Sunday, 21 September 2014

20 Facts about me ~~

Salam Alayk

I've been tagged by my friend on Instagram to do. I don't know who's come with this idea to dare people to share facts about themselves. But it's interesting kan lalala. Tapi ak tak buat la kat IG tapi i prefer to write here ^ ^

# 20 FACTS ABOUT ME #

1#  Nama penuh Nor Syahirah Binti Mat Sai and my friend call me Ira (my family ngan rapat), Syerah (kawan sekolah menengah ngan uni) , Cirah dan Sya ( kawan kat PALAM. First time dipanggil macam ni sbb dalam kelas ramai sangat nama sama)

2# Tinggi 160 cm. Excited bila tahu makin tinggi sbb last ukur masa form 3 hanya 158cm je. Excited jugak bila tahu requirement pilot ngan stewardess punya tinggi 157 cm je. Maknanya ak lebih tinggi daripada diorang. Haha bahagia..

3#  Suka cakap sorang-sorang bila marah.  Melepaskan tension pada diri sendiri jugak la.

4# Entah la kenapa kawan ak cakap aku seorang yang naif. Entah lah naif macam mana tidak pulak aku tahu. Aduiii

5# Rabun jauh tapi tak suka pakai spek sbb rasa yang pakai spek ni leceh dan of course tidak selesa sama sekali. Tapi tu la bila tak pakai spek, rasa semua benda tengok terbatas. Huhh

6# Suka tulis diari. Ak tulis diari dari form 1 sampai form 5. Sekarng tulis jugak tapi tak consistent macam dulu. Dah tak hias diari macam dulu sbb dah malas dan rasa membuang masa pulak haha. Tapi kan bila aku bukak diari aku, rasa happy kot bila aku ingat balik dengan siapa aku pernah jeles. Dengan siapa aku pernah marah dan dengan sapa aku pernah crush hahah. Ada sentimental value kan.

7# Pernah kena marah ngan kawan sebab asyik minum nescafe. Si kawan tu siap membebel dan bentangkan hujah-hujah dia tentang keburukan nescafe lagi haha. Btw aku tahu dia marah sbb sayang kan aku acecece :)

8# Peminat tegar cerita Hindustan. Favourite Film adalah 'TUM BIN'. Walaupun budak-budak muda skg ni duk kalut minat korea tu. sikit-sikit Running Man tapi aku still tak minat Korean sbb aku rasa diorang ni plastik!! Lelaki pon lembut semacam je ak tengok haha. Sorry to say.

9# Kawan selalu ingat aku ni anak bongsu tapi ak masih ada adik. Maybe aku a little bit manja kot. Sikit la. Sikit!

10#  Diam apabila marah. Sebab kalau aku marah orang aku yang akan nangis.

11# Takut guruh ngan petir tapi tak ada la sampai nangis bagai nak rak pulak.

12# Binatang paling takut adalah ular. Tengok dalam gambar pun rasa meremang bulu roma. Pernah mimpi ular yang besar orang letak atas kepala. Haishh.. geli gelemang bulu tengkok. Geli!

13# Pemalu. I think so!

14# Tak suka puji orang sebab aku rasa bila puji orang, karakter orang tu akan berubah. Ia tak lagi jadi natural. You know what i mean right?

15# Minat sangat ngan pilot. Aku suka seragam yang diorang pakai. Nampak berkarisma dan ada style. Tapi tak terfikir pon untuk cari mr.right seorang pilot sbb aku tahu orang yang jadi pilot ni majoritinya palyboy. Taknak !! hahaha

16# Susah nak kata sayang kat orang. Kawan-kawan aku walaupun aku sayang sangat kat diorang tapi aku rasa segan nak beritahu. Ya, aku tahu tak patut buat macam tu tapi yes.. if i say it to you, i really meant it. Aku benar-benar maksudkannya.

17# Suka mengarang cerita. Masa form 5 pernah dapat hadiah untuk cerpen hari guru. Cikgu cakap cerita tu touching dan buat cikgu nak nangis. Happy kejap walaupun aku ragu samaada kata-kata cikgu tu betul ke tidak. Ke nak ambik hati ak je hehe

18# Sensitif dan mudah menangis. 

19# Tak pandai pujuk orang. Kalau orang marah aku biarkan la dia merawat rajuknya sendiri. Ada pulak macam tu ak ni hehs. Seryes, aku tak ada bakat memujuk orang

20# Seorang pelajar yang masih lagi nak cari jalan tuju hidup. Moga Allah permudahkan urusan ak sebagai pelajar dan dapat banyak pengalaman hidup sbb aku tahu hidup ni bukan setakat dapat ijazah je. Banyak benda yang bukan dalam silibus untuk ak belajar.



                                                                                                                                      Diakui oleh :
                                                                                                                                       Syerah Nor


haha. Mengada betul nak letak picture bagai i ^ ^

No comments: