"Kau kat mana sekarang ni? Lama tak dengar khabar berita?" ** krik krik**
hi allss..
This is the first time for me to make my own decision. Keputusan yang besar dalam hidup aku sebab ini melibatkan soal masa depan aku. Kita tak tahu kan apa yang akan berlaku pada masa depan sebab apa yang kita buat, kita usahakan adalah hanya perancangan kita sahaja sama ada kita akan dapat apa yang dirancang atau tidak, hanya Allah yang tahu. Itu yang i selalu terfikir and the choice pon terlalu berat untuk di ambil. Maybe because in my life, i never try to be independent before. Selalu mintak orang lain untuk buatkan keputusan for my life. Even to buy cloth untuk hari raya, beli kasut ke, my mom yang belikan. I just ambik dan pakai je.. sebab for me apa yang my mom pilih adalah yang terbaik. Ye la.. aku bukannya pandai sangat nak pilih memilih ni..
Tapi bila libatkan pelajaran sendiri, takkan nak suruh ma yang buat keputusankan sebab yang nak belajar itu itew dan ma pun cakap, it's up to me nak belajar kat mana-mana pon dan i can choose any course that i'm interested...
Apa yang aku fikir masa tu, i want scholarship. Sebab aku terasa nk kurangkan beban family. That is my target at that time. Tapi bila aku dapat offer MARA untuk engineering. Terus rasa down teramat! Kenapa mesti engineering even aku tak mintak pon couse tu. Just give me any course berkaitan dengan kesihatan la.. They offer me to do IB and then, i can fly to Sepanyol. Wooww.. pada mulanya aku fikir, bestnya dapat study kat Sepanyol kan? Tapi minda je fikir macam tu tapi hati memberontak kata tak nak! tak nak!!
Engineering is not my passion.. itu je yang buat aku rasa.. nak nangis nak nangis!! Maybe bukan rezeki aku nak study oversea agaknya. Member aku suruh pegi and my mom pon tak halang kalau aku nak pergi tapi aku kerap termenung memikirkan benda ni then aku ada jumpa sorang kak ni.. Kak Alia namanya.
Dia ni dulu dah first year dalam course engineering under MARA tapi dia berhenti dari MARA sebab dia tak minat. And now she's doing medicine in Russia. Untung kan? Dia pesan kat aku.. pilih apa yang kita minat. Bila kita minat sesuatu tu, kita ada semangat untuk belajar.
So aku decide untuk terima offer Foundation in science kat UITM Puncak Alam. Asasi PALAM ni tak tentu lagi course apa yang kita akan ambik sebab apa-apa pilihan lepas ni based on our result. Kalau result gempak bolehlah kalau nak apply course hebat jugak tapi kalau result hancus.. kena tanggung la..
Sama la dengan asasi kat tempat lain selain UIA kalau tak silap aku. So, tak der la beza sangat antara Asasi dengan Matrik kan? Dua -dua duration dia 1 tahun jugak!
aku sempat la jadi Asasi-an kejap!! Tengok kad Matrik aku ni.. adoishh.. kat surau pun sempai aku snap! Jiwa meracau sungguh *____*
Lepas hampir 2 bulan aku kat PALAM, aku dapat offer daripada YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA atau singkatannya YPPB. Nama biasiswa yang aku terima tu TUNAS POTENSI untuk lepasan SPM. YPPB ada 4 jenis biasiswa kalau aku tak silap. Ermm.. kalau aku rasa aku rajin lain kali, aku nak update nanti pasal YPPB ni untuk sesiapa yang sedang usha tajaan kan?
ohh ya, YPPB ni offer kan aku foundation in science leading to Pharmacy. Kira okay la sebab termasuk dalam skop bidang yang aku nak. Bidang Kesihatan!
so, yes!! i accept it!
Aku dapat offer ke private university. UCSI University yang ada kat Cheras, Kuala Lumpur. Tak pernah dengar kan nama U tu sebelum ni? Aku pun sama. Memang tak pernah dengar lansung pon. Offer yang diorang bagi tu la yang buat aku survey sesikit pasal tempat ni. Itu pun tengok gambar je la. Nak baca blog siapa pasal Universiti ni, tak der sesiapa pulak yang rajin nak menulis pasal environment kat sini. So, kena pegi tengok dan rasai sendiri la. Yang uniknya kat sini, studentnya majoriti foreigner. Berapa kerat je orang Melayu. Kalau yang bayar sendiri ni dah kompen duit berkepuk dalam wallet tu. Kalau student melayu kat sini, boleh dibilang dengan jari dan rata-rata under scholarship. Kalau bayar sendiri memang tak la kan?
Kita bukannya anak tauke balak hihi. Kiranya kalau nak cari mamat -mamat korea, cina, arab or mat saleh, kat sini berlambak kot. Yang negro lagi la ramai. Tapi seyes weii aku seram sikit tengok diorang. Cara diorang pandang tu menakutkan kot!! Hishh.. tak boleh la kalau nak keluar lebih pukul 7 ni. Bahaya teramat kot! Nanti ada masa aku akan update lagi detail. Insyaallah tapi tak janji ^_^
ni je perempuan under peneraju dan lelaki pulak ada la beberapa orang.. tak sampai pon sepuluh orang. Agak ramai jugak la.. even tak seramai student Melayu IPTA kan?
semua ni bukannya dapat course sama. Ada yang dah student degree ada yang foundation sciece, foundation in art. Eh jap.. kalau uallz dengar foundation in art, apa ualzz akan fikir? Masa first time aku dengar diorang cakap foundation in art, mesti terbayang kat kepala kerja diorang ni asyik melukis je. Tapi tapi kan.. tekaan aku meleset la.. member aku foundation in art leading to Islamic Banking. We all tak ada pun course untuk lukis melukis pelangi ni. Tak berbakat miahaha
Maka disini la gua sekarang. Hidup di perkampungan asing lagi terasing. That's my decision. Aku yang buat pilihan ni dan aku harus tanggung apa jua akibat yang akan berlaku. Moga aku dapat lalui semua ni dengan baik. Doakan aku agar jadi seperti ikan. Bukan jadi ikan yer. Hanya seperti ikan yang dagingnya tetap tawar walaupun beratus tahun hidup di dalam air yang masin.
I'm student of UCSI university and wish me for the best of luck!!
Sayang kome ketat-ketatn muahhhaaahh
No comments:
Post a Comment