Thursday, 26 March 2015

Unilife Showcase @ UCSI University

Assalamualaikum

I'm taking Unilife subject for this sem and one of the assignment for the subject is,  all of us must participatein showcase, Yeah, all group must participate even you like or not. That's one of the reason why i join them, yeah to get marks actually. hahaha. 

Seriously, the showcase is owesome. 

Malam before showcase kitaorang dah membanting tulang untuk siapkan booth. Penuh dewan MPH dengan group lain pon. Kitaorang pon excited bila tengok orang lain semuanya penuh dengan semangat waja hahaha



Bergambar kumpulan dengan groupmate merangkap classmate dgn kitaorang punya lecturer, Ms. Regina. Sweet of you miss. Thanks datang support kitaorang hehe


Our team pilih Lee Chong Wei that's why our group nampak macam sukan-sukan sikit tu :)
Cantikkan dekorasi kami buah. Cehhhh, perasan sendiri pulak!

1#Gambar di satu group Disney. Suka sanngat karoon yang comel diorang bawak
2# Gambar dgn umairah di group disney jugak 3# gambar di group christiano roonaldo 4# Dgn lelaki bertopeng itu, sebenarnya tak kenal pun dia siapa hahaha 5# Gambar bawah dgn fazira 

t

Disebabkan ak ni peminat J.K Rowling dan tak akan seskali lepaskan peluang untuk bergambar di booth ni. Belah kanan tu ambik peranan as Harry Potter dan sebelah kiri pulak Harmione. Comelkan diornag :)


Group Disney punya booth memang cantik!

Oh ya, puzzle ni aku yang buat. Tidur lewat sangat semata-mata potong puzzle ni guna pisau huh tapi berbaloi sebab ramai yang kata cantik. Alhamdulillah. 

I like this photo and that's y i but it again hehe




Saturday, 21 March 2015

Aku bukan Bidadari jadi Pilihan Editor?

Assalamuaikum

Alhamdulillah, aku bukak email terus masuk satu inbox yang membuat hatiku terasa berbunga -bunga hahaha. Aku punya cerpen jadi pilihan editor. Not bad eh tulisan aku walaupun yang entah apa-apa ni. Senang aku bila ada yang suka dengan cerita yang aku karang. Ye la dengan kosa kata yang tak cukup dan bahasa yang tidak kebabom membuatkan aku rasa segan untuk share aku punya skill menulis. Acewahh.. tapi bila cerpen tu editor suka, rasa macam cerpen aku best agaknya kot hahaha. Jangan nak poyo sangat eh. Baru satu je cerpen terpilih tu. Tapi yer aku gembira. walalayeh.
                   

                         
yang no 4 tu. Aku bukan Bidadari. yang tu la cerpen aku tulis hikhik


sesiapa rasa takder apa-apa nak buat isi masa lapang, silalah baca cerpen aku ni

ok?

itu je nak nak tulis hahaha

Tuesday, 17 March 2015

Aku rindu!

Assalamualaikum

Sekarang kat luar tengah hujan lebat turun mencurah- curah. Alhamdulillah agak lama dah tak hujan. Teringat pulak aku masa kecik- kecik dulu kalau hujan macam ni aku ngan kawan -kawan akan mandi mandi hujan sambil nyanyi. Happynya waktu kecik. Tak fikirkan kehidupan. Tak ada masalah. Tapi sekarang kalau nak mandi hujan sambil menyanyi gitu tak nya dikata orang aku ni dah tak siuman kan.

Teringat pulak dengan teman sepermainan aku dulu. Biah, Ika, Esoh. Kitaorang jiran. Kawan dari kecik. Berkawan dari kitaorang tak kenal apa itu kehidupan. Sekolah rendah sama-sama. Banyaknya kenangan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Pengalaman yang sangat bermakna untuk dikenang. Aku pernah terbaca kat satu paper ni, katanya kalau kita bersahabat lebih dari 7 tahun, itu bermakna dia sahabat sampai mati kita. Betulkah? Insyaallah. Aku harapkan agar persahabatan kitaorang akan terus terjalin walaupun setiap orang dah ada kehidupan masing-masing sekarang ni. Cepatnya kita membesar eh? Siapa agaknya antara kita yang kawin dulu? hehehe. Belajar dulu na, kawin tu nanti-nanti.hahaha

                       

us
Thanks b part of my life. Trima kasih sebab hadir dlm hidup aku. 
all of me lov all of u

Apa cerita mereka sekarang?? Aku ada stalk diorang hahaha kantoi!!! Masing-masing sedang berusaha mencapai cita-cita yang menggunung tinggi. Aku doakan moga kalian mendapat apa yang dikejar dan semoga allah rahmati hidupku dan kalian. Ameen


                           
Biah ( tudung merah hati ) sekarang belajar kat USIM. Tak sure kos apa hehe. 

Ika pulak ( tudung merah garang) kat UIA. Lebarnya senyum. Aku boleh nampak bahagia  tu haha

Esoh ( bertopi merah) kat Uitm

dan aku ( bertudung pink kiri duduk) di Ucsi University

Walaupun kita bermula dari tempat yang sama tapi sekarang kita dah jauh merantau.  mencari kehidupan masing-masing. Kalaulah aku boleh cipta sesuatu, aku nak cipta mesin putar masa supaya aku dapat kmbali di waktu dulu. Di waktu kita main pondok-pondok. Diwaktu kita main kejar -kejar. Bina istana pasir, tanding nyanyi walaupon suara sumbang. Main kejar-kejar. Bola selipar. Semuanya lah. Aku rindu. Rindu yang amat dengan kalian. Rindu waktu dulu

may allah bless all of us. Ameen :)

Monday, 16 March 2015

Tips : How to set goal?

Assalamualaikum


Tiba-tiba rasa macam nak menaip pulak hari ni. Yeah itu yang sedang aku buat sekarang. Tak ada motif tiba-tiba duk menekan papan kekunci dengan fikiran blank. Apa kejadahnya la budak ni. Alang-alang aku duk menaip ni, baiklah aku share some tips yang Mr. Simpson kongsikan last weekend. Bila orang hebat kongsikan tips ni kenalah take a note, ye dok?  mudah -mudahan bolehlah dipraktikkan nanti. Btw, Mr.Simpson dah banyak kejayaan dalam hidupnya dan sekarang dia end up bukak yayasan untuk tolong anak-anak yatim yang memerlukan kasih sayang.

Love Transforme Life. Kalau kita nak ubah sesorang dalam hidup, bagi diorang kasih sayang. Basically, itulah yang yang dia buat sekarang.

Back to the story. Short brief dulu. It basically macam mana kita nak buat bila kita ada impian menggunung  nak nak pulak orang tu adalah aku yang tempoh berangannya masyaallah punyalah banyak, kalau aku tulis angan-angan aku ni agaknya dah siap jadi buku dah pon. 
                           

How to set a goal??

- Specific 
Ini part yang paling important menurut dia tu. Bila kita nak setkan goal, bukan setakat say " Aku nak berjaya" macam tu terlalu general. Kita tak tahu berjaya yang kita nak tu macam mana. So apa yang sepatutnya dibuat. Specific kan nya. Macam mana??

Contoh : 

" Turunkan berat badan 10 kg dalam masa satu tahun"
" Kumpul duit RM5000 dalam masa 6 bulan"

Aku bagi contoh je la tu. Itu yang dimaksudkan dengan specific. Detail apa yang nak dicapai. Tapi tu la, cakap senang. Berangan pun senang tapi boleh buat ke? Insyaallah kalau cara kita buat tu betul :)


- Measurement
Seperti contoh goal yang aku buat tadi. Jelas kot objektif yang nak dicapai tu. 10kg, RM5000. yang boleh kita kira!! yang boleh korang buat tolak tambah bahagi  tu untuk tahu tercapai atau tak goal tu. Ada paham?? hahaha
gambar sekadar hiasan semata hihi

- Achievable
Mampu tak kau sebagai manusia biasa untuk mencapainya?? Hah, jangan angan- angan yang keterlaluan sudah.

- Realistic 
Masuk akal ke idak?? Selagi masuk akal selagi tu mungkin untuk capai goal tu hehehe

                                  


- Brain food
Pilih makanan yang berkhasiat. Kita ni apa yang kita makan so yeah. Perlu dititik beratkan jugak. Kismis, badam tu antara yang memang dikeetahui baik untuk minda dan ada banyak lagi sumber makanan untuk otak berfungsi dengan cergas cerdas dan effective ni. Google la nanti.

                                 


- Time- Bound 
Duration yang kau tetapkan untuk capai goal tu. Jangan terlalu lama nanti tak menjadi pulak target kau tu. Sebulan, setahun?? Bergantung pada apa yang nak capai tapi make sense la. Jangan mengada nak turun 10kg dalam masa seminggu. Not make sense dn kalau benda tu menjdi sekalipon kau memudaratkan kehidupan kau saja.



Ha. kalau nak capai sesuatu mesti kena ada usaha kan? Ermm.. nak usaha pon kena tahu bagaimana caranya. Aku pon nak try jugak tips ni. Apa gaol aku sekarang ni. Secret la wei, malu pulak nak bagi tahu orang goal aku nak nak sebab tak tahu berjaya tak lagi. So wish me luck hehe

k bai