Thursday, 17 October 2013

Let's cooking.. try to be a good lady :)

Alamak.. nak masak apa? Masak air tahu la..


Alolo.. keciannya kan bila tak pandai masak. Nak makan tu nak makan ni, terpaksa suruh orang lain buat. Itu pon kalaulah ada orang yang berbesar hati nak menolong buat. Kalau tidak, cara yang paling terbaik dan cadangan yang paling okay adalah dengan beli kat kedai. Mudah dan simple. Tapi..tapi.. cuba bayangkan kalau satu masa, kita pergi kesuatu tempat yang tiada kedai makanan halal. Masa tu apa yang kita nak buat? Nak makan ikut hati nak melantak walaupun hati rasa was-was giler dengan keadaan kedai? Jangan mengada nak ambik risiko. Makanan tu akan jadi darah dan daging dalam tubuh kita. Makanan yang halal agar hidup kita berkat. Makanan yang berkhasiat agar dapat hidup sihat. As simple as that.

Okk.. same goes to me.. tercampak tetiba dikawasn yang majoritinya penduduk cina dan foreigner.Sekitar sini, boleh dibilang dengan jari berapa orang melayu yang jumpa dan kedai Melayu pulak cuma ada 2. Itu pun kena berjalan dulu sebab lokasi kedai yang terletak kat tempat parking Giant. Sadis betul lokasi yang diorang pilih. Aduuii.. dah 2 tu je masakan orang Melayu, so that's y la.. bila ke kedai tu.. OMG!! OMG!! Ramai jugak eh orang melayu kat sini?? * hati berbunga riang tiba-tiba*. Tapi tu a... sekali makan dah berapa. Nasi campur lauk 5 ringgit + air 1 ringgit lebih = 6 ringgit lebih. Itu baru sehari dan sebungkus je pon :P  Cuba imaging kalau sebulan dah berapa? Setahun?? I know la yang sikap boros ni kadangkala melampau jugak. Tengok terlampau banyak pilihan kat depan mata. Nak tu sikit, ni sikit. Tahu-tahu je dah 10 ringgit untuk makanan. Too much!!! Hehhss.

Kalau time kepenatan pulang dari kelas ( macam busy giler je) , memang terasa ter..teramat malas nak round kawasan parking tu semata-mata nak beli makanan. Tapi perut berkeroncong tak sudah-sudah.So, berpuas hati beli makanan kat kedai mamat ALI BABA  kat bawah kondo sana. Masakan diorang tu okay jela selagi tekak i ni boleh terima. Sebab aku bukan jenis yang cerewet pasal makanan kot haha.. Asalkan tekak kata okay selagi tu i mampu telan muhhahaaa..

Secara tetiba, badan aku dirasuk dengan aura kerajinan. Nak masaklah!! Hati tiba-tiba berkata. Tapi dapur tak ada lagi. Tunggu mak cik cleaner yang nak tolong dapatkan gas untuk rumah kiteorang sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Jeng-jeng!! Nampak rice cooker je pon. Masak guna benda ni la. Anyonyoo.. comel pulak aku rasa ^ ^


cuba punya cuba.. tadaaa...


sayur air je. Tapi yang specialnya aku campakkan jugak ayam seketul bajet macam sup pulak. Hahaha. Tapi senior aku cakap, bila dia makan masakan yang ak buat ni, dia teringat masakan nenek dia masa kat kampung. Ahoho.. kira okay jugak la rasanya kan?? * sila tepuk tangan seminit*

lepas tu tumbuk cili dengan ikan bilis. Best tau.. sebab yang ni dah biasa buat and my favourite aku masa kecik2 sebab senang buat. Pedashh!!

Makan je la kan?? Yumm..  walau tak menarik cara hidang tapi rasa boleh tahan jugak *tetiba*



The next day, mood rajin masih datang jugak rupanya..

so, I cook this!


Ayam masak kicap
dan ..dan..


sayur goreng campur or sayur campur goreng?? Ahh.. apa-apa je la.

Jika perasan, setiap kali masak mesti ada sayur. Makanan untuk kesihatan la katakan walaupun semua berasas kan bahan bergoreng. Hehe

Multipurpose betollah si rice cooker tu kan?? Sume boleh masak tapi satu hal je la yang geram tu. Lambat nak masak dan lambat boleh makan. Aishhh..

Jom masak lagi jom.. miahhahaha

No comments: