Monday, 30 December 2013

Kids


Assalamualaikum

Dalam family aku kan second sebelum bongsu dan kakak -kakak dan ramai yang dah kawin. Anak saudara pon boleh tahan lah ramainya tu. Just love to spend the day with them sebab anak saudara yang keletahnya adooiyaa.. nak ketawa terguling-guling kat tanah aku tengok diorang ni.  Tak percaya? Y not i'm sharing you this owesome video. Kena tengok sampai abis and you will know what i meant haha



Don't know what kind of song la budak Hanim ni tengah nyanyi. Sumbangnya masyaallah haha. That's the kid. Memang tak boleh blah la budak sorang ni .Penyapu tu jugaklah nak dijadikannya mikrofon. Agaknya aku dulu macam tu jugaklah kot ya?  ^__^

Next,sesibok je kakaknyer nak  suruh rekod jugak dia nyanyi. Alia dengan suara bak ella yang serak-serak basah :P


okay je la tahan telinga dengan kemerduan yang meruap-ruap.

A few photo anak saudara  *_* ( macam takder motip jer buat entri ni) but it's okay, nak upload jugak gambar si kecik comels dan montel cuteiey mutiey ni.

Eiesha ayani yang sedang  buat kek 


 Along and Haziq yang comels

" Macam cantik je macam comel je " trend mark Alia 

Huhh.. gambar tu je yang ok dalam phone ni, yang lain gambar yang x brapa nak ok so takyah la nak upload. Macam orang suruh-suruh pulak dia nia. Before this video terdelete,  i put here. :P

Kbabai

Wednesday, 25 December 2013

Suatu petang di tepi pantai

Assalamualaikum dan hai

Aku tengah online waktu tu dan tetiba sampai satu notifikasi daripada member aku.

"Jom gi pantai cari resit" 

Resit disini bukan bermaksud resit untuk bil bayaran or apakebenda yang seumpama dengannya. Logik la kan, cari resit kan pantai of corse la benda tu hidup kat laut. Kalau ditanya nama binatang ini dalam bahasa baku, seryes aku lansung tak tahu. Dah dari kecik lagi duk panggil resit dan remis. Really don't know la nama saintifiknya. The people said, remis tu lebih besar daripada resit dan senang dimakan oleh sebab kerana faktor saiznya. Ayat apakah itu? Menangis cikgu Rosma kalau baca entri aku ni. Dulu dia duk pong pang pong pang mengajar BM dalam kelas, last-last begini jugak ayat BM aku. haha

Dipendekkan citernya i got massage from Biah and yeahh, i go laa. Apa salahnya kan pergi mencari resit dan remis walhal seumur hidup aku, tak pernah lagi aku buat. Excited tu excited jugak tapi ma siap pesan,

" Kalau nak makan sangat, ambik duit pergi beli. Kat kedai tu seringgit je"

Tapi keras kepala jugak nak pergi dengan niat pada mulanya nak tengok je diorang cari. Tengok je! 

Around 10 a.m kiteorang gerak. Yang aku takleh tahan nak gelak bila pada mulanya janji pukul 9. Adehh, aku masih enak berpayungkan selimut tebal di bawah kipas sambil mengeliat kecil. Mengambil peluang lepas subuh untuk berehat di bawah selimut. Berehat kah? i think so haha


Excited dapat jumpa pantai walhal dari rumah nak pergi ke Pantai Irama ni hanya lah setengah jam dan disinilah aku selalu lepak dengan bro-bro aku. Please jangan tanya kenapa pakai kasut ke pantai. Matlamat asal hanyalah nak jadi pemerhati di daratan sahaja tau. Tiada niat lain sehinggalah ada faktor -faktor yang mengoyahkan pendirianku. Waduh waduhh..

Oh ya, sebelum tu nak habaq mai, aku jatuh ke dalam jerat ( sadisnya wuwuwuu!). Not jerat actually tapi tanah yang terhakis. Masa tu nak bangun dari batu tempat aku duduk tapi masa nak melangkah, zuupp!! Aku terjatuh berdiri ke bawah. Nasib baik takder air kalau tidak nanya jugaklah jadinya. Tebolashh!! haha

I said no no no!! Matahari memacak atas kepala dan ombak bergulung-gulung macam nak telan orang. Macam mana nak cari resit ni?? Ah.. kami berfikir sekencang-kencangnya. Mahu balik tanpa resit disisi,hah?? Menganak tirikan tujuan asal untuk mencari binatang kecil itu kah? Hati kami buntu dan kelu seketika *ayat over.


Dibayangi rasa teragak-agak. Nak masuk air ke tak. Nak masuk air ke tak.


Aduh.. akhirnya masuk ke dalam air dengan hati berbaur-baur. Matlamat dan terpesong. Tiidddakkk!!!( Tanda seru tiga kali menyatakan rasa terkejut yang teramat ) Dengan seluar yang sudah basah di dalam air masin yang sejuk. Pergghh! i love pantai hihi. Matlamat yang nak jadi pemerhati tadi aku sudah tak peduli. Air laut seakan memanggil-manggilku. Mihahahahhha.. * hati gelak senang *


Excitednya cik adik kita ni.

Oh ya, if you notice kat belakang diorang tu, aku ada dengar citer yang diorang nak buat restoran kat situ. Siap dah ada tapak lagi kau tau. Seriously, i cannot brain this. Mengarut! Tak paham ak dengan cara diorang berfikir pon. Memang la orang kata, orang yang berjaya ni bijak mencari peluang tapi dah kenapa peluang kat ats tu jugak dinampaknya. Tanah-tanah semua dah terhakis maknanya kalau ada restoran nanti, hanyut di bawa ombak. Dah la ombak kat sana bukan main dasyatnya lagi. Adehh.. tak terfikir aku dengan idea bernas diorang. Aku yang berfikiran tidak logik kah? Rasanya aku dah fikir sehabis logik lettew :P





Before kite belayar meredah lautan dalam mencari resit dan remis,moh ler kite snap snap dulu semangguk untuk mengumpulkan semangat ke'team'an   kihkih


again?? 


 (nyanyi denga suara Siti NorHaliza )
Di tengah mentari kita berjalan dengan beriringan.
Menanti pasti ,menyulusuri matlamat



Shhh.. dont say any words... masih meneruskan pencarian. Mata mesti fokus. Hati mesti tenang.

Dengan segala semangat yang telah terkumpul sebentar tadi, dapatlah beberapa cupak untuk hasil tangkapan kali ini. Hati yang redup terasa berbunga segar. Badan yang letih kembali bertenaga.

Lepas tu  .. dan lepas tu kitorang isi minyak ke dalam badan masing-masing dengan air kelapa a.k.a air nyorr. Pergghhhh... segar!

Mak aihhh.. dah makan bermangkuk-mangkuk boleh gelak senang pulak cik akak akak sekalian ni. 


From L : si tembam Syerah , Esoh, Ika dan Biah

Aku pernah tulis pasal kami dalam satu entri yang tajuknya Zaman Ribena. Click here if you want to know us better. Bajet macam orang nak kenal je hehe. Persahabatan kiteorang yang terjalan disaat we all masih belum kenal dunia. So sweet kan kan? *_*


Oh ya, tak lupa jugak Etiey dan Waniey and Esoh ( again!) hihi

Balik dengan hati yang seronak seronak beronak ronak dengan tangkapan kami sehinggakan tanpa sedar pipiku dah jadi merah macam dipakaikan blusher. Adushh.. sunburn!! Kulit muka dah jadi gelap dalam hanya beberapa minit. Nampaknya harus kembali berkurung untuk menyamakan tona kulit yang tidak sekata.

Love you all,
 XOXO

Tuesday, 24 December 2013

Hati seakan teruji.

Assalamualaikum

I know that i'm not such a perfect girl. Buat tu salah buat ini salah. Saya masih dalam proses untuk belajar. Belajar tentang semua benda yang berlaku dalam hidup. Guru yang paling baik adalah pengalaman bukan? So, give me time to improve. Memang sukarnya untuk menjadi seorang yang benar-benar sempurna pada pandangan semua orang sementelah diri ini yang teramat-amatlah banyak kekurangan dalam diri.


Okey, please wonder why ayat kedengaran sedih je. Apahal yang telah berlaku sebenarnya? Adehh.. aku sedang bercuti kat kampung sekarangkan, my mom told me yang kawan-kawan sekampung ma asyik kata, tak berbaloi la dapat result elok pon tapi masuk Uni swasta je. I'm speechless. Apa yang menyebabkan Uni swasta begitu dianaktirikan? Sebab yurannya terlalu mahal atau apa? Atau sebab they don't get the opportunity, that's y la diorang nak cakap yang tidak-tidak? Adakah begitu? *___* Aku tak rasa pelik pon benda ni. Sebab kalau biasanya ramai yang tak lepas masuk U akan cari Institusi swasta tapi itu collage!! But i'm talking about university. 


Saya dah rasai perbezaan 2 university yang berlainan. Awam dan swasta dan kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Bukan beerti yang ke swasta tu mereka tidak layak untuk diiktiraf sebab majority budak melayu ke university swasta adalah dibawah scholarship dan ditaja. Kalau tidak, mereka pastinya dari family yang duit berdepek dalam poket. University awam pulak murah sebab kerajaan nak bantu orang Melayu and we have to appreciate la.. jangan nak memandai membezakan bila kita tak didedahkan dengan situasi itu. Suasana yang cukup berbeza. Uni awam, kita dikelilingi rakan yang majoriti melayu tapi Uni swasta, student daripada semua negara ada. You just name it. Insyaallah akan meluaskan lagi pandangan ak tentang kehidupan. 


I'm still trying untuk betulkan pandangan aku tentang apa yang aku fikir pasal kehidupan. I have to understand the people life. Ya, memang seakan ter' cultural shock' bila suasana yang kita perlu hadap tu memang jauh sangat daripada kehidupan kita. Tapi please don't blame on me kalau aku salah dalam membuat keputusan dalam hidup. Aku masih bertatih dan masih belajar untuk berjalan dengan baik.


 Office




Nampak macam kedai je pulak, there's some Nescafe promotion yang di ruangan depan. I'm not participate their event . Malah haehh..


Inilah yang paling membezakan Uni Awam dan Uni Swasta. Cara berpakaian yang terlalu up to date sampaikan kekadang terasa berbulu jugak mata nak menengok tapi takkan lah nak tunjukkan kat diorang yang kita tak suka dia pakai macam tu. Itu hak dia. Kalau nak cari Uni Awam yang pakai macam ni, memang takkan jumpa la kan. Kalau ada yang berlainan agama sekalipun, setakat pakai skirt paras lutut je. Mana ada yang berani pakai hot pants untuk datang ke kelas.Nak kena hentam dek lecturer try la.  ^ ^


Tapi itu lah aku cakap, aku sedang berusaha untu adapt dengan situasi baru. Give me time. Kekadang aku lalai, kekadang aku alpa kerana aku ni manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan. Aku sedang memikul keputusan yang aku telah buat. Jangan melemparkan kata-kata yang membuatkan aku rasa menyesal atau apa-apa yang berbangkit. This is my life. Sama ada aku suka atau tidak aku yang kena lalunya . Orang hanya tahu mengungkapkan kata-kata tapi diorang tak faham apa yang kita rasa.



Ak sedang berusaha untuk menerima perbezaan. Please give me some space. 


Aku yakin yang setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ni dah Allah tentukan . Kita merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.



Wednesday, 18 December 2013

Hindustan punya pasal.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah balik kat Kelantan dah pon even perjalanan ke Palam sehari sebelum tu tidak berjalan seperti yang dirancang. Ingat nak bagi kejutanlah kat Madam kononnya. Taknak bagitau nak datang tapi tetiba ak yang terkejut bila Madam takder kat sana. Tak datang sebab pergi lawat siapa entah kat hospital Serdang. Sedih!! Tapi tak mengapa la, ada umur jumpa lagi.

Malam ni hari Rabu and guess what? Ada filem Hindustan kat Tv sekarang ni. Rab ne bana de Jodi. Lakonan Anuka Sharma. Akukan peminat setia filem Hindustan :) 




Tengok aje filem Hindustan ni kat TV ( sebab dah lama benar rasanya tak tengok citer ni) aku tetiba teringat kawan aku, Ana. Kiteorang geng citer Hindi.Oushh.. moment yang akan ak ingat sampai bila-bila.Hampir setiap malam Rabu kot buang masa dengan melayan citer hindi. Budak asrama la katakan dan ak pon macam kempunan je haha

Waktu prep abis pukul 11 tapi citer start pukul 10.30 macam tu lebih kurang. Tengok sekeliling. Agak-agak line clear dan warden dah blah, cepat-cepat masuk bilik rehat dan bukak TV dan tengok lah citer dengan penuh kekhusyukan yang tiada tara. Imaging citer abis lebih kurang pukul 1 macam tu. Kalau pakcik guard baik dia akan tunggu kiteorang blah baru dia kunci pintu gril bersebelahan bilik rehat tu tapi kalau guard hari tu pakcik yang lain, jenuh jugak nak membodek. 

Pernah satu waktu tu, kiteorang lompat jendela kat bilik rehat. * Tak kusangka gangster jugak aku ni hahaa ^ ^ tapi takder la gangster mana sangat sbb jendela tu rendah je pon. Tu penangan citer hindustan punya pasal la..Paling tak boleh blah bila tayangan waktu esok tu exam. Hampehhh.. dilema antara dua. Akhirnya duduk depan Tv tengok citer hindi sambil sesekali tengok buku. Masuk yang mana agaknya? Of course la masuk citer Hindi tu. Aduii..perangai.

Malam ni bila tengok citer yang kat TV tu tetiba tengat pulak geng lama. Ouchh.. rindu pulak waktu tu. Lepak kat bilik rehat layan hindi punya pasal sampai tak ingat yang taon tu SPM. Cara nak hilangkan stress la katakan. ( betul ke ni. Rasa confius dengan statement sendiri. Ak stress sangat ke? ) Eleh alasan banyak pulak aku ni. Kalau dah minat tu cakap je la, takyah nak bagi alasan stress la apa la. Tak stess pun layan jugak citer hindi ni.


 ~ Ana ~

Did u remember that, Ana?? Ahaha.. minat lagi kah dia pada citer Hindi ni sementelah sekarang wabak Korea begitu menular teruk. Risau jugak aku takut berjangkit. Nanti susah pulak nak cari ubatnya

 oh ya... ni ada lagi satu movie yang dari dulu ak tak pernah boring asyik tengok cerita yang sama sebab aku suka semua pelakonnya dan jalan citernya best. Tum Bin maksudnya without you. Hahaha.. memang cerita jiwang karat habis la


layan jom..


Akisah bila ajak ak nonton movie hahaha...

My fren : 'Jom tengok movie nak? Esok kan cuti. Takada kelas. Jom teman aku layan citer


ajak seorang rakan aku tiba-tiba. Pucuk dicita ulam kupetik..ohooi..nak!! nak !! hati dengan muka seposen memberontak. Aku senyum segaris.

Me :' Errm.. okay jugak tu.. lama aku tak tengok movie ni? Agaknya apalah movie bollywood yang terbaru eh?? Bestnyer ..guna lappy kau eh, aku takder movie pon.'
Fren : ' Bollyy.. what?? Filem hindustan kau layan?? Oii.. apa kelas weyyh'

Aku menjeling tajam. 

Me :'Apa masalahnya kalau aku layan filem hindi pon. Best apa!! Siap ada lagu-lagu best lagi. Okaylah daripada kau yang tengok Korean Drama tak sudah-sudah. Muka hero bajet cute jew' 

 riaksi spontan aku membalas membuatkan kawanku melopong.

Fren : ' Kau jangan nak mengutuk hero aku. Diorang hendsem kot. Kau tahu tak, orang yang tengok hindustan ni, orang yang hatinya dah berjiwang karat. Ye la, slalu hindustan banyak yang berimiginasi sangat. Kadangkala movie macam tak logik pon ada'   dia masih membela hujahnya. Aku tersenyum je. Tak kisah. Lain orang lain citerasanya.

Me :' Tak adalah jiwang karat sangat.Tapi kalau bagi aku, cara filem hindi ni lebih sopan. Nak -nak filem yang time Salman Khan muda-muda dulu, memang sweet je diorang tu. Aku ni layan lah jugak korea yang kau duk minat tu, tapi.. dah masa aku kecik , filem Bollywood yang femes masa tu, sbb tu sampai sekarang minat. Korea tu femes skrg ni je kan?? Dulu biasa-biasa je'

Si dia akhirnya mendengus!

Fren :' Suka hati kaulah. Asalkan kau bahagia. Tapi aku taknak layan BOLLYWOOD . Ples' 

Terkelip-kelip dia memohon dengan wajah simpati. Tak simpati lansung. Wajah seposen, ooii.. lima sen je.

Me :' Aku pon malas nak menengok citer korea. Okay.. malam ni kita tengok Omputih la..'

Akhirnya dua-dua mengangguk.

* in my mind*
Kenapa kalau tengok hindi dikata jiwang karat.. kalau korea tu?? Bukannya filem cintan-cintun jugak ke? Hisyy.. tak paham aku   @__@


                                                                    Peminat tegar citer hindustan  

                                                                          Syerah Nor
 



Tuesday, 10 December 2013

New Passion ^ ^

Assalamualaikum ( beri salam dengan suara lembut )

Menulis entri ini dengan kepala disumbat dengar earphone yang mendendangkan lagu Najwa Latif. Mulut terkumat-kamit kononnya menyanyi sesama walaupun suara hancus. Pitching lari der!

'Jangan engkau jangan pergi, jangan tinggalkan aku sendiri'

Ahh.. lagu macam ni kau layan syerah? Untunglah untuk menghiburkan kebosan. Sesekali lagu jiwang apa salahnya kan? Untung-untung terlena dengan sendiri. Ahaha.Bagus la tu anak muda buat perangai macam tu. Hish, tak boleh nak buat menantu kalau macam ni. '__'

Ak dah ada new passion selain daripada menulis. What's it? Let's cooking. Cuba menu baru. Dan try buat makanan yang ak rasa ak ingat dalam kepala. Satu kemajuan yang agak membanggakan sebab ak ni bukannya tahu masak sangat.Tinggal kat asrama macam ni la gamaknya *alasan lapuk*. Nak nak aku ni anak kedua bongsu. Lagi la kan. Kakak -kakak ada untuk masakkan untuk ak. Lebih-lebih my beloved Kak Cik yang baik hati memasak segala permintaan adikmu ini. Dah la dia masak sedap. Adehh.. siap ma bagitau lagi, Kak Cik tu masa tingkatan 5 dah boleh masak semua benda  but me, masak setakat makan sendiri tu tahu la. Nasib baik nasi goreng tu reti jugak buat kalau tidak tak tahu lah nak cakap.

Bila ak dah tinggal di Angkasa Kondo ni, i start trying. My siblings pon pakat kata, dah tinggal kat rumah tu, belajar-belajar la memasak. Tercabar rasa hati ini tau. So, masa housemate beli rice cooker tu, a few members said that i can use rice cooker to cook. Kalau sesapa yang pernah tinggal kat asrama, benda tu dah biasa la untuk mereka.Normal ya.. But it's not for me. Nama je tinggal kat asrama tetapi setiap minggu kot balik rumah. Klau tak boleh balik terasa mood meracau giler je weekend tu. Mengada betol.Sampai ustaz siap bagi tazkirah kat ak sbb tamau bagi balik. 

Bila dah start masak rasa macam seronok pulak. Nak nak bila masakan yang ak masak tak menjadi. Rasa nak gelak je sampai terburai perut je. Ada jugak la orang yang tak tahu yang mix kan bahan dalam kuali macam ak ni. Adehh! Tpi bila masakan tu menjadi, terasa macam dalam hati ada taman la pulak. Berbunga-bunga je. Terasa more independent sikit dan terasa best sangat. Anyonyo!!

Semalam pergi giant sebab nak pergi beli lauk tetapi tiba -tiba terdetik nak makan sesuatu. Cehhhh.. terasa nak makan coctail la. Teringin nak makan macam yang kawan aku pernah bawak jamuan makan masa darjah 6 dulu. Teringin! Teringin! So, apa kata ak buat je?? Jom jom.


Satu bekas ni kot aku buat. Agar -agar yang ak potong kecik-kecik tu aku masukkan ke dalam susu campur air dan masuk jugak coctail yang dibeli dalm tin di giant tadi. Nampak macam entahapahapa la kau ni. Zoom cekit.


Inilah baru jelas apa yang aku ingin nak makan sangat tu. Nampak macam ok je kan. Tpi aku tak tahu la benda ni orang panggil apa. Just panggil Coctail susu. Simple je nama dan takyah berbelit-belit sangat.

At the same time, ada sources yang lebih tu ak applykan jadi agar-agar epal. Campur susu dalam agar-agar dan kucampakkan epal. Dah siap. Simple sungguh resepi aku. Ak je pon yang nak makan so tak perlulah nak complicated sangat.


Disebabkan kat rumah ada  jumpa bekas bulat je, so bentuknya dapat buat yang bulat je la. Nanti nak beli bekas petak -petak la pulak. Kasi dia variasi sikit kehkeh.


Dont judge a book by it's cover tp budak yang xder degree dalam masakan kira pas la untuk makanan ni masuk ke dalam mulut ak. Letakkan semua yang ak buat ni dalam peti sejuk. Balik dari kelas dengan kepenatan seluruh badan, buka freezer dan nampak benda ni. Terus makan dan uallss akan rasa kenikmatannya disitu. Haha.. adakah aku ini genius dengan mencadangkan idea itu. *krik krik*



Thanks for reading!

Monday, 9 December 2013

Daydream

Assalamulaikum

Sejuk sungguh air-cond di library hari ni, hari nampak mendung semacam aje, agaknya kejap lagi hujan akan turun kot. Tapi ak awal-awal lagi dah bawak payung bersama. Well prepared la katakan.Memandangkan sekarang kan musim hujan atau lebih tepat aku katakan musim tengkujuh.Terengganu dan Pahang teruk kena banjir kan tapi Alhamdulillah kelantan tader dengar pulak setakat ni. Kampung cousin aku yang setiap tahun banjir pon blum dengar kabar lagi air naik. Kat sana banjir adalah saat paling best. Hoho sebab we all akan together gether akan humban  di dalam air dn buat macam swimming pool. Ada orang kata kat ak,

' Eh kau boleh swim dalam air yang berkeladak macam tu?'
' Dah lama tak mandi ke sampai sanggup terjun dalam air yang kotor macam tu'

Alah, mulut orang boleh katakan apa je. Air yang warna putih susu macam teh tarik tu sebab itu air hulu. Air sungai yang melimpah. Cu tengok sungai kat kawasan mana-mana je kalau jumpa, adakah warnanya biru? Atau hijau? Memang tak la kan. Adehh.. ak okay je. Bukan kotor pon! Every year ak akan excited menunggu bila agaknya akan banjir ( sori to say). Tapi seryes, itu yang aku buat. Setiap kali musim tengkujuh, mesti akan tanya.

' dah banjir ke belum?'

Too excited ^__^

Tapi tahun ni, tak banjir lagi. Hehe, tunggu ak balik kampung agaknya. Sabo la ya, lagi tinggal sikit je lagi sebelum ak dapat baliik. Horay!!

Macam takder motif je menulis entry ni? Oh tidak ! Aku dah lupa pulak tujuan aku mengupdate kan entri ni. About daydream katanya entahkan betul entahkan tidak aku ni. Tidak pasti tajuknya sesuai ke tidak.

Kalau sesiapa yang kenal ak diorang ak tahu yang ak ni minat sangat menulis. Campaklah aku kat pulau mana-mana pon dan bagi buku dan pen sebatang dan insyallah ak takkan boring punya kat sana. *Macamlah ada orang nak kesah kau suka buat apa pon*Perasab je lebih padahal kalau tercampak betul-betul kat pulau meangis tak berlagu kau.

Oh ya, ari tu tapi ak tak ingat specific tarikh dan pakai main bedal je la, a few weeks ago. Time rumah takder sesiapa dan guruh bergempita. Suasana yang mengundang kenangan mengusik jiwa. Waduhh... aku mula berimiginasi seketika dan terhasillah... jeng jeng. Cerpen yang pendek je. Dan aku jugak telah pilih covernya dari pak cik google. Kenapa ak pilih gambar ni, you will know if you read it *__*


AKU BUKAN BIDADARI


BUNGA DI HATI

Excited betol aku. Ye la, sepanjang aku duk menulis, sikit je yang berjaya sampai ada ending. Kalau tidak asyik half je. Mood yang datang tidak mengikut sukatan specific agaknya. Bila adrenaline merembes, laju sangat tangan aku menulis tapi itu pon kejap je. Itu yang bila cerpen ada ending ni, aku terover excited.

' Study yer tidak, sibok nak menulis'

Ehehs..itu je benda yang paling aku minat buat bila ak rasa duniaku kelam.:)
Btw, aku ada a new passion. Cook!! haha. Lucu pulak bila difikir-fikirkan . Ak masak dan aku jugaklah yang makan dan ak jugak yang puji sedap haha. Watever. Oleh kerana itu telah siap coctail ku semalam. Yum yum!!


Grrr.. macam comel je. macam comel je

Friday, 6 December 2013

Zaman ribena.

Assalamualaikum.


 Saya Syerah. Penulis blog ini. Nak rimbau kenangan lalu sih..

Masa tu ak berumur 6 tahun dan masuk tadika. Zaman sekarang ni budak-budak 6 tahun tu pra kan? Umur 3 tahun mak ayah dah antar pegi sekolah. Untung la ya tapi sapa nak  kesah sangat umur bila start sekolah tu, kan? Almaklumlah, budak-budak kan, ak just ingt a few moment yang berlaku masa tu. Cket jer tapi nasib baik la ingat jugak. Zaman kecomelan yang wajib iollss ingat ^ ^

Waktu itu, ada kat tadika, seorang budak permpuan yang comels gilos kot. Jeles betul ak tengok dia. Bukan sebab dia comel yang buat ak jeles, tapi sebb dia pakai bunga melor yang penuh jambak atas kepala. Dah lah bunga tu cantik, harum pulak tu. Hari-hari dia datang sekolh pakai bunga segar atas kepala. Disanggul panjang macam putri-putri je. Adehh.. jeles betol. Semua orang pon nak bekawan dengan dia sbb tu. Lepas tu pulak, masa cikgu nak buat persembahn nasyid, dia tu jugak yang jadi solonya.Sadis kan? Dulu aku ingat, apehallah budak ni asyik pakai bunga je, keturunan bunga ke apa ni. Kalau sekali -sekali lain la, ini dah hari-hari macam tu, saje nak tarik perhatian ak lettew. Hahaha. Budak-budak apa yang aku tahu, orang buat tu nak buat jugak. Tadika itew free hair jew hehe. Esok tu suruh la kakak ikatkan rambut toncang dua. hehe. Meh nak lawan kecomelan iolzzz.hahaha. Tapi seryes budak tu lembut giler kot. Simbolik bunga betul budak ni.


 Tapi aku tak rapat sangat dengan budak tu sebab lain kampung, member aku yang kamcing dengan aku, Ika, Biah dan Esoh. Disebabkan satu kampung kami selalu main sampai tak ingat dunia. Petang baru balik. Balik umah kena marah sebab balik lewat hehe. Waktu dulu, diantara kiteorang, Biah yang paling mature cara dia. Dia yang paling tinggi jugak. Kalau ika pulak, setiap pagi dia datang, setiap tu jugak dia menangis nak balik, Biah la yang tolong pujukkan. Comels kan? Lol. Oh ya,aku dan Biah ni balik sama-sama. Pergi lain-lain la. Pernah suatu hari tu, dia tunggu ak kat kedai sbb ak beli coklat lama giler, siap beli aku terus blah. Dia marah kat ak. Dia jalan punyalah laju sampai dah jauh dia tinggalkan aku kat belakang. Aku tengok dia dah jauh. Dahlah sensorang ak jalan masa tu. Menangis aku sih. Adehh..sedih sedih. Aku berhenti kat situ sambil menangis. Lepas tu aku tengok kat depan Biah tu datang balik. Pujuk aku. You are so sweet, Biah. Itu sebab ak sayang sngat kat kau. Seryes  weyhh walaupun ak tak pernah bagitau kau hehe


 say hello ika ^__^  boleh imaging kan rupanya waktu kecil tengah merengek hehe

oh ya. Gambar Biah takder la pulak. Dia ada fb tapi dengan nama yang pelik membuatkan ak tak ingat nama itu dan tak tahu macammana nak cari. So xleh nak ambik gambar dia la. Lagipula kiteorng ada gambar skali diwaktu handphone x lagi  ada kamera hehe.  *alasan semata-mata.
  
Kalau Esoh pulak, dia ni ha tiada istilah pedas. Pernah waktu tu. Pergi kat rumah dia, dia tengah tumbuk ikan bilis dengan lada. Favourite dia masa tu. Aku tengok je dulu macam mana rupalah sambal ikan bilis yang dia nak buat tu. Lepas tu aku try. Ya Allah, pedash nak mam... Hish, masa tu ak tak habis fikir adakah lidah dia dah jadi kebal? Memang super pedash teramat-amat dan dia boleh makan selamba je. Lepas tu aku dah tak try dah sambal ikan bilis dia tu. Malas nak cari penyakit hehe.


Ini lah Esoh member aku ( ak curi pic dia dari fb accout) kau jangan marah eh :)

Setiap petang kiteorang akan main. Nyanyi-nyanyi la. Buat istana pasir . Main masak-masak yang lauknya adalah daun dan batu-batu. Anyonyo, comelnya waktu tu. Ada mak dan anak walaupun sebaya. Acting betol kiteorang masa tu, nasib baik dah besar takder yang jadi pelakon hehe.

Zaman kanak-kanak ak memang comels. Orang dulu dari ak mayb lagi la. Tapi sekarang budak-budak dah tak buat macam tu dah. Asyik dengan ipod, ipad dan segala jenis I yang pada aku tak sweet mana pon untuk dikenangkan. Rugi la kan?? I miss that time  so much.

ilalliqa'

Thursday, 5 December 2013

Recipe : Popiara ( Popiah Tempura )


Assalamualaikum pembuka bicara.

Perut terasa lapar. Nak makan apa agaknya ya? aku berfikir dan serentak dengan itu minda diterjah dengan ingatan lalu. tak payah nak diterjah sangat boleh tak? okay, aku tetiba teringatkan satu kueh yang dibawak cikgu ke kelas masa form 5. Kueh tu cantik dan sedap tapi dia punya cara lipatan susahlah nak buat. Tapi tak pe, aku akan buat kueh yang seangkatan  dengannya walaupun tak sama persis. Yang penting senang di buat dan sedap dimakan.

Oleh itu, aku bersegera lah ke Giant untuk mencari bahan- bahan yang akan ak gunakan. Macam pro je kan, decide dulu baru cari bahan. Acece.Rasa excited giler bila dapat buat kueh ni. Aku suka dengan namanya POPIARA. tengok pulak siapa yang kasi nama pada kueh tu ^ ^

Bahan- Bahan inilah yang di perlukan untuk membuat kuih yang kunamakan Popiara ni. Sebab dah bahan utamanya kulit popiah dan tempura. Agak kretive kan? Aku tahu itu. Ahaha.

Kulit Popiah
Tempura Ayamas ( it's my fav)
Telur ( bagi kasi kulit itu melekat bila kita lipat nanti )

Kitew ambik kuning telor jer. Kawan cakap guna putih tapi aku tetap membentak nak letak kuning telor. Takpe la,This's my recipe (poyo la pulak)

Setelah itu tempura yang dipotong kiub itu dibalut dengan tempura macam ni ha.Nampak cute je kan macam tuannyer *krik krik * ^ ^

Then goreng segoreng-gorengnya dalam rice cooker yang menjadi satu-satunya sumber untuk ak mengoreng haha

Dah siap hehe ( Gambar blur sebab terlalu excited)

Adapon dengan itu aku bersegeralah makan dengan nikmatnya yang tiada tara. Yum yum delicious. Sebab tiada orang nak puji so aku puji la diri sendiri.


Wednesday, 4 December 2013

Suka suki di hari berbaki hari

Assalamualaikum
  
Minggu ni semuanya dah tak macam minggu-minggu sebelumnya. Suasana di universiti sunyi sebab semua orang dah mulai balik. Member aku pon ramai jugak yang balik tapi ak just duduk diam-diam sini. Study week dan kalau aku balik kampung itu dah bermakna bukan study week lagi, itu dah holiday namanya. Lagipula, dah banyak kali ak balik masa nak exam MUET ari tu, so cuti berapa hari ni x yah balik la. Kejap je pon.
Memang jeles tengok diorang balik tapi tak pe la. Lagipula Kuantan kan banjir sekarng ni. Ada mengenakah Kuantan banjir dengan aku nak balik kampung? Ada jugak kot sebab aku kan kat Kelantan dan  balik kampung lalu kat Pahang tapi ak tak sure pulak lalu x kat Kuantan. Tapi tak kesah la. 16 hari bulan nanti cuti lama sikit nanti ak balik. Horayyy.. tak sabar pulak rasanya. Tapi ak cuak pulak dengan final exam. (dah nak final pon menyempat aje update blog)
  
Minggu ni, kiteorang macam sedih sikit la. Macam je sedih tapi dalam hati ada sedikit berbunga sebab dah nak abis sem. Sedih tu pulak sebab lecturer sem ni dan lecturer sem depan tak sama. So, lecturer yang mengajar untuk sem ni tak lagi mengajar kitaorang untuk sem depan. Even subject sama, tapi lecturer lain. Bio 1 lain Bio 2 lain.
Masa sesi-sesi terakhir tu, sempat la ambik gambar sebagai kenangan la katakan. Berjumpa sekarang dan belum tentu lagi berjumpa lain kali.

begitu tekun nampaknya diorang tengah siapkan eksperiment. Ouuhh.. padahal ak yang mintak Gayatri posing macam tu hehe. Si Pei tu memeng rajin tak boleh belah weii, dia memang betul-betul tengah siapkan pengiraan stomata before lab habis. Aku pulak yang termalu sendiri melihat kerajinannya yang tak berbbelah bahagi tu ( betulkah ayat ak tu?) Tak ada masalah pon kalau ayat tunggang -langgang sekalipon * otak membidas kencang*


 Group terakhir bersama dalam lab Bio. Pei ( kanan) dan Gayatri ( tengah). Kenapa aku nampak begitu ketara pertambahan berat badan? Kecilkan mata dan buat-buat tak nampak je, ak tahu ak dah makin temban. sob sob tapi it's okay la. Chubby sikit, kalau kurus sngat nak tengok pon tak lalu ( cuba memujuk hati sendiri) Actually group 4 orang tapi si lelaki sorang tu dah x datang-datang sejak beberapa lab yang lalu, kira dismiss la daripada group kitaorang. Bahagia tanpa lelaki seadanya. Ayat kau..memang la kan!! Tanda seru dua kali tanpa setuju dengan statement sendiri.

Lepas tu tengok group lain sedang ambik gambar jugak. Sesuka sesuki aku je pergi mencelah kat diorang dan ambik photo bersama- sama. Overall, orang cina di sini dan yang lain-lain memang peramah. Tapi sakit hati pulak bila kita ada dengan diorang dan diorang cakap bahasa Mandarin dengan kawan dia kat sebelah. Terasa berkobar-kobar je untuk belajar bahasa Cina. Berkobar masa tu je la. Lepas lab terus lupa dah.. ^ ^

 Total semua Melayu dalam kelas Bio 1. Yang kat tengah tu, miss kiteorang, miss Syima. Disekeliling gambar tu, semuanya budak yang lead to Pharmacy and Madicine. Lead je pon, belum tentu lagi dapat ke idak. Mohon dipermudahkan olehNya. Amin ya rabb!!


For Foundamental in Graphic, kelas terakhir adalah we have to present our final project. Citer yang ak duk gembar- gemburkan pasal Adobe Ilustration tu telah pon siap dengan agak jayanya. Atas bantuan Sir ku yang handsome. Hehe.. jangan perasan pulak yer sir.

 
Gaya macam Sir bagi award je kat kitaorang. kan kan? Itu lah projek yang dah siap di celak dan dapat la jugak ditayangkan dengan riak wajah yang bercahaya * bangga gitu* Tapi takyah la nak bangga sangat sebab arragement for our projek banyak sir yang tolong. Trace tu kira dah makin expert la. Expert? Bajet poyo je. Alhamdulillah, dah siap semuanya..


Classmates merangkap group member. Tapi tak termasuk yang kat tengah tu ( sori dina ^ ^ )

Fizik pulak, tak der untuk last kelas. bukan nak menganaktirikan subject ni tapi disebabkan lab kiteorang punya group siap awal, so blah pon awallahh. Tapi my sir is so cute la.. Jumpa gambar ni je dalam hanphone yang tak ingat dah bila tarikh den mengambilnya. Skodeng sekali-sekala.

 Classmate aku , Syu cakap yang pakai spek tu rupa dia macam pelakon dalam Spiderman yang watak jahat tu.  Tapi takleh zoom pulak kat sini almaklumlah kamera phone je pon. 

Berkaca mata putih itu, sir Teng. cute kan? Bila dia nak masuk kelas, dia bawak beg macam student dan botol air mineral kat tangan. Memang tak berbelah bahagi lah aku kata yang dia ni cute. Hhaha

Ciou dulu. Nak gi solat kejap dan mencari makan breakfast cum lunch!!