Monday, 26 May 2014

Benda-benda yang aku nak =)

Assalamualaikum.

Hari ni tak ada kelas la pulak sebab dalam jadual hanya ada lab dan lab masih belum start lagi minggu ni. Tadi aku bukak fb sebab nak postkan pasal Iftar yang akan dibuat masa Bulan Ramadhan nanti. Paling tak sangka bila aku dicadangkan untuk jadi Setiausaha Kelab As-Salam Society even aku ni memang tak berpengalaman langsung nak siapkan apa-apa proposal sekalipon. Kak umi yang cadangkan sebab katanya aku ni minat menulis so apa-apa yang berkaitan penulisan ni maybe takadaer masalah untuk aku handlekan. Okehh.. so aku accept. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah aku sumbang something daripada duk menaip perkara yang lagha macam ni hahaha. Mcam kali ni jugak aku nak menaipkan perkara yang lagha tapi okey la daripada ku buat aktiviti yang lagi me'lagha'kan aku, ye dok?

Aku ni suka berangan-angan. Kadangkala tu terpikior jugak dalam kepala ak ni.Dapat ke idok aku capai apa yang aku nak. Tapi takpo la. Angan-angan je pon. Semua orang boleh buat angan-angan dio sendiri. So aku fikir positif je. Yang negatif tu buang jauh-jauh. 

# Nak pergi Makkah ngan Madinah b'sama Ma ngan Ayah 
-Nak sangat jejakkan kaki kat dua tempat ni tapi entah la bila dapat rezeki tu. Sekarang pon masih bawah tanggungangan Ma Ayah. Tapi insyaallah rezeki Allah ni bukan kita tahu kan. Sebelum jasad tercerai dari badan, ya nak sangt!!


# Publish my own book
- Aku punya minat menulis ni memang berhantu sikit. Kadangkala begitu excited tapi kadangkala nak pegang pen pon tak hingin. Tapi apa yang buat aku minat sangat menulis? Ceritanya bermula masa aku darjah enam. Aku dapat karangan terbaik. Cikgu Zunaidi kata karangan aku best dan aku dapat markah 98% masa tu. Memang bangga sangat masa tu.  =) Aku jugak ada kenangan tulis karangan dgn Cikgu Samsudin. Masa tu darjah 3. Aku dulu ada terbaca karangan pasal UFO dan masa exam darjah 3 aku tulislah apasal Alien turun ke bumi dgn UFO. Tapi sedih sebab markah rendah je. Cikgu kata cerita ku tak logik hahaha. Tergelak sorang bila aku fikirkan balik karangan aku masa tu. Masuk form 1 aku start ada diari. Pada orang diari ni dah tak relevan lagi untuk dibuat tapi tak kisahlah.Aku tetap suka tulis dan kemas diari aku. Siap hias cantik lagi. Bila aku baca balik. Aku tergelak. Innoncent nyer aku dulu hahaha. Aku harap sangat one day aku ada buku ak sendiri. Tak kisahlah buku fiksyen ke buku non-fiksyen ke. Insyaallah. Moga aku dapat buat!! =)


# Ipad
-oh my.. it's great. I love apple!! Jenama apple dia punya quality memang ok kan. OK!! insyaallah tak mustahil aku dapat. Kumpul duit-kumpul duit hahaha

# Hiking
-Walaupun ak ni bukan seorang yang lasak dan tak milik stamina yang tinggi tapi aku minat buat benda -benda yang macam ni. I love nature dan aku suka benda-benda yang cantik macam ni. Ini normal kan. Bila nak naik bukit ke gunung ke? Teringinnya!!

ya..ya... macam ni la

# Camera DSL

-I like taking picture tapi biasanya ak ambik gambar guna phone je la. Tapi aku ada angan-angan untuk dapat camera berkualiti tinggi macam ni. Tapi tak mau yang besar -besar. Kecil je senang nak bawak dan aku bukannya nak jadi photographer bertauliah pon. Hanya nak gambar yang aku ambik high qualitynya. Insyaallah.

# Pergi Japan
- Antara Korean ngan Japan aku lebih suka Japan. Ye memang diorang pernah jajah negara kita tapi aku nak tengok sendiri macam mana life diorang. Negara diorang yang dianggap negara maju tu. Aku banyak dengar yang negara Jepun ni memang teknologi tinggi. Orangnya berhemah tinggi dan diorang cantik-cantik hewhew.Apa yang bestnya pasal Japan ---> Bunga Sakura, Gunung Fujiyama, Doraemon, Hello Kitty =)
Aku suka tengok filem Japan best!! Dan aku kagum dengan sikap orang Japan !! So teringin la aku nak menengok dgn mata kepala aku sendiri. Insyaallah.

Woowwww... cantik!! Cantik!!

#Meet them

- Haha.. memang ak minat kat Dr SMS ni masa darjah 6 masa first aku tahun dia yang akan ke angkasa lepas. Dulu memang perangai tak boleh blah sungguh. Sentiasa update dgn news dia nih huhuhu. Sekarang pon minat tapi dah biasa sikit hahaa. Selalu update pon dgn blog Dr. Halina ni je sebab aku subscribe dia punya blog kan. Ada jugak dapat info secara tak langsung hehe

Yang tu je la yang dapat aku fikirkan sekarang ni. Mungkin angan-angan ni akan bertambah dari semasa ke semasa hahahahaahahahha ( panjang noh ak geka (= ...)




No comments: