Grrrrrr..
That's me! Huhhh sabooorr je laaa.
Nak dijadikan cerita, hari selasa minggu lepas, masa praktis lab OP kat lab, aku excuse kejap gi toilet dan phone aku ada dalam poket. Then aku letak la kejap phone atas tempat letak stuff takut nanti jatuh ke apa ke tapi unfortunately masa aku keluar toilet tu boleh pulak terlupa pasal phone tu. Masa otw balik hostel baru perasan dan cepat-cepat aku pergi tengok balik tapi memang confirm la tak ada kan. Even telefon tu cuma Samsung Galaksi Y yang dah bertahun-tahun tapi aku sayang tau telefon tu. Sebab telefon tu hadiah orang lagipon kalau hilang pon mana aku nak cekau duit nak cari phone baru. Setakat beli telefon second nokia harga less than RM 50 pon belum tentu akan dapat. Huhh.. dengan banyak commitment kewangan lagi.
Tengok je telefon aku yang dah lesap tu, aku jadi hilang semangat jap. Malas nak cerita kat orang sebab at the end aku jugak yang salah. Tu la sapa suruh cuai sangat kan. Dalam otak ni dah mula la plan nak jimatkan allowance nak kumpul beli phone baru. Tak canggih tak apa asalkan ada wassap dah. Ye la sekarang ni semua orang nak guna wassap. Kadang tu rasa rimas jugak. Kita ni bukannya 24 hours ada connection, then everything mesej guna wassap. Leceh!! Tapi itu la salah. Siapa suruh tak beli nombor yang dapat internet percuma ye dok? Sekarang nak salah siapa? Salah diri sendiri la yang out of date sangat.
Aku bagitau kak cik siap mintak tolong nak pinjam phone dia yang lama lagi. Memang dah pasrah habis dengan phone yang hilang tu tapi dalam hati tetap harap ada orang yang hati mulia sanggup pulangkan balik phone aku tu. Phone cabuk je pon. Tapi tu la kalau jual laku jugakkan?
" innalillahiwainna ilaihi rajiun " aku ulang ayat ni sambil berharap akan dapat balik phone aku. Aku pernah dengan orang kata kalau hilang barang atau lupa barang letak kat mana insyaallah barang tu kita akan jumpa or dapat balik.
Sebelah petang tu ada kelas Biostatics. About 5 minit nak habis class tu, lecturer sembang slow dengan member kat barisan depan. Then tetiba Nisa pandang,
" Syahir, phone mana?"
Nisa memang panggil aku Syahir hahaha. Macam panggil lelaki kan, Masa first2 rasa pelik jugak tapi sekarang dah sebati dah pon hehe.
Aku sengih je la. Macam mana dia tahu telefon aku takder sebab aku tak bagitahu sesiapa pon selain kak cik.
" Kenapa tanya?" tanya aku balik.
" Cuba check handphone ada tak?" tetiba Opie mneyampuk dari depan.
Aku dah mula syak.
" Macam mana korang tahu... korang jumpa eh?"
" Eeiiii... tak cakap pon phone hilang. Rileks je tak bagitahu orang!" bebel Nisa.
Aku sengit tak tahu nak kata apa. Dalam hati rasa bersyukur sangat-sangat. Lepas tu Nisa bagi aku phone tu. Alhamdulillah, lecturer aku yang jumpa and she give it back to me. Subhanallah. Kalau dah ada rezeki insyaallah you'll get it back. Aku happy sangat!! Tak ada lah keluar pulak badget aku untuk phone kan?!
" Sebab tadi dah pasrah dah telephone hilang. Dah hilang, heboh kat orang pon bukannya dapat balik"memang tu pon yang aku fikit tadi. Dah pasrah sangat2 dah!
Then miss yang kat depan tu tetiba nyampuk sambil gelak.
" Nampak sangat takder boyfriend tu yang tak kisah phone hilang tu" usik miss. Hish miss ni sampai ke situ pulak dia fikir. Cam tahu -tahu je.
Aku sengih lagi.
" Thanks miss"
" Belanja saya starbuck satu" seloroh miss sebelum berlalu keluar

Alhamdulillah! Alhamdulillah !!!
No comments:
Post a Comment