Tuesday, 26 December 2017

Cinta monyetkah ini?

Hi 
ASSALAMUALAIKUM


Tinggal lagi 5 hari untukku menghabiskan tahun 2017 ku ni, pejam celik pejam celik sahaja waktu yang berlalu pergi bersama usia yang semakin pendek. Ya tahun hadapan yakni 5 hari lagi akan beralih aku ke fasa usia 23 tahun. Oh my goodness. It's like a dream that i've been here. Writing this blog in this age. Teman seusia ku Aqil sudah 5 tahun rupanya meninggalkan kami ke alam lain. Teringat aku saat itu.Pemergiannya meninggalkan kesan di hatiku. Untung dia mati muda, orang kata mati muda ni orang baik. Dan aku usiaku menginjak 23 tahun sudah, tapi entah lah aku takut memikirkan kematian. Cukupkah amalan nku kalau tetiba ajalku menjemput?


Dan tahun ini juga aku diuji dengan dugaan perasaan. Entah kenapa mungkin lazim remaja diusiaku ini. Ingin berkenalan dengan orang yang lain jantinanya. Entah kadang aku keliru dengan diriku. Kejap aku rasa semua ini salah kejap aku rasa okey je kejap aku rasa bahagia kejap aku rasa bersalah. Aku pon tak faham apa yang aku rasa. Oh ya aku pernah bercerita tentang Satria yang tetiba friendly sangt chat aku di mcger about 8 month ago. Sebelum ni hai hai gitu tnya life macam mana gitu je. Tapi entah la kenapa dia buat ayat mengayat pulak dah dan aku ni pulak mende la gi melayan hahahah adooiii. Ya aku berkawan dengan dia. Kawan lama hi hi bye bye Form 3 dan sekarang baru nak mesra sikit. Tu pon chat sahaja hahaha 9 bulan usia perkenalan teman tapi mesra kami. 8 ke 9 bulan entah aku tak sure la pulak. 

Dia kata dia suka aku hahahaha nak tergelak pon ada jugak. Entah betul entah tidak dia tu. Takkan tak kenal betul-betul boleh suka kot. Entah la aku. Tapi kan hari tu dia ajak jumpa dan aku segan la weyh. Tak pandai la aku bab2 ni nak jumpa buat apa. So aku end up macam ni la. Dok fikir apa la sebenarnya aku tengah buat sekarang ni. Memeningkan lagi kepala yang memang dah pening hhaha. He's nice man. Itu tanggapan awal aku la. Adakah aku sekarang ni di fasa cinta monyet. 

Its too early for me to commit with a man. Tapi kan aku cuma rasa macam tak layak kot aku nak ke arah yang serius. Aku tak tahu la dia fikir macam mana pasal aku tapi seryes aku cakap dalam hati aku ni aku cuma nak dia bahagia. Ada perempuan yang cantik dan baik akhlak hadir dalam hidupnya nanti. Dan aku rasa bukan aku orangnya. Aku tak cukup baik dan aku kena ubah perangai dan diri aku dulu untuk betul2 seryes dengan orang. 

Eh tapi kan aku ni nak kata nerd tak guna tapi aku pelik la. Kalau just chat bertegur sama teman tapi mesra gitu kita tak consider kan couple kan? Ke macam mana? Couple2 cam cinta monyet gitu kan? hahaha entah la apa pon istilahnya lantak la yang aku tahu aku berteman dengannya.


Masa yang menentukan.

Kalau dia jumpa yang lebih baik pada aku nanti, silakan pergi tapi jangan lupa ucapkan selamat tinggal untukku dulu sebelum pergi. 


Ikhlas, disudut hatiku, aku nak tengok dia bahagia. One day bila aku stalk fb dia ke insta dia ke aku akan boleh cakap 'cantiknya wife dia' atau 'comelnya anak dia'.


Tentang aku bagaimana. Aku rasa aku tak layak nak hidup berpasangan lagi. Tak layak lagi. Entah la. Aku doakan agar aku mati muda. Tapi sebelum tu aku nak capaikan impian aku bawak ma ngan ayah sama-sama pergi Mekah dulu. Kalau haji lambat lagi umrah dulu pon tak apa.


Doa-doakan aku moga ada rezeki aku tahun depan  Insyaallah.






*Kiri gambar hiasan & kanan gambar ak 4 years back 


Saturday, 9 December 2017

Talk on Tinder apps.

Hi and assalamualaikum
Pernah tahu tak kewujudan app ni.  kalau tak pernah dengar tu kira noob jugak la kamu hahahah. Aku pon dengar ni because one of my friend start use this app. If not mistaken, dia tahu dari - MotifViral. Im not so sure. 



tinder
หˆtษชndษ™/
noun
  1. dry, flammable material, such as wood or paper, used for lighting a fire.

    "they slashed down the undergrowth for tinder"

Lighting a fire??? ok i get why they use this name hahahaha

Macam -macam sekarang ni haih. Kwn ak ada tunjuk and she ask me to download this apps and choose which men i like. Omg Whaaaatt????????  Macam nak suruh pilih baju la pulak dalam apps ni. Ok la maybe i yang kuno ke apa sebab ada je yang bertemu  jodoh dgn apps ni, kawan ak cerita la. ak tak pasti pulak how's the reationship.

the apps look like this. U can date people u like.

Ermmm bagi aku la yang nak cari jodoh tu ok la tapi benda- benda macam ni menaikkan peratus suami isteri yang curang dan meningkatkan kadar cerai.Apps mat salleh ni xleh nak ikut diorang sangat.

Ok tujuan aku tulis pasal Tinder ni ada reason sebenarnya. Ada la someone ni kenalan dan ak namakan dia A, The girl use this apps. Lepas tu she get to know  this guy. Aku namakan dia B. So dah chat they plan to meet up. Dua-dua ok dan si A dan B berjumpa. Si sangat terkesan dengan si B ni sebab B seorang yang soft-spoken, romantic, pandai buat ppuan caring. Yang paling lucu, one day chat then esok terus meet up dan si B cakap ILOVEU. Senangnya bro nak ucap!!! ye la mesti perkataan tu dah tak ada maknanya lagi kan?  Si A  start untuk serius and when she mention about marriage B start jauh dan later Si A found out B ni pernah "sesuatu" dengan pepuan. Tak perlu kot nak justify kan sesuatu tu. ok. Faham2 sendiri haha

Apa yang aku nak conclude kan kat sini, bila kau senang buat buat sesuatu perkara tu sebab mungkin kau terbiasa. Contohnya la kan, first jumpa cakap ILOVEU dah sebab kau dah biasa sebut kat opposite gender and the words  hanya meniti dibibir sahaja, not from your heart. Kalau first day kenal dah boleh nak lebih2 maknanya kau dah biasa buat semua tu before ni.hahaha itu yang aku fikir guna logik akal la. Maybe tak semua macam tu tapi majoritinya macam tu.


Nak cari pasangan yang baik zaman sekarang susah. Even me, i have my own flaws.  Banyak kekurangan jugak tapi i'm very particular about this matter. hahaha. u know what i mean. Even sometimes maybe tergedik jugak kekadang when u talk to apposite gender tapi insyaallah i know the limit. PrayForME.


Nak cakap lebih pon we dont know the future. Ak cuma risau. Kalau aku sekarang tak jaga diri. Tak jaga maruah. Tak jaga batas. Nanti macam mana aku nak suruh my future daughter n son (insyaallah) untuk jaga diri. Jaga maruah. Jaga batas diorang. 

Currently i get to know Satria hahaha. i think i better stop la kan. Tp kwn  ak duk cakap tak salah nak mulakan perkenalan bla bla bla. Si maira tu la banyak lecture haih. Kata ak jual mahal la, sombong la. LOL. Suka xleh paksa kan hahahaha. Tapi tu la dgn Satria skg, i'm so confius. Apa yang aku rasa sebenarnya eh? Suka berkawan ke macam mana? hahahahha 


ok la sekarang. 


Sudah zohor dah. 


bai bai
Lot of love, Syerah 

Sunday, 19 November 2017

Sudah sudah la

Assalamualaikum 

Sudah lama rasanya tidak menaip di blog ini bukannya bukannya tiada masa yang busy ya ampun  tapi kerana tiada keiinginan untukku menulis. Itu sahaja alasannya.

Aku masih di sini menanti, menghintung hari, menghintung detik dalam kehidupan.

Ya aku sedang melalu jalan yang aku pilih. Walaupun jalannya mungkin berliku tapi ku yakin akan ada sinarnnya nanti. Okay bukan tentang ini yang ingin aku katakan di sini. 

Baku sungguh ayatku dipenulisan pada hari ini. biarlah begitu. Sudah lama aku tidak gunakan ayat sebegini. 



What a life!

Sekarang di usiakan menginjak 22 tahun dan aku merasakan teman-teman disekelilig sudah sibuk bicaranya tentang jodoh, tentang nikah yang membuatkan aku rimas. Ya Aku rimas dengan semua ni. Memang la sudah menjadi fitrah perempuan di usiakan inginkan semua tu. Aku pon tak terkecuali tapi entah kenapa dalam suka itu aku rimas.

hahahha. Sungguh complicated perasaan aku. Ya Aku tahu aku tak pandai mengawal perasaan. hhahaha

Aku cuma keliru
Keliru dengan resah hati.
Keliru dengan rasa rindu.
Keliru dengan dugaan perasaan yang tak menentu.


Annoying me.
.
.
.

Sunday, 15 October 2017

Dear You Satria

Hi and assalamualaikum 

Dah lama aku tak update apa-apa dalam blog aku ni. Oh skg aku ada kat library sbb hari ni hospital posting cancel. I suppose to go hkl tapi ok la kan dpt cuti boleh i settle kan research i yg tak gerak2 lagi hahahaha. Dalam seminggu dua ni aku rasa aku dah lain hahaha.Fikiran ni asyik nak teringatkan orang je hahaha. Adakah aku dah dewasa untuk rasa macam ni? hahaha

mengarutnya lahai. Dugaan perasaan.


Dengan Haziq yg tetiba nak kenal lebih. I cannot la. Umaira cakap dia baik apa semua tapi i cannot. Oo dgr nya dia dpt offer sambung Master. congrates to him. 

Oh ya Satria ni, i dont know y i can text him and u know what i start thinking tht he likes me. hahaha mengarut kan!  even skg aku masih teringatkan dia. It's getting worse and i do not know how to handle all this thing. OK i'm gonna write this in english because if Ustaz Cokelat terbaca he can't understand hahahaha.

Dear you, 
i hope u r fine. I'm not sure if the existence of me making ur life happier or vice versa. I want to be your  friend like before but i just can't. I'll try my best to be neutral like u said, texting like normal friend and no extra feeling. but seriously, this feeling.... it's keep growing and i do not know why hahahaha. It's my bad. I could not handle this feeling u know, pity me =) but it's okay. I'll try to appreciate this feeling because it somehow make me happy hahaha and the best part is i start losing my weight u know, because i know a guy prefer thin girl than the chubby one. Since then,  i already lose about 5 kg so far hahaha a high achievement okay. Tapi kan for now, i think i better stop. It's for my own good. u tell me that i've my commitment so u r. I need time to tell my heart, i need time to make sure this feeling do not progress anymore. 


ur friend, 
Syerah 

Thursday, 17 August 2017

Raya 2017

Salam alaik

Walaupon dah berbulan2 after Raya Celebration tp nak jgk ak letakkan gambar raya tahun ni hehe ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ so basically ap yg aku suka raya tahun ni sebab first time pakai bertema haha selalunya kita orng warna ikut ikut je pilihan masing2 tp tahun ni xrancang pon nak pakai tema tp tak sengaja ma ngan ayah dah matching warna pink and kak cik pon warna pink dan yg lain pon ikut jgk la. Tu yg jd tema tu. Cantik pulak pakai ikut tema macam ni. Oh ya raya tahun ni kak ngoh sorg je la xbalik kg. Kak walaupon raya pertama kat rumh husband dia tp dekat kan ptg sampailah ..

Abe cik ngan  kak la pon turn raya sini so ramai la tahun ni 


*kak ngoh n kak xder dlm gambar ni










Then raya ke 2 baju ak pelik sikit ak beli kat jalan TAR haha first time kot ak pakai baju spesen mcm gini haha lol betul la  tp well baju saloma rasa mcm dah zamamn dulu dulu dah tp material kain dia lawa 


Dgn kawan ak dari kecik biah pgi2 lg ak dah call dia dtg rumah mkn bihun sup haha tetamu wajib tiap tahun ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Sbb bukan sng ak nk pakai baju macam ni so rmai peminat ajak bergambar hehe 


Raya seterusnya kalau tak salah raya ke 5 pergi kenduri Amalina dan jumpa bdk2 sekolah lama. Lamanya tak jumpa semua orng tp muka tak berubah pon haha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Amalina dah pakai purdah skg tak tahu pulak tp apa pon moga perkahwinan kekal smpai jannah ameen 


Moga ada kesempatan jumpa Raya tahun depan

p/s : i lost weight Ramadhan this year hehe so proud of me :) 

Lot of love 
syerah

#syerahcook Gulai Kari Ayam

Hi and assalamualaikum 

Ak duk asrama ni bukannya masak yg complicated sngt. Selalu masak yg macam sup sup je sbb senang nak guna pakai microwave. Ye ada microwave je kan so survive je la dgn benda tu untuk saving bila dah hujung bulan. Tapi dari minggu lepas lagi ak duk teringan gulai kari yg ma buat. Terus rasa macam nak balik kampung je tapi tu la dgn duit yg tinggal seciput je ni haih 

So untuk melunaskan kempunan aku tu aku ke giant supermarket untuk beli barang. Selalu duk tgk ma buatkan tp ak tak pernah buat pulak tp takpe kita try and error okay. 

So dapat la barang ni kat giant 
Bawang merah = RM 2.00
Bawang putih + halia = RM 0.80 ๐Ÿ˜…
Ayam bahagian paha 2 bahagian = RM 9.50
Santan segera RM 3.00
Serbuk kari 2 bungkus : RM 3.00

Tu je la basically barang yg nak total xsampai RM 20 pon okay la tu 

So ak guna nisa punya multicooker 
So kat sini la kita masak atas meja umairah sbb umairah balik cuti sem hehe ๐Ÿ˜‚ tingkap buka utk pengudaraan ya ๐Ÿ˜œ

Ok close up barang2 yg dibeli tadi 
Bawang merah + bawng putih + halia kalau ada blender bleh kasi blend kan aje tp sbb ak kat asrama ni tak ada jd hiris halus2 macam yg aku buat tu. Ma ak kata buat macam ni lg sedap dari blend tp ak tak sure pulak reasonnya kenapa. 

Campak je brng untuk tumis dan masukkan apa yg patut after some times jd la macam ni haha  

Tadaaaa



Not bad kan 


Bagi ak la sedap hahaha yer la aku yg masakkan ๐Ÿ˜‚hahaha walaupon xsedap macam ma tp atleast sedap dimakan. Aku cicah roti smpai habis. 

Hilang sudah mengidam nak makan gulai kari ayam yg ma buat hahaha

Syerah syerah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lot of love 
XOXO

Tuesday, 8 August 2017

Dia

Hi and assalamualaikum 

Tengah tunggu solat isya dan sekarang ni aku terfikir pasal dia. Ya. Dia seorang gadis yg sangat baik. Soft spoken. Gadis chinese yg paling baik aku pernah jumpa selama aku hidup. She's really kind. Sangat tersentuh dgn budi baik dia. She's the top scorer in my class. Seorg yg sngt dedicated. Malu aku dgn sifat baiknya tu.

Last sem aku dpt tahu dia di diagnose dgn tumor. Ya Allah. Terkejut aku. Tak sangka nampak lincah itu sebenrnya ada sesuatu yg berlaku padanya. she told me tht tumor in her kidney. Dulu sikit sahaja tp skg dah makin bnyak. Previously the doc though it was a benign tumor tapi entah makin merebak. suppose benign tumor yg tak bahaya. So she undergo treatment for her illness. Masa tngat treatment doc buat full medical examination pd dia dan dapt tahu ada tumor kat bhagian lain pulak. Kat breast dan Ovari. Strongnyer dia

minggu lepas aku tanya dia. Katanya last month dia buat operation buang tumor kat breast. sbbkan umor tu bukan severe so she need not undergo chemotherapy tp still makan ubat. She said tumor kat Ovari masih ada. Kalau buang tumor situ maksudnya buang ovari and she said she scared if remove the ovary and the least chance for her to get baby in the future. 

Allah 

Kuatnya dia

Aku doakan moga Allah bagi hidayah padanya. She's not a muslim tp she's so kind. Aku harap one day she'll become a muslim. Ameen 

Wednesday, 2 August 2017

GirlsProblem vs Syerah'sProblem

mungkin bukan girlsproblem
tp
that 
Syerah'sProblem

u know before this i hope that he reply my text
but now 
when he text me aku rasa lain 
hahaha gila la aku ni
it's like u dont know what u suppose to do
it's like u become someone else

ntah aku rasa he text me just ' sbb rasa bosan tak tahu buat apa'


hahaha

apa-apa je la syerah

focus focus focus




Monday, 31 July 2017

i can't understand her

Hi and assalamuaikum

i just came back  a few minutes ago. Follow miss pergi jumpa supplier membuatkan i rasa macam ye la i should have my own bussiness nanti. hahaha well tak salah berangan kan.

oh btw, i cannot understand with this girl. I dun know what she think or did my existence make her life terrible? Tak faham! Salahku dimana *nyanyi lagu indi*

Tapi seryesly perkataan yang keluar dari mulut dia, kadangkala aku tak boleh nak terima hahaha. Tapi u know me, aku bukan ada perasaan pon kalau org cakap apa-apa selagi aku bleh hadap, hadap je la. Tapi u know la kadangkala rasa menyampah jugak hahaha sorry to say.

Dulu aku fikir perempuan kelantan je mulut jahat tapi sekarang dah tak. Semua sama, mulut nak kena cili hahaha =) 


Saturday, 29 July 2017

I'm so happy for him

Hi and assalamualaikum

it's quite long since last time i'm writing this blog. Mood menulis dah makin menghilang ke apa ni. Sekarang ni aku dah kena tulis thesis. Oh my goodness it's so fast kan. Rasa macam muda je lagi. Oh ya before that, anyone who read my blog, aku tak pernah kesah pon but please dont tell me that you read my blog and know my story sebab bila aku tahu ada orang baca apa yang aku tulis terus bertukar defensive mood. Rasa macam insecure hahaha. Tapi seryes aku tak pernah expect ada orang nak baca ayat yang tunggang langgang macam ni. If u judge me, my life simpan je, dont letme know, nanti i emo pulak hahaha. 

Oh ya 

Dr. SMS got twin. Baby boy pulak tu. Now he has 2 daughter n 2 son. Rasa macam baru semalam i obses dgn Dr. Sms ni hahaha.  Siap masuk wishlist lagi tu sini (2014 punya post takpi tak dpt pon haha) 

oh i wish one day boleh letak header macam ni jugak hahahah gatai na :)



that little baby boys are so cute 

I'm so happy for him. For their family. 

Lot of love, 
XOXO

Sunday, 16 July 2017

keep asking the same question

like seriously ???

y shud i answer everthing again n again?

the main point y he cannot remember is bcause it's not important to him and of course u r also not important to him. Obviously.

keep reminding yoursef

just friendship is enough ok babeyh

dont expect boyond than friendship

Saturday, 15 July 2017

Selamat Hari Raya Everyone

Hi and assalamualaikum

as u can see the title above, i would like to wish EID MUBARAK dan this post, i'll put the photo of our celebration this year wohhoooo. 

Saturday, 1 April 2017

MYsatria

Hi and assalamualaikum

Tetiba aku rasa macam aku nak berblog pulak pasal Satria ni. Who's that?haha itu panggilan aku masa aku tulis dia dalam diari aku dulu-dulu. A few years back. Aku dah lupa dah aku campak mana diari tu sekarang. Sebab apa aku pakaikan dia gelaran sebab you know la kan kalau tulis diari there's possibility ada orang buka baca dan untuk  mengekalkan rahsia itu hanya aku sorang je yang tahu that's y aku gunakan nama samaran. Acane reasonable tak alasan aku hehe

Mr.Satria. Aku kenal dia ni masa kem bahasa Arab masa aku form 3, meaning that about 8 years back. Quiet long kan.  Masa kem form dulu ak x prasan sngt pon. Yg aku tahu dlm grup aku ada 2 org lelaki selain Shakir myclassmates. 2 org lelaki tu satu nama Amirul Aiman dan satu lagi Amirul Adli. Aku xambik port sngt pasl diorng sampailah last day kem tu, ada kwn aku dari grup lain duk citer-citer. ' group syerah ada budak yg hensem' aku macam oh eh ada ke? Aku tak perasan pulak. Then hari penutup tu aku cuba la nak tgk yg mana satu yg diorang duk bagitahu aku tu. Then i cought one face. Okay. agaklah. He's got nice eyebrow hahaha. Unik tp look nice on him. Tu je ak prasan dia. Then after that aku jumpa dia masa sukan antara sekolah and at that time he's wearing satria costume ala macam satria perang zaman Trojan dulu tu haha. Tapi yang peliknya i still recognize him even he's wearing mask on that time. Masa tu kitaorg, mean aku ngan kawan excited nak tgk perbarisan, dah aku nampak satu pasukan ni, uniknya dgn kostum perang. Dan depan tu aku nampak sesorg yg agak fimiliar. Ak tnya kawan ak, kau kenal x. Dia cakap x tapi seriusly muka dia fimiliar. Aku ni kalau bab muka org aku ingt lama cuma nama je la kengkadang kalau lupa pon. Nampak tak nampak tak. Entahlah hati tersangkut agaknya hahaha.

Alah  i bet he's got many gf coz he's kinda got looking man. Petik jari boleh dapat kot tapi aku rasa dia seorng pendiam jugak la. Entah maybe kot. Aku tahu dia study kat klntan 2 years back tapi sekarang aku tak tahu dia kat mana. Dah bertunangkah dia? Kot kot dah nak kawin dah kot.hahah

Dah magrib nanti aku sambung balik pasal Mr. satria ni 

muahhh
much love
xoxo

Tuesday, 21 March 2017

1st Annual Dinner dak Opto

Hi and assalamualaikum

Event ni actuall happen last sem, which is mean last year. tapi baru sekarang rasa nak bercakap tentang dinner tu. tahu dah lapuk dah tapi it's okay. It's a great memory. Oh ya oleh kerana kitaorang ni kan senior so kitaorang yang uruskan majlis ni. Even majlis ni tak segempak yang dirancang tapi okaylah sebagai percubaan kan. 


Eksited kami bersiap tau. Oh ya ini first time aku pakai tudung macam ni. Tahu je la aku ni mana pandai nak pusing2 kan shawl ni. Selalu aku pakai yg simple2 belit satu kali je tapi sebabkan dinner rasa macam try style baru. Ni pon amna yang tolong aku belitkan hahaha. Bertahan kejap je. Lepas solat magrib dah bertukar kembali asal sebab tak pandai nak pusing macam before hahaa

 Ini batchmate aku merangkap committee untuk event ni. Kalau tengok tudung aku masa ni rasa nak sorok muka. Ini akhir majlis dah tak nampak rupa tudung dah pon hahaha. Selekeh betul haihh.




Semua pipi pau hehehe








 Sebabkan blog aku aku letak la gambar aku banyak2 hahaha. Gambar tak jadi pon main letak je ada kesah hahaha. Ok la aku malas la pulak nak tulis panjang2. Takde idea sebab event lama kan. Saja trobek tapi mood trobek kejap je datang sekarang dah xder mood

ok bye

Monday, 27 February 2017

Rasa macam nak berbisnes la

Duk scroll2 insta n fb tengok ramai yg buat bisnes 

Bagusnyaaa..

nak jugak buat bisnes


tapi tak tahu macam mana

nak jual apa?


tudung?
dress?


aihhh

Saturday, 4 February 2017

Filem Dangal osem :)


Here the 2nd bollywood movie i watch at cinema dgn Fazira. The story was so great yarr.
.
.

Image result for dangal poster
the main cast in the movie :)



over all i give 5/5
lucu
sedih
inspiring

semua ada. 

XOXO