Thursday, 23 April 2015

Ada apa dengan mimpi?

Semalam aku mimpi yang aneh sangat. au ingatkan benda tu memnag betul-betul terjadi. Sungguh menakutkan. Dalam mimpi aku tu, aku berada di sebuah asrama. Yang anehnya dalam mimpi aku tu ada nabila,kak zue dan bebrapa yang lain yang aku tak cam wajahnya. waktu tu waktu petang dan aku ngan kak zue ada kat rooftop bangunan. Nabila ada di bilik sebab dlm mimpi aku tu di tgh berkemas nak balik. Masa tengah melayan hari senja tu tiba tiba nampak ada satu lagi matahari agak besar disebelah matahari yang nk terbenam. Maknanya ada 2 matahari kat atas langit. Aku mula cuak. Cepat-cepat bagitau nabila dan weall rushing naik atas rooftop dan tiba-tiba nampak orbit bertingkar di sekeliling matahari dan planet-planet yang lain muncul satu persatu. Putaran planet sangat aneh. Dan tibe-tiba orbit seliling matahari it meletop dan orbit sudah lintang pukang

aku dan yang lain tercenggang. Hari dah kiamat ke. Hanya itu yang aku fikir saat itu. Kak Zue dah mula mennagis. Aku melihat ada suatu cahaya di atas bangunan tinggi di hujung bangunan sana. Nampak binatang pelik. Manusia berbulu lebat seperti haiwan. Makluk asing agaknya. Aku takut dan aku cuba lari dari situ dan makluk asing itu sekelip mata sahaja ada di asrama yang aku tinggal itu. Yang laun sudah meraung. Aku hilang arah. Aku nampak ada seorang lelaki berbaju hitam dan wajahnya seperti burung helang datang ke arahku. aku pura-pura mati dan tidak putus mulut ni berzikir berselawat kerana rasa takut yang tiada tara. Dan entah kenapa si lelaki burung itu hanya menyentuh telinga aku sahaja dan kemudiannya dia berlalu pergi


dan aku terjaga dari tidur.


aneh sungguh mimpi aku ni. Bukan sekali aku mimpi macam ni. Dah banyak kali aku mimpi ada makluk asing turunlah. Dunia hancur lah.

Aku takutt

Petanda apakah ini?
atau mimpi semata-mata?  

No comments: