggal kat asrama tetapi setiap minggu kot balik rumah. Klau tak boleh balik terasa mood meracau giler je weekend tu. Mengada betol.Sampai ustaz siap bagi tazkirah kat ak sbb tamau bagi balik. 

Bila dah start masak rasa macam seronok pulak. Nak nak bila masakan yang ak masak tak menjadi. Rasa nak gelak je sampai terburai perut je. Ada jugak la orang yang tak tahu yang mix kan bahan dalam kuali macam ak ni. Adehh! Tpi bila masakan tu menjadi, terasa macam dalam hati ada taman la pulak. Berbunga-bunga je. Terasa more independent sikit dan terasa best sangat. Anyonyo!!

Semalam pergi giant sebab nak pergi beli lauk tetapi tiba -tiba terdetik nak makan sesuatu. Cehhhh.. terasa nak makan coctail la. Teringin nak makan macam yang kawan aku pernah bawak jamuan makan masa darjah 6 dulu. Teringin! Teringin! So, apa kata ak buat je?? Jom jom.


Satu bekas ni kot aku buat. Agar -agar yang ak potong kecik-kecik tu aku masukkan ke dalam susu campur air dan masuk jugak coctail yang dibeli dalm tin di giant tadi. Nampak macam entahapahapa la kau ni. Zoom cekit.


Inilah baru jelas apa yang aku ingin nak makan sangat tu. Nampak macam ok je kan. Tpi aku tak tahu la benda ni orang panggil apa. Just panggil Coctail susu. Simple je nama dan takyah berbelit-belit sangat.

At the same time, ada sources yang lebih tu ak applykan jadi agar-agar epal. Campur susu dalam agar-agar dan kucampakkan epal. Dah siap. Simple sungguh resepi aku. Ak je pon yang nak makan so tak perlulah nak complicated sangat.


Disebabkan kat rumah ada  jumpa bekas bulat je, so bentuknya dapat buat yang bulat je la. Nanti nak beli bekas petak -petak la pulak. Kasi dia variasi sikit kehkeh.


Dont judge a book by it's cover tp budak yang xder degree dalam masakan kira pas la untuk makanan ni masuk ke dalam mulut ak. Letakkan semua yang ak buat ni dalam peti sejuk. Balik dari kelas dengan kepenatan seluruh badan, buka freezer dan nampak benda ni. Terus makan dan uallss akan rasa kenikmatannya disitu. Haha.. adakah aku ini genius dengan mencadangkan idea itu. *krik krik*



Thanks for reading!

No comments: