Assalamualaikum.
15 May 2014- Hari ni adalah hari cuti sempena Hari Wesak dan sebab tu jugakklah weolls bersetuju untuk join satu rehlah PKPIM kat Taman Rekreasi Shah Alam.
Petang Isnin lepas abis kelas terus weolls keluar. Akceli berlaku salahfaham yang membuatkan perjalanan kitorang agak memcabar tapi takpe. Buat lek je. Petang isnin, pergi Wangsa Maju dan bermalam dirumah kakak PKPIM sebab weolls ingat akan bergerak sama2 ke sana rupanya tak. Kakak tu ada program lain. Dan bila jalan pergi ke lrt, sesat lagi haha.
Tapi terjumpa sorang mak cik ni yang jual nasi bawah payung besar. Rupanya dia orng kelantan. Tengok muka dia teringat ma kat kg. Dengan tubuh yang kecil molek, seryes aku teringatb sangat kat ma. Beli dia punya nasik kerabu dgn telor sebungkus RM2.50. Not bad la.. Rasa nasik kerabunya sedapp. Biasalah kan masakan org kelantan memang sedap-sedap hehehe.
Dari UCSI, weolls hanya 6 orang je ( Kak Ummi, Fizah, Nisa , Amna. Fana & me) dan 2 orang lagi member dari HELP University ( Shima & Yanie). Perjalanan yang memang mencabar tahap kesabaran tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Program start pukul 8.00 pagi dan weolls sampai nak sampai pukul 10 dah kihkihkih. Sampai-sampai orang dah bersalam dah pon tapi jap-jap bukan dah habis tapi aktiviti lepas tu lebih pada briefing program yg akan dibuat kat Masjid besi nanti. Kalau sampai awal boleh join diorang beraktiviti tapi dah takder rezeki kan.
9 Org (include photographer yg tak bertauliah hehe) yg kanan sekali sorg kakak PKPIM yang jumpa kat Kl sentral.Oh ya, tau tak, punyalah aku tak up-to-date ni aku tak tahu pon yg kad pengenalan boleh digunakan macam kad touch and go. Masukkan je duit ke kad pengenalan kat kaunter dan just tekan je kat mesin tanpa susah-susah pi beli tiket. Ahh.. kuno sungguh aku rasa haha.
Begambar kenangan dgn kakak Pkpim selepas habis program. :)
Lepas abis program weolls pergi kat WET WORLD yang hanya beberapa langkah je dari tempat tu. Tapi aku tak masuk la. Malas la nak main air bagai lagipun Kak Ummi pon tak masuk jugak. Diorang masuk Wet World, Fana, Fiza, Nisa dan Amna. Kawan Help dan balik. Aku ngn Kak Ummi pergi Taman rekreasi yang ada tepi tempat tu. Bercerita. Ambik gambar dan ambik gambar sampai penat hahaha
Duta baru Wet World 2014 ---> Kami lettew kihkihkih
~~ Pukul 5 bergerak pulang dengan kepenatan tapi hati masih gembira hehe
Naik KTM balik. Seryes lucu bila semua kitorang tertidor atas KTM yang bergerak lambat tu. Memang badan rasa sangaaatttt lenguh dan sangat leeetttih tapi yang pasti ada kenaangan yg berharga for me. Tak kesahlah. Lenguh tu kejap je. Lama-lama badan ok balik. Tak gitu hehehe
Sampai hostel around 6 p.m dan katil seakan memanggil-manggil. I need to sleep. AHHHHH :)
1 comment:
terakam gambar akak dlm blog ni rupanya. tq adik2 yg ceria. moga bertemu di program pkpim yg lain..
Post a Comment