Tuesday, 26 December 2017

Cinta monyetkah ini?

Hi 
ASSALAMUALAIKUM


Tinggal lagi 5 hari untukku menghabiskan tahun 2017 ku ni, pejam celik pejam celik sahaja waktu yang berlalu pergi bersama usia yang semakin pendek. Ya tahun hadapan yakni 5 hari lagi akan beralih aku ke fasa usia 23 tahun. Oh my goodness. It's like a dream that i've been here. Writing this blog in this age. Teman seusia ku Aqil sudah 5 tahun rupanya meninggalkan kami ke alam lain. Teringat aku saat itu.Pemergiannya meninggalkan kesan di hatiku. Untung dia mati muda, orang kata mati muda ni orang baik. Dan aku usiaku menginjak 23 tahun sudah, tapi entah lah aku takut memikirkan kematian. Cukupkah amalan nku kalau tetiba ajalku menjemput?


Dan tahun ini juga aku diuji dengan dugaan perasaan. Entah kenapa mungkin lazim remaja diusiaku ini. Ingin berkenalan dengan orang yang lain jantinanya. Entah kadang aku keliru dengan diriku. Kejap aku rasa semua ini salah kejap aku rasa okey je kejap aku rasa bahagia kejap aku rasa bersalah. Aku pon tak faham apa yang aku rasa. Oh ya aku pernah bercerita tentang Satria yang tetiba friendly sangt chat aku di mcger about 8 month ago. Sebelum ni hai hai gitu tnya life macam mana gitu je. Tapi entah la kenapa dia buat ayat mengayat pulak dah dan aku ni pulak mende la gi melayan hahahah adooiii. Ya aku berkawan dengan dia. Kawan lama hi hi bye bye Form 3 dan sekarang baru nak mesra sikit. Tu pon chat sahaja hahaha 9 bulan usia perkenalan teman tapi mesra kami. 8 ke 9 bulan entah aku tak sure la pulak. 

Dia kata dia suka aku hahahaha nak tergelak pon ada jugak. Entah betul entah tidak dia tu. Takkan tak kenal betul-betul boleh suka kot. Entah la aku. Tapi kan hari tu dia ajak jumpa dan aku segan la weyh. Tak pandai la aku bab2 ni nak jumpa buat apa. So aku end up macam ni la. Dok fikir apa la sebenarnya aku tengah buat sekarang ni. Memeningkan lagi kepala yang memang dah pening hhaha. He's nice man. Itu tanggapan awal aku la. Adakah aku sekarang ni di fasa cinta monyet. 

Its too early for me to commit with a man. Tapi kan aku cuma rasa macam tak layak kot aku nak ke arah yang serius. Aku tak tahu la dia fikir macam mana pasal aku tapi seryes aku cakap dalam hati aku ni aku cuma nak dia bahagia. Ada perempuan yang cantik dan baik akhlak hadir dalam hidupnya nanti. Dan aku rasa bukan aku orangnya. Aku tak cukup baik dan aku kena ubah perangai dan diri aku dulu untuk betul2 seryes dengan orang. 

Eh tapi kan aku ni nak kata nerd tak guna tapi aku pelik la. Kalau just chat bertegur sama teman tapi mesra gitu kita tak consider kan couple kan? Ke macam mana? Couple2 cam cinta monyet gitu kan? hahaha entah la apa pon istilahnya lantak la yang aku tahu aku berteman dengannya.


Masa yang menentukan.

Kalau dia jumpa yang lebih baik pada aku nanti, silakan pergi tapi jangan lupa ucapkan selamat tinggal untukku dulu sebelum pergi. 


Ikhlas, disudut hatiku, aku nak tengok dia bahagia. One day bila aku stalk fb dia ke insta dia ke aku akan boleh cakap 'cantiknya wife dia' atau 'comelnya anak dia'.


Tentang aku bagaimana. Aku rasa aku tak layak nak hidup berpasangan lagi. Tak layak lagi. Entah la. Aku doakan agar aku mati muda. Tapi sebelum tu aku nak capaikan impian aku bawak ma ngan ayah sama-sama pergi Mekah dulu. Kalau haji lambat lagi umrah dulu pon tak apa.


Doa-doakan aku moga ada rezeki aku tahun depan  Insyaallah.






*Kiri gambar hiasan & kanan gambar ak 4 years back 


Saturday, 9 December 2017

Talk on Tinder apps.

Hi and assalamualaikum
Pernah tahu tak kewujudan app ni.  kalau tak pernah dengar tu kira noob jugak la kamu hahahah. Aku pon dengar ni because one of my friend start use this app. If not mistaken, dia tahu dari - MotifViral. Im not so sure. 



tinder
ˈtɪndə/
noun
  1. dry, flammable material, such as wood or paper, used for lighting a fire.

    "they slashed down the undergrowth for tinder"

Lighting a fire??? ok i get why they use this name hahahaha

Macam -macam sekarang ni haih. Kwn ak ada tunjuk and she ask me to download this apps and choose which men i like. Omg Whaaaatt????????  Macam nak suruh pilih baju la pulak dalam apps ni. Ok la maybe i yang kuno ke apa sebab ada je yang bertemu  jodoh dgn apps ni, kawan ak cerita la. ak tak pasti pulak how's the reationship.

the apps look like this. U can date people u like.

Ermmm bagi aku la yang nak cari jodoh tu ok la tapi benda- benda macam ni menaikkan peratus suami isteri yang curang dan meningkatkan kadar cerai.Apps mat salleh ni xleh nak ikut diorang sangat.

Ok tujuan aku tulis pasal Tinder ni ada reason sebenarnya. Ada la someone ni kenalan dan ak namakan dia A, The girl use this apps. Lepas tu she get to know  this guy. Aku namakan dia B. So dah chat they plan to meet up. Dua-dua ok dan si A dan B berjumpa. Si sangat terkesan dengan si B ni sebab B seorang yang soft-spoken, romantic, pandai buat ppuan caring. Yang paling lucu, one day chat then esok terus meet up dan si B cakap ILOVEU. Senangnya bro nak ucap!!! ye la mesti perkataan tu dah tak ada maknanya lagi kan?  Si A  start untuk serius and when she mention about marriage B start jauh dan later Si A found out B ni pernah "sesuatu" dengan pepuan. Tak perlu kot nak justify kan sesuatu tu. ok. Faham2 sendiri haha

Apa yang aku nak conclude kan kat sini, bila kau senang buat buat sesuatu perkara tu sebab mungkin kau terbiasa. Contohnya la kan, first jumpa cakap ILOVEU dah sebab kau dah biasa sebut kat opposite gender and the words  hanya meniti dibibir sahaja, not from your heart. Kalau first day kenal dah boleh nak lebih2 maknanya kau dah biasa buat semua tu before ni.hahaha itu yang aku fikir guna logik akal la. Maybe tak semua macam tu tapi majoritinya macam tu.


Nak cari pasangan yang baik zaman sekarang susah. Even me, i have my own flaws.  Banyak kekurangan jugak tapi i'm very particular about this matter. hahaha. u know what i mean. Even sometimes maybe tergedik jugak kekadang when u talk to apposite gender tapi insyaallah i know the limit. PrayForME.


Nak cakap lebih pon we dont know the future. Ak cuma risau. Kalau aku sekarang tak jaga diri. Tak jaga maruah. Tak jaga batas. Nanti macam mana aku nak suruh my future daughter n son (insyaallah) untuk jaga diri. Jaga maruah. Jaga batas diorang. 

Currently i get to know Satria hahaha. i think i better stop la kan. Tp kwn  ak duk cakap tak salah nak mulakan perkenalan bla bla bla. Si maira tu la banyak lecture haih. Kata ak jual mahal la, sombong la. LOL. Suka xleh paksa kan hahahaha. Tapi tu la dgn Satria skg, i'm so confius. Apa yang aku rasa sebenarnya eh? Suka berkawan ke macam mana? hahahahha 


ok la sekarang. 


Sudah zohor dah. 


bai bai
Lot of love, Syerah