Saturday, 31 May 2014

Palestine Night

 Assalamualaykum

Actually when my frens n i otw balik drpd class, weolls disapa mamat arab yg kacak yg kencang mempromotekan pasal event diorang. First2 memeng takmau pergi sbb fee diorg letak mahal sngt RM 15 kot. Tapi tetiba ubah fikiran bila diorg kata ada nasi arab hewhew bestnya nasi arab.So, yeah weolls decide to go.  Ak, Syu, Dina & Opie. Syaf tak join sebab dia balik kmpung kat Perak. Event tu start pukul 7 hingga 11 mlm. Awal bebenor kan. Tak menyempat tunggu Maghrib betul la kan. We olls pergi tak sharp pon pukul 7pm. 7.20 mcm tu. Masa nak masuk tu nampak Kak Umi keluar dari MPH.Eh tak tahu pulak Kak Umi join. Kalau tak ak dtg ngan dia. Dia nk keluar solat Magrib kat surau dan kiteorg terus g surau la dulu untuk solat.

Masuk-masuk, terpana sungguh tengok mamat arab yang pakai tuxedo. Handsomenyer!! Orng arab pakai selekeh pon nampak handsome inikan pula pakai tuxedo lagi la kan. Diorang punya event macam exclusive sikit sebab diorang punya VIP tu adalah diorng punya Ambassador Palestine di Malaysia. Sebab tu pakaian diorang memang formal macam event2 korporat. Ramai yg pakai tuxedo n jadi security on the night. Sekali pandang dah macam Mr. Bodyguard dah hehe.
Ak ada nampak yg ambassador diorng yg dtg tu org ppuan yang mukanya, Subhanallah memang cun habis. Seriusly cantik! Tak tipu!! Sebabkan ats stage dia tu masa pnyampaian hadiah so agak jauh dan tlpn ak gambar x sharp sngat untuk capture. So ak try la buat research sikit. acece.
Aku tengok siapalah agaknya ambassador Palestin tu agaknya dan aku ada nampak ppuan ni masa ak search tu. Rasanya dia dah kot. Muka sama! Bashear Othman. Yang pernah masuk rekod dunia sebab Major temuda. Wow!!
i told u. She's still young! Cantik pulak tu =)

Majlis exclusive kan. Tak ada tiket takboleh la nak masuk.

Yeahh... weolls terasa macam wakil Malaysia pulak dikalangan diorang sebab hanya weolls (dlm gambar)+ Kak Atiq je orang Melayu kat dalam Majlis tu. Hewhew dahlah majlis tu 100 % dihandle dalam bahasa arab dan bahasa inggeris. MC tu org Palestine kan memang taklah dia nak cakap melayu kan.

Selfie!

Excited dapat makan nasi Arab yang memang betul-betul org arab buat. Memang sedap sangat!! Punyalah banyak dia punya bahan-bahan dicampur. Ayam pon dimasak dua jenis. Seriously sedappp!! Tambah pulak it was my first time eating 'Nasi Arab' haha

Oh ya.. dah punya banyak nasi Arab tu dia sediakan lagi Syawarma. Ak tak tahu pon makanan tu. Ingakan kebab tapi tak. Fuhhhh.. meleleh air liur sedap yang amat-amat sedap walaupun makanan tu dah sejuk. Still sedap. Kalau panas-panas terus makan lagi la sedap kan. Fee diorng mahal pon takpe la makanan punyalah best!

Makanjangantakmakan

Persembahan pon memang osem!
One of the performance! Sedap sangat suara syeikh arab ni.

Tapi yang paling masuk dalam hati aku bila dengar sorang budak arab ni Khadijah yang diklamasi sajak dalam bahasa arab yang sangt menyenyuh hati. Walaupun ak tak faham apa yang dia duk cakap tapi intonasi suara pon tahu. Oh ya, diaorng ada sediakan slide sajak tu bahasa inggeris!! Sedih tau tengok negara Palestine. Kesian Palestinian!! Benci pulak aku ngan org Israel ni. Kejam!!

from left : Kak Atiq, Khadijah ( yg diklimasi sajak tadi), Kak Umi, me

Kat tengah tu mamat Palestine yang handsome sngt. Ambik gambar ngan dia sbb dia handsome sngt je hehe. Kalau handsome macam dia ni pon dah terpegun, agaknya macam manalah rupa Nabi Yusuf a.s yang kekacakannya tu sampaikan tangan yang dihiris dgn pisau tak terasa sakitnya kerana pesona keindahan wajah baginda. Subhanallah.

'We are Malaysian, We support Palestine'

Jugak orang arab kwn kakak senior ak ni =)

Kalau ak la aku bagi diorang punya majlis ni 4/5. Memang exclusive sangat dan tambah lagi makanan dan performance best sangt. Dia punya organiser pon ok. Banyak yang jadi security tapi turut bantu sediakan makanan. Orang lelaki yg sediakan makanan. Sweet kan? =)

Oh itu sajew la hehe

Love,
XOXO

Transformer ~

Assalamualaikum

Last thursday, we went to MidValley. Tak rancang pun sebenarnya tapi tapi tetiba Fazira ajak ke CRS (Chicken Rice Shop ) nak buka puasa so ak gi la jugak. Ingatkan kat Tbs je tapi tak tau pula sampai MidValley hehehe 

Ok la tu gi cari CRS punya pasal ^ ^ Fazira mengidam tuh kite tlng penuhkan permintaan dia la. Dah pukul 6 lebih dah tapi pergi jugak. Nasib baik sampai-sampai dan order semua ngam-ngam masuk waktu berbuka.

(Me, Fazira, Ummaira)

Slps perut dah kenyang dan solat maghrib kat siu, we all singgah satu kedai ni. Kalau tak silap aku F.O.S Hahaha window shopping je duit tak berhabuk kot macam mana nak beli  =) Nampak topi cantik kat tempat terlindung trus posing haha. Berselfie!

ok ok i can't believe if i can wear like this in public. Macam entah apa-apa je la =) Tapi sebab topi tu kiut kan, yeahh weolls rasa kiut la pulak ahaks.

Oh ya. Gambar not related actually tapi dah Ummairah dah editkan so yeah. Letak jugak hehe

Wowowowo... see behind us. Transformer ada kat MidValley. Ada 3 semuanya. Ak minat transformer ni tapi ak tak tahu sangat nama diorang. Bukan peminat finatikkan. Tengok je tapi tak kisah nama diorang pon!! Tengok pon sebab abang ak tengok. Ak layan la jugak sebab ak kan minat citer robot-robot ni. Yang tak logik tu la yang minat yang reality tu minat jugak tp kadangkala boring hehe

Sorang lagi ~~ ambik dgn 2 je. Yg satu lagi tak sebab dia kecik sikit dan aku rasa yang tu watak jahat tu. Tak sure la pulak.


I can't imaging what will happen bila benda ni bergerak. Hewhewhew.. takutkan. Tengok dalam movie pon rasa takut inikan kalau benda tu bergerak betul kat Midvalley tu. Naya!! 

Happy jumpa diorang =)

Love, 
XOXO

Monday, 26 May 2014

Benda-benda yang aku nak =)

Assalamualaikum.

Hari ni tak ada kelas la pulak sebab dalam jadual hanya ada lab dan lab masih belum start lagi minggu ni. Tadi aku bukak fb sebab nak postkan pasal Iftar yang akan dibuat masa Bulan Ramadhan nanti. Paling tak sangka bila aku dicadangkan untuk jadi Setiausaha Kelab As-Salam Society even aku ni memang tak berpengalaman langsung nak siapkan apa-apa proposal sekalipon. Kak umi yang cadangkan sebab katanya aku ni minat menulis so apa-apa yang berkaitan penulisan ni maybe takadaer masalah untuk aku handlekan. Okehh.. so aku accept. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah aku sumbang something daripada duk menaip perkara yang lagha macam ni hahaha. Mcam kali ni jugak aku nak menaipkan perkara yang lagha tapi okey la daripada ku buat aktiviti yang lagi me'lagha'kan aku, ye dok?

Aku ni suka berangan-angan. Kadangkala tu terpikior jugak dalam kepala ak ni.Dapat ke idok aku capai apa yang aku nak. Tapi takpo la. Angan-angan je pon. Semua orang boleh buat angan-angan dio sendiri. So aku fikir positif je. Yang negatif tu buang jauh-jauh. 

# Nak pergi Makkah ngan Madinah b'sama Ma ngan Ayah 
-Nak sangat jejakkan kaki kat dua tempat ni tapi entah la bila dapat rezeki tu. Sekarang pon masih bawah tanggungangan Ma Ayah. Tapi insyaallah rezeki Allah ni bukan kita tahu kan. Sebelum jasad tercerai dari badan, ya nak sangt!!


# Publish my own book
- Aku punya minat menulis ni memang berhantu sikit. Kadangkala begitu excited tapi kadangkala nak pegang pen pon tak hingin. Tapi apa yang buat aku minat sangat menulis? Ceritanya bermula masa aku darjah enam. Aku dapat karangan terbaik. Cikgu Zunaidi kata karangan aku best dan aku dapat markah 98% masa tu. Memang bangga sangat masa tu.  =) Aku jugak ada kenangan tulis karangan dgn Cikgu Samsudin. Masa tu darjah 3. Aku dulu ada terbaca karangan pasal UFO dan masa exam darjah 3 aku tulislah apasal Alien turun ke bumi dgn UFO. Tapi sedih sebab markah rendah je. Cikgu kata cerita ku tak logik hahaha. Tergelak sorang bila aku fikirkan balik karangan aku masa tu. Masuk form 1 aku start ada diari. Pada orang diari ni dah tak relevan lagi untuk dibuat tapi tak kisahlah.Aku tetap suka tulis dan kemas diari aku. Siap hias cantik lagi. Bila aku baca balik. Aku tergelak. Innoncent nyer aku dulu hahaha. Aku harap sangat one day aku ada buku ak sendiri. Tak kisahlah buku fiksyen ke buku non-fiksyen ke. Insyaallah. Moga aku dapat buat!! =)


# Ipad
-oh my.. it's great. I love apple!! Jenama apple dia punya quality memang ok kan. OK!! insyaallah tak mustahil aku dapat. Kumpul duit-kumpul duit hahaha

# Hiking
-Walaupun ak ni bukan seorang yang lasak dan tak milik stamina yang tinggi tapi aku minat buat benda -benda yang macam ni. I love nature dan aku suka benda-benda yang cantik macam ni. Ini normal kan. Bila nak naik bukit ke gunung ke? Teringinnya!!

ya..ya... macam ni la

# Camera DSL

-I like taking picture tapi biasanya ak ambik gambar guna phone je la. Tapi aku ada angan-angan untuk dapat camera berkualiti tinggi macam ni. Tapi tak mau yang besar -besar. Kecil je senang nak bawak dan aku bukannya nak jadi photographer bertauliah pon. Hanya nak gambar yang aku ambik high qualitynya. Insyaallah.

# Pergi Japan
- Antara Korean ngan Japan aku lebih suka Japan. Ye memang diorang pernah jajah negara kita tapi aku nak tengok sendiri macam mana life diorang. Negara diorang yang dianggap negara maju tu. Aku banyak dengar yang negara Jepun ni memang teknologi tinggi. Orangnya berhemah tinggi dan diorang cantik-cantik hewhew.Apa yang bestnya pasal Japan ---> Bunga Sakura, Gunung Fujiyama, Doraemon, Hello Kitty =)
Aku suka tengok filem Japan best!! Dan aku kagum dengan sikap orang Japan !! So teringin la aku nak menengok dgn mata kepala aku sendiri. Insyaallah.

Woowwww... cantik!! Cantik!!

#Meet them

- Haha.. memang ak minat kat Dr SMS ni masa darjah 6 masa first aku tahun dia yang akan ke angkasa lepas. Dulu memang perangai tak boleh blah sungguh. Sentiasa update dgn news dia nih huhuhu. Sekarang pon minat tapi dah biasa sikit hahaa. Selalu update pon dgn blog Dr. Halina ni je sebab aku subscribe dia punya blog kan. Ada jugak dapat info secara tak langsung hehe

Yang tu je la yang dapat aku fikirkan sekarang ni. Mungkin angan-angan ni akan bertambah dari semasa ke semasa hahahahaahahahha ( panjang noh ak geka (= ...)




A little enjoyment !!

Assalamualaikum
My life just like a dream. I never never expect to going through this kind of life. Never expect to b in the minor community. It's really unexpected! But seriously,  I really enjoy every moment I had in my life. Semua ni membuka mata ak yg kita ni merancang tapi Allah lah yg tentukan samada apa yg terbaik untuk kita sebgai hambaNYA. Setiap orang punya rezeki berbeza. I try to appreciate whatever I got. Kadangkala ada yang buat ak menngis untuk terima tapi ada yang tanpa sdar buat aku ketawa.
Ahhh... dunia ini terlalu aneh kerana Allah itu hebat. Allah is the Owner of the World and He know what will going happen to us.
# 3 day 2 night at Mujahadah Agro Camp
When a few days after I decide to join YPPB. Really missing the moment so much!

#Celebrating birthday one of my housemate
I'm not the kind that will remember the dates of birthday. Just when I opened my diary and see my calendar. At that time , i'm will remember. Tapi kalau tak bukak seriously tak ingat. My frens pon ada yg merajuk dgn perangai ni tapi insyaallah i'll improve. The way we appreciate the people around us is really important for a better life. Right? :)


# Happy Circle Day
 It's organized by AsSalam Society dan krana komuniti Muslim dan Melayu adalah sangat kecil so, event2 hanya disertai orang yang sama :)
Activity nya best !! 



Insyaallah. Love your life and you will get the happiness.


Love,
XOXO


Sunday, 25 May 2014

Sepang Gold Coast

Assalamualaikum
It's really amazing experience!! Really it was. My last weekend---> 24.05.2014, I spend my whole day at Sepang Gold Coast. Actually, when I heard that name, I was like. Gold Coast, Australia??haha. Of cos not. It's located at Sepang, Malaysia about 3 hours from my uni. (=
It start when Dolly asked.
Sape nak join outing budak-budak ni ke Sepang?
In my mind at that time. Dah kenapa nak gi sepang. Dah takder tempat lain?Apa yg bestnya kat sana.
I never thought tht Sepang have such a beautiful beach.Oh my..

Sepang Gold Coast a.k.a Pantai Bagan Lalang ( nama nak glamer je kan :P )

Sampai-sampai terus je snap photo sebelum budak2 tu tiba sebab kitorang xboleh tangkap gambar diorang. Sebagai langkah keselamatan katanya. So, tangkap gambar sendiri je la. Pantai ni cantik. Dah lama aku tak pergi pantai kan so bila datang sini rasa excited gila. Kat hujun sana tu ada chalet atas laut. Perghh.. mampu pandang je la.

Going there for the kids, Become their facilitator atau senang cakap tolong jaga budak ni gi outing. Tapi best. Best!! 10. 00 am until 2.30 pm yang sangat membahagiakan. Disebabkan xleh nak tangkap gambar masa budak-budak tu ada so memeori tu just keep in my mind je la :)

Hopefully, the kids enjoy the day! ~~

Lepas program badan rasa letih sangat-sangat!! Aish.. muda-muda dah sakit urat apa hal? Nampak sangat kurang stamina. ni mesti kes malas nak bersenam nih. Adoii.

Masa memandu pun still nak berselfie dih. Hahaha.

Selfie kejap dan tak lama lepas tu semua tertidor kepenatan kecuali Si Driver tu haha. Btw dia bukan Melayu walaupun rupa macam melayu =)

Oh ya,this the members of Club that join the volunteer for kids.

but on the day, only 8 of us ( Fiza. Kak Umi, Dolly, Clare, Amna, Nisa, Syaf and me)

Love,
XOXO




Wednesday, 21 May 2014

I got my Insta !

Assalamualaikum.

I have my instagram LOL. Tu pon dah rasa macam up-to date gila la tu walhal orang lain dah part nak reka social media sendiri dah pon kau baru terkedek-kedek nak ada instagram hahaha. Well, tak kisahlah. Aku pon bukan kepengin sangat pon nak jadi up-to-date girls. Setakat post aku sendiri baca tu pon dah okay dah.

Tp seryes cantik gambar kat insta ni. Suka tengok hehe.

Di sebabkan aku ni mudah rasa menyampah bila tengok orang yang selfie tapi tak berperinsip. Maksud aku kat sini 'tak berperinsip' adalah dengan membuat muka annoying bajet nak suruh orang kata, kau buat muka seteruk macam pon tetap lawa peah. Haaa.. yang photo macam tu memang tak ngam ngan aku. Ye la. Muka alhamdulillah lawa tapi apa ke hal pergi selfie tak berperinsip macam tu. Ada yang buat mulut itik bagai. Aduuhh. Ok disebabkan hal itu aku hanya follow insta orang yang berselfie secara berhemah sahaja hewhewhew. 

Kalau kwn aku tak suka tengok post aku. You can do the same thing. Bukan apa, itu untuk mengelakkan diri daripada rasa annoying dengan orang dan rasa yang tidak-tidak pada orang lain. Untuk elak dapat dosa percuma kan, yeahhhh..

My insta @syerahnor

 Wah wah aku sudah pandai print screen skarang yea. Aku google tadi. Buat terus jadi. Aisehh. Bangga. Bangga!! Alang-alang sudah pandai print screen ni, moh ler aku print screen blog aku mihmihmih.

Bangganya hahahaha

Bila discreenkan macam ni nampak cantik jugak blog aku ni.

Bahagia dapat print screen haha

Oh ya, hujung minggu ni ada program kat Putrajaya. Hari Belia dan my friend akan pergi kot. Nantilah ak fikir nak pergi ke tidak. Weekend ni jugak kena teman anak yatim pergi beach. Horayyy.. insyaallah.

Love,
XOXO







Monday, 19 May 2014

I learn from them

Assalamualaikum

Nikmat dunia ni banyak yang seringkali tak pernah kita kisahkan. Ak sering lupa yang Allah berikan nikmat itu terlalu luas buatku. Terlalu banyak untuk dihintungkan.Bila rasa down, banyak gangguan fikiran yg buatkan kita x bersyukur dgn nikmat allah. Aduh, ak rasa yg aku ni selfish.. Actually, ada satu charity work yg ak join baru-baru ni.Memang touching sangat bila senior tu citer pengalamannya handle budak2 kurang bernasib baik yg terbiar. Didera. Dibuli dan dibuang. Ya Allah!! Besarnya dugaan mereka.

Senior ak ada citer pasal budak yg dia handle lebam bijik mata sebab kena pukul. Budak kecik kot dibuat macam tu. Dan ada seorang budak tu taknak belajar alphabet sebab waktu dulu-dulu dia minat belajar alphabet tapi bila ayah dia pukul sbb belajar alphabet, dia taknak dah belajar. See.. nak belajar pon mereka susah sedangkan aku ni dari kecik sampai lah besar dapat kemudahan untuk belajar. Dibesarkan dalam family yg sederhana dan penuh dgn kasih-sayang. Maka nikmat tuhan yang manakah ingin aku dustakan?

Kesiannya mereka. Betapa berat ujian yang Allah berikan untuk mereka. Please tell me,if they can't read or write. How can they read quran? How can they perform solat? Semuanya perlu belajar dan bila dibiarkan begitu oleh family, dan harapkan orang lain yg bantu? Bukan senang. Seriously. Not that easy untuk anak-anak tu belajar disana tiada insan yg pedulikan mereka. Ya Allah. Aku tak pernah terbayang akan bertemu dgn insan sebegini hebat ujian hidupnya. Hidupnya yatim. Didera. Dipinggirkan dari kecik. Allahurabbi.
 
 
 

Ak rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk kenal mereka. Sekurang-kurangnya ak dapat mentarbiah diri lemah lagi banyak dosa ni. Moga ak mampu mendapatkan redha Allah. Ameen!!

Haishh...ak jadi takut pula bila fikirkan pasal institusi keluarga ni. Zaman dulu lain zaman sekarang dah lain. Takut jika tak mampu kita nak hadapi kencaman zaman. Bercouple, nikah, cerai--- benda tu macam dianggap tak penting oleh sesetengah orang dan anggap begitu mudah untuk pikul tanggungjawab yg berat tu. ;) Tidak lagi pikirkan soal keberkatan dan tiada preparation to be a good parent to our future children. Ak rasa takut la dgn situasi sekarang. ok, Kawin tu sunnah nabi. Amat digalakkan orang muda untuk berkawin awal tapi tapi kawin bukan semata-mata kawin kan? Perlu ada kemampuan untuk meneruskan kehidupan dgn sempurna. Sbb banyak kes yang berlaku disebabkan masalah kewangan yg mengakibatkan anak2 yang yang tak bersalah tu kena tanggung akibatnya.

Skrg baru aku terfikir advantanges dgn adanya pil perancang. Oh, bukannya aku gatal sangt sampai cakap bab kawin ni tapi aku kesian la tengok budak-budak kat rumah anak yatim tu. Budak kecik lagi even baby pon ada yang bila dia menangis tiada siapa ambil peduli. Tiada siapa ambik kesah.Bayangkan la. :( Dulu ak  ada jugak menganggap orng yg ambik pil perancang ni macam takleh terima rezeki yg Allah beri je tapi skg baru ak tahu, itu lebih baik daripada si ibu bapa tu buat aniya pada  baby sbb xcukup kemampuan kan. 


 
Ak harap sngt pada perempuan seluruhnya la. ( termasuk ak sbb aku pon pempuan jugak ^ ^ ) . Pempuan ni special kerana sifat keibuan memang naturally ada dlm diri kita tapi jangan sampai kita yang membuang sifat keibuan itu. 

Ramai orang nak kawin tapi lansung tak prepare untuk jadi parents yang terbaik. Anak -anak pula yg jadi mangsa. Ya Allah, moga kita tak jadi orang yang rugi diakhirat. 

3 amalan yg x akan putus walaupun kita dan meninggal.
> Amal jariah ( sprt derma untuk bina masjid dan selagi orng guna masjid yu selagi tu kita dpt pahala. Insyaallah.

> Ilmu yang bermanfaat ( jika ajar orng dan selagi orng guna ilmu tu selagi tu kita dapat pahala. Ohh.. banyaklah pahala cikgu-cikgu eh. Tapi-tapi cikgu ni bukan semestinya yg ada kat sekolah je. Cikgu tak formal pon boleh )

> Anak yang soleh ( naqibah ak cakap anak yg soleh ni yg akan doakan kita, untuk kesejahteraan kita di akhirat. Naqibah ak cakap 'anak' ni tak dimentionkan pon mesti anak kandung. Insyaallah moga ia jugak bermaksud untuk anak2 sepeti anak angkat, anak murid. Insyaallah)

Duhai insan kecil yang tak berdosa
Tabahlah dikau dengan dugaan Sang Pencipta
Hapuskan air matamu tika kau merindukan belaian kasih ibu
Hapuskan tangisan bila kau perlukan ksih seorang ayah.

Duhai insan penghuni syurga, 
kerna kau insan penyejuk mata, 
kerna kau pengubat duka lara

Disaat kau disisihkan
disaat kau diperlakukan bagaikan binatang yang hina
Tahulah dikau duhai sayangku
Kasih Allah itu sentiasa ada untukmu
Disaat tiada insan yang memperdulikanmu
Tahulah sayangku,
Allah sedang menguji mu.

Semoga kau tabah sayangku.
Moga Syurga balasan untukmu
Ameen!!

Wednesday, 14 May 2014

Usrah PKPIM Taman Rekreasi Shah Alam

Assalamualaikum.

15 May 2014- Hari ni adalah hari cuti sempena Hari Wesak dan sebab tu jugakklah weolls bersetuju untuk join satu rehlah PKPIM kat Taman Rekreasi Shah Alam.

Petang Isnin lepas abis kelas terus weolls keluar. Akceli berlaku salahfaham yang membuatkan perjalanan kitorang agak memcabar tapi takpe. Buat  lek je. Petang isnin, pergi Wangsa Maju dan bermalam dirumah kakak PKPIM sebab weolls ingat akan bergerak sama2 ke sana rupanya tak. Kakak tu ada program lain. Dan bila jalan pergi ke  lrt, sesat lagi haha.

Tapi terjumpa sorang mak cik ni yang jual nasi bawah payung besar. Rupanya dia orng kelantan. Tengok muka dia teringat ma kat kg. Dengan tubuh yang kecil molek, seryes aku teringatb sangat kat ma.  Beli dia punya nasik kerabu dgn telor sebungkus RM2.50. Not bad la.. Rasa nasik kerabunya sedapp. Biasalah kan masakan org kelantan memang sedap-sedap hehehe.


Dari UCSI, weolls hanya 6 orang je ( Kak Ummi, Fizah, Nisa , Amna. Fana & me) dan 2 orang lagi member dari HELP University ( Shima & Yanie). Perjalanan yang memang mencabar tahap kesabaran tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Program start pukul 8.00 pagi dan weolls sampai nak sampai pukul 10 dah kihkihkih. Sampai-sampai orang dah bersalam dah pon tapi jap-jap bukan dah habis tapi aktiviti lepas tu lebih pada briefing program yg akan dibuat kat Masjid besi nanti. Kalau sampai awal boleh join diorang beraktiviti tapi dah takder rezeki kan.

haha.. she's not wearing niqab akceli tapi kulit dia sensitif dgn matahari so she covered it sbb we all jalan agak jauh jugak. i dun care that much if i need to walk berkilo-kilometer sekalipon bcoz i really enjoy the journey. Bukan selalu dapat jalan dan bersembang sama-sama. Duk menaip ni teringat pulak aku waktu aku jalan dgn ma malam-malam gi kedai haha. Rindunya waktu tu. Bila motor dah bawak masuk dlm rumah,  kitaorng jalan kaki sbb kedai takder lah jauh sangat. Jalan malam sambil tengok bulan bintang. Waduh waduhh.. syok bangat!!

9 Org (include photographer yg tak bertauliah hehe) yg kanan sekali sorg kakak PKPIM yang jumpa kat Kl sentral.Oh ya, tau tak, punyalah aku tak up-to-date ni aku tak tahu pon yg kad pengenalan boleh digunakan macam kad touch and go. Masukkan je duit ke kad pengenalan kat kaunter dan just tekan je kat mesin tanpa susah-susah pi beli tiket. Ahh.. kuno sungguh aku rasa haha.

Begambar kenangan dgn kakak Pkpim selepas habis program. :) 

Lepas abis program weolls pergi kat WET WORLD yang hanya beberapa langkah je dari tempat tu. Tapi aku tak masuk la. Malas la nak main air bagai lagipun Kak Ummi pon tak masuk jugak. Diorang masuk Wet World, Fana, Fiza, Nisa dan Amna. Kawan Help dan balik. Aku ngn Kak Ummi pergi Taman rekreasi yang ada tepi tempat tu. Bercerita. Ambik gambar dan ambik gambar sampai penat hahaha



 Duta baru Wet World 2014 ---> Kami lettew kihkihkih


~~ Pukul 5 bergerak pulang dengan kepenatan tapi hati masih gembira hehe


Naik KTM balik. Seryes lucu bila semua kitorang tertidor atas KTM yang bergerak lambat tu. Memang badan rasa sangaaatttt lenguh dan sangat leeetttih tapi yang pasti ada kenaangan yg berharga for me. Tak kesahlah. Lenguh tu kejap je. Lama-lama badan ok balik. Tak gitu hehehe

Sampai hostel around 6 p.m dan katil seakan memanggil-manggil. I need to sleep. AHHHHH  :)