Hi
ASSALAMUALAIKUM
Tinggal lagi 5 hari untukku menghabiskan tahun 2017 ku ni, pejam celik pejam celik sahaja waktu yang berlalu pergi bersama usia yang semakin pendek. Ya tahun hadapan yakni 5 hari lagi akan beralih aku ke fasa usia 23 tahun. Oh my goodness. It's like a dream that i've been here. Writing this blog in this age. Teman seusia ku Aqil sudah 5 tahun rupanya meninggalkan kami ke alam lain. Teringat aku saat itu.Pemergiannya meninggalkan kesan di hatiku. Untung dia mati muda, orang kata mati muda ni orang baik. Dan aku usiaku menginjak 23 tahun sudah, tapi entah lah aku takut memikirkan kematian. Cukupkah amalan nku kalau tetiba ajalku menjemput?
Dan tahun ini juga aku diuji dengan dugaan perasaan. Entah kenapa mungkin lazim remaja diusiaku ini. Ingin berkenalan dengan orang yang lain jantinanya. Entah kadang aku keliru dengan diriku. Kejap aku rasa semua ini salah kejap aku rasa okey je kejap aku rasa bahagia kejap aku rasa bersalah. Aku pon tak faham apa yang aku rasa. Oh ya aku pernah bercerita tentang Satria yang tetiba friendly sangt chat aku di mcger about 8 month ago. Sebelum ni hai hai gitu tnya life macam mana gitu je. Tapi entah la kenapa dia buat ayat mengayat pulak dah dan aku ni pulak mende la gi melayan hahahah adooiii. Ya aku berkawan dengan dia. Kawan lama hi hi bye bye Form 3 dan sekarang baru nak mesra sikit. Tu pon chat sahaja hahaha 9 bulan usia perkenalan teman tapi mesra kami. 8 ke 9 bulan entah aku tak sure la pulak.
Dia kata dia suka aku hahahaha nak tergelak pon ada jugak. Entah betul entah tidak dia tu. Takkan tak kenal betul-betul boleh suka kot. Entah la aku. Tapi kan hari tu dia ajak jumpa dan aku segan la weyh. Tak pandai la aku bab2 ni nak jumpa buat apa. So aku end up macam ni la. Dok fikir apa la sebenarnya aku tengah buat sekarang ni. Memeningkan lagi kepala yang memang dah pening hhaha. He's nice man. Itu tanggapan awal aku la. Adakah aku sekarang ni di fasa cinta monyet.
Its too early for me to commit with a man. Tapi kan aku cuma rasa macam tak layak kot aku nak ke arah yang serius. Aku tak tahu la dia fikir macam mana pasal aku tapi seryes aku cakap dalam hati aku ni aku cuma nak dia bahagia. Ada perempuan yang cantik dan baik akhlak hadir dalam hidupnya nanti. Dan aku rasa bukan aku orangnya. Aku tak cukup baik dan aku kena ubah perangai dan diri aku dulu untuk betul2 seryes dengan orang.
Eh tapi kan aku ni nak kata nerd tak guna tapi aku pelik la. Kalau just chat bertegur sama teman tapi mesra gitu kita tak consider kan couple kan? Ke macam mana? Couple2 cam cinta monyet gitu kan? hahaha entah la apa pon istilahnya lantak la yang aku tahu aku berteman dengannya.
Masa yang menentukan.
Kalau dia jumpa yang lebih baik pada aku nanti, silakan pergi tapi jangan lupa ucapkan selamat tinggal untukku dulu sebelum pergi.
Ikhlas, disudut hatiku, aku nak tengok dia bahagia. One day bila aku stalk fb dia ke insta dia ke aku akan boleh cakap 'cantiknya wife dia' atau 'comelnya anak dia'.
Tentang aku bagaimana. Aku rasa aku tak layak nak hidup berpasangan lagi. Tak layak lagi. Entah la. Aku doakan agar aku mati muda. Tapi sebelum tu aku nak capaikan impian aku bawak ma ngan ayah sama-sama pergi Mekah dulu. Kalau haji lambat lagi umrah dulu pon tak apa.
Doa-doakan aku moga ada rezeki aku tahun depan Insyaallah.
*Kiri gambar hiasan & kanan gambar ak 4 years back
No comments:
Post a Comment