Thursday, 25 February 2016

Jodoh dia orang sekampung rupanya

Assalamualaikum

Two years back, when i still struggling for my foundation, i remember at that time Hari Raya Qurban. First time i celebrate in Kl sebab cuti sehari saja the pergi UM tempat Aini ngan Fadhil. Malu pulak bila ingat aku nangis teruk call Aini sebab bayangkan Kl Setral sunyi tapi dia tak muncul-muncul lagi. Call Fadhil dengan nangis bagai.  Haihh kalau ingatkan balik malu pulak aku ngan Fadhil. Dgan Aini tak kesahlah sebab dia selalu tngok aku nangis haha. Oh ya nak cerita kisah masa aku balik dari tempat diorang yang aku berhenti makan kat KFC Kl Sentral dan ada seorang yang tegur aku. Aku namakan dia Z la ya. Bimbang pulak aku dia taip nama keluar pulak blog ni susah la . Malu den. Dia tegur aku dan borak. Aku lupa apa benda ang diborakkan tapi still awkward cakap dengan orang tak kenal tapi dia tu macam frendly je so aku pon buat-buat la jadi friendly sama.  then masa nak balik tu dia mintak no phone, aku senyum.

" nak buat apa?"
" nak kawan"
" Fb je la" 

Then aku bagi fb je la tapi sejak blah dari situ tak contact pon hehe.

and recently i saw his weeding picture pop out to my timeline. Omg. He's married. Aku tengok isterinya.. cantik! Jauh cantik dari aku ni. 

Aku pm la congratulate dia dengan perkahwinan tu. Dia still ingat rupanya the moment even it's already 2 years. Dah almost 3 years ago agaknya. 

" A'a kawin orang sekampung dah tu orang Kelantan buat tak layan je"

" Masa tu tengah cari jodoh haha. Ikhlas tapi orang tu macam tak sudi je"

aku gelak je la.

He found the better women in his life.  Dah jodoh dia dengan perempuan tu. Cer imaging kalau aku kawan dengan dia. Imaging la. Tapi then jodoh dia dengan wife dia sekarang, tak ke aku je yang kena frust menungging hahaha. 

Sebab aku xder feel apa2, that's y aku boleh wish dia. Z, saya doakan agar kamu dapat kelurga yang sakinah mawaddah warrahmah. ameen.

Ikhlas :)

Saturday, 20 February 2016

Kisah malam itu

Hi.

Aku ada kisah nak cerita. Aku ada bagitahu kan ada jadi Part-timer kat OLD TOWN and disebabkan itu kedai makan dan dia naklah pekerja dia disuntik dengan Anti-typod. Entah betul ke tak aku eja camtu. Petang tu aku gi kat Umaira ke HUKM ambik mc then punyalah lama tunggu sebab orang bersusun tunggu nak jumpa doktor.  Solat magrib di TBS. Pada awalnya  rancang nak pergi klinik kat maluri sebab ada kakak satu kerja tu cerita ada banyak klinik kat sana tapi bincng2 ngan Umaira, kitaorang decide nak cari yang dekat je la. Dah lah pukul malam dah masa tu. Terus ke kedai runcit depan Coolblog. Tanya abang melayu kat situ ada klinik tak dekat Tbs. Then dia kata ada seberang jambatan sana. Dia bagi instruction dan kitaorang pon lurus bendul pergi la kat sana. Bila masuk tempat yang dia bagitahu. Masyaallah bangunan yang tidak siap yang sungguh mneyeramkan. Lepastu berselilih dengan warga asing yang pandang semacam je aku ngan Umaira. Cepat-cepat jalan tapi makin lama jalan makin sunyi dan berlekok. Makin cuak aku dibuatnya. 

Naik tangga  tapi seram sangat. Aku bagitahu Umaira nak patah balik tapi Umaira pon takut kalau ada orang kat belakang. Tingkat tiga baru jumpa pintu keluar. Berdegup kencang jantung aku bila nampak pak cik guard yang muncul tiba-tiba. Lepas tu lalu atas jambatan yang gelap dan sunyi sangat. Seryes rasa nak nangis je masa tu. Lalu kawasan perumahan yang sunyi sebelum sampai ke Klinik family yang dicari. Abang melayu kat kedai tu pon satu hal, dah tahu kami ni berdua je perempuan, tak ada pulak dia bagitahu tempat tu macam mana. Siryes tempat tu menakutkan dan kalau orang jerit pon belum tentu orang luar boleh dengar. Sangat bahaya. Sangat-sangat bahaya. Sampai kat klinik tu dia bagitahu suntikan tu habis stok. Punyalah frust. Dia kata ada klinik depan sana. Tnyalah dia dekat tak kalau jalan kaki, dia cakap dekat je sebelah sekolah. Kitaorang jalan la. Jumpa 2 orang polis bantuan kalau tak silap, tanya dia, dia bagitahu jauh jugak kalau nak jalan, dahlah kawasan padang sekolah tu gelap. Aku ngan maira berpandangan la. Akak tu cakap tadi dekat je. Nak patah balik lalu jambatan tadi memenhg tak mungkin la dengan debar takut tadi pon belum hilang lagi. 

Tiba-tiba ada sorang abang tu offer diri nak hantar. Syukur! Dia bawak kereta apa entah macam Saga baru gitu. Memang klinik tu jauh kot kalau nak jalan. Nasib baik jumpa orang baik. Then dia tanya nak balik macam mana? Kitaorang tak tahu nak jawab apa. Tukar nombor la dia kata siap call la dia boleh tolong hantar. Telefon aku xder bateri dan Umaira la yang bagi no phone. Masuk klinik tu jugak xder stok. frust wei. Nak telefon abang tu tadi sian pulak sebab dia tengah kerja. Then Umaira call Midi mintak tolong. Unecpectedly Midi call Izat sebab Izat ada kereta then diorang yang tolong ambik. Malunyerr. Midi ok lagi. Malu pada Izat. Dahlah tegur dia gitu-gitu je then buat sesat macam ni menyusahkan dia pulak. Then bagi upah nasi je sorang sebungkus.

Sebab lapar tak makan lagi, singgah kejap kat Ali Baba kat Kondo. Umaira mcg abang yang tolong tadi cakap terima kasih sebab tolong apa semua dan bagitahu kitaorang dah balik dengan orang lain dan perkara yang paling peranjatkan aku bila Umaira tunjuk mcg abang tu. He asked for my phone number!! Omg why bro why? What kind of quality u think i have? Aku cakap kat Maira tak payahlah. Then Maira gelak.

part yang lucunya bila tiba-tiba Maira kata

" saya teringin nak tengok awk adake kasih" means special one la.

i speechless hahaha

salah ke kalau aku tak jumpa sapa2 lagi. Well i have no qualities to attract opposite gender. Let it be.


Then dua malam lepas tu aku dpt mcg dari someone i don't know. Aku dah agak dah. Aku bagitahu Umaira then dia gelak.

Oh man, what should i do? It's a little bit awkward to have conversation with the one that you don't even know. Muka pon aku dah lupa haha.

Aku just balas, oK. Smile gitu je sebab minggu dia mcg tu aku exam midterm.Exam lagi penting btw. Aku siap doa lagi tau. Kalau dia bukan jodoh aku, mintak jauhlah dia dari aku. Kalau dia jodoh aku mintk allah bagi hidayah pada dia. Then dia takder mcg aku dah tu kira dia bukan jodoh aku la kot. Maybe.

Ahh.. dah dahlah fikir pasal jodoh ni. When the times come, you'll know who're Mr.right :)

Contest Cerpen

Assalamualaikum

Last month aku ternampak satu poster ni. macam best then terfikir pulak nak join.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PENAWAN_3
Ada  3 tema 
1) LGBT
2) Poligami
3) Isu penderaan wanita

So aku pilih penderaan wanita la.

pong pang pong pang siaplah 18 muka surat hahaha. Not bad kan :)


Gud luck for me.

insyaallah 

Wednesday, 17 February 2016

Don't couple

Assalamualaikum

Hari ini saya dapat pengajaran yang penting sangat dalam hidup. Don't couple. It's Haram and lead you to maksiat. 

Saya tak cantik ada sebab.
Allah jaga saya dari benda lalai ni.

Syerah,
take care of yourself.
Jaga diri jaga hati
Kalau ada jodoh di dunia ini pasti bertemu.
Jangan ambil yang bukan jodohmu

No islamic couple.

Remember that

gambar hiasan

Saturday, 13 February 2016

#Day1 Part-timer

Assalamualaikum.

Aku ada ceritakan pasal jadi part-timer yang apply kat Giant tetapi tiba-tiba berubah fikiran atas sebab musabab tertertu dan today I start jadi part -timer kat kedai makan OLD TOWN WHITE COFFE yang jarak dari Universiti jalan kaki 5 minit je. Kerja weekend aje. Start pukul 7.30 pagi sampai pukul 4.50 petang. Okaylah kan. Hujung minggu selalu kan aku tidur balik lepas subuh. Haish anak dara apalah macam ni, so maybe this's the best way untuk men'consisitan'kan aku untuk tidak tidur lepas Subuh hehe.

Dan aku tak adalah buang masa sia-sia sahaja kan. Selalu before ni aku selalu balik rumah kakak aku hujung minggu. Main dengan anak sedara dan datang U balik, at least i've got something to do yang bagi benefit. Tapi aku haraplah yang kerja part-time ni tak ganggu fokus aku untuk belajar. Aku kerja nak cari experience je alang-alang dapat masuk duit poket sikit-sikit kan. Aku nak cuba dulu tengok macam mana aku dapat handle life aku well atau tak. Wish me luck.

Oh ya berbalik pada kerja hari pertama ni, ermm banyak benda yang kena belajar la tapi basically it's the same thing yang biasa kita buat kat umah. Hidang makanan, lap sudu garpu. Basic things yang kerja kat kedai makan. Tak adalah penat sangat.  Boleh la. Kat tempat tu ada seorang kakak orang Melayu. Dia je la yang melayu. 2 Cina. 2 dari nepal dan sorang India. Yang lucunya bila Nepal tu namanya Nyonya dia nak cakap dengan aku. Dia cakap tapi aku tak faham then aku gelak dia gelak sama. Comel je hahahaha.

Oh ya kerja kat sini dapat makan free waktu lunch Yuhhuuuu. Bestkan. Jimat duit poket aku! 
makan macam ni je pon tapi aku tengok dia total 16 ringgit lebuh. Nasib baik free!

Lagi satu tadi aku dapat angpau. First time kot aku dapat angpau. Dapat dari seorang customer yang kaya. Cina. Tau tau dia datang bawak family dia datang situ dan sekali habis 300 ringgit kat sini. Bravo la bro. Kalau akulah 300 ringgit tu dah boleh buat makan sebulan atau sebulan setengah dah.
Eager betul aku. Balik kerja terus buka. 10 ringgit kot. Lumayang jugak Alhamdulillah rezeki :)

Tu jela untuk first day. tak tahu macam mana esok. Doakan agar semua berjalan lancar. Eh tau tak masa aku nak pergi lerja pukul 7 lebih pagi tadi aku jumpa dengan senior aku, segan gila bila dia tanya nak pergi mana. Aku jawab adalah then dia gelak. Aku rasa dia dapat agaklah dengan tengoka ku pakai baju putih seluar hitam tudung hitam. Aku pon heran kenapalah dia keluar pagi-pagi rupanya nak cari makan sebab lapar dari semalam. Then masa aku otw balik hostel boleh pulak terserempak dengan dia. " Dah balik kerja?" sapa si senior tu. Berbahang muka aku. Malu kot hahaha. Tapi tak apalah, bukan aku buat benda salah pon kan :)

Oh ya ma datang Kl dan lepas kerja esok terus nak gi rumah Kak goh jumpa ma. Mak bawak ketupat. Ermm.. dapnyerr :)


Xoxo

Wednesday, 10 February 2016

Kapoor and Sons ~ waiting like crazy

Salam alaik

It has been a month since i saw Fawad Khan act in Khoobsurat and i feel in love with him. OMG!! Then i watch a few drama of him, i mean Pakistani drama and you know what, i still can't move on from him. I dunno la kenapa obses sangat ni haiihhh.. Walaupon tahu Fawad Khan dah kawin tapi minat dengan dia punya acting.

My sister cakap

" Alah sebab dia hansem je tu"

Handsome tu salah satu pakage dia la. Tapi seryesly lakonan dia best. 

I follow Fawad punya Insta and fb dan his new upcoming movie trailer keluar hari ni. Beria I tunggu dari pagi. Omg i feel like i am crazy enough for this hahahaha. Trailer keluar pukul 5 petang dan tunggu pukul 5 apsal tak ada pon rupanya bila check beza waktu India dan Malaysia 2 jam setengah lebih kurang. Malaysia lagi awal. huhhh.. Almost 8pm, baru trailer dia keluar 

and 

tadddaaaaa


Trailer dia nampak best. Kisah dua adik beradik yang rapat bergaduh disebabkan berebut seorang perempuan. Huh cerita yang mungkin macam biasa didengar tapi just eager to watch FAWAD acting hahahahaa.. Please wake me up!!!

Movie dia keluar bulan 3 nanti. Tunggu je la keluar dalam internet hahahaha

Frankly speaking aku suka FAWAD AFZAL KHAN ni bila tengok cerita dia before ni tapi aku tak berapa suka bila Pakistani actor masuk bollywood. You know la Bollywood kan sekarang dah macam western sangat cerita diorang. Pakistan still macam Malaysia.  Berlakon yang ada batas. Aku harap Fawad Khan takder beelakon cerita pelik-pelik sangat. He just nice act as mature guy who is conservative. It's the best for him :)

Ok dahh.
bye

Monday, 1 February 2016

Return

Assalamualaikum

Aku pernah tulis pasal telefon aku yang hilang a few months back dan jumpa kan. Alhamdulillah. And recently, dua tiga hari lepas kunci bilik pulak hilang. Ya Allah carelessnya aku. I know that. Kad untuk keluar masuk ada tapi kunci tak ada. Entahlah jatuh kat mana. Perasan dan cari tapitak jumpa. Aku tarik nafas dan sebut

Innalillahiwaiina ilaihi rajiuun 

Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak ada rezeki kena keluar duit pulaklah nak buat kunci. Aku keep calm dulu. Kad keluar masuk ada, bilik tu tak apa lah tak payah kunci la. 

Malam ni aku keluar makan dengan umaira. Masa balik tu singgah isi air dalam botol dan tiba-tiba umaira bagitau.

" Kunci siapa yang tinggal kat sini"

Aku pandang dia.

" Kunci mana?"

" Ni yang lekat kat bilik Miss Felicia ni. Dia lekat dengan saltape ni"

Aku pergi dekat tempat dia tunjuk.

Ya ALLAH. Kunci aku la.

" Ni kunci saya yang hilang tu"

Umaira gelak dan aku senyum lega. I beleive in Allah. Kalau ada rezeki, it'll return. Alhamdulillah :)