Assalamualaikum
Walaupun tahun 2015 dah hampir 2 minggu berlalu tapi ak masih lagi nak mengada nak update blog cenggini, i mean nak wish tahun baru bagai. Hah tak mengapalah blog ak tak kesah la. Lagipon kan aku rasa macam ak tak percaya je sekarang ni dah masuk tahun baru dah. Rasa macam baru semalam je aku update blog tulis angan-angan 2014. Tup tup sekarang dah pon 2015 dah. Hisy setahun tu rasa macam sebulan je. Banyak lagi angan-angan yang aku nak tak tercapai lagi tahun lepas. Dan one of them adalah aku nak naik kapal terbang haha. Rasa kuno sangat aku ni waalupun dah hampir 2 tahun aku hidup kat KL ni aku tak pernah kot balik ke datang sini ke dengan flight. Orang lain duk pongpang pongpang pergi balik takder masalah pon tapi tu la. Aku takut la nak naik sorang. Cuak! Bukannya takder orang senegeri nak balik tapi tu la, cuti tak sama kan. Orang kata senang je nak naik flight tapi aku tak berani lagi sampai sekarang. Bila fikir-fikir balik memang aku rasa kuno sangat kot aku ni.
Aku sebenarnya teringin nak masuk dalam pesawat.
'Kau nak cari pilot eh yang teringin sangat tu' laung si kawan aku
'Aku sedar diri la weyh. Lagipon aku minat career pilot tak semestinya aku nak cari Mr.Right pilot. You know la pilot ramai playboy dan ak tak nak kot berada dalam list gadis malang tu' laung aku kembali.
Memang aku ni minat tengok pesawat, minat orang pakai baju seragam macam pilot tu tapi tak bermakna aku nak mengedik nak cari kan. Ah peduli la. Objektifnya sekarang aku nak sangat ada dalam perut pesawat tu dan tengok pemandangan kat atas sana. Mesti cantik kan kan. Ahh teringinnya. Aku harap ada la peluang aku untuk naik pesawat 2015. Walaupun tak dapat naik aircraft Piper Worrior, Boeing pon jadi la. Tapi harap-harap kalau aku nak suatu hari nanti tu tak adalah nak dibuatnya pesawat sesat dan hilang arah pulak. Ye dok!
Tahun 2014 tak banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Macam semuanya hampir sama. Takder benda yang unexpected sangat. Oh aku dah degree sekarang. Dah sem 2 dah pon. Alhamdulillah teman coursemate semua baik belaka. Semalam ada shooting untuk batch kitaorang. Semua kena pakai baju formal. Baju pejabat yang seluar slack ngan baju kemeja. Aku segan actually nak pakai macam tu. Sekali lagi aku cakap yang aku ni kuno sikit bab- bab dressing ni. Aku mintak la permission untuk pakai baju kurung. Formal jugakkan tapi semua yang lain pakai formal kemeja takkan aku pulak sorang-sorang tersesat bagai alien yang terasing jatuh ke bumi. Tak gitu? Sungguh dasyat perbandinga yang aku buat eh.
Inilah kami :)
Lepas ambik gambar secara formal dengan lecturer semua, kitaorang wefie la pulak. A little bit difficult untuk masukkan banyak kepala dalam satu gambar yang kecik. Photo kredit to Jayne. :)
Aku harap sangat yang tahun ni akan better pada tahun lepas. Oh ya ada program terbaru Interfaith Dialogue akan diadakan dan aku one of the comittee. Rasa excited pon ada sebab program tu melibatkan 500 guests yang mana tak pernah pulak kitaorang buat lagi. Ini pon gabung antara Assalam Society ( Muslim ), Christian Club dan Buddha Club. Bulan 2 ni program ni akan diadakan. Rasa excited. Wish me luck. Harap aku ni akan buat kerja dengan baik. Ameen!
Dan harapan aku ni aku taknak biarkan segala amanah yang digalaskan kat bahu aku ni aku persiakan begitu sahaja. Banyak perkara yang selama ni aku ambik ringan saje dan aku akan usahakan untuk baiki apa yang aku telah salah lakukan. Aku harap aku masih diberi peluang.
Dan moga iman aku bertambah jugak tahun ini sebab aku rasa semangat aku a little bit down tahun lepas. Not a little actually! Semoga jugak aku berrtemu dengan orang yang baik-baik. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment