Assalamualaikum.
Aku ada ceritakan pasal jadi part-timer yang apply kat Giant tetapi tiba-tiba berubah fikiran atas sebab musabab tertertu dan today I start jadi part -timer kat kedai makan OLD TOWN WHITE COFFE yang jarak dari Universiti jalan kaki 5 minit je. Kerja weekend aje. Start pukul 7.30 pagi sampai pukul 4.50 petang. Okaylah kan. Hujung minggu selalu kan aku tidur balik lepas subuh. Haish anak dara apalah macam ni, so maybe this's the best way untuk men'consisitan'kan aku untuk tidak tidur lepas Subuh hehe.
Dan aku tak adalah buang masa sia-sia sahaja kan. Selalu before ni aku selalu balik rumah kakak aku hujung minggu. Main dengan anak sedara dan datang U balik, at least i've got something to do yang bagi benefit. Tapi aku haraplah yang kerja part-time ni tak ganggu fokus aku untuk belajar. Aku kerja nak cari experience je alang-alang dapat masuk duit poket sikit-sikit kan. Aku nak cuba dulu tengok macam mana aku dapat handle life aku well atau tak. Wish me luck.
Oh ya berbalik pada kerja hari pertama ni, ermm banyak benda yang kena belajar la tapi basically it's the same thing yang biasa kita buat kat umah. Hidang makanan, lap sudu garpu. Basic things yang kerja kat kedai makan. Tak adalah penat sangat. Boleh la. Kat tempat tu ada seorang kakak orang Melayu. Dia je la yang melayu. 2 Cina. 2 dari nepal dan sorang India. Yang lucunya bila Nepal tu namanya Nyonya dia nak cakap dengan aku. Dia cakap tapi aku tak faham then aku gelak dia gelak sama. Comel je hahahaha.
Oh ya kerja kat sini dapat makan free waktu lunch Yuhhuuuu. Bestkan. Jimat duit poket aku!
makan macam ni je pon tapi aku tengok dia total 16 ringgit lebuh. Nasib baik free!
Lagi satu tadi aku dapat angpau. First time kot aku dapat angpau. Dapat dari seorang customer yang kaya. Cina. Tau tau dia datang bawak family dia datang situ dan sekali habis 300 ringgit kat sini. Bravo la bro. Kalau akulah 300 ringgit tu dah boleh buat makan sebulan atau sebulan setengah dah.
Eager betul aku. Balik kerja terus buka. 10 ringgit kot. Lumayang jugak Alhamdulillah rezeki :)
Tu jela untuk first day. tak tahu macam mana esok. Doakan agar semua berjalan lancar. Eh tau tak masa aku nak pergi lerja pukul 7 lebih pagi tadi aku jumpa dengan senior aku, segan gila bila dia tanya nak pergi mana. Aku jawab adalah then dia gelak. Aku rasa dia dapat agaklah dengan tengoka ku pakai baju putih seluar hitam tudung hitam. Aku pon heran kenapalah dia keluar pagi-pagi rupanya nak cari makan sebab lapar dari semalam. Then masa aku otw balik hostel boleh pulak terserempak dengan dia. " Dah balik kerja?" sapa si senior tu. Berbahang muka aku. Malu kot hahaha. Tapi tak apalah, bukan aku buat benda salah pon kan :)
Oh ya ma datang Kl dan lepas kerja esok terus nak gi rumah Kak goh jumpa ma. Mak bawak ketupat. Ermm.. dapnyerr :)
Xoxo
No comments:
Post a Comment