Thursday, 31 October 2013

My life update ^ ^

Assalamualaikum.

I'm waiting for my frens right now. Tunggu nak lunch. Buka fb and scroll down. Nothing interesting untuk dibaca. Photo diupload pun biasa-biasa je. Asyik -asyik gambar diri sendiri je. Posing sana posing sini. Bosan la.. lagi-lagi gambar edit. Alahai.. korang sume dah lawa la.


Tapi aku pon kadangkala suke jugak edit. Lagi-lagi waktu boring tak  ada buat apa. Tapi sekarang boring kena buka buku. Then aku bukak la ' muka buka' hehehe.. Dan sekarang ni, ada masa cket nak update blog so ya.. i'm writing my blog now. Muahahaa..


OOkkk... becerita pasal my life.

so far so good.
* itu je komen??*

Sekolah Menengah adalah moment yang paling owesome.

Ak rasa orang lain pun sependapat dengan ak. * Yakin!!* so, sesiapa yang masih lagi kat bangku sekolah tu, appreciate your life. Jangan calarkan zaman ni dengan perkara yang pahit. * berlagak macam la da tua bebenor je ayat ak ni *

Gambar masa form 4 dengan my dear Mirah. Look at my uniform!!
* Saya pengawas kat sini. Jaga kelakuan anda!*
The picture was taken  at Rumah Orang Tua Seri Kenanga, Pengkalan Chepa.


'Nak air' pelawa ika dengan tetiba. Hhehehe



Ni masa form 5. Ika yang edit gambar ni. NOT me tau. Cool je we all pakai blazer dengan seluar. Macam @#$%^  entah pape kan? Miahahaai.
Lepas je letak bunga  mangga, terus posing. Masih ingat tak korang waktu ni?? Adushh.. ak kangen sihh


Apa yang lucu sngat tu??- I like this pic. sOO much!!


2012- Create moskot untul perbarisan sekolah. Kunamakan dia. ROBOKOT, it stand for ' Robot kotak'

Waiting zone.. lepas Spm.


'Opss..kau kawin??'

Agak a.. umur baru 17 lebih -lebih kot.Hehss.
The reason y gambar gelap - diambil waktu malam. Oh ya, itu kelebihan kenduri kat Kampung sebab tetamu mai pukul berapa pon tak apa. Kalau kat bandar , time abis pkl 4. Pkl 4 lebih pegi dah tak macam kenduri. Kan?
Kalau kat kampung, esk tetamu datang pon still di layan lagi, siap hidang makanan lagi even lauk dah lain. Best kan?!


Yang ko nak posing lebih-lebih atas pelamin tu apakehal?? Melayan jugak my brother nak tolong ambik gambar. Give u 4 stars. 4 je laa ^ ^

Foundation


Here i am now, student asasi kat UCSI University.
Dream for success!!

Tuesday, 29 October 2013

A week at OBS Lumut Perak!

I got the OB spirit up in my head todayyyy
Welcome to Lumut!!




* calp clap* meh sini sume.. duduk rapat-rapat sambil tarik nafas dalam- dalam and stay focus on your lappy!! ^ ^Today i will share you this owesome place.. just like it state above. OBS? Apa gerangan empunya diri itu? 

 Okay, aku citer and you must read this entry till the end ya.. it all about sekolah latihan semangat yang beroperasi kat Lumut Perak. Meaning that, if uallzz rasa semangat korang dah down gile, mai la datang sini untuk pulihkan semangat yang ilang tu sebab kat sini, uallz akan didedahkan dengan macam-macam aktiviti yang menguji ketahan fizikal dan mental dan secara tak lansung beri uallz kekuatan untuk teruskan life korang yang pelbagai tu. Maybe itu jugak objektif OBS ditubuhkan dan mendapat sambutan daripada banyak pihak. Erm.. masa aku pegi kat sana, aku ada terbaca kat dinding kat situ yang rata-rata yang pergi ke sana adalah under sponsorship.Kalau yang bayar sendiri tu kira wooww la kot sebab apa yang aku tahu la.. kalau kat sini .. almost 200 perday.. itu baru sehari, kalau seminggu 1000 dah. Dan bila korang dah decide nak pergi ke sini, memang tak akan lah kalau hanya pergi balik dalam masa satu hari sebab kalau uallz just pergi nak tengok-tengok kawasan tu boleh la. Tapi kalau nak buat aktiviti yang diadakan kat sana memang tak sempat menyempat la kan? Aku pergi hari tu pon dekat seminggu jugak tapi lansung tak rasa menyesal or boring.. seyes tak ada!! Rasa tak mau balik lagi la.. tapi tapi kalau yang tak biasa tinggal kat kawasan yang tak berapa selesa, maybe dia akan rasakan sedikit keseksaan. Agaknya la kan? Tapi masa aku dan kekawan satu batch dengan aku pergi, tak der aku dengar dari mulut diorang yang OBS ni tak best! Semua kata nak datang beraktiviti lagi kat OBS ni. Pokoknya OBS ni memang best la. Eh, pokok yer je ke? Akarnya macam mana pulak? Daunnya? Pheww.. apa daaa *_*

Oh ya, aku datang sini under Yayasan Peneraju. So, i'm not really know the procedure to book this place. Yang aku tahu cuma datang sini berhantar, join aktiviti yang diorang bagi, ber'enjoy' dengan member-member kat sana without thinking any problem yang bersarang kat kepala. Gile tak best kalau dah macam tu, memang hati senang, makan pun terasa kenyang je wahaha * gelak berterabur* oppss!!

Apa je aktiviti yang aku buat kat sana?Okay.. seperti yang aku katakan tadi, aku ke sini under Yayasan Peneraju kan and of course pemilihan aktiviti dilakukan oleh pihak diorang dan aku just ikut je aktiviti tu. Kalau nak diikutkan aktiviti yang disediakan di OBS ni memang banyak tapi aku tak berapa ingat berapa jenis tapi yang aku pasti ianya lebih daripada 10 aktiviti. Aku hari tu sempat buat 2 main activities dalam masa 7 days. Sikit jew? alahh.. okay la tu, nanti kalau nak buat aktiviti lain datang sendiri lain kali. Sebab kitorang ni buat aktiviti yang untuk create bonding antara budak -budak yayasan. Untuk bina semangat pasukan dan semangat berkerjasama dalam satu pasukan. So, aktiviti yang paling sesuai dah mestinya aktiviti berkayak dan junggle trakking. That's the main activity yang kitaorang buat. Kenapa sampai 7 hari? Sebab kitaorang kena practice dulu. Tak semua antara kami yang pernah pegang paddle kayak dan tak semua jugak pernah masuk hutan bagai. Kena biasakan dulu la. Kalau terhumban terus ke tengah laut tanpa skill, apa yang akan jadi agaknya? Sama ada hanyut ke pulau entah apa atau tenggelam atau lebih tepat karam? Berisiko tau uallzz.. kena practice dulu sebab kitaorang ber'aktiviti' yang berisiko macam tu

# KAYAK

Disebabkan group aku yang agak ramai waktu program tu oh oh.. aku lupa! Ini adalah bridging programme aku sebagai syarat untuk jadi scholar YPPB & terbahagi lah kitaorang pada 2 group. Aku dapat group 2 yang kurang sikit ahlinya tapi sporting habis wkwk!! Terbaek la korang.
Aktiviti berkayak ni.. uallz imaging la daripada Lumut ni kitaorang kena berkayuh pergi ke Teluk Sekadeh kat Pulau Pangkor and yang paling menariknya jalan yang kitaorng perlu pergi adalah ikut jalan jauh.. disebabkan Teluk Sekadeh tu terletak di selatan pulau, instruktor kiteorang suruh berkayuk mengelilingi pulau dulu barulah sampai ke destinasi walhal jalan yang lagi dekat ade je. Tu baru lah challenging kan? kan

Tapi yang edihnya group 2 tak sempat sampai sebab cuaca tak elok. Hanya group 1 je yang berjaya sampai. Sedih tu memang sedih tapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya kiteorang tak kena sunburn yang teruk sangat. Acece.. yang group 1 tu, semua dah gelap semacam je aku menengok. Hehee.



Perjalanan kiteorang diiringi oleh instruktor yang bertauliah je.. 




 Rafting di tengah laut.

Ini korang kata tak best tak tahulah nak cakap apa... it's owesome!



Terkandas kat Pantai Syawal la sebab tak sempat sampai ke destinasi. Overall, 30 km jauhnya. Adui.. jauhkan tapi takpe sebab best sangat. This my group la.. group Korbu..
That night.. kiteorng kna masak untuk makan guna kayu apo. Anyonyo..



Makan dalam ni. Comel pulak i rasa :)

oh ya.. sepanjang kat OBS ni kiteorang macam family je.. tunggu group kumpul dan baru bolh makan. Dan kat sana no pinggang.. kena makan dalam tray!!



*pic from google
You know what i mean right?? Yeahh.. makan dalam tray kot. Terkenang zaman kat asrama pulak! ^ ^





# JUNGGLE TREKKING

Lepaas dah letih berkayak dan gunakan kudrat bahu, meh sini kaki pulak yang kena kerja. Aucchh.. kakiku lenguh. Manja pulak tetiba. :P

Here we are.. bersiap sedia untuk meredah hutan belantara. Ngaum Ngaummm..




Berbekal kan kompas dan jugak peta. Ayuhh..



Kamilah juara.. Ahaha.. ye la tu kot even tersesat pon still juara jugak. kan korbu kan??


  You can see the smiling face right?? Even penat sekalipon, there's something more than that. Ukhwah yang indah. Insyaallah.

 Berhenti seketika sebelum kiteorng diisytiharkan sesat. Ya..kiteorang sesat kejap. Tapi kejap je.. pastu jumpa jugak jalan keluarnya. Lega!

Malam last.. malam kebudayaan yang kite kena buat persembahan. Overall, thanks for Nas yang jadi main character dlm pesembahan tu. Suara ko agak bagus hehe


 Even SUARA aku ehem ehem je, aku pon tolong join 'sumbang' kan lagu yang dicreate sendiri oleh Kak Nadia dan Ratna kalau tak silap. Ada bakat jadi composer  agaknya. Bakat terendam +_+

  We got the OB spirit LOL..

 Certificate from them. Simpan sebagai kenangan. Nanti bila tua bole tunjuk pada cucu -cucu.
" cu, tengok sijil nek dulu, nenek dulu join Obs tau"
Ahehss

Different U and different course. Hope to me all of you!! Team Korbu

That's all la my story kat OBS. Nothing more expensive than our experience!

Bbabaii ualllzz

Lompatttttt ^  ^


Saturday, 19 October 2013

Gathering Of Muslim.

Allummasolliala.. Muhammad! Muhammad!!


Bila umat Islam berkumpul, terasa bertuahnya diri because i'm the one of them. Lahir dalam sebuah keluarga Islam dan dibesarkan dengan pengetahuan tentang Islam. Alhamdulillah! Syukur atas nikmat yang Allah berikan. Kat luar sana tu, masih ramai orang yang baik tetapi tidak mengetahui wujudnya agama yang syumul ini, mendengar khabar pon hanya propaganda daripada musuh Islam yang cuba untuk memutar belikkan cerita dan menyesatkan manusia. Ya, masih ramai yang tertarik pada Islam tetapi bimbangkan faktor -faktor sekeliling, dipulau keluarga dan disisih teman -teman. Itu lah nikmatnya yang selama ini aku anggap biasa. Punya teman seagama, yang tahu tentang hukum halal dan haram. Keluarga mempraktikkan Islam. Ya.. alhamdulillah.Itu nikmat daripada Allah.





Baru- baru ni, i and my senior pegi satu event ni yang dianjurkan oleh Muslim   Student Society. My uni kan begitu ramai foreigner dan aku tak dapat cam kot yang mana satu muslim ke tidak. Yang perempuan tu bolehlah cam kalau yang bertudung tu. Yang lelaki pulak, mamat arab je la yang aku yakin diorang muslim. Kalau yang lain, memang susah nak teka ><

And that night, I was .... wooww!! Muslim daripada pelbagai bangsa berkumpul dalam satu dewan untuk mendengar ceramah daripada seorang ustaz yang dijemput khas dari India... bukan calang-calang orangnya tau. 

Dia punya ceramah memang owesome kot tapi aku tak nafi yang syaitan telah berjaya sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk merasa pening lalat yang amat. Nasib baik cepat-cepat istighfar sedarkan diri. Kalau tidak memang la kan.. tak ke sia-sia je nanti kalau  datang dengar tapi tak dapat apa-apa. Lagi satu, aku kan minat bab -bab dengar -mendengar ni, so, bila aku tengok the speaker tu tengah berucap. Zaappp!! Meremang bulu roma aku. First, sebab dia boleh bercakap dengan begitu outstanding kat atas stage. Second, sebab daripada percakapannya tu, aku dapat agak yang orang tu mempunyai banyak ilmu. Kira woowww la kan?

Overall, dia berciter berkisarkan para sahabat yang begitu komited dalam kehidupan. Muslim yang berjaya!! Rupanya banyak lagi sahabat yang aku tidak tahu kisah disebaliknya. Sekadar kenal dan tahu nama je kan. Serikandi -serikandi yang turut sama dalam perjuangan Islam, memang buat aku terfikir, Mampukah aku jadi seperti mereka? Mengorbankan apa sahaja demi Islam. Mampukah? 


* i wonder y my eyes look too sepet??


Kita menyangka yang diri sudah melalui pelbagai ujian tapi rupanya ujian itu belum dapat disamakan dengan ujian orang -orang terdahulu. Pejuang-pejuang Islam yang sanggup berkorban kerana Islam. Beruntungnya kita hidup di saat Islam sudah berkembang. Tak dapat aku bayangkan kalau lah aku lahir di saat kedatangan awal Islam. What will happen?? Entahla.. yang penting.. this my life!! Today and tomorrow..




 kak pipo and kak aisyah on that night *__*

again.. kak aisyah and Mawi ( ada rupa mawi worlds tak? Real name.. ismawi hehe)


gathering of us!! 

Jaga Ukhwah sesama MUSLIM..

WHAT YOU WILL BE ON THE FUTURE.. A DOCTOR?? AN ENGINEER? DON'T FORGET TO PROMOTE ISLAM..

Thursday, 17 October 2013

Let's cooking.. try to be a good lady :)

Alamak.. nak masak apa? Masak air tahu la..


Alolo.. keciannya kan bila tak pandai masak. Nak makan tu nak makan ni, terpaksa suruh orang lain buat. Itu pon kalaulah ada orang yang berbesar hati nak menolong buat. Kalau tidak, cara yang paling terbaik dan cadangan yang paling okay adalah dengan beli kat kedai. Mudah dan simple. Tapi..tapi.. cuba bayangkan kalau satu masa, kita pergi kesuatu tempat yang tiada kedai makanan halal. Masa tu apa yang kita nak buat? Nak makan ikut hati nak melantak walaupun hati rasa was-was giler dengan keadaan kedai? Jangan mengada nak ambik risiko. Makanan tu akan jadi darah dan daging dalam tubuh kita. Makanan yang halal agar hidup kita berkat. Makanan yang berkhasiat agar dapat hidup sihat. As simple as that.

Okk.. same goes to me.. tercampak tetiba dikawasn yang majoritinya penduduk cina dan foreigner.Sekitar sini, boleh dibilang dengan jari berapa orang melayu yang jumpa dan kedai Melayu pulak cuma ada 2. Itu pun kena berjalan dulu sebab lokasi kedai yang terletak kat tempat parking Giant. Sadis betul lokasi yang diorang pilih. Aduuii.. dah 2 tu je masakan orang Melayu, so that's y la.. bila ke kedai tu.. OMG!! OMG!! Ramai jugak eh orang melayu kat sini?? * hati berbunga riang tiba-tiba*. Tapi tu a... sekali makan dah berapa. Nasi campur lauk 5 ringgit + air 1 ringgit lebih = 6 ringgit lebih. Itu baru sehari dan sebungkus je pon :P  Cuba imaging kalau sebulan dah berapa? Setahun?? I know la yang sikap boros ni kadangkala melampau jugak. Tengok terlampau banyak pilihan kat depan mata. Nak tu sikit, ni sikit. Tahu-tahu je dah 10 ringgit untuk makanan. Too much!!! Hehhss.

Kalau time kepenatan pulang dari kelas ( macam busy giler je) , memang terasa ter..teramat malas nak round kawasan parking tu semata-mata nak beli makanan. Tapi perut berkeroncong tak sudah-sudah.So, berpuas hati beli makanan kat kedai mamat ALI BABA  kat bawah kondo sana. Masakan diorang tu okay jela selagi tekak i ni boleh terima. Sebab aku bukan jenis yang cerewet pasal makanan kot haha.. Asalkan tekak kata okay selagi tu i mampu telan muhhahaaa..

Secara tetiba, badan aku dirasuk dengan aura kerajinan. Nak masaklah!! Hati tiba-tiba berkata. Tapi dapur tak ada lagi. Tunggu mak cik cleaner yang nak tolong dapatkan gas untuk rumah kiteorang sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Jeng-jeng!! Nampak rice cooker je pon. Masak guna benda ni la. Anyonyoo.. comel pulak aku rasa ^ ^


cuba punya cuba.. tadaaa...


sayur air je. Tapi yang specialnya aku campakkan jugak ayam seketul bajet macam sup pulak. Hahaha. Tapi senior aku cakap, bila dia makan masakan yang ak buat ni, dia teringat masakan nenek dia masa kat kampung. Ahoho.. kira okay jugak la rasanya kan?? * sila tepuk tangan seminit*

lepas tu tumbuk cili dengan ikan bilis. Best tau.. sebab yang ni dah biasa buat and my favourite aku masa kecik2 sebab senang buat. Pedashh!!

Makan je la kan?? Yumm..  walau tak menarik cara hidang tapi rasa boleh tahan jugak *tetiba*



The next day, mood rajin masih datang jugak rupanya..

so, I cook this!


Ayam masak kicap
dan ..dan..


sayur goreng campur or sayur campur goreng?? Ahh.. apa-apa je la.

Jika perasan, setiap kali masak mesti ada sayur. Makanan untuk kesihatan la katakan walaupun semua berasas kan bahan bergoreng. Hehe

Multipurpose betollah si rice cooker tu kan?? Sume boleh masak tapi satu hal je la yang geram tu. Lambat nak masak dan lambat boleh makan. Aishhh..

Jom masak lagi jom.. miahhahaha

Sunday, 6 October 2013

Try to have my own decision!

 "Kau kat mana sekarang ni? Lama tak dengar khabar berita?" ** krik krik**

hi allss..  

This is the first time for me to make my own decision. Keputusan yang besar dalam hidup aku sebab ini melibatkan soal masa depan aku. Kita tak tahu kan apa yang akan berlaku pada masa depan sebab apa yang kita buat, kita usahakan adalah hanya perancangan kita sahaja sama ada kita akan dapat apa yang dirancang atau tidak, hanya Allah yang tahu. Itu yang i selalu terfikir and the choice pon terlalu berat untuk di ambil. Maybe because in my life, i never try to be independent before. Selalu mintak orang lain untuk buatkan keputusan for my life. Even to buy cloth untuk hari raya, beli kasut ke, my mom yang belikan. I just ambik dan pakai je.. sebab for me apa yang my mom pilih adalah yang terbaik. Ye la.. aku bukannya pandai sangat nak pilih memilih ni..

Tapi bila libatkan pelajaran sendiri, takkan nak suruh ma yang buat keputusankan sebab yang nak belajar itu itew dan ma pun cakap, it's up to me nak belajar kat mana-mana pon dan i can choose any course that i'm interested...

Apa yang aku fikir masa tu, i want scholarship. Sebab aku terasa nk kurangkan beban family. That is my target at that time. Tapi bila aku dapat offer MARA untuk engineering. Terus rasa down teramat! Kenapa mesti engineering even aku tak mintak pon couse tu. Just give me any course berkaitan dengan kesihatan la.. They offer me to do IB and then, i can fly to Sepanyol. Wooww.. pada mulanya aku fikir, bestnya dapat study kat Sepanyol kan? Tapi minda je fikir macam tu tapi hati memberontak kata tak nak! tak nak!!

Engineering is not my passion.. itu je yang buat aku rasa.. nak nangis nak nangis!! Maybe bukan rezeki aku nak study oversea agaknya. Member aku suruh pegi and my mom pon tak halang kalau aku nak pergi tapi  aku kerap termenung memikirkan benda ni then aku ada jumpa sorang kak ni.. Kak Alia namanya.
 Dia ni dulu dah first year dalam course engineering under MARA tapi dia berhenti dari MARA sebab dia tak minat. And now she's doing medicine in Russia. Untung kan? Dia pesan kat aku.. pilih apa yang kita minat. Bila kita minat sesuatu tu, kita ada semangat untuk belajar.

So aku decide untuk terima offer Foundation in science kat UITM Puncak Alam. Asasi PALAM ni tak tentu lagi course apa yang kita akan ambik sebab apa-apa pilihan lepas ni based on our result. Kalau result gempak bolehlah kalau nak apply course hebat jugak tapi kalau result hancus.. kena tanggung la.. 
Sama la dengan asasi kat tempat lain selain UIA kalau tak silap aku. So, tak der la beza sangat antara Asasi dengan Matrik kan? Dua -dua duration dia 1 tahun jugak!



aku sempat la jadi Asasi-an kejap!! Tengok kad Matrik aku ni.. adoishh.. kat surau pun sempai aku snap! Jiwa meracau sungguh *____*

Lepas hampir 2 bulan aku kat PALAM, aku dapat offer daripada YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA atau singkatannya YPPB. Nama biasiswa yang aku terima tu TUNAS POTENSI untuk lepasan SPM. YPPB ada 4 jenis biasiswa kalau aku tak silap. Ermm.. kalau aku rasa aku rajin lain kali, aku nak update nanti pasal YPPB ni untuk sesiapa yang sedang usha tajaan kan?

ohh ya, YPPB ni offer kan aku foundation in science leading to Pharmacy. Kira okay la sebab termasuk dalam skop bidang yang aku nak. Bidang Kesihatan!
so, yes!! i accept it!

Aku dapat offer ke private university. UCSI University yang ada kat Cheras, Kuala Lumpur. Tak pernah dengar kan nama U tu sebelum ni? Aku pun sama. Memang tak pernah dengar lansung pon. Offer yang diorang bagi tu la yang buat aku survey sesikit pasal tempat ni. Itu pun tengok gambar je la. Nak baca blog siapa pasal Universiti ni, tak der sesiapa pulak yang rajin nak menulis pasal environment kat sini. So, kena pegi tengok dan rasai sendiri la. Yang uniknya kat sini, studentnya majoriti foreigner. Berapa kerat je orang Melayu. Kalau yang bayar sendiri ni dah kompen duit berkepuk dalam wallet tu. Kalau student melayu kat sini, boleh dibilang dengan jari dan rata-rata under scholarship. Kalau bayar sendiri memang tak la kan?
Kita bukannya anak tauke balak hihi. Kiranya kalau nak cari mamat -mamat korea, cina, arab or mat saleh, kat sini berlambak kot. Yang negro lagi la ramai. Tapi seyes weii aku seram sikit tengok diorang. Cara diorang pandang tu menakutkan kot!! Hishh.. tak boleh la kalau nak keluar lebih pukul 7 ni. Bahaya teramat kot! Nanti ada masa aku akan update lagi detail. Insyaallah tapi tak janji ^_^


ni je perempuan under peneraju dan lelaki pulak ada la beberapa orang.. tak sampai pon sepuluh orang. Agak ramai jugak la.. even tak seramai student Melayu IPTA kan?
semua ni bukannya dapat course sama. Ada yang dah student degree ada yang foundation sciece, foundation in art. Eh jap.. kalau uallz dengar foundation in art, apa ualzz akan fikir? Masa first time aku dengar diorang cakap foundation in art, mesti terbayang kat kepala kerja diorang ni asyik melukis je. Tapi tapi kan.. tekaan aku meleset la.. member aku foundation in art leading to Islamic Banking. We all tak ada pun course untuk lukis melukis  pelangi ni. Tak berbakat miahaha

Maka disini la gua sekarang. Hidup di perkampungan asing lagi terasing. That's my decision. Aku yang buat pilihan ni dan aku harus tanggung apa jua akibat yang akan berlaku. Moga aku dapat lalui semua ni dengan baik. Doakan aku agar jadi seperti ikan. Bukan jadi ikan yer. Hanya seperti ikan yang dagingnya tetap tawar walaupun beratus tahun hidup di dalam air yang masin.

I'm student of UCSI university and wish me for the best of  luck!!  
Sayang kome ketat-ketatn  muahhhaaahh