Monday, 27 June 2022

Trip Buget : Langkawi Island

 Assalamualaikum.

Langkawi island here we go. Berbekalkan budget yang sedikit hehe tapi nak jugak ke Langkawi so we figure out the way. Tambahan lagi kami masih berdua. So yeah, That's still the honeymoon phase for us. Lagipula Langkawi Island ni adalah plan asal untuk kitaorang pergi honeymoon tapi sebabkan kekangan waktu tempoh PKP tempoh hari, niat itu ditangguhkan tapi still nak pergi jugak sebab 27 years of my life, aku tak pernah lagi sampai ke Langkawi. So ini adalah peluang terbaik. Husband dan bnyak kali ke Langkawi  hehe

Tambah lagi, lately hidup aku banyak stress, aku yang masih dalam process healing kehilangan dua orang baby dan ibu. Husband try very best to support me emotionally. Aku sudah redha tapi sometimes teringat dan jd mental break down kembali. Oke enough of the introduction. 

We plan around Rm 800~Rm900 for 3 days 2 night. Plan asal nak tidur di Kedah sebab nak jimat. Tapi kalau tidur di Kedah rasa macam serba salah pulak sebab budgetnya xjauh beza kalau stay 2 malam di Langkawi 

1# Feri. Tiket feri RM 23 per person tempah kat website siap2. So 2 orang x RM 23 total feri RM 92


Backpack saja senang :)

Gambar selepas pening mabuk laut hahah


2# Minyak kereta around RM 100 dari Kelantan ke Kuala Kedah (jeti) minyak kat Pulau around Rm30~Rm40

3# Kereta di jeti kena tinggal rm10 perday so that 3 day jdi Rm30. Awalnya hampir kena tipu 20 ringgit semalam. Nasib baik husband survey dulu hehe.

4# Kereta sewa RM70 semalam sebab kitaorang ambik axia je. Jimat hehe

5# Hotel di Chenang View hotel lebih kurang RM 100 semalam sekali tax. Itu pon ada je lagi yang lagi murah tapi husband prefer Chenang sebab tempat situ happening di malam hari. Sangat happening! Banyak je yang lagi murah kalau survey. Chenang View kami dapat agak murah sebab menghadap laut mungkin sebab hotel tu masih banyak yang under construction mungkin. Lain kali mungkin dah tak dapat harga tu. Oh ya plus ada swimming pool lgi. Gambar hotel boleh google je >..<



Itu je yang basic part nak ke Langkawi.

Yang lain tu sebab makanan pastu plus minus tambah barang2 yang atas pilihan masing- masing la. 



Pantai Chenang sangat2 hapening. Kalau datang langkawi pulak, ini tempat yang wajib singgah. 


Bergambar lepas breakfast di Nasi Dagang Pak Malau sebab review ramai cakap best. Memang nasi dagang sedap dan view tempat pon cantik tapi a bit expensive hehehe. I mean untyk yang bercuti bajet la. Harga nak kata mahal tak sangat tapi amount of nasi dengan harga agak tak berbaloi sikit hehe. 



Di Kota Mahsuri. Cantik tempatnya. Ticket masuk Rm12 per head. Okey la

Ni pula bergambar dalam kawasan cable car. Plannya nak naik cable car sebab murah je around Rm 40~Rm 50 tu pon kalau nak add on lain activities. Tapi sebabkan cuaca berangin dan agak scary kami batalkan dulu la plan tu hehe. Ni kucing tiba2 photo bomb kan gmbar ak hahaha.



infront of signature Langkawi di Dataran Lang hehe

Ada peristiwa caught my attention. Masa tu kitorang berdua sedang rojak tepi pantai dan tiba2 budak around less than 1 year baru boleh belajar jalan datang ke arah aku pastu dia rebahkan kepala dia di paha aku. Aku pon tepuk2 pastu dia senyum pastu dia jalan kat abang dia. Tersentuh jugak hati aku macam Allah hadirkan dia nak pujuk hati aku. Rasa macam dia lentukkan kepala kat paha aku nak bagitahu' Mama sabar ya.' Husband aku pon terkejut tapi dia ketawa je. Tak tahu la husband aku rasa tak apa yang aku rasa :)

oh ya. Sebab ini first time aku ke sini banyak benda yang aku kurang tahu tentang skop aktiviti di sini. So lain kali aku dah plan nak buat :

- NAIK CABLE CAR DAN JALAN DI BRIDGE ~RM 50/pax
- ISLAND HOPPING KE 3 BUAH PULAU.Itu pon tahu lambat tak sempat. Sepatutnya kena plan awal sebab trip dia pukul 8.30 pagi macam tu sampai 12.30. Masa tahu tu dah lewat sikit hehehe. 
- PARADISE 101 ISLAND. Nampak cantik je
-UNDERWATERWORLD Langkawi. 
-MAKAN MALAM KAT RESTORAN KERISIK

Dan ofcos la dengan budget yang lebih besar.
 Oh ya coklat kat Haji Ismail Group pergh punya besar tempat beli coklat. Dan tempat berhantu IDAMAN SURI. Berhantu sebab kalau dah masuk takkan keluar tanpa beli apa2 hahahaa.



oke la till then bye










No comments: