Friday, 11 November 2016

Saya tengok Ae Dil Hai Mushkil pon sebab ada Fawad Khan

Assalamualiakum

Last 2 week aku ada pergi tengok satu movie kat Cinema. Oh my goodness, aku yang amat jarang pergi cinema ni teruja bila tahu cerita tajuk AE DIL HAI MUSHKIL ni ada kat wayang malaysia. Hari tu Jumaat, after class, my frend, Esyah she asked me to go jalan-jalan. Quite long time not see each other. then i agreed.  Dia nak tengok wayang and i said to her, baru dua kali masuk cinema before and both of the story ak watch semua mcm hampehhh. then i asked her y not watch bollywood yang memang aku dah lama tengok trailer ni. That day adalah first tayangan cerita ni tau. 

the main cast : Aishwarya Rai, Ranbir Kapoor, Anuskha Sharma , Fawad Khan


Mr Fawad bukan hero pon haih tapi takpe as long as aku minat jugak si Anuskha ni aku okay je la citer ni walaupun aku tak suka Ranbir.



The song in this movie is really nice okay. Best suara Arijit Singh yang memang best. Ala penyanyi sama lagu janam janam yang femes kat Maaysia ni. 

Cerita dia best  cuma ending je yang tak expect sikit. Basically in this movie apa yang nak disampaikan adalah Persahabatan itu lebih baik dari percintaan . Something like that. Love is passion but friendship is calmness.  Jangan sebabkan cinta merosakkan sebuah persahatan. That's the point of the movie.

The movie is good  :) 

Yang paling tak expect bila Fawad Khan menari masa lagu cutie pie. As long as i know dia ni memang tak pandai menari. Hahaha. Masuk bollywood orang paksa menari la hahaha. Oh Mr Fawad is expecting his second child. Congrate bhai. :)


Nasihat ( copy from somewhere)


Siapa mampu jaga ikhtilat berlandaskan iman dan taqwa in shaa allah pasangan itu bahagia ad dunya wal akhirah.

Lelaki pilih 4, wanita terima 2...

Bila sampai masanya, lelaki kena pilih bakal isteri. Wanita pula kena pilih bakal suami.

Lelaki:

Wahai saudara, apakah sifat wanita yang perlu dipilih oleh lelaki?

Jawapannya ada dalam hadis berikut:

تُنكَحُ المرأةُ لأربَعٍ : لمالِها ولحَسَبِها وجَمالِها ولدينها، فاظفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَداكَ
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر:صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5090
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

Maksudnya: "Wanita dikahwini kerana 4 sifat: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan keagamannya. Maka hendaklah engkau pilih wanita yang berkeagamaan, pasti beruntung kedua tanganmu." 

Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari, No. 5090.

Ertinya, jika anda wahai lelaki ingin berkahwin, pilihlah wanita yang mempunyai 4 sifat; berharta, berketurunan baik, cantik dan beragama.

Namun, realiti hidup menunjukkan tidak semua wanita mempunyai 4 sifat ini sekaligus.

Justeru, jika 4 sifat ini tidak terkumpul, apa yang anda perlu lakukan adalah menekankan sifat keagamaan seseorang wanita itu. Inilah sifat wajib dalam pemilihan bakal isteri.

3 sifat yang lain itu hanya menjadi sunat sahaja. Jika ada Alhamdulillah! Jika tiada, "no problem".

Wanita: 

Wahai saudariku yang ingin berkahwin, apakah sifat yang perlu anda pilih pada bakal suami anda?

jawapannya ada dalam hadith berikut:

إذا خطبَ إليكم مَن ترضَونَ دينَه وخلقَه ، فزوِّجوهُ إلَّا تفعلوا تَكن فتنةٌ في الأرضِ وفسادٌ عريضٌ
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر:صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1084
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

Maksudnya: Jika masuk meminang seorang lelaki yang kalian reda keagamaannya dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kalian tidak lakukan, pasti akan berlaku fitnah di dunia dan kerosakan besar.

Hadis riwayat Al-Imam Al-Tirmizi, No. 1085. Dinilai Hasan Sahih oleh Al-Albani.

Ertinya, wanita mesti pilih 2 sifat utama pada bakal suaminya. 2 sifat ini adalah beragama dan berakhlak. 

Kenapa 2 sifat ini? Kerana suamilah yang wajar mengepalai keluarganya. Justeru, di samping keagamaan yang baik, suami amat-amat memerlukan akhlak yang mulia. 

Sebagai pemimpin, suamilah yang kena melayan karenah isteri dan anak-anak. Jika suami kurang berakhlak, habislah, rosaklah keluarganya. Kemungkinan besar si suami ini akan mengabaikan tanggungjawabnya. Kemungkinan besar dia akan menzalimi isteri dan anak-anaknya. Kemungkinan besar dia akan jadi dayus...

Lelaki dan wanita:

Wahai saudaraku, wahai saudariku...

Ingatlah! Nabi salalahu alaihi wasallam menjelaskan baiknya seorang lelaki itu adalah bila dia baik kepada isteri dan keluarganya:

خيرُكم خيرُكم لأهلِه وأنا خيرُكم لأهلِي
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: الألباني - المصدر:صحيح ابن ماجه - الصفحة أو الرقم: 1621
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah yang baik kepada 'ahli'nya (isteri dan keluarganya)."

Hadis rwayat Al-Imam Ibnu Majah, No. 1621. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Tuntasnya, lelaki akan menjadi baik bila dia baik dengan Tuhannya. Ini tidak mencukupi, kerana sebagai manusia, lelaki mesti juga berbuat baik kepada manusia lain. Dan manusia yang paling perlu dilayan dengan baik oleh lelaki, selepas ibu dan bapanya; adalah isteri dan keluarganya.

Wednesday, 12 October 2016

Jakun masuk Pavilion ~~

Alkisahnya aku tak pernah masuk Pavilion walaupon dah dua tahun lebih kot ada kat KL ni. Ada suatu hari masa aku dengan umairah keluar jenjalan aku request la kan aku nak gi kenal Pavilion hahahaha. seryes noob sungguh budak ni aihhhh. Maafkan beta, beta bukannya jenis yang kuat gi jenjalan tak tentu hala.


gambar kenangan depan Pavilion. hahaha jakun sungguh budak ni . entah dari planet mana ntah.















kbaii

Wednesday, 21 September 2016

Syerah Turn 21

Assalamualaikum

The date finally came 21 September and i'm officially 21 years old. Oh my goodness can you believe it. I just can't hahaha. The same things i repeat again and again every time it's come about the age.



Tuesday, 19 July 2016

Roomate yg messy tapi baik hati.

Salam Alayk
it has been awhile i ddn't write anything on my blog. Tapi hari ni rasa nak tulis cnfession pulak. Nak marah-marah orang that's not my type btw. Roomate baru tak baru dah berbulan-bulan jugak dia ada dgn aku kat bilik ni. She's not Malaysia. She's came from Sudan and currently stay in Saudi Arabia. Frankly speaking she's nice tapi aku takleh tahan when she put all her belonging arounds, you know. Masa first -fist tu boleh tahan lagi la dah dia pun muda lagi pada aku. Dulu bila dia sepahkan bilik aku just help her to tidy up her things. Ok settle aku ingat dia tahu la yang aku kemas barang dia tu sebab besepah sngat-sanagt. Tapi mungkin tak mature lagi agaknya budak ni dia boleh ignore je. Aisehh man. 

lagi satu, dia ada sediakan beg plastic untuk letak sampah macam beg plastic hitam waktu gotong -royong tu tapi ni warna biru. Lepas makan dia buang semua sisa-sisa dalam tu. Letak bawah meja. After sometimes, of course la benda tu berbau tau dengan sisa makanan yang basi. Nak je aku sound budak ni tapi still aku sabar. i give her notes. PLEASE TIDY UP YOUR THINGS. tapi entah notes tu melayang entah pergi mana. Dia baca ke tidak sebab aku tengok sama je. 



then 

aku cuti sem 2 bulan. 

bila aku datang U balik OMG! my room macam kapal karam. Her stuff was everywhere. Mendidih jugak darah aku ni. tempat aku solat biasa dia boleh susun kasut dia berderet kat situ. Ingat bilik dia sorang punya agaknya. Terus satu bilik aku mop. One more things, aku rasa dia masuk bilik guna kasut sebab dia selalu buat macam tu kalau aku tak menegur selalu lupa. Rasa kadang-kadang macam sengaja ke apa budak ni?detus hati kecil aku. Aku ni perempuan melayu yang terdidik bila nak masuk rumah kena buang kasut, selipar sebab ko tak tau masa ko jalan tu terpijak tahi ayam ke tahi kambing ke, perasan ke kalau terpijak? Hish malas la nak membebel macam aku bebel kat anak sedara aku yang umur 6 tahun tu. Dah besar panjang boleh guna comman sense kan. Tapi still aku cakap. She's maybe not mature yet. 


Petang tadi aku balik balik. Barang ya ALLAH bersepah and i cannot stand it anymore. Aku sapu-spau bilik semua dan aku rasa nak nangis tengok barang dia. Katil bujang saiz besar tu penuh dengan barang. Baju -baju yang dah pakai yang busuk yang dah basuh semua bercampur aduk. Stokin-stokin masam. Even panties yang dah pakai ada atas tu. Tu belum cakap atas meja study. Bekas makanan dengan barang-barang yang aku tak tahu yang discribe macam mana. Aku bukannya nak cakap aku ni pembersih yang tak pernah buat sepah. Aku pon ada buat sepah jugak tapi agak-agak la kan. Hidup dengan orang lain dibilik yang sama kena consider orang lain jugak. Aku masukkan baju-baju ats katil tu buat macam raga (aku tak tahu nak explain) macam kain sarung kita letak kain dalam tu lepas tu ikat.  Aku clear kan atas katil. Lepas tu aku tulis note besar-besar. COULD YOU PLEASE TIDY UP YOUR THINGS! 

Aku berdebar jugak tunggu reaksi dia. Dia marah ke? Tapi seryes la. Siapa boleh tahan kalau macam ni. Tapi one things about her yang aku suka. She;s really nice. Kenapa aku cakap nice? Pandai berkata-kata. 


Tadi aku dah sia kemas barang dia tu aku duduk la meja study ni. Sungguh tak kuduga ini yang terjadi. She's back. Selalu dia balik awal dinihari waktu aku dah tidur tapi aku tak tahu kenapa hari ni dia balik awal daripada biasa like she can smell what i've done to her messy bed.  Cuak gila aku rasa

Aku dengar dia menyumpah sebut .S**t 
Aku buat-buat tak dengar.

Dia panggil kawan dia yang balik bersama dengan dia tadi.

" She's clean your stuff?" tanya kawan dia dengan suara agak bengang.

then aku berpaling ke arah dia.


aku dengan muka yang sikit rasa bersalah cakap " I'm so sorry. It's smell and i cannot stand it" 

muka dia pon aku tak tahu nak describe macam mana.


" No. No. It's okay. Actually i've exam before." yakni exam dia 2 minggu lepas berakhir. 

" Again i'm sorry" kata aku lagi.

" No.No. Eh that's pretty cool" dia tiba-tiba tukar topik tengok kat papan belajar aku.

Lepa tu dia keluar cakap something dengan kawan dia. Masa dia bukak pintu dari luar. Aku macam terdengar-dengar dia cakap.

" That's the bitch"

Aku buat derk je. Do i care? 
Aku tolong kemaskan kot dia cakap macam tu. Mungkin sebab terkejut kot bila dah jadi loggokan kain-kain yang terikat macam belon aku susun tu nampak macam banyak dan nampak macam nak halau dia hahaha. Tapi aku tak maksud macam tu pon, Senang kau nak laundry nanti tu yang aku susun tu. 


Lepas tu dia bersiap dan dia keluar lagi.


OMG. Sejarah baru hari ni. Adooii.


Friday, 25 March 2016

MOSSE 2016 @IIUM Kuantan

Assalamualaikum

Dah nak hampir sebulan dah pon aku join event ni, sekarang baru rasa nak tulis blog pasal tu. MOSSE event untuk those who are taking Optometry. Basically this event adalah event sukan yang totally you go for play-play macam tu  My university kan the youngest optometry uni in Malaysia dan kitaorang baru ada 4th batch. Tak ramai lagi dan mula-mula tu tak ramai yang nak join sebab event ni kan bermalam kat sana and you should know my manja junior yang rata-rata memang dari family kaya. Ada yang tak pernah tinggal asrama. Even yang tak pernah berpisah dengan parents pon ada. Manja sangat kan. Tapi bila HOD - it stand for Head of Depaertmenr- incase kalu tak tahu, dia yang mintak event ni compulsory and that's y la at the end ramai jugak yang join. Aku pon excited nak join bukan sebab event ni sukan. You know how much i hate sport hahaha. Bukan benci yang amat tetapi sebab aku lansung tak pandai main sukan that's y la tak suka. Tapi yang buat aku excited bila nak pergi IIUM Kuantan sebab my bestie ada kat sana. Ika belajar kat sana dan aku lama sangat tak jumpa dia dan lagi satu dengar cerita unicversiti sana baru je siap dan paling cantik campusnya.

Masa kitaorang nak bertolak tu, semua lecturer keluar untuk hantar kitaorang. Terharu sangat tau sebab ini event pertama yang kitaorang buat melibatkan perjalanan jauh dan our lecturer buat kitaorang macam budak kecik je hahaha so comel tau. Oh ya event tu only me. nisa and syaf je melayu dan yang lain chinese and indian. international pon ada jugak. Coz diorang junior so senang la nak handle. kitaorang paling senior, diorang dengar la cakap kita hehe


Some of us on day 1- wearing red T-shirt dan most of us datang untuk jadi penyokong je hahaha. Kitaorang kat university bukannya ada yang jadi athlete pon. Kalau aku pulak jauh panggang dari api nak jadi athlete. Memang tak dan tak akan :)


Tapi tak tahu benda apa yang meracau jiwa sehingga akhirnya aku terjebak sama participate dalam volleyball. Omg! dengan rule game ni tak tahu macam mana, hentam je la asalkan bola melantun hahaha. tapi seryes aku cakap, main Volleyball dengan budak-budak ni memang best. We make a good team haha. Ada menang jugak pusingan pertama walaupon at the end kalah jugak tapi at least kitaorang tak kalah teruk dan kalah bermaruah pastinya :) hahah

 i try to hit the ball hahaha boleh guna perkataan hit ke? Entah la suka hati la nak taruh perkataan apa pon. Tapi you see dengan pakai seluar slack main sport, denga kasut sukan pinjam lagi, i told yoou right, i'm not a sport women tapi skill aku untuk volleyball not bad tau. Impressed jugak dengan diri sendiri bila kebanyakan bola yang aku serve lepas net haha :) Yang kat depan aku tinggi kurus tu Chia. Dialah antara kami yang paling terror sebab dia memang pemain volleyball pon. Dia yang ajar kitaorang macam mana nak main.

 Lawan dengan bdk MSU dan tetiba terperasan. Oh diorang punya lecturer pon join sama. Tapi best! Aku suka volleyball sebab aku can perform well masa tu haha
Group photo on tthe last day day, tapi dalam gambar ni tak ada 3 orang- Shu Hua, Siew Kie and Jayne sebab Shu Hua jatuh longkang dan kaki terseliuh, dua orang tolong jaga.

Part yang paling ingat masa kat sana:
- Kitaorang pergi request dengan comitte event sebab budak-budak ni mengadu tak ada spoon dan diorang actually tak pandai makan guna tangan. omg terkejut bila tahu. Sebab tak ada sudu, dapatlah tengok budak-budak ni makan dengan  awkward syle hehe. comel je korang.

- Member jatuh longkang masa otw nak naik mahallah sebab tempat tu gelp dahlah longkang tu dalam kot dan mahallah dia memang sunyi dan agak scary jugak hehe ke aku ni yang penakut agaknya.

- Pengalaman kena bertempur dengan monyet setiap bukul 7 pagi dengan monyet -monyet kat situ yang pagi-pagi adatng ke tong sampah cari makanan. Dah la garang betul monyet tu nak serang kitaorang. Nasib baiklah tak ada yang kena cakar.

- Hakak-hakak bertiga ni layang tunggu adik-adik gi Burger King sebab tak cukup makan. Bukan makannan sikit tapi sebab maybe diorang dah terbiasa ambik supper agaknya. Yang kitaorang bertiga ni dah terbiasa makan tak tentu buat lek je la. duk borak kat luar gelak-gelak ambik selfie,ambik video.

- Pergi teluk cempedak dan masa tu ada pameran ular masyaallah besar sangat. Gerun haihhh! ada pertunjukan silat dan ada budak-budak hispter amneda ntah menari macam sotong. Sakit hati je den menengoknya. Kalau nak menari pon kenapa tak menari makyong ke kuda kepang ke barulah best sikit aku nak menontonnya. Ini tak tak ada identiti punya tarian.Adui la budak-budak sekarang. Oh ya kat sana ada Chop steak harga 5 ringgit murah ya ampun. Tapi kat sini ramai sangat yang cuple-makpel duduk melepak bagai dengan band-band yang duk meyanyi dengan rambut berkibar-kibar oleh angin pantai.  Serius aku cakap aku tak suka dengan keadaan macam tu. I love my Pantai Irama more even kat sana tak adalah cantik sangat tap for me the eople more behave. entah lah itu pada mata aku la.


Aku rasa best travel dengan diorang. Yang baik. punctual dengan masa dan tak banyak keranah. :")


Love, XOXO


Thursday, 25 February 2016

Jodoh dia orang sekampung rupanya

Assalamualaikum

Two years back, when i still struggling for my foundation, i remember at that time Hari Raya Qurban. First time i celebrate in Kl sebab cuti sehari saja the pergi UM tempat Aini ngan Fadhil. Malu pulak bila ingat aku nangis teruk call Aini sebab bayangkan Kl Setral sunyi tapi dia tak muncul-muncul lagi. Call Fadhil dengan nangis bagai.  Haihh kalau ingatkan balik malu pulak aku ngan Fadhil. Dgan Aini tak kesahlah sebab dia selalu tngok aku nangis haha. Oh ya nak cerita kisah masa aku balik dari tempat diorang yang aku berhenti makan kat KFC Kl Sentral dan ada seorang yang tegur aku. Aku namakan dia Z la ya. Bimbang pulak aku dia taip nama keluar pulak blog ni susah la . Malu den. Dia tegur aku dan borak. Aku lupa apa benda ang diborakkan tapi still awkward cakap dengan orang tak kenal tapi dia tu macam frendly je so aku pon buat-buat la jadi friendly sama.  then masa nak balik tu dia mintak no phone, aku senyum.

" nak buat apa?"
" nak kawan"
" Fb je la" 

Then aku bagi fb je la tapi sejak blah dari situ tak contact pon hehe.

and recently i saw his weeding picture pop out to my timeline. Omg. He's married. Aku tengok isterinya.. cantik! Jauh cantik dari aku ni. 

Aku pm la congratulate dia dengan perkahwinan tu. Dia still ingat rupanya the moment even it's already 2 years. Dah almost 3 years ago agaknya. 

" A'a kawin orang sekampung dah tu orang Kelantan buat tak layan je"

" Masa tu tengah cari jodoh haha. Ikhlas tapi orang tu macam tak sudi je"

aku gelak je la.

He found the better women in his life.  Dah jodoh dia dengan perempuan tu. Cer imaging kalau aku kawan dengan dia. Imaging la. Tapi then jodoh dia dengan wife dia sekarang, tak ke aku je yang kena frust menungging hahaha. 

Sebab aku xder feel apa2, that's y aku boleh wish dia. Z, saya doakan agar kamu dapat kelurga yang sakinah mawaddah warrahmah. ameen.

Ikhlas :)

Saturday, 20 February 2016

Kisah malam itu

Hi.

Aku ada kisah nak cerita. Aku ada bagitahu kan ada jadi Part-timer kat OLD TOWN and disebabkan itu kedai makan dan dia naklah pekerja dia disuntik dengan Anti-typod. Entah betul ke tak aku eja camtu. Petang tu aku gi kat Umaira ke HUKM ambik mc then punyalah lama tunggu sebab orang bersusun tunggu nak jumpa doktor.  Solat magrib di TBS. Pada awalnya  rancang nak pergi klinik kat maluri sebab ada kakak satu kerja tu cerita ada banyak klinik kat sana tapi bincng2 ngan Umaira, kitaorang decide nak cari yang dekat je la. Dah lah pukul malam dah masa tu. Terus ke kedai runcit depan Coolblog. Tanya abang melayu kat situ ada klinik tak dekat Tbs. Then dia kata ada seberang jambatan sana. Dia bagi instruction dan kitaorang pon lurus bendul pergi la kat sana. Bila masuk tempat yang dia bagitahu. Masyaallah bangunan yang tidak siap yang sungguh mneyeramkan. Lepastu berselilih dengan warga asing yang pandang semacam je aku ngan Umaira. Cepat-cepat jalan tapi makin lama jalan makin sunyi dan berlekok. Makin cuak aku dibuatnya. 

Naik tangga  tapi seram sangat. Aku bagitahu Umaira nak patah balik tapi Umaira pon takut kalau ada orang kat belakang. Tingkat tiga baru jumpa pintu keluar. Berdegup kencang jantung aku bila nampak pak cik guard yang muncul tiba-tiba. Lepas tu lalu atas jambatan yang gelap dan sunyi sangat. Seryes rasa nak nangis je masa tu. Lalu kawasan perumahan yang sunyi sebelum sampai ke Klinik family yang dicari. Abang melayu kat kedai tu pon satu hal, dah tahu kami ni berdua je perempuan, tak ada pulak dia bagitahu tempat tu macam mana. Siryes tempat tu menakutkan dan kalau orang jerit pon belum tentu orang luar boleh dengar. Sangat bahaya. Sangat-sangat bahaya. Sampai kat klinik tu dia bagitahu suntikan tu habis stok. Punyalah frust. Dia kata ada klinik depan sana. Tnyalah dia dekat tak kalau jalan kaki, dia cakap dekat je sebelah sekolah. Kitaorang jalan la. Jumpa 2 orang polis bantuan kalau tak silap, tanya dia, dia bagitahu jauh jugak kalau nak jalan, dahlah kawasan padang sekolah tu gelap. Aku ngan maira berpandangan la. Akak tu cakap tadi dekat je. Nak patah balik lalu jambatan tadi memenhg tak mungkin la dengan debar takut tadi pon belum hilang lagi. 

Tiba-tiba ada sorang abang tu offer diri nak hantar. Syukur! Dia bawak kereta apa entah macam Saga baru gitu. Memang klinik tu jauh kot kalau nak jalan. Nasib baik jumpa orang baik. Then dia tanya nak balik macam mana? Kitaorang tak tahu nak jawab apa. Tukar nombor la dia kata siap call la dia boleh tolong hantar. Telefon aku xder bateri dan Umaira la yang bagi no phone. Masuk klinik tu jugak xder stok. frust wei. Nak telefon abang tu tadi sian pulak sebab dia tengah kerja. Then Umaira call Midi mintak tolong. Unecpectedly Midi call Izat sebab Izat ada kereta then diorang yang tolong ambik. Malunyerr. Midi ok lagi. Malu pada Izat. Dahlah tegur dia gitu-gitu je then buat sesat macam ni menyusahkan dia pulak. Then bagi upah nasi je sorang sebungkus.

Sebab lapar tak makan lagi, singgah kejap kat Ali Baba kat Kondo. Umaira mcg abang yang tolong tadi cakap terima kasih sebab tolong apa semua dan bagitahu kitaorang dah balik dengan orang lain dan perkara yang paling peranjatkan aku bila Umaira tunjuk mcg abang tu. He asked for my phone number!! Omg why bro why? What kind of quality u think i have? Aku cakap kat Maira tak payahlah. Then Maira gelak.

part yang lucunya bila tiba-tiba Maira kata

" saya teringin nak tengok awk adake kasih" means special one la.

i speechless hahaha

salah ke kalau aku tak jumpa sapa2 lagi. Well i have no qualities to attract opposite gender. Let it be.


Then dua malam lepas tu aku dpt mcg dari someone i don't know. Aku dah agak dah. Aku bagitahu Umaira then dia gelak.

Oh man, what should i do? It's a little bit awkward to have conversation with the one that you don't even know. Muka pon aku dah lupa haha.

Aku just balas, oK. Smile gitu je sebab minggu dia mcg tu aku exam midterm.Exam lagi penting btw. Aku siap doa lagi tau. Kalau dia bukan jodoh aku, mintak jauhlah dia dari aku. Kalau dia jodoh aku mintk allah bagi hidayah pada dia. Then dia takder mcg aku dah tu kira dia bukan jodoh aku la kot. Maybe.

Ahh.. dah dahlah fikir pasal jodoh ni. When the times come, you'll know who're Mr.right :)

Contest Cerpen

Assalamualaikum

Last month aku ternampak satu poster ni. macam best then terfikir pulak nak join.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PENAWAN_3
Ada  3 tema 
1) LGBT
2) Poligami
3) Isu penderaan wanita

So aku pilih penderaan wanita la.

pong pang pong pang siaplah 18 muka surat hahaha. Not bad kan :)


Gud luck for me.

insyaallah 

Wednesday, 17 February 2016

Don't couple

Assalamualaikum

Hari ini saya dapat pengajaran yang penting sangat dalam hidup. Don't couple. It's Haram and lead you to maksiat. 

Saya tak cantik ada sebab.
Allah jaga saya dari benda lalai ni.

Syerah,
take care of yourself.
Jaga diri jaga hati
Kalau ada jodoh di dunia ini pasti bertemu.
Jangan ambil yang bukan jodohmu

No islamic couple.

Remember that

gambar hiasan

Saturday, 13 February 2016

#Day1 Part-timer

Assalamualaikum.

Aku ada ceritakan pasal jadi part-timer yang apply kat Giant tetapi tiba-tiba berubah fikiran atas sebab musabab tertertu dan today I start jadi part -timer kat kedai makan OLD TOWN WHITE COFFE yang jarak dari Universiti jalan kaki 5 minit je. Kerja weekend aje. Start pukul 7.30 pagi sampai pukul 4.50 petang. Okaylah kan. Hujung minggu selalu kan aku tidur balik lepas subuh. Haish anak dara apalah macam ni, so maybe this's the best way untuk men'consisitan'kan aku untuk tidak tidur lepas Subuh hehe.

Dan aku tak adalah buang masa sia-sia sahaja kan. Selalu before ni aku selalu balik rumah kakak aku hujung minggu. Main dengan anak sedara dan datang U balik, at least i've got something to do yang bagi benefit. Tapi aku haraplah yang kerja part-time ni tak ganggu fokus aku untuk belajar. Aku kerja nak cari experience je alang-alang dapat masuk duit poket sikit-sikit kan. Aku nak cuba dulu tengok macam mana aku dapat handle life aku well atau tak. Wish me luck.

Oh ya berbalik pada kerja hari pertama ni, ermm banyak benda yang kena belajar la tapi basically it's the same thing yang biasa kita buat kat umah. Hidang makanan, lap sudu garpu. Basic things yang kerja kat kedai makan. Tak adalah penat sangat.  Boleh la. Kat tempat tu ada seorang kakak orang Melayu. Dia je la yang melayu. 2 Cina. 2 dari nepal dan sorang India. Yang lucunya bila Nepal tu namanya Nyonya dia nak cakap dengan aku. Dia cakap tapi aku tak faham then aku gelak dia gelak sama. Comel je hahahaha.

Oh ya kerja kat sini dapat makan free waktu lunch Yuhhuuuu. Bestkan. Jimat duit poket aku! 
makan macam ni je pon tapi aku tengok dia total 16 ringgit lebuh. Nasib baik free!

Lagi satu tadi aku dapat angpau. First time kot aku dapat angpau. Dapat dari seorang customer yang kaya. Cina. Tau tau dia datang bawak family dia datang situ dan sekali habis 300 ringgit kat sini. Bravo la bro. Kalau akulah 300 ringgit tu dah boleh buat makan sebulan atau sebulan setengah dah.
Eager betul aku. Balik kerja terus buka. 10 ringgit kot. Lumayang jugak Alhamdulillah rezeki :)

Tu jela untuk first day. tak tahu macam mana esok. Doakan agar semua berjalan lancar. Eh tau tak masa aku nak pergi lerja pukul 7 lebih pagi tadi aku jumpa dengan senior aku, segan gila bila dia tanya nak pergi mana. Aku jawab adalah then dia gelak. Aku rasa dia dapat agaklah dengan tengoka ku pakai baju putih seluar hitam tudung hitam. Aku pon heran kenapalah dia keluar pagi-pagi rupanya nak cari makan sebab lapar dari semalam. Then masa aku otw balik hostel boleh pulak terserempak dengan dia. " Dah balik kerja?" sapa si senior tu. Berbahang muka aku. Malu kot hahaha. Tapi tak apalah, bukan aku buat benda salah pon kan :)

Oh ya ma datang Kl dan lepas kerja esok terus nak gi rumah Kak goh jumpa ma. Mak bawak ketupat. Ermm.. dapnyerr :)


Xoxo

Wednesday, 10 February 2016

Kapoor and Sons ~ waiting like crazy

Salam alaik

It has been a month since i saw Fawad Khan act in Khoobsurat and i feel in love with him. OMG!! Then i watch a few drama of him, i mean Pakistani drama and you know what, i still can't move on from him. I dunno la kenapa obses sangat ni haiihhh.. Walaupon tahu Fawad Khan dah kawin tapi minat dengan dia punya acting.

My sister cakap

" Alah sebab dia hansem je tu"

Handsome tu salah satu pakage dia la. Tapi seryesly lakonan dia best. 

I follow Fawad punya Insta and fb dan his new upcoming movie trailer keluar hari ni. Beria I tunggu dari pagi. Omg i feel like i am crazy enough for this hahahaha. Trailer keluar pukul 5 petang dan tunggu pukul 5 apsal tak ada pon rupanya bila check beza waktu India dan Malaysia 2 jam setengah lebih kurang. Malaysia lagi awal. huhhh.. Almost 8pm, baru trailer dia keluar 

and 

tadddaaaaa


Trailer dia nampak best. Kisah dua adik beradik yang rapat bergaduh disebabkan berebut seorang perempuan. Huh cerita yang mungkin macam biasa didengar tapi just eager to watch FAWAD acting hahahahaa.. Please wake me up!!!

Movie dia keluar bulan 3 nanti. Tunggu je la keluar dalam internet hahahaha

Frankly speaking aku suka FAWAD AFZAL KHAN ni bila tengok cerita dia before ni tapi aku tak berapa suka bila Pakistani actor masuk bollywood. You know la Bollywood kan sekarang dah macam western sangat cerita diorang. Pakistan still macam Malaysia.  Berlakon yang ada batas. Aku harap Fawad Khan takder beelakon cerita pelik-pelik sangat. He just nice act as mature guy who is conservative. It's the best for him :)

Ok dahh.
bye

Monday, 1 February 2016

Return

Assalamualaikum

Aku pernah tulis pasal telefon aku yang hilang a few months back dan jumpa kan. Alhamdulillah. And recently, dua tiga hari lepas kunci bilik pulak hilang. Ya Allah carelessnya aku. I know that. Kad untuk keluar masuk ada tapi kunci tak ada. Entahlah jatuh kat mana. Perasan dan cari tapitak jumpa. Aku tarik nafas dan sebut

Innalillahiwaiina ilaihi rajiuun 

Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak ada rezeki kena keluar duit pulaklah nak buat kunci. Aku keep calm dulu. Kad keluar masuk ada, bilik tu tak apa lah tak payah kunci la. 

Malam ni aku keluar makan dengan umaira. Masa balik tu singgah isi air dalam botol dan tiba-tiba umaira bagitau.

" Kunci siapa yang tinggal kat sini"

Aku pandang dia.

" Kunci mana?"

" Ni yang lekat kat bilik Miss Felicia ni. Dia lekat dengan saltape ni"

Aku pergi dekat tempat dia tunjuk.

Ya ALLAH. Kunci aku la.

" Ni kunci saya yang hilang tu"

Umaira gelak dan aku senyum lega. I beleive in Allah. Kalau ada rezeki, it'll return. Alhamdulillah :)


Saturday, 30 January 2016

CHINESE NEW YEAR @Sunway Piramid

Salam alaik











Look what we get for free


Planning!

Hi and Assalamualaykum,

Nobody knows what will happen 5 years later. Or 10 years later. Then, it suddenly appear on my mind, What i am after 5 years? Sekarang dinihari dan actually i'm still not in my dream bcause i watch Pakistan drama. oh my God, i now a big fan of Pakistani drama. Not big fan of the drama actually, i admire Fawad Khan. Mashallah :) hahaha dont tell anyone about my craziness. It always happen you know. The last person i admire this much is Dr. Sheik Muszaphar. Sekrang suka jugak tapi xderlah admire teruk macam dulu. And know i found someone to be crush on. Hahaha. such nonsense girl hahaha. Dan sekarang ni tunggu subuh. Kalau tidur sekarang i bet i won't wake up for Fajar Prayer. Huh. The i end up typing some words here. Ok berbalik pada what i said just know. I watch the drama. Basically about a women with strong desire to success. To take her family out from poverty.  I like the way they present the story. Sangat logik. Dan tiba-tiba terfikir tentang kehidupan. What will happen to me after I finish my degree? Settle down? Not yaaarr. Lagipon aku tak tahulah lelaki malang mana will enter my life. Kalau ada jodoh kat dunia ni adalah tapi kalau tak ada, there's nothing to say.

Hidup ni perlukan cita-cita kan. Angan -angan untuk capai sesuatu. Macam Kak Azura cakap. Who's Kak Azura? She's CEO of Yayasan Peneraju. Sangat admire dengan dia. Solute la dengan cara dia. Even dia berjaya dan bukan calang-calang tau, CEO tau, tapi cara dia very humble. The way she dress, sejuk mata memandang dan hari tu jumpa dia bagi talk dan dia pesan for the scholar untuk jaga solat. She said it's her duty as a leader ingatkan tentang solat. Baguskan dia. Masa salam dgn dia pon still dia ingatkan " Jaga Solat ya" I'm very touched!

AIM HIGH TO SUCCESS.

5 years planning 

! # Please pray for my for my degree. My target i can complete the degree with CGPA 3.5. Insyaallah May allah ease my study. Ameen.

2 # Doing my MASTER. insyaallah :)

3 # Working and gain experience 

4 # Go makkah with my MA and AYAH.

10 years Planning 

1 # Have my publication company ( Publish books, magazine even novel) that's my deep desire.  I REALLY HOPE IT'S COME TRUE ON ONE FINE DAY! ameen.


2 # Have properties ( at least a house and a transport )

3 # Travel at least 5 countries!

4 # Get married maybe. Entah lah kalau ada a good proposal i'll think of it. Tapi frankly speaking, aku takut bila cakap pasal kawin . To many commitment to handle. Entah. speechless !



P/s : That's what i am thinking rigt know. The planning will add on you know. I will think more but basically that what i am really really hope!!



Friday, 22 January 2016

Ragu-Ragu

Assalamualaikum

Hari ini cuti tapi pagi-pagi aku dah bersiap pakai baju putih seluar hitam tudung hitam sebabkan perancangannya nak kerja part-time kat Giant Connought sebelah U aku ni. Lumayan gajinya 100 per day. Sangat lumayan rasanya sebagai student daripada aku duk melepak dalam bilik macam sekarang ni. Kenapa sekarang aku ada kat bilik sebab tadi bukan main lagi bersiap.

Sebab aku ragu.

Petang semalam lepas balik dari TBS cari baju putih, cakap-cakap la ngan Umaira. Dia sebut pasal arak. Baru aku terfikir yang Giant tu jual arak. Kitaorang kalau part-timer sebagai cahier la sepatutnya. Dan aku mula berfikir. Macam-macam aku fikir. Pukul 5 pagi lebih semalam baru aku tertidur. Aku jadi ragu-ragu. Jadi was-was. Baca blog katanya kalau minoriti kedai harus yakni boleh. Tapi still tak sedap hati. Aku call kak cik yang belajar kat KUIS  dan dia tak pasti. Pendapat dia kata tak boleh la. Aku call kak la pulak. Kak La kan ustazah. mungkin dia lebih tahu. Masa tu aku dah sampai depan office giant dah.

Kak La kata tak boleh. Bila dah ragu-ragu macam ni dah jadi syubhah pulak aku rasa. Benda yang syubhah ni lebih baik jauhkan. Dan aku fikir keadaan aku tidaklah terdesak sangat untuk dikira sebagai darurat ke apa ke. Saja nak kerja nak kumpul duit niat di hati. Tapi kalau dah macam ni. Hati tak tenang fikirkan boleh ke tidak, lebih baik tak payah kan.


Bimbang nanti duit yang dapat tak berkat lepas tu dengan duit tu makan beli nasi. makanan dan akan jadi darah daging. Nauzubillah.

Moga Allah lindungi aku dari perkara haram. Ameen ya Rabb.


Tuesday, 19 January 2016

crush baru tahun baru hahahaha

Assalamualaikum.

When i talk about crush, please dont make it as a big and serious thing. You know me better how the people around affect me so much. Not by the people around actually but in the stories , movies or even novel hahaha. Berbelit-belit pulak ayat English ku. Lama tak buat essay kan macam tu je la dibuatnya.

On this fresh new year, i've meet new crush hahaah * gelak malu*. Please guess yaaarrr who are the person. If i'm waiting for the poeple to guess, i think i'll cannot write about him forever hahaha. He's not that famous in Malaysia but he's a famous actor in Pakistan. HAHA. Macam manalah aku boleh kenal ni. Tengok kaki la wehh.. Kaki bollywood and recently he work in bollywood industry for his first movie : Khoobsurat along with Sonam Kapoor. Crush masa tengok citer tu la sebab his character is so chaming you know hahaha. Nak nak pulak citer tu macam citer fairytale yang si putera perfect 100 percent without cacat cela even dalam dunia reality you'll never meet the man like that.Believe me!!

so here...

 tadaaaa...  
FAWAD AFZAL KHAN 
Please agree with me that he has such nice eyes. kan kan. 


hahaha syerah syerah mengarut betol tau. 21 tahun dah tu tak perangai mak aihhhh.Tapi seriously, i attracted to his beard and his eyes. Bilkul ache hei!!

AND 


Aku tengok drama dia yang meletop kat Pakistani nuh tajuknya HUMSAFAR and no wonder drama ni meletop sebab storyline dia best sangat and lakonan Fawad Khan dengan si heroin Mahira Khan ni menjadi sangat. Very touched! Meleleh jugaklah air mata tengok drama ni dan for me i rate it 9/10 gituhhhh..


Sedikit sinopsisnya.

Berlatar belakangkan keluarga muslim. Si hero Ashar keluarga kelas elit dan si heroin Khirad keluarga kelas pertengahan. Tapi mak Khirad dan ayah Ashar ni adik beradik dan maknanya mereka sepupu yang tak saling kenal pon. Hanya kenal nama je.
Mak Khirad jatuh sakit dan mintak tolong abangnya yakni mak sedara Khirad cari calon yang sesuai untuk Khirad sebab Khirad sebatang kara. Si Pak Saudaranya pon tiba -tiba cadangkan Ashar jadi calon tu sebab dia rasa bersalah sebab selama ni abaikan adiknya dan dapat penuhi impian terakhir adiknya itu dia rasa dapat tebus kesilapan dia.

then diorang kawin. Masa sebelum kawin tu teman dari kecik Ashar iaitu Sara tiba2 confess kata suka kat dia siap ugut bunuh diri lagi. Tapi the end kawin jugak. Ashar ni takder mana2 girlfriend sbb dia macam skema sikit. 1st honour kot kat U dan Khirad ni pulak jenis alim takdernya cintan cintun bagai ni. Awal2 tu diorang blame each other. Masing2 terpaksa kan. Tapi cerita biasalah at the end falling in love jugak. kalau tidak takkan nak dibuatnya cerita kan.

Masa dirang baru je nak lalui fasa2 gembira tu, Khirad kena fitnah pulak. Terus Ashar jadi benci. Mak Ashar halau Khirad keluar dari rumah. Mak dia yang selama ni jijak semut pon tak mati rupa-rupanya dalang nak pisahkan Khirad dengan Ashar. Khirad kena halau dahlah masa tu dia pregnant. Sedih sangat masa ni huuuuhhuuu.

Setelah bertahun sampai anak dia besar diorang terpisah. Khirad pergi jumpa Ashar kat pejabat pon sebab nak mintak Ashar bantu sebab anak dia berpenyakit. Mula2 tak percaya jugak Ashar tapi sebab dan ada bukti depan mata kan. 

Tapi part paling sedih bila dia tahu yang mak dia rancang semua ni. Bayangkan mak yang dia percaya sanggup hancurkan kebahagiaan anak sendiri.Memang sadis. tapi serius tak tipu, the strory is really great dengan lakonan yang mantop.

Satu lagi nak puji cerita ni, memang pakistan macam tu kot, stiap kali jumpa akan bagi salam tak kisahlah kat bilik kat dapur nak tegur kat taman pon. Bagus kan. dan satu lagi, takder adegan peluk-peluk macam drama melayu kat tv malaysia. Kiranya cerita ni lagi better la kay hehehe.


and last gambar Mahira Khan. Muka dia ni nampak sweet dan baik je kan. Nampak innoncent je patutlah watak Khirat sesuai ngan dia ni. Cantikkan. :)



Love.Love

Wednesday, 6 January 2016

Hello 2016 and new sem just started!

Assalamualaikum

Rasa macam tak percaya. bagai mimpi yang ternyata adalah realiti. You know what aku sekarang difasa umur 21 tahun. Did u believe that? Bila tengok pada umur tu dah macam cukup dewasa tapi hakikatnya perangai macam budak-budak lagi. Terkontang-kanting. Mengharapkan kedewasaan itu meresap kedalam jiwa.

And yeahh

Sekarang hari pertama new sem. Sem 4 already. Cepatnyeerrrr dan apa aku buat cuti kat rumah hah? Takbuat apa-apa. Cuma jaga anak-anak sedara yang nakal dan comel. Oh baru pergi KL sehari dah rasa rindu dengan dorang. 

you see them. Cute kan ?




tempat budak2 main waktu petang



oh this me ~~ 

I am big fan of APFT masa zaman sekolah dulu. Saja ambik kenangan balik hehe. me dengan anak sedara dan adik bongsu kat tepi tu.




I'm happy kat rumah. Rasa tak mau datang sini balik. Tapi my mom said, " It's for your future" oh ya ma cakap dalam bahasa melayu tertulis in english pulak hehe

2016, please be nice!