Monday, 19 October 2015

Almost 4 years.

Tapi rasa bersalah itu masih lagi mencengkam diri.

Maafkan aku.

Di zaman kejahilan aku dulu

Maafkan aku atas segala perbuatan aku.

Aku tak sengaja.

Sungguh

Aku 

Minta maaf!

- Hera Norisya

Friday, 16 October 2015

Ustaz Cokelat dah kawin ~

Assalamualaikum

Even the day already passed about 2 months ago or maybe 3 months ago hahaha tak sure pulak tapi yang pastinya tak smapai setahun lagi hokeyy. Ustaz Cokelat bukan crush aku tau, ni abang aku. the eldest brother anak ke-4. Brother aku 2 orang je. Both of them aku rapat. Tempat nak merengek nak dapatkan apa-apa or mintak pertolongan dengan cara memaksa :) Itu yang benefit kalau ada abang hahaha

Oh ya pasal Ustaz Cokelat ni, kenapa panggil macam tu? Nama fb dia actually sebab murid2 panggil dia sebab dia suka bagi cokelat bila student dapat jawab soalan dia hehe.  Masa i got the news dia nak kawin rasa macam, ahh cepatnya dah nak kawin. Tak sedar si abang tu dah nak masuk umur 28 tahun dah pon sebab perwatakan dia still like young teenager hehe. Tak perasankan umur pulak. Kakak ipar just daerah sama. Makan sebiji epal pon tak sempat habis tengok-tengok dah sampai. Oh ya, weeding belah pihak lelaki ini simple je. Very very simple. 

Apa yang menariknya tentang weeding Ustaz Cokelat ni?

Eerrrr

Errr



No catering! Ala kawasan kampung siapa je nak pakai catering bagai tu membazir je. Dengan bantuan mak cik-mak cik dan kakak-kakak kampung yang datang tolong masak kat rumah itu lagi best. Buatkan majlis lagi meriah. Best! Walaupon penat lepas dah siap baut kerja tuan rumah yang kena basuh tapi takpe ada orang yang datang tolong pon dah okay bangat. Ini yang paling aku suka tentang kampung. Kenduri satu rumah jadi macam pesta. Meriah!!! Tak tahulah 5 years akan datang still ada atau pon tak gotong-royong kenduri macam ni lagi.

Majlis Khatam Quran. Ingatkan sebelah perempuan je buat tapi ma nak buat jugak untuk majlis Ustaz Cokelat ni. Biar berkat orang kata. Ni buat dalam pukul 11 macam tu. sebelum pengantin bersiap hehe. 

Bertemakan hijau terang. Ni semua kak cik yang pilih sebab dia cerewet sikit bab pilih baju ni dan aku? Ahhh.. akulah manusia yang paling tak kesah dengan baju warna apa? Mactch ke tidok? Aku memang tak ambil port tentang hal macam ni. Entah! Diluar bidang kemahiran agaknya.

Majlis akad nikah memang selalunya orang buat kat masjid la dan orang kelantan memang kebiasaannya akan buat akad nikah malam. Entah lah. Kakak-kakak yang dah kawin pon buat malam tapi tak tahulah kenapa. Kalau tempay lain biasanya siang hari kan? Tak sure la kalau ada jugak negeri lain buat malam.  Ramai nau saksinya kan hehe


Mini pelamin sebelah perempuan. Ahhh... aku suka mini pelamin. Simple tapi nice!!!

Pihak lelaki decorate dalam bilik je tapi sebabkan family besar dan tak cukup nak bergambar ramai-ramai dalam bilik, kat luar pon boleh je hehehe. Gambar diedit macam ni sebab entah kenapalah mata aku bersinar macam mata harimau tu. Aishhh gambar orang lain okay je. Geram tul!

Takdernye makan beradab bagai. Makan bersila je. Tu pon aku join sekaki hahaha

 Amboiiii.. siap buat outdoor lagi tu tapi tu pon tepi rumah kak ipar sebab dekat dengan pantai hahaha.Takyah pergi jauh-jauh. Depan rumah je jumpa pantai :) Btw gambar ni macam photoshoot magazine pulak hehe

Selamat Pengantin Baru Ustaz Cokelat. May Allah bless you and your wife till Jannah!! Ameen!!

Clumsy GIRL !

Grrrrrr..

That's me! Huhhh sabooorr je laaa.

Nak dijadikan cerita, hari selasa minggu lepas, masa praktis lab OP kat lab, aku excuse kejap gi toilet dan phone aku ada dalam poket. Then aku letak la kejap phone atas tempat letak stuff takut nanti jatuh ke apa ke tapi unfortunately masa aku keluar toilet tu boleh pulak terlupa pasal phone tu. Masa otw balik hostel baru perasan dan cepat-cepat aku pergi tengok balik tapi memang confirm la tak ada kan.  Even telefon tu cuma Samsung Galaksi Y yang dah bertahun-tahun tapi aku sayang tau telefon tu. Sebab telefon tu hadiah orang lagipon kalau hilang pon mana aku nak cekau duit nak cari phone baru. Setakat beli telefon second nokia harga less than RM 50 pon belum tentu akan dapat. Huhh.. dengan banyak commitment kewangan lagi.  

Tengok je telefon aku yang dah lesap tu, aku jadi hilang semangat jap. Malas nak cerita kat orang sebab at the end aku jugak yang salah. Tu la sapa suruh cuai sangat kan. Dalam otak ni dah mula la plan nak jimatkan allowance nak kumpul beli phone baru. Tak canggih tak apa asalkan ada wassap dah. Ye la sekarang ni semua orang nak guna wassap. Kadang tu rasa rimas jugak. Kita ni bukannya 24 hours ada connection, then everything mesej guna wassap. Leceh!! Tapi itu la salah. Siapa suruh tak beli nombor yang dapat internet percuma ye dok? Sekarang nak salah siapa? Salah diri sendiri la yang out of date sangat.

Aku bagitau kak cik siap mintak tolong nak pinjam phone dia yang lama lagi. Memang dah pasrah habis dengan phone yang hilang tu tapi dalam hati tetap harap ada orang yang hati mulia sanggup pulangkan balik phone aku tu. Phone cabuk je pon. Tapi tu la kalau jual laku jugakkan? 

" innalillahiwainna ilaihi rajiun " aku ulang ayat ni sambil berharap akan dapat balik phone aku. Aku pernah dengan orang kata kalau hilang barang atau lupa barang letak kat mana insyaallah barang tu kita akan jumpa or dapat balik.

Sebelah petang tu ada kelas Biostatics. About 5 minit nak habis class tu, lecturer sembang slow dengan member kat barisan depan. Then tetiba Nisa pandang,

           " Syahir, phone mana?" 

Nisa memang panggil aku Syahir hahaha. Macam panggil lelaki kan, Masa first2 rasa pelik jugak tapi sekarang dah sebati dah pon hehe.

Aku sengih je la. Macam mana dia tahu telefon aku takder sebab aku tak bagitahu sesiapa pon selain kak cik.

           " Kenapa tanya?" tanya aku balik.

           " Cuba check handphone ada tak?" tetiba Opie mneyampuk dari depan.

Aku dah mula syak.

          " Macam mana korang tahu... korang jumpa eh?"

          " Eeiiii... tak cakap pon phone hilang. Rileks je tak bagitahu orang!" bebel Nisa.

Aku sengit tak tahu nak kata apa. Dalam hati rasa bersyukur sangat-sangat. Lepas tu Nisa bagi aku phone tu. Alhamdulillah, lecturer aku yang jumpa and she give it back to me. Subhanallah. Kalau dah ada rezeki insyaallah you'll get it back. Aku happy sangat!! Tak ada lah keluar pulak badget aku untuk phone kan?!

          " Sebab tadi dah pasrah dah telephone hilang. Dah hilang, heboh kat orang pon bukannya dapat balik"memang tu pon yang aku fikit tadi. Dah pasrah sangat2 dah!

Then miss yang kat depan tu tetiba nyampuk sambil gelak.

        " Nampak sangat takder boyfriend tu yang tak kisah phone hilang tu" usik miss. Hish miss ni sampai ke situ pulak dia fikir. Cam tahu -tahu je.

Aku sengih lagi.

          " Thanks miss"

         " Belanja saya starbuck satu" seloroh miss sebelum berlalu keluar


Alhamdulillah! Alhamdulillah !!!

Keep Calm, Smile & Love Life !

XOXO


Sunday, 27 September 2015

Salam EidilAdha 2015

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah, Raya Haji tahun ni dapat balik kampung. yeayyyyyy. Aku dah 2 tahun raya haji kat KL tau and serius aku cakap raya Haji kat Kl boring ya ampun. Rasa macam tak raya je. Kat kampung pon sambut biasa -baisa jugak tapi rasa la jugak suasana hari raya tu. Tapi kat bandar ni apa je buat hariraya, tidooorrr.. Fuhh!! Memboringkan sungguh!! Sebenarnya nyaris-nyaris tak dapat balik sebab tak ada tiket bas. Org klntan kat kl ni memang berduyun. 2 minggu raya aku pergi cari tiket dah habis kawan aku negeri lain wak lek je tiket still ada. Tapi dah rezeki nak beraya kat kampung kan, kak Ngoh yang awalnya tak jadi balik tetiba call kata dapat balik kg hehehe. Bestnya!!



SALAM EIDIL ADHA !!




Sunday, 20 September 2015

Officially 20 !

Selamat Ulang tahun sayang hahaaha
ya
ya
ya

I'm now 20 years old. Dah tua dah pon sekejap je waktu berlalu tanpa sedar sudah mengubah rentak kehidupanku. 

Be good girl syerah.

Since aku taknak paksa sesiapa to wish m birthday so ak hide kan date of birth dari fb sebab aku tahu kalau keluar notification kat fb tu, you'll receive bithday wish daripada orang yg aku tak kenal pon. Like no meaning gituh hahaha.

dan

rasa terharu pulak for those who remember my birthday.
My best highschool friends, Cik Miiya Eid yang setiasa wish kan bithday aku every year, i really appreciate it.

and

wish from my best friend here, MsWhiteRosses. I though she forget tapi rupanya dia ingat. Sweetnyer hahaha





Spend the day di Times Square. hehee

Selamat Ulang tahun sayang hahaha





Wednesday, 16 September 2015

Stuff


Assalamualaikum

Today is public holiday and  Happy Malaysia Day. It's Malaysia birthday and i'm so lucky in this peaceful country. Really it was even kebelakangan ni isu politik semakin menjadi-jadi bagaikan cendawan yang tumbuh lepas hujan. Eh, boleh pakai ke peribahasa tu dalam situasi ni? Entah la boleh je kot. Dan disebabkan cuti umum dan aku sekarang dalam proses berjimat cermat, then i just spend my whole day terperap kat dalam bilik dan buat apa yang patut. Huhh guess what i'm doing?? Kemas bilik yang dah rupa macam sarang dalam gua dah pon.

Masa duk kemas-kemas tu aku perasan banyak barang-barang kecil yang tak ada tempat nak letak. Barangan kecil yang aku just letak dalam satu beg yang kalau aku nak bawak kalau gi travel a.k.a balik kampung. Travel mendenyer syerah tak pernah pon lagi kau pergi travel tapi mengada je nak guna perkataan travel tu. Bajet nau hahaha.

Dan aku perasan dalam simpanan aku banyak kotak-kotak kecil yang aku guna untuk simpan plastik terpakai. Then dengan kudrat yang tersimpan dan fikiran yang mula bercambah itulah aku telah mereka satu tempat untuk meletakkan al the stuff. Actuall tak adalah nak reka ke apa. Cuma lekatkan je kotak-kotak jadi bekas tempat letak barang. Not bad la kan?

see.. kan kemas sikit your stuff syerah oi. 
Even that kotak not really nice. Tak cantik sangat sebab kotak biasa je tapi not bad la daripada aku duk buang begitu sahaja. Ada jugak faedah aku re'use' barang yang nak dibuang. Ye dok? hahaha


 Tu je la nak tulis. Selamat Hari Malaysia dan ya jangan lupa my birthday on 21 Sept. Tak sabar nak balik kg nak celebrate dengan anak sedara yang tarikh dekat. Rancangnya nak sambut sekali tapi tek sure lagi macam mana. Family aku ramai kot lahir bualan 9. Adik aku 8/9. Abg ipar 16/9. Myself 21/9. Sue 22/9 Mursyid 24/9 Abang ipar sorang lagi 30/9. So Happy birthday semua!!
 

Saturday, 12 September 2015

Khan Legend Bollywood star wuuuwuuu

Hi

Since i'm kid, i'm the type who love bollywood movie. I love the songs damn much!! But somehow, new hindi movies  not as nice as compared to before. I mean zaman The Khan muda -muda dulu. Waktu tu kebanyakan lagu best plus suara penyayi tu pon best. Tapi sekarang filem tak berapa nak ok sangat especially new hero and heroin and the background of the film is Western country. I mean bollywwod yang nak sama dgn Hollywood. Sebab tu filem hindi yang baru plus plakon baru ak tak layan sangat. Tak kena dgn jiwa. Citer pon tak connect dgn hati untuk layan. Huhh..

But you know what, i'm the big fan of The Khans : Aamir Khan, Salman Khan & Shah Rukh Khan. Kebanyakan cerita yang diorang lead ni memang hebat dan membuatkan aku terpegun pon ada. Even tho they all dah tua. Around 50 something dah sekarang or maybe muda sedikit. Tapi lakonannya mantap!! haha. Aku suka bollywood. Korean aku tak layan? Not really tapi kadang-kadang tu layan la jugak. You know y, bollywood movie ni dia lain sikit tau. It makes you cry at the same time it make you smile without you notice it. Senyum malu-malu kucing. Asian punya perangai aku fikir. Dia punya cara kehidupan pon jaga ada macam budaya melayu. Sweet je tak adalah over macam filem omputih ke apa walaupun aku akui filem aksi mat salleh memang hebat tapi banyak sangat adegen yang seharusnya di cut! 

Among the 3 Legend of Bollywood ni yang aku minat dah mestinya Aamir Khan. Nampak kan macam mana aku senaraikan dulu nama dia kat atas tadi.haha.
 
1 # Aamir Khan

Omg, Aamir Khan ni memang handsome dari muda lagi. Kulit putih. Dia seorang perfectionist. Tu yang aku baca dalam paper la dan boleh tengok kot dari filem dia. Once he make film. He make detail research tau. hebat kan. Tak macam certain drama or filem malayu yang banyak tak logik dan tak tepat. Malas la pulak nak bagi example tapi kita boleh nampak kot effort diorang menerusi filem yang diorang buat kan?! Kalau tak salah aku he's film maker. Citer yang di punya memang bagus la sebab dia banyak tentang kehidupan. Tak terlalu pada love story yang biasa kita tengok tapi memang love story akan ada untuk lariskan filem tapi, filem dia lain sikit. Yang aku perasan ni, makin dia dah meningkat umur dia, cerita dia buat pon lebih ok  sikit. Tak derlah main pon love story semata. dah pada aku jalan ceritanya memang bagus. 

Recommended movie yang Aamir Khan ni banyak dan aku dah tengok semuanya yang aku senarai kat bawah ni. Kira ni yang the best la for me hehe.

3 Idiot
  
Movie ni berlatarbelakngkan budaj engineering yg lalui keperitan zaman belajar untuk dapatkan ijazah. Citer ni lucu tapi ada part yang membuatkan entah kenapa air mata bergitu laju mengalir haha. Citer yang sangat best ditonton. Especially for student! All is well. Learn something that you're  interested!! 

Tere Zameer Par (Like Star On Earth )
Filem tentang seorang budak yang menderita penyakit Dyslexia (learning difficulty) yang terganggu emosi kerana penyakitnya dan dipandang rendah oleh keluarga sendiri. Citer ni memang best. Sangat!!

PK

Citer pasal makhluk asing yang datang ke bumi dan dia belajar tentang kehidupan manusia di bumi. Citer ni banyak nampak perbandingan dalam agama. Memang terbaik habis la citer ni. Wajib tengok!!

Ghajini
Sad love story but brilliant plot. Memang plot dia terbaik la. Jalan citer dan lakonan yang memang best. Hero di loaded giler. Daebak la kalau jumpa orang sekaya tu alam rialiti ni. Even ending dia bukan happy ending macam kebiasan filem tapi ending dia rasa puas hati dengan pembalasan yang penjahat tu dapat. What goes around comes around!

2# Salman Khan 
Salman Khan pulak aku lucu tengok tarian dia. Waktu filem awal-awal dia, nampak macam keras je dia menari tapi sekarang much better. Abang aku minat giler kat actor ni. Aku minat AK lagi hhe. Selalu di buat filem akan boxoffice. Dia pon film maker. Yang terbaru filem dia best sangat.

Bajrangi Baijaan 
Pasal seorang budak Pakistan yang tersesat di India. Pakistan dan India kan bermusuh so banyak haangan yang perlu ditempuh. Tapi baiklah waktak dia ni. Banyak message!

3# Shah Rukh Khan 
Frankly speaking bagi aku Srk ni agak over sikit. Tapi aku suka lakonan dia tambahan bila watak menangis. Memang menjadi. Filem yang dia berlakon yang aku minat ero 20-an la. Macam Kabhi Khushi Kabhi Gham, Mohabbatein, Kal Ho Na Ho. Tapi yang latest tak derlah most recommended sebab majoritinya love story tapi lakonan dia la best.


KEEP CALM &WATCH BOLLYWOOD MOVIES  =p

Thursday, 3 September 2015

Member sekolah aku dah kawin!

Suprise  sangat bila dapat invitation kat fb tu. Ingat kan main-main je sebabkan kawan aku tu, seriously macam budak lagi. Dengan muka dia yang cute kebudak-budakan lagi. Seriously i'm surprise! Tapi apapon tahniahlah untuk dia. Aku pernah dengar someone said, perempuan yang kawin awal ni perempuan berkat. Dapat elakkan diri daripada maksiat kan. Jodoh dia awal. Ehem ehem. Aku ni entahkan ada tak jodoh kat dunia ni, tak tahu lagi. Kawin tu sunah tapi tak semua yang hidup akan kawin kan. Tapi yang pasti semua yang hidup pasti mati. ok? Tapi seyes kot. Terkejut aku belum hilang lagi. Rasa macam unbelievable sangat. Kawan yang satu dorm masa kat asrama dulu. Gelak sama-sama. rebut toilet pagi-pagi. Beratur ambik makanan kat Dewan makan dah kawin? Biar betik?

Aku tak kata itu sesuatu yang pelik tapi tahu tak, itu maknanya aku ni dah meningkat usia tahu. Dah ada yang kawin pon. Omg!Omg! Perasan macam budak sekolah je lagi.Tak terasa pon nak kawin lagi hahaha. Mungkin sebab tak ada calon lagi kot. Urus diri sendiri pon tunggang langgang, ni kan pulak nak uruskan orang lain, I'm not ready. Malah tak ada planning pon for coming 5 years. Oh my...

Oh ya, masa kenduri dia tu aku tak berkesempatan untuk join. Dapat tengok gambar thru fb je la.

Yang kawin tu the girl in yellow. The rest pon kawan -kawan batchmates aku jugak. 



Tahniah!!
Tahniah!!

Hari demi hari nanti ramai yang mengikut jejak langkahmu itu hahaha

aku?

entah!!

tak terfikir.
malas nak fikir
takut pon ada actually
hahaha.


kbai

Friday, 28 August 2015

#PesanaBonda

Masa aku nak datang belajar dulu, ma selalu pesan. Banyak kali dia pesan. Kalau nak berkawan tu elok elok. Jangan mudah ambik apa yang orang bagi. lebih-lebih lagi kalau bab-bab makanan.Hati manusia ni lain-lain walupun rambut sama hitam.

Kita tak tahu orang yang nak dengki dengan kita. Kita tak tahu perasaan orang dan tanggapan orang lain pada kita. Kita tak tahu semua tu.

I know my mum love me so much. She's the best mom in the word. She sacrifies everything for the one she love. Walaupun banyak kali kena berletar sebab ak xdengar cakap dia. Tapi i know she loves me so much

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati

beringat-ingatlah berpesan - pesanlah 
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang.

Aku ingat every word for this song. Kakak aku selalu nyanyi lagu ni dulu. Lagu ni somehow membuatkan aku sedar pengorbanan insan bernama ibu. I love you ma!!!


Sunday, 9 August 2015

Terkadang syukur itu tiada. Kenapa?

Syukur.

Syukur!!

Entah bagaimana untuk dijelaskan. Tetapi mengapa di saat Allah sediakan nikmat yang begitu banyak masih juga syukur padanya itu tidaka ada. Mengapa? He give you the best thing for your life tetapi hati masih mengaharapkan sesuatu yang lain. Masih tamak hendakkan sesuatu yang lain dan terlalu asyik menyalahkan takdir sedangkan siapakah kita untuk melawan ketentuan Tuhan.

He give you almost everything that you need in your life. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah sedikit usaha yang perlu kau cambahkan untuk membuahkan kejayaan.

Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahkan.

But what you do? Still hoping for something that not yours?

Believe in Allah.
He know the best for you.

Jumpa Dato' Ct

Assalamualaikum

Jumaat lepas jumpa Dato' Siti NurHaliza for the first time. Lama dah minat kat dia ni. Jumpa ni pon sebab Restoran Sang Dewi yang ada dekat U tu buat open house Raya dan diorang ada related camne entah dengan Dato' Siti. 

Nampak dia, rasa macam tak percaya je. Ye la selalu tengok dalam tv je kan. Jumpa depan depan masyaallah sangat cantik!!! Muka flawless je. 

Selfie uolsss hehee


XOXO

Saturday, 1 August 2015

Braces thing!

Salam.

Entah macam mana aku sekarang dah pakai braces.  Cepat sungguh aku decide sebab antara itu memang antara wish list aku pon. Tapi disebabkan kewangan yang membataskan memandangkan aku ni bukannya anak tokey balak so terpaksalah menagguhkan dulu hasrat tu nak kumpul duit dulu. Tapi suddenly bila aku balik dari cuti 2 months kat rumah, aku dapat tahu tempat yang tawar harga yang affordable for student. Yang selama ni aku duk survey around 4000- 5000 ringgit malaysia tapi yang ni araound 2000 je. Itu yang membuat aku excited tu. Dan aku decide untuk pakai. Pay per month tu pon affordable sebagai student. Bolehlah aku bayar dengan duit allowance kan hehe. Harap-haraplah aku dapat manage money wisely nanti. Insyaallah.

Reason why i'm wearing braces. Pastilah nak betukan gigi ye dok kalau tidak tak maknanya nak pakai braces pakai, buat complicatedkan hidup je. Aku tak faham sungguh kalau kat online shop tu ada yang jual fake braces. Ada orang beli ke? What for? Fake je pon. Buat sakitkan mulut je. Entahlah maybe barces dianggap sebagai style terbaru kot. Tak pulak lah nak ambik tahu.



Bila nak senyum pon dah susah nak senyum dengan tutup mulut. Aku pernah nak cover braces tu dengan senyum tak buka mulut. Seryesly nampak fake sangat senyuman aku tu. At the end, senyum je la walaupon nampak braces pon. Dah pakai jadi biar je la orang nak nampak walaupun first a few days rasa malu jugak nak bercakap dengan orang tapi actually tak der yang kutuk pon hahaha. Chill la.



Lengkap pakage aku. Mata berspek. Gigi pon berpendakap. Dah rasa macam Betty Lafiya dalam Cerita Maxico waktu petang-petang dulu dah aku ni.hehe

Love life Syerah <3 p="">

Eid Mubarak celebration

Salam Alayk

Long time no see, my blog. Not really busy actually but not feel like writing. Huh. New sem already started. Dah ada kat UCSI sekarang ni. I came here 10 days before raya and after that balik pulak bercuti. Yeah i know it kinda weird. Kenapalah tak cuti terus je tapi nak buat macam mana dah schedule macam tu. Dapat cuti pon nasib baik.

Oh tak terlmbat rasanya to wish EID MUBARAK to all muslims all over the world. May ALLAH bless us fi dunya wal akhirat. Ameen!

Oh ya, my brother, Ustaz Cokelat married on 5th Syawal. Mabruk alaika. I'm happy for him. Hopefully the one he choose is the best partner for his life. Insyaallah.

Balik jer Ucsi, Assalam Society organize event sambut Hari Raya. HoHoo. Yeah. Best yer dapat makan free. :) Dah yang paling special sebab makan sate. My fav tu. Dress up apa yang patut dan jomlah gi melantak hahaha.


Fazira sit like a boss yang tiga yang belakang boyguard yang baik hati lagi cantik manis haha


Small family of Assalam Society. Masih ramai sebenarnya tapi ramai yang tak datang due to their own excuses. 


Three different genes :P - with Maira & Nisa


- With Maira & Kak Dhia ( even she look younger than me she's still one year older hehe )


- With beautiful lady, Clearece Markus. Insyaallah. I hope Allah akan bagi hidayah pada dia dan juga hidayah padaku :)

Partner in Crime ( Kelantanese )- Amna Amerai Khan. 

I think this picture look so cute. 

Gegirls yang comelsssss..

And last but not least, the wishes from us. hehe

Nanti next year bawaklah lagi makanan banyak-banyak pesen. Melantak lagi umpphhh jadinya hahaha

Love,
Xoxo

Wednesday, 1 July 2015

Sedikit tentang YPPB !!

Assalamualaikum.

Tadi saya bukak blog setelah lama tak bukak. bukan apa sekarang ni tengah bercuti kat kampung. Sem break for 2 months. Apa tidak bahagia? Memang hati ini teramat bahagia la nak nak pulak dengan bulan puasa sekarang ni tapi yang part tak best bila seminggu nak raya kitaorang akan start sem baru. Oh ya sebenarnya saya ada motif sendiri tulis entri ni. Saya perasan kan ramai yang TER singgah ke blog ni due to : SCHOLARSHIP. Kebanyakan yang masuk blog ni sebab tertanya pasal YPPB, macam mana dia punya interview and so on. Bagus betul korang semua ni. Macam tu la generasi Y. Put your effort bila usahakan sesuatu. Whenever you decide anything in your life, make sure it's the best!!

So sebagai orang yang dah lalui sedikit perkara dalam hidup, why not i'm sharing my experience untuk rujukan orang lain. Nothing much i can do for people. Hanya entri kecil yang mungkin sedikit sebanyak akan bagi orang sesuatu? Insyaallah. 

Okey berbalik pada YPPB. Majori yang singgah blog saya ni sebab cari info pasal ni. Dulu saya pernah tulis pasal interview yang saya lalui kat sini. Itu di zaman saya dulu la. Maybe procedure tu dah berubah, i 've no idea about that.

 Tapi apa yang saya nak fokuskan adalah bila orang tanya YPPB ni elok ke? Yppb tu sendiri di bawah pejabat pendana menteri dan scholarship ni bertujuan nak bantu bumiputera. So sesiapa yang bumiputera ( include me) sepatutnya rasa beruntung sangat dengan adanya yayasan ni. Sebab one of the objective penubuhan yayasan ni adalah nak tolong anak -anak melayu. kita belajar sejarah kan? dalam sejarah Malaysia pon kita tahu betapa Bumiputera ni jauh ketinggalan berbanding bangsa lain disebabkan oleh dasar pecah dan perintah pihak penjajah suatu ketika dahulu. Hah kedengaran seperti aku bercerita hal sejarah pula tapi itulah hakikatnya. Apa yang aku rasa sekarang, i'm glad to be one of the scholar. Rasa beruntung sebab wujud yayasan yang nak majukan bumiputera.

Apa kelebihan Yppb berbanding dengan Scholarship yang lain? Well bagi aku kalau nak compare macam tu bukan cara yang betul kot sebab scholarship lain macam Mara atau Jpa. Scholarship tu dah lama dan Yppb boleh dianggap baru lagi sebab belum sampai 10 tahun pon penubuhannyer. Aku tak tahu scholarship lain tapi satu perkara yang patut tahu pasal yayasan ni bila once you become part of them, ada NDP every year untuk bantu kita untuk improve ourselves. Lebih kurang macam tu la. NDP ni stand for Nature and Development Programme. Saya punya selalu kat Sunway University dan dia macam kem la untuk scholar belajar speak in english, learn about presentation dan situ juga jadi platform untuk berkumpul among the scholars. NDP ni kira aktiviti tahunan la yang kumpulkan anak -anak yayasan dari seluruh negara. tapi bergantung pada jadual masing -masing la. 

Apa lagi nak tahu pasal yppb? Dulu yang paling saya curious adalah amount yang diberi. Frankly speaking, kalau kita tahu jaga duit dengan baik, amount yang dapat lebih dari cukup for kita to survive tapi bergantung tapi individu jugaklah kalau boros, you have to control yourself. :P 

Rasanya tu je la yang aku terfikir saat ni untuk share pada yang nak tahu dan tercari-cari info pasal scholarship ni.  Yang penting walau apa juga yang kita dapat dalam hidup ni jangan lupa untuk bersyukur pada Allah. Nikmat ni dalam pelbagai bentuk. Tak ada rezeki kita untuk ni mungkin ada yang lain pula. 

I wish to the adik-adik yang sedang melangkah untuk berjaya, for the best of luck!! Kalau rasa entri ni macam kosong je tak membantu pon, tak apalah. hahaha


 dak2 UCSI

wish me luck and all the best people!!

Friday, 1 May 2015

Bingkisan dari dunia lain & Berpesta Buku

Assalamualaikum

Minggu ni ada kemasukan pelajar baru sessi next sem dan aku dapat jiran baru yang majoritinya bukan bangsa aku dan aku tak peduli je la kan. Masing-masing pon dok melayan aku so buat la hal aku sendiri. Namun tiba -tiba aku ditegur satu suara perempuan dalam bahasa Melayu. I'm shocked. 

"Apa khabar dik?"

mengintai arah suara itu dan ternyata ada seorang auntie yang nampak macam orang india atau bangladesh macam tu.

" You can speak Malay?" dengan curious aku bertanya.

" Mak cik orang Malaysia la. Anak je ni orang Pakistan hahaha" katanya sambil gelak. Oooo.. dia kawin campur rupanya. Anak dia memang muka 100 percent orang arab dan makcik tu takder muka orang malaysia pon tu yang aku tertanya soalan tu. haha

Teruja aku dengan pertemuan ni tau. Pastu dia cerita la serba seidkit tentang di yang menetap kat Arab Saudi dan dia punya speaking memang deabak la. Anak dia, Aisya tak pandai cakap Melayu. I'm not sure la mak cik tu bangsa apa. Pastu dia bagi aku benda ni

Biskut kurma katanya --> Date Bars. Haruslah aku ambik gambar benda ni sebab tak pernah pulak aku jumpa hahaha. Jakun sungguh budak ni tau. Fresh from Saudi Arabia. Thanks mak cik yang baik hehe. Aku kata dia baiklah sebab dia bagi aku benda ni haha

Lepas bebeberapa hari adik senior aku bagi satu coklah yang dibawa rakannya dar Jepun. Nama coklat ni. Koyuki. 

see
Tetiba teringat pulak blog Fatin Liyana Asri yang blogger famous tu. Nama blog dia kan HoneyKoyuki adakah dia telah mengambil inspirasi nama coklat dari Jepun ni. Benarkah begitu? Ermm.. maybe sebab dia kan pernah ke Jepun kan. Koyuki ni makud coklat ke? Atau jenama sahaja? Haishh curious pulak nak tahu hikhik


dan setelah tamat exam semalam aku telah berpesta di kelilingi dengan buku yang bertimbun. I mean aku pergi Pesta Buku Antarabangsa yang ada kat PWTC. Orang yang datang masyaallah ya ampun punyalah ramai nak nak rupanya hari ni hari cuti hri pekerja. Nak masuk tempat buku tu punya la sesak sampai terus hilang mood nak pilih buku

an finally 
this .. what i got

hahaa.  Sikit je kan

1# Wanita Dambaan Syurga karya Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi. Actally lama dah aku  nak buku fiqh wanita ni tapi tak terbeli dan alang-alang cover dia lama terus je aku grab. Harga not badlah dari 69 become 45. Apa tak murah lagi? Tapi tengok la buku cover tebal kot harga standard la macam tu. Untuk panduan hidup insyaallah.


2# Prognosis karya beberapa oarang doktor perubatan. Yang ni pulak aku terpengaruh dengan blogger yang aku minat pemilik Honeykoyuki yang aku mention tadi tu la. Dia salam seorang penulis Prognosis ni. Prognosis = Diagnosis 2. Buku pertama Diagnosis aku tak beli sebab cik Honeykoyuki tu tak der hahaha. Ada pulak macam tu kan tapi seryes weyh i'm just like the way she write her blog. So yeah dengan gembiranya aku grab buku ni :)


3 # Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah. Ini penulis favourite aku. Aku suka yang amat dengan novel-vovel yang dia tulis. Best wooo. Lecun dengan air mata bia baca novel ni ni. Pergi pesta buku tak rancang pun nak beli sebab dengan kata takdapa guna baucer tapi entah macam mana bila sampai tengok depan mata nafsu nak memilik datang membuak-buak dan akhirnya terbeli tunai jugak. Aduhhh.. nafsu sungguh semua ni. Tapi tak mengapalah teringin jugak aku nak tahu pengakhiran hidup Syed Aizril dan Aleya ni. Terlalu banyak konflik dan terlalu banyak episod sedih dalam hidup Aleya. Kalau aku jadi Aleya dah lama aku tak terima Syed Aizril tu. Janji je lebih habuk pon tadak. Eh tak perasan teremosi pulak aku berkomentar  hahaha

Cover nak hampir sama dengan Takdir Itu milik aku. kan?

4 # Koskenkorva karya Meteor Rasa.  Aku grab novel ni pon sebab tajuknya yang pelik yang membuat aku curious untuk tahu apa maksudnya. haha


5# Karkuma karya Raja Azmi. Cerita ala-ala fanatasi sikit dan penulis dia ni orang industri seni la. Aku tak ingat pengarah ke penerbit tapi yang pasti pernah la aku tertengok dia kat Tv tu.. Nampak macam best .



Beli tu beli
HARAP DIBACA DENGAN PENIH SAKSAMA LA YA!! 

:)







Thursday, 23 April 2015

Ada apa dengan mimpi?

Semalam aku mimpi yang aneh sangat. au ingatkan benda tu memnag betul-betul terjadi. Sungguh menakutkan. Dalam mimpi aku tu, aku berada di sebuah asrama. Yang anehnya dalam mimpi aku tu ada nabila,kak zue dan bebrapa yang lain yang aku tak cam wajahnya. waktu tu waktu petang dan aku ngan kak zue ada kat rooftop bangunan. Nabila ada di bilik sebab dlm mimpi aku tu di tgh berkemas nak balik. Masa tengah melayan hari senja tu tiba tiba nampak ada satu lagi matahari agak besar disebelah matahari yang nk terbenam. Maknanya ada 2 matahari kat atas langit. Aku mula cuak. Cepat-cepat bagitau nabila dan weall rushing naik atas rooftop dan tiba-tiba nampak orbit bertingkar di sekeliling matahari dan planet-planet yang lain muncul satu persatu. Putaran planet sangat aneh. Dan tibe-tiba orbit seliling matahari it meletop dan orbit sudah lintang pukang

aku dan yang lain tercenggang. Hari dah kiamat ke. Hanya itu yang aku fikir saat itu. Kak Zue dah mula mennagis. Aku melihat ada suatu cahaya di atas bangunan tinggi di hujung bangunan sana. Nampak binatang pelik. Manusia berbulu lebat seperti haiwan. Makluk asing agaknya. Aku takut dan aku cuba lari dari situ dan makluk asing itu sekelip mata sahaja ada di asrama yang aku tinggal itu. Yang laun sudah meraung. Aku hilang arah. Aku nampak ada seorang lelaki berbaju hitam dan wajahnya seperti burung helang datang ke arahku. aku pura-pura mati dan tidak putus mulut ni berzikir berselawat kerana rasa takut yang tiada tara. Dan entah kenapa si lelaki burung itu hanya menyentuh telinga aku sahaja dan kemudiannya dia berlalu pergi


dan aku terjaga dari tidur.


aneh sungguh mimpi aku ni. Bukan sekali aku mimpi macam ni. Dah banyak kali aku mimpi ada makluk asing turunlah. Dunia hancur lah.

Aku takutt

Petanda apakah ini?
atau mimpi semata-mata?  

Friday, 17 April 2015

Hashtag FeeLing MenGaDa

Assalamualaikum

Semalam aku teman Umaira pergi Masjid Jamek sebab dia nak cari tudung. Tu  je la tempat yang kitaorng selalu pergi. Ye la tempat bajet kot untuk student yang sentiasa kekeringan dompet macam aku ni. Kalau Muaz textile tu kan ya ampun teramat murah dan dia ada banyaaak sangat tudung yang banyaaak sangat trend. Kau nak tudung kedut seribu, Lipan 18 kali, tudung berlingkar seperti lingkaran ubat nyamuk, just name it semua ada dan harga pulak masyaallah teramatlah murah. Hahha nampak seperti aku nak promote Muaz Textile pulak nampaknya hahaha

Lepas dah beli tudung tu jalan-jalan la sikit. Tak sedar diri sungguh la aku ni exam dah dekat. Okay okay ini last aku keluar before exam okay. Kitaorng keluar bertujuan tetapi tiba-tiba aku ternampak ada bunga-bungaan yang dijual. Ohh.. terlari tujuan asal dan aku grab sejambak bunga putih yang teramat cantik pada pandangan ku. Bunga putih. Aku tak tahu apa namanya tapi bunga ni cantik sangat. Sejambak cuma Rm1.50. Apa tidak terkejut terduduk kerana terlalu murah? haha gila murah kan. Opss tak la sampai gila cik akak oi. Lepas tu jalan lagi dan terjumpa kakak -kakak yang sedang duduk untuk inaikan sesiapa nak pakai henna. Masyaallah. Terujanya. Dah lama kan nak pakai inai pastu umaira tanya

" nak pakai tak"

ragu-ragu jugak tapi akhirnya..

" nak!!" aku membalas dengan ke'excited'tan yang tiada tara.





Dua bunga yang aku dapat on that day. Bunga merah dan Bunga Putih.Cantik sungguh bunga putih tu kan. Tak sure namanya tapi seryes cantik. Banyak macam tu pun murah sangat. Sejambak kot seringggit lebih. Bukan sekuntum tau.

*gambar hiasan hahha

 Berehat disurau setelah pulang dari berjimba


Cintakan Bunga, Bunga akan layu, Cintakan Manusia, Manusia akan mati, Cintakan Allah nescaya ia akan kekal abadi :') Gambar ternampak poyo la pulak. Credit my beloved photographer: nswhiterosses 

malu la iolss hahaha



I give the flower for you. 



oh ya ni gambar mlm tu, lepas malam kita gi taman. main kejar-kejar. Terasa macam budak sekolah pulak. Hahaha thanks my beloved gegirls for the memories, i'll keep for the rest of my life :)

p/s : ma nga ayah datang melawat ptg tadi. Terasa motivated untuk exam. Wish me luck!