Salam Alayk
Minggu lepas kan cuti midsem selama seminggu dan campur sabtu ahad adalah dalam 9 hari jugak cuti. Lama tu.Bukan senang nak dapat cuti lama macam tu. Sebab aku kan long sem jadi ada cuti pertengahan. Macam kwn ak yg lain, Maira,Amna dan yg lain tu short sem. Aku cuti tu lepas midterm exam tapi diorng cuti lepas final exam. Terus 2 bulan dan aku kat asrama ni tinggal la terkebil-kebil dgn nisa ngan dolly ngan zul je. Yang lain adik junior. Tu pon jarang jumpa walaupon U aku ni sekankang kera je. Tu pon susah nak terserempak. Ah.. sebenarnya rasa jeles sih dgn orang lain yg cuti berbulan -bulan tapi tadi dlm kelas Siew Key ada bagitau yag bulan Dec ni lepas abis sem ni kitaorang cuti 1 bulan sebelum start new sem. tapi dia tak confirm lagi benda tu. Harap-harap betul la. Ye la sejak aku jadi perantaudalamMalaysia ni takpernah cuti aku lebih dari 2 minggu. Ye, cuti sem asasi pon. Sedih kan.Tu yg teringin nak cuti lama tu.
oh ya, masa before balik cuti tu, aku plan la nak sambung cerita yang aku tulis separuh jalan tu. Ala aku kan suka tulis bab -bab awal dan rasa macam boring je cerita aku tulis, then aku stop. Lansung tak ada initiatif nak karang citer betu-betul. Minat tu memang aaa tapi ada kekangan masa. Ayoyoo.. bajet macam Ceo syarikat la pulak busy tu. Ceo pon tak busy sangt tau. Actually takder la sebab 'masa' sangat tapi fokus ku ni mudah terganggu.
Bila kak cik datang bercerita kat aku
Bila Hanim, Alia, Angoh, Along datang nak tengok citer frozen la Barbie la
Abg Chik selalu guna lappy nak layan Hindustan
ok ok memang susah nak cari fokus ditempat yang ramai orang kan. Tapi aku teringin sngt nak completekan cerita yg aku tulis tu. Alahai bila la nak siap ni. Kalau dah pegi U balik, malas la nak curi masa nak menulis pulak. Dahlah chapter bertimbun pon tak habis baca lagi.
Aku baik punya plan at least 5 bab siap dalam masa seminggu tapi yang sedihnya hanya siap 1 bab pendek je sob sob sob. Teringinnya nak ada novel sendiri heheh. Berangannya aku ni
Cer tengok aku designkan cover page cerita aku. cantik kan? Ni gambar kakak angkat aku kat oversea. Aku tengok gambar ni macam cantik macam comel je tu yang aku terus ambik dan edit tu. Opss.. Harap-harap dia tak terbaca blog aku hahahaha.
Dan sekarang aku dah kat tempat bljr dah
Tengok chapter memang rasa xder mood lansung nak tulis cerita ke nak berangan atau berhalusinasi tu.
tapi sempat je tulis blog haha
alah stok yang gila menulis. Tak boleh tulis cerita, tulis entri blog pon jadi la.
:)
Masa cuti hari tu kan, aku rasa berat aku naik. Seryes aku tak tahu apa yg merasuk aku bila kat kg sebab semua makanan aku rasa nak makan.
Balik je kg, terus rasa macam nak makan sate la. Dapat!
Nak makan ulam-ulam budu. Dapat!
Nak makan laksaa Pinang. Dapat!
Su masak Mee Kari lagi.
Kak Cik terserap aura rajin kat mana, terus dia buat kek. 3 bijik kek dia buat . Adohh
Makanan ada depan mata ni susah sikit nak menolaknya
so, aku dah kat Kl skg ni, ingat nak jaga lah makan tu sikit. Aku bukan apa, taakut pulak kalau ada penyakit-penyakit yang rasa nak berdampingan dengan aku. Tamau la aku kan! Aku dah beli barang dapur dah. Nak masak je la sebulan ni. Budget sikit sebab poket dah nak kering. Walaupon dengn microwave je tapi at least makanan tu masak dah ok
Bersyukur sngt sebab aku tak cerewet pasal makan. Nasi dan telor pon ak je. Semua benda pon ok je. Asalkan halalan toyyiban. Tolak batu dan kayu je hehe
ok dah, aku rasa nak tulis note la kejap.
see ya..
Love,
XOXO