Friday, 17 April 2015

Hashtag FeeLing MenGaDa

Assalamualaikum

Semalam aku teman Umaira pergi Masjid Jamek sebab dia nak cari tudung. Tu  je la tempat yang kitaorng selalu pergi. Ye la tempat bajet kot untuk student yang sentiasa kekeringan dompet macam aku ni. Kalau Muaz textile tu kan ya ampun teramat murah dan dia ada banyaaak sangat tudung yang banyaaak sangat trend. Kau nak tudung kedut seribu, Lipan 18 kali, tudung berlingkar seperti lingkaran ubat nyamuk, just name it semua ada dan harga pulak masyaallah teramatlah murah. Hahha nampak seperti aku nak promote Muaz Textile pulak nampaknya hahaha

Lepas dah beli tudung tu jalan-jalan la sikit. Tak sedar diri sungguh la aku ni exam dah dekat. Okay okay ini last aku keluar before exam okay. Kitaorng keluar bertujuan tetapi tiba-tiba aku ternampak ada bunga-bungaan yang dijual. Ohh.. terlari tujuan asal dan aku grab sejambak bunga putih yang teramat cantik pada pandangan ku. Bunga putih. Aku tak tahu apa namanya tapi bunga ni cantik sangat. Sejambak cuma Rm1.50. Apa tidak terkejut terduduk kerana terlalu murah? haha gila murah kan. Opss tak la sampai gila cik akak oi. Lepas tu jalan lagi dan terjumpa kakak -kakak yang sedang duduk untuk inaikan sesiapa nak pakai henna. Masyaallah. Terujanya. Dah lama kan nak pakai inai pastu umaira tanya

" nak pakai tak"

ragu-ragu jugak tapi akhirnya..

" nak!!" aku membalas dengan ke'excited'tan yang tiada tara.





Dua bunga yang aku dapat on that day. Bunga merah dan Bunga Putih.Cantik sungguh bunga putih tu kan. Tak sure namanya tapi seryes cantik. Banyak macam tu pun murah sangat. Sejambak kot seringggit lebih. Bukan sekuntum tau.

*gambar hiasan hahha

 Berehat disurau setelah pulang dari berjimba


Cintakan Bunga, Bunga akan layu, Cintakan Manusia, Manusia akan mati, Cintakan Allah nescaya ia akan kekal abadi :') Gambar ternampak poyo la pulak. Credit my beloved photographer: nswhiterosses 

malu la iolss hahaha



I give the flower for you. 



oh ya ni gambar mlm tu, lepas malam kita gi taman. main kejar-kejar. Terasa macam budak sekolah pulak. Hahaha thanks my beloved gegirls for the memories, i'll keep for the rest of my life :)

p/s : ma nga ayah datang melawat ptg tadi. Terasa motivated untuk exam. Wish me luck!






No comments: