Monday, 19 October 2015

Almost 4 years.

Tapi rasa bersalah itu masih lagi mencengkam diri.

Maafkan aku.

Di zaman kejahilan aku dulu

Maafkan aku atas segala perbuatan aku.

Aku tak sengaja.

Sungguh

Aku 

Minta maaf!

- Hera Norisya

Friday, 16 October 2015

Ustaz Cokelat dah kawin ~

Assalamualaikum

Even the day already passed about 2 months ago or maybe 3 months ago hahaha tak sure pulak tapi yang pastinya tak smapai setahun lagi hokeyy. Ustaz Cokelat bukan crush aku tau, ni abang aku. the eldest brother anak ke-4. Brother aku 2 orang je. Both of them aku rapat. Tempat nak merengek nak dapatkan apa-apa or mintak pertolongan dengan cara memaksa :) Itu yang benefit kalau ada abang hahaha

Oh ya pasal Ustaz Cokelat ni, kenapa panggil macam tu? Nama fb dia actually sebab murid2 panggil dia sebab dia suka bagi cokelat bila student dapat jawab soalan dia hehe.  Masa i got the news dia nak kawin rasa macam, ahh cepatnya dah nak kawin. Tak sedar si abang tu dah nak masuk umur 28 tahun dah pon sebab perwatakan dia still like young teenager hehe. Tak perasankan umur pulak. Kakak ipar just daerah sama. Makan sebiji epal pon tak sempat habis tengok-tengok dah sampai. Oh ya, weeding belah pihak lelaki ini simple je. Very very simple. 

Apa yang menariknya tentang weeding Ustaz Cokelat ni?

Eerrrr

Errr



No catering! Ala kawasan kampung siapa je nak pakai catering bagai tu membazir je. Dengan bantuan mak cik-mak cik dan kakak-kakak kampung yang datang tolong masak kat rumah itu lagi best. Buatkan majlis lagi meriah. Best! Walaupon penat lepas dah siap baut kerja tuan rumah yang kena basuh tapi takpe ada orang yang datang tolong pon dah okay bangat. Ini yang paling aku suka tentang kampung. Kenduri satu rumah jadi macam pesta. Meriah!!! Tak tahulah 5 years akan datang still ada atau pon tak gotong-royong kenduri macam ni lagi.

Majlis Khatam Quran. Ingatkan sebelah perempuan je buat tapi ma nak buat jugak untuk majlis Ustaz Cokelat ni. Biar berkat orang kata. Ni buat dalam pukul 11 macam tu. sebelum pengantin bersiap hehe. 

Bertemakan hijau terang. Ni semua kak cik yang pilih sebab dia cerewet sikit bab pilih baju ni dan aku? Ahhh.. akulah manusia yang paling tak kesah dengan baju warna apa? Mactch ke tidok? Aku memang tak ambil port tentang hal macam ni. Entah! Diluar bidang kemahiran agaknya.

Majlis akad nikah memang selalunya orang buat kat masjid la dan orang kelantan memang kebiasaannya akan buat akad nikah malam. Entah lah. Kakak-kakak yang dah kawin pon buat malam tapi tak tahulah kenapa. Kalau tempay lain biasanya siang hari kan? Tak sure la kalau ada jugak negeri lain buat malam.  Ramai nau saksinya kan hehe


Mini pelamin sebelah perempuan. Ahhh... aku suka mini pelamin. Simple tapi nice!!!

Pihak lelaki decorate dalam bilik je tapi sebabkan family besar dan tak cukup nak bergambar ramai-ramai dalam bilik, kat luar pon boleh je hehehe. Gambar diedit macam ni sebab entah kenapalah mata aku bersinar macam mata harimau tu. Aishhh gambar orang lain okay je. Geram tul!

Takdernye makan beradab bagai. Makan bersila je. Tu pon aku join sekaki hahaha

 Amboiiii.. siap buat outdoor lagi tu tapi tu pon tepi rumah kak ipar sebab dekat dengan pantai hahaha.Takyah pergi jauh-jauh. Depan rumah je jumpa pantai :) Btw gambar ni macam photoshoot magazine pulak hehe

Selamat Pengantin Baru Ustaz Cokelat. May Allah bless you and your wife till Jannah!! Ameen!!

Clumsy GIRL !

Grrrrrr..

That's me! Huhhh sabooorr je laaa.

Nak dijadikan cerita, hari selasa minggu lepas, masa praktis lab OP kat lab, aku excuse kejap gi toilet dan phone aku ada dalam poket. Then aku letak la kejap phone atas tempat letak stuff takut nanti jatuh ke apa ke tapi unfortunately masa aku keluar toilet tu boleh pulak terlupa pasal phone tu. Masa otw balik hostel baru perasan dan cepat-cepat aku pergi tengok balik tapi memang confirm la tak ada kan.  Even telefon tu cuma Samsung Galaksi Y yang dah bertahun-tahun tapi aku sayang tau telefon tu. Sebab telefon tu hadiah orang lagipon kalau hilang pon mana aku nak cekau duit nak cari phone baru. Setakat beli telefon second nokia harga less than RM 50 pon belum tentu akan dapat. Huhh.. dengan banyak commitment kewangan lagi.  

Tengok je telefon aku yang dah lesap tu, aku jadi hilang semangat jap. Malas nak cerita kat orang sebab at the end aku jugak yang salah. Tu la sapa suruh cuai sangat kan. Dalam otak ni dah mula la plan nak jimatkan allowance nak kumpul beli phone baru. Tak canggih tak apa asalkan ada wassap dah. Ye la sekarang ni semua orang nak guna wassap. Kadang tu rasa rimas jugak. Kita ni bukannya 24 hours ada connection, then everything mesej guna wassap. Leceh!! Tapi itu la salah. Siapa suruh tak beli nombor yang dapat internet percuma ye dok? Sekarang nak salah siapa? Salah diri sendiri la yang out of date sangat.

Aku bagitau kak cik siap mintak tolong nak pinjam phone dia yang lama lagi. Memang dah pasrah habis dengan phone yang hilang tu tapi dalam hati tetap harap ada orang yang hati mulia sanggup pulangkan balik phone aku tu. Phone cabuk je pon. Tapi tu la kalau jual laku jugakkan? 

" innalillahiwainna ilaihi rajiun " aku ulang ayat ni sambil berharap akan dapat balik phone aku. Aku pernah dengan orang kata kalau hilang barang atau lupa barang letak kat mana insyaallah barang tu kita akan jumpa or dapat balik.

Sebelah petang tu ada kelas Biostatics. About 5 minit nak habis class tu, lecturer sembang slow dengan member kat barisan depan. Then tetiba Nisa pandang,

           " Syahir, phone mana?" 

Nisa memang panggil aku Syahir hahaha. Macam panggil lelaki kan, Masa first2 rasa pelik jugak tapi sekarang dah sebati dah pon hehe.

Aku sengih je la. Macam mana dia tahu telefon aku takder sebab aku tak bagitahu sesiapa pon selain kak cik.

           " Kenapa tanya?" tanya aku balik.

           " Cuba check handphone ada tak?" tetiba Opie mneyampuk dari depan.

Aku dah mula syak.

          " Macam mana korang tahu... korang jumpa eh?"

          " Eeiiii... tak cakap pon phone hilang. Rileks je tak bagitahu orang!" bebel Nisa.

Aku sengit tak tahu nak kata apa. Dalam hati rasa bersyukur sangat-sangat. Lepas tu Nisa bagi aku phone tu. Alhamdulillah, lecturer aku yang jumpa and she give it back to me. Subhanallah. Kalau dah ada rezeki insyaallah you'll get it back. Aku happy sangat!! Tak ada lah keluar pulak badget aku untuk phone kan?!

          " Sebab tadi dah pasrah dah telephone hilang. Dah hilang, heboh kat orang pon bukannya dapat balik"memang tu pon yang aku fikit tadi. Dah pasrah sangat2 dah!

Then miss yang kat depan tu tetiba nyampuk sambil gelak.

        " Nampak sangat takder boyfriend tu yang tak kisah phone hilang tu" usik miss. Hish miss ni sampai ke situ pulak dia fikir. Cam tahu -tahu je.

Aku sengih lagi.

          " Thanks miss"

         " Belanja saya starbuck satu" seloroh miss sebelum berlalu keluar


Alhamdulillah! Alhamdulillah !!!

Keep Calm, Smile & Love Life !

XOXO