Monday, 19 May 2014

I learn from them

Assalamualaikum

Nikmat dunia ni banyak yang seringkali tak pernah kita kisahkan. Ak sering lupa yang Allah berikan nikmat itu terlalu luas buatku. Terlalu banyak untuk dihintungkan.Bila rasa down, banyak gangguan fikiran yg buatkan kita x bersyukur dgn nikmat allah. Aduh, ak rasa yg aku ni selfish.. Actually, ada satu charity work yg ak join baru-baru ni.Memang touching sangat bila senior tu citer pengalamannya handle budak2 kurang bernasib baik yg terbiar. Didera. Dibuli dan dibuang. Ya Allah!! Besarnya dugaan mereka.

Senior ak ada citer pasal budak yg dia handle lebam bijik mata sebab kena pukul. Budak kecik kot dibuat macam tu. Dan ada seorang budak tu taknak belajar alphabet sebab waktu dulu-dulu dia minat belajar alphabet tapi bila ayah dia pukul sbb belajar alphabet, dia taknak dah belajar. See.. nak belajar pon mereka susah sedangkan aku ni dari kecik sampai lah besar dapat kemudahan untuk belajar. Dibesarkan dalam family yg sederhana dan penuh dgn kasih-sayang. Maka nikmat tuhan yang manakah ingin aku dustakan?

Kesiannya mereka. Betapa berat ujian yang Allah berikan untuk mereka. Please tell me,if they can't read or write. How can they read quran? How can they perform solat? Semuanya perlu belajar dan bila dibiarkan begitu oleh family, dan harapkan orang lain yg bantu? Bukan senang. Seriously. Not that easy untuk anak-anak tu belajar disana tiada insan yg pedulikan mereka. Ya Allah. Aku tak pernah terbayang akan bertemu dgn insan sebegini hebat ujian hidupnya. Hidupnya yatim. Didera. Dipinggirkan dari kecik. Allahurabbi.
 
 
 

Ak rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk kenal mereka. Sekurang-kurangnya ak dapat mentarbiah diri lemah lagi banyak dosa ni. Moga ak mampu mendapatkan redha Allah. Ameen!!

Haishh...ak jadi takut pula bila fikirkan pasal institusi keluarga ni. Zaman dulu lain zaman sekarang dah lain. Takut jika tak mampu kita nak hadapi kencaman zaman. Bercouple, nikah, cerai--- benda tu macam dianggap tak penting oleh sesetengah orang dan anggap begitu mudah untuk pikul tanggungjawab yg berat tu. ;) Tidak lagi pikirkan soal keberkatan dan tiada preparation to be a good parent to our future children. Ak rasa takut la dgn situasi sekarang. ok, Kawin tu sunnah nabi. Amat digalakkan orang muda untuk berkawin awal tapi tapi kawin bukan semata-mata kawin kan? Perlu ada kemampuan untuk meneruskan kehidupan dgn sempurna. Sbb banyak kes yang berlaku disebabkan masalah kewangan yg mengakibatkan anak2 yang yang tak bersalah tu kena tanggung akibatnya.

Skrg baru aku terfikir advantanges dgn adanya pil perancang. Oh, bukannya aku gatal sangt sampai cakap bab kawin ni tapi aku kesian la tengok budak-budak kat rumah anak yatim tu. Budak kecik lagi even baby pon ada yang bila dia menangis tiada siapa ambil peduli. Tiada siapa ambik kesah.Bayangkan la. :( Dulu ak  ada jugak menganggap orng yg ambik pil perancang ni macam takleh terima rezeki yg Allah beri je tapi skg baru ak tahu, itu lebih baik daripada si ibu bapa tu buat aniya pada  baby sbb xcukup kemampuan kan. 


 
Ak harap sngt pada perempuan seluruhnya la. ( termasuk ak sbb aku pon pempuan jugak ^ ^ ) . Pempuan ni special kerana sifat keibuan memang naturally ada dlm diri kita tapi jangan sampai kita yang membuang sifat keibuan itu. 

Ramai orang nak kawin tapi lansung tak prepare untuk jadi parents yang terbaik. Anak -anak pula yg jadi mangsa. Ya Allah, moga kita tak jadi orang yang rugi diakhirat. 

3 amalan yg x akan putus walaupun kita dan meninggal.
> Amal jariah ( sprt derma untuk bina masjid dan selagi orng guna masjid yu selagi tu kita dpt pahala. Insyaallah.

> Ilmu yang bermanfaat ( jika ajar orng dan selagi orng guna ilmu tu selagi tu kita dapat pahala. Ohh.. banyaklah pahala cikgu-cikgu eh. Tapi-tapi cikgu ni bukan semestinya yg ada kat sekolah je. Cikgu tak formal pon boleh )

> Anak yang soleh ( naqibah ak cakap anak yg soleh ni yg akan doakan kita, untuk kesejahteraan kita di akhirat. Naqibah ak cakap 'anak' ni tak dimentionkan pon mesti anak kandung. Insyaallah moga ia jugak bermaksud untuk anak2 sepeti anak angkat, anak murid. Insyaallah)

Duhai insan kecil yang tak berdosa
Tabahlah dikau dengan dugaan Sang Pencipta
Hapuskan air matamu tika kau merindukan belaian kasih ibu
Hapuskan tangisan bila kau perlukan ksih seorang ayah.

Duhai insan penghuni syurga, 
kerna kau insan penyejuk mata, 
kerna kau pengubat duka lara

Disaat kau disisihkan
disaat kau diperlakukan bagaikan binatang yang hina
Tahulah dikau duhai sayangku
Kasih Allah itu sentiasa ada untukmu
Disaat tiada insan yang memperdulikanmu
Tahulah sayangku,
Allah sedang menguji mu.

Semoga kau tabah sayangku.
Moga Syurga balasan untukmu
Ameen!!

No comments: