Assalamualaikum
Tiba-tiba rasa macam nak menaip pulak hari ni. Yeah itu yang sedang aku buat sekarang. Tak ada motif tiba-tiba duk menekan papan kekunci dengan fikiran blank. Apa kejadahnya la budak ni. Alang-alang aku duk menaip ni, baiklah aku share some tips yang Mr. Simpson kongsikan last weekend. Bila orang hebat kongsikan tips ni kenalah take a note, ye dok? mudah -mudahan bolehlah dipraktikkan nanti. Btw, Mr.Simpson dah banyak kejayaan dalam hidupnya dan sekarang dia end up bukak yayasan untuk tolong anak-anak yatim yang memerlukan kasih sayang.
Love Transforme Life. Kalau kita nak ubah sesorang dalam hidup, bagi diorang kasih sayang. Basically, itulah yang yang dia buat sekarang.
Back to the story. Short brief dulu. It basically macam mana kita nak buat bila kita ada impian menggunung nak nak pulak orang tu adalah aku yang tempoh berangannya masyaallah punyalah banyak, kalau aku tulis angan-angan aku ni agaknya dah siap jadi buku dah pon.

How to set a goal??
- Specific
Ini part yang paling important menurut dia tu. Bila kita nak setkan goal, bukan setakat say " Aku nak berjaya" macam tu terlalu general. Kita tak tahu berjaya yang kita nak tu macam mana. So apa yang sepatutnya dibuat. Specific kan nya. Macam mana??
Contoh :
" Turunkan berat badan 10 kg dalam masa satu tahun"
" Kumpul duit RM5000 dalam masa 6 bulan"
Aku bagi contoh je la tu. Itu yang dimaksudkan dengan specific. Detail apa yang nak dicapai. Tapi tu la, cakap senang. Berangan pun senang tapi boleh buat ke? Insyaallah kalau cara kita buat tu betul :)
- Measurement
Seperti contoh goal yang aku buat tadi. Jelas kot objektif yang nak dicapai tu. 10kg, RM5000. yang boleh kita kira!! yang boleh korang buat tolak tambah bahagi tu untuk tahu tercapai atau tak goal tu. Ada paham?? hahaha
![]() |
gambar sekadar hiasan semata hihi |
- Achievable
Mampu tak kau sebagai manusia biasa untuk mencapainya?? Hah, jangan angan- angan yang keterlaluan sudah.
- Realistic
Masuk akal ke idak?? Selagi masuk akal selagi tu mungkin untuk capai goal tu hehehe

- Brain food
Pilih makanan yang berkhasiat. Kita ni apa yang kita makan so yeah. Perlu dititik beratkan jugak. Kismis, badam tu antara yang memang dikeetahui baik untuk minda dan ada banyak lagi sumber makanan untuk otak berfungsi dengan cergas cerdas dan effective ni. Google la nanti.

- Time- Bound
Duration yang kau tetapkan untuk capai goal tu. Jangan terlalu lama nanti tak menjadi pulak target kau tu. Sebulan, setahun?? Bergantung pada apa yang nak capai tapi make sense la. Jangan mengada nak turun 10kg dalam masa seminggu. Not make sense dn kalau benda tu menjdi sekalipon kau memudaratkan kehidupan kau saja.
Ha. kalau nak capai sesuatu mesti kena ada usaha kan? Ermm.. nak usaha pon kena tahu bagaimana caranya. Aku pon nak try jugak tips ni. Apa gaol aku sekarang ni. Secret la wei, malu pulak nak bagi tahu orang goal aku nak nak sebab tak tahu berjaya tak lagi. So wish me luck hehe
k bai
No comments:
Post a Comment