Thursday, 2 October 2014

Mr.Right idaman.

Hamboi hamboi syerah sekarang dah fikir pasal love story ya. Dah makin meningkat umur la adalah angan-angan nya. Sebabkan saya ni suka berangan. Saya mula la berangan yang saya akan temui Mr. Right idaman saya dengan situasi yang penuh sweet. hahaha. Poyo nau bunyinya. Ini kesan bila tengok citer Ketika Cinta Bertasbih. Dah lama tengok tapi saja nak ulang tayang. You know what, diorng punya love story tu sweet sngt. Sangat la berkenan dgn watak Azzam. Emm.. nak cari yang macam tu jugak la. Insyaallah.

Macam mana ciri-ciri Mr. Right idaman saya.Common characteristic yang perlu ada :

#Lelaki yang menjaga solat
Ini yang paling penting sekali. Wajib okey. Solat itu tiang agama. Tak solat sama seperti tidak beragama. Betulkah gitu? Rumah yang tanpa tiang takkan berdiri. Samalah juga dengan agama Islam tanpa solat. Ingat tu!!

#Lelaki yang berilmu.
Berilmu itu tidak semestinya genius. Orang berilmu itu insyaallah ada potensi untuk adil dalam setiap perbuatannya. Adil itukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ya, ilmu itu penting. Yang membezakan manusia yang berilmu itu banyak. Kesan boleh dilihat dari percakapan dan perbuatan dan basic daily life. Sebab dari kecik mak bapak hantar pergi sekolah sbb orang berilmu ni ada keupaayan untuk menilai dan meletakkan sesuatu pada haknya. Fahamkan? Ayat kok kedengaan serius? hehe memang. Ilmu itu penting. Untuk agama khususnya.

#Lelaki yang mengutamakan ibunya atas segala urusan.
Insyaallah lelaki yang menghargai ibu akan menghargai isterinya juga . kan kan? Kalau anak mak bagaimana? Ok aje tapi jangan manja lebuh sampai jadi mengada hehe

#Lelaki yang berdikari.
Miskin tak mengapa. Tak loaded tak kisah pon asalkan pandai berdikari dengan erti kata lain pandai untuk survive. Rezeki itu perlu dicari. Kaya harta mak bapak pun tak guna jugak. Oh.. i wish i can meet one, Lelaki yang tak mengharapkan orang untuk hidup. Sanggup buat apa sahaja yang halal untuk tampung family. Yang penting mengutamakan yang halal. Macam Azzam dlm KCB. Aku suka dgn sikap bertanggungjawabnya. Ahaha aku suka lelaki macam ni mungkin sbb aku yang tak pandai nak berdikari agaknya kot hehe.

#Lelaki yang rajin baca buku
Sebab aku suka menulis so kena cari yang suka membaca barulah boleh ada chemistry kan. aku tulis kau baca hehehe. Sebab aku tak suka tengok lelaki yang addicted main game tapi aku rasa lelaki yang spend masa dia untuk baca buku ni sweet angat LoL.

#Lelaki yang pandai memujuk.
Ada satu plot  KCB ni yang buat aku rasa macam, i wish this things happen in my life. OMG OMG. Masa si heroin ni cemburukan dia dgn ppuan lain sampai demam. Dia datang pujuk dengan doakan mereka , you know. Teliti dia punya doa pon dah melting dah.

doa si hero tu : Ya Allah, jaga dan redhailah rumahtanggaku dgn Anna, cukupkanlah diriku dgn hanya beristerikan Anna Altafunnisa sepanjang hidupku..Ya Allah, kurniakan lah kami dgn rezeki berupa anak2 soleh dan solehah, kuatkanlah hatiku agar selalu setia kpd isteriku Anna sperti setianya nabi Muhammad s.a.w kpd Siti Khadijah r.a ya Allah..amin ya rabbil alamin..

Oh.. rasa meltingnyer. Tak perlukan kata-kata yang puitis dalam memujuk tapi yang perlu adalah kata-kata yang berhikah. Tindakan yang berhikmah. Macam mana? Macam yang si hero tu buat ni. Sweet kan ^  ^

#Lelaki yang pandai bersilaturahim.
Bukan terlalu pendiam dan bukan terlalu extrem. Tapi yang sederhana. Hadirnya menenangkan dan perginya diingati. Allahuakbar.

#Lelaki yang bijak dalam menangani masalah. Tidak terlalu dengan emosi a.k.a bukan panas baran. Ya memang aku suka yang macam ni tapi ada ke? Yang akalnya panjang dalam menangasisetiap musibah yang berlaku dalam hidup. Supaya kelak tiada timbul kekesalan.

# Lelaki yang boleh diajak berbual dan bergurau.
Pesan naqibahku waktu usrah dulu, " Kalau awak nak cari pasangan hidup, cari yang boleh dibawa bersembang. Nanti tidak sunyi hidup. Setiap perkara boleh sama-sama kongsi dan bincang dan nanti tua, boleh sembang dan bergelak tawa. Sebab nanti tua, apa je yang boleh buat selain spend time together" 
aku fikir itu betul dan insyaallah ini ciri Mr. Right ittew heheehew

#Lelaki yang mudah memberi bantuan
Mudah nak mintak tolong kihkihkih.

#Lelaki yang ada sifat pemimpin.
Pandai membimbing. Pada aku itu sifat yang amat penting bagi seorang lelaki. Ya, amat penting. Solehahnya seorang isteri itu mampu dibentuk dengan solehnya seorang suami. Perempuan ni ibarat tulang rusuk. Senang dibentuk kalau kena caranya tapi kalau cara yang diguna salah, tulang rusuk itu mungkin akan patah.
Lelaki yang bijak memimpin isteri dan anak-anak akan melahirkan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Insyaallah.

Doakan agar saya akan temui Mr.Right itu suatu hari nanti. Bukan sekarang ya. Sekarang saya masih terlalu muda ke arah itu. Mungkin 2,3 tahun yang akan datang. insyaallah. 

Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.

Lot Of Love,
Syerah


No comments: