Tuesday, 30 September 2014

Cadaver & Ilham

Assalam

Petang tadi aku ada practical untuk subjek Anatomy. Huhhh ya aku ambik anatomi untuk sem 1 ni. Walaupun ni bukan budak medic (taklayak dengan perangai entah hapehape ni) tapi ak kena jugak belajar subjek anatomi ni. Anatomi ni best sebab ada banyak gambar hehe aku suka aku suka!! Oh ya tadi aku ada praktical dgn Dr, Suravana kat Anatomy Museum. Bawak la ittew labcoat warna putih bersih sejernih embun pagi tu ke dalam makmal.

Disebabkan ini practical pertama, weols tertny la, ada lab manual or somthing ke nak dipreparekan tapi Dr kata tak so okeyh la. Pergi makmal untuk tengok specimen dgn mikroskop. Cartilage, Bone lagi smooth and thick skin lagi trachea lagi dan lagi. Ada la lebih kurang 30 minit jugak dengar my lecturer tu duk expelain pastu dia suruh weols gi tengok sendiri. Perhati.

Masa weols duk bertukar-tukar dari satu mikroskop ke satu yang lain, tetiba, kawan ak, si Opie terlanggar sesuatu kat atas meja yang ditutupi kain warna biru. Muka Opie tu terkejut. Kitaorang tengok dia terkejut lagi excited nak tahu kan. Rupa-rupanya ada kaki yang keluar dari atas meja yg tertutup tu. Cuba selak kain sikit.

'Eh, kaki orang la.'
'Patung je tu. Takkan la kaki betul'
' Cuba tengok urat saraf tu. Takkan la patung boleh buat detail macam tu'
' Tengok kuku dia nampak real la'

Agak lama jugak duk teka, patung ke real, patung ke real dan akhirnya weols tnya Dr sendiri la. Malah eh nak balah ngan hampa sume.

Dan jawapannya... benda tu adalah real. Itu adalah Cadaver atau dengan kata lain mayat manusia yang diawet. OMG OMG!! i'm speechless. Biar betik.

Dr Saravanan tu pakai glove dan bukak kain yang tutup Cadaver tu. Agak terkesima jugak tengok benda tu duk atas meja. Dipotong bahagianya badannya. Seriously, first time jumpa Cadaver seumur hidup aku. Selama ni aku tengok kat internet je bila ada orang post ke apa ke tapi hari ni depan mata woiii.. Serius macam tak percaya.

' You can touch it, but make sure you wear glove.' 

dengar je Dr cakap maca tu terus rasa teruja. Sepantas kilat aku ambik glove dan pakai. Yang lain pon sama. Habis satu badan Cadaver tu weols belek-belek. Muscle dia yang timbul. Urat saraf yang keluar. Very detail ciptaan Allah s.wt. Subhanallah!! Betapa hebatnya ALLAH. Dia menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Every part of our body... very very perfect u know. Tak tahu nak cakap la. Teruja tengok mayat macam tu kan. Keadaan badan masih sangt elok.  Jantung, hati , peparu dan organ dalam semua dikeluarkan.

Apa pon, aku boleh katanya yang pengalaman tu tak kan boleh kulupakan Acece. Insyaallah kalau urat saraf aku tak terganggu dek apa-apa la. Hari ni aku rasa happy bila dapat pengalaman baru. alhamdulillah.

oh ya, lagi satu..
Aku ada jumpa satu website ni dari majalah NUR   aku pon taip la Ilham Grup Buku Karagkraf dan terpampanglah sesuatu yang menarik perhatian aku. Tempat banyak cerita, cerpen dan novel Oh.. aku suka!! Aku telah daftar masuk dan  u see what i see babyeh..

banyak nau orang tulis cerita kat sini. Bestnyer kan.

Kat sini pon ada ruangan untuk kita yang berminat macam aku ni untuk upload karya sendiri. So, tanpa berlengah lagi, dengan adrenal gland aku yang tiba-tiba meningkat naik ni, aku telah pon menguploadkan tulisan aku yang tak seberapa ni. Waduh waduhh..

cuba dilihat ya

Nanti lain kali kalau aku nak upload citer aku nak upload kat sini je la. Upload kat blog pon bukannya ada orang baca pon. Sekurang-kurangnya kalau upload kat website ni aku tahu orang yang pergi ke situ jenis yang suka membaca.( kecuali aku je la) aku suka menulis tapi tak suka membaca. Eh, ada pulak macam tu eh? Maybe la kadangkala tu minat membaca tu tiba-tiba merasuk la sekiranya aku berjaya khatamkan apa-apa buku hahaha.

so gud luck syerah 

love, 
XOXO

Monday, 29 September 2014

Saayang kamooo ~ this post dedicated to Syu and Dina

Saya terbuka pendrive lama dan mata terpaku pada satu gambar. Ya, gambar kenangan waktu asasi a few month ago with my friends. Five of us!!

 Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam masa yang sangat singkat. Macam sedang bermimpi di siang hari pulak. Banyak yang mengajar aku tentang kehidupan. Mohon aku pelajari tentang dunia ini dari kalian. Aku masih naif hikhik.

Opss.. gambar sendiri la pulak. That's was my first time, pegang bola boling. First and last maybe! 


Tapi Dina ngan Syu dah nak pindah ambik degree kat MSU. Sedih sedih!! :(
Kenapa korang kena pindah?
Kenapa?
Kenapa?

Ok.. aku sendiri tahu jawapannya. For the sake of the future. 

Walau hati berat melepaskan tetapi aku yakin kamu berdua akan temui kehidupan yang lebih baik disana. Aku pasti itu.
Kalian teruskan melangkah. 
Aku akan sentiasa menyokong. Insyaallah jika termampu.

Dear Syuhada dan Dina, 

       Terima kasih atas kasih sayang atas perkenalan kita. Terima kasih kerana melayan kerenah saya yang mengada ini. Terima kasih kerana melayan saya yang kadangkala menguji kesabaran kalian. Di saat saya jauh dari keluarga, kalian ada disisi. Di saat saya kesedihan, kalian memberi motivasi untuk diri ini. Korang macam kakak-kakak saya yang baik. Terima kasih!! Saya bencikan perpisahan tapi perpisahan ini adalah terbaik untuk kamu berdua.

Teruskan dan jangan menoleh kebelakang lagi. Doa saya moga kamu berdua berjaya dunia dan akhirat. Menjadi muslimah yang bijak dan solehah. Moga Allah makbulkan segala doa kalian dan dikurniakan berkah dalam kehidupan. Saya harap Syu ngan Dina tak lupakan saya. Maaf sebab saya ni menjengkelkan hati. Menyakiti hati tanpa sedari. Maaf atas segala kesilapan saya pada kalian berdua. Maaf atas segalanya.

Moga persahabatan ini telah tersimpul kuat. Tidak akan terputus di tengah jalan. Doakan saya ya!! Gud luck di MSU dan moga dipertemukan 'belahan jiwa' disana. Khususnya buat Dina hehehe..

                                                                                                                Yang menyanyangi kalian,
                                                                                                                              Syahirah



 Syu, take care di sana ya :)
* rasa touching tiba-tiba la pulak. Mata rasa panas je ni.*

  

Saya sayang kamu!!

Semoga berjaya ya di sana. Insyaallah.

Uhibbuki fillah. Abadan abada!! 

Sunday, 28 September 2014

I'm 19.

Salam Alayk

Sekarang saya officially 19 y.o tapi terasa baru berumur 10 tahun je. Melampau kan haha dan alhamdulillah sepanjang 19 tahun saya hidup kat dunya fana ni banyak benda yang saya belajar walhal banyak lagi yang aku tak tahu.Saya masih kolot tentang kehidupan. Saya masih jahil dalam menuntut ilmu tapi insyaallah saya masih lagi belajar dari segala-galanya. Belajar untuk jadi baik dan yang paling penting adalah belajar untuk istiqamah menjadi baik. Insyaallah.

Saya telah terima bithday wishes from my precious sahabat through wassup and all those sosial media thing. Walhal apa benda je yang aku ni tahu guna setakat fb, wassup je la. Instagram ?? Boleh la tapi setakat follow ig untuk tengok gambar orang apakehal kan.

Thanks pada sahabat yang sanggup lenguhkan jari menaip kat handphone walaupun jam dah lebih pukul 12 malam semata-mata nak wish kan untuk saya dan doakan kesejahteraan saya. I really appreciate that. Touching tau. Sebab aku paling malas nak taip mcg guna phone sbb papan keybordnya kecik tapi kalau guna laptop, satu buku aku sanggup karang hehe.

Dan pada hari kejadian yakni 21 September.

Saya mengambil keputusan untuk private kan saya punya bithday. Why? Tell me why babyeh. Ohh.. saja nak private sbb sebelum ni pon bila time birthday, ramai yang wish kat fb. Orang tak kenal pon wish jugak dgn taip 'hb' that simple and of course it's no meaning for me. haha Mungkin kedengaran mengada tapi itu hakikatnya. I expect when we wishes someone, itu kena ada beserta doa padanya kan kan. So saya pon terfikir macam tu la. 'hb' je macam stand for 'hari bulan' je hahaha

and i'm happy to see this..
Kak Alia tu.. sama bithday. Memang tak sangka. Jumpa pun secara tiba-tiba kat KBMC masa buat medical checkup last 2 years dan bila aku tengok profile dia. Eh sama. Suratan atau kebetulan nih. Tapi dia silap wish 20. Still 19 btw hahah ^ ^




Senangnya hati ini bila baca ada yang sudi doakan kesejahteraan diri ni. Ini kat fb. Yang private message tak perlulah nak diceritakan kan? Bila sesuatu perkataan itu diucapkan oleh orang yang salah dan dengan cara yang salah, ianya akan jadi tak bermakna tapi bila diucap dengan kata yang cukup simple tapi dengan cara yang betul. Seriously. Itu sangat bermakna.


p/s : Tahun ni aku aku dapat wishes daripada sorang sahabat yang aku paling kasihi. Selama aku berkawan dengan dia, seingat aku la, dia tak pernah pon wish kan apa-apa pon untuk bithday aku tapi tahun ni. She did it. After 12 pulak tu. Dinihari. Touching yang amat. Thanks kerana mengingati. Moga doamu padaku Allah makbulkan. Ameen!!

Tuesday, 23 September 2014

Drama Queen.

Assalamuaikum

Seorang individu telah memberitahu saya  (terasa nak guna kata diri formal la pulak)  yang perempuan ni memang Drama Queen. Saya tergamam jugak la kan. Apsal pulak tetiba cakap cenggitu. Bila saya perhatikan balik. Bila kurenung dan kupandang. Makin ku renung makin sayang. Eh eh tak sengaja pulak taip lagu P.Ramlee dalam citer Belalang waktu dia nyanyi kat taman dgn Puteri yang selalu kelip-kelip mata tu. Nak padam rasa malas pulak sebab dah taip gini so teruskan.


Dan gambar rajah ni pon membuktikan yang kenyataan itu benar. Perempuan ni memang over-react pulak bila something berlaku. Over tau Over!! Hisyy.. terasa pulak diri yang tengah menulis ni.

Ada dua plot yang membuatkan saya terasa macam Drama Queen la pulak. Over-react dengan bahasa kejamnya.


Scene 1 : Saya janji untuk hang out dengan kawan saya dan bila hampir berjam-jam lebih tunggu, si kawan tu kata tak jadi datang.
                 
             "Aku tak boleh datang la..." dengar pon dah rasa sebak. Aduh
             
Saya sedih sangat walhal bukannya itu pertemuan terakhir ke apa tapi saja nak berjumpa sebab dah lama tak jumpa kan. Saya rasa saya menangis macam budak kecik yang tak dapat anak patung yang dia nak. My mom siap cakap,
       
         " Ni kawan je yang tak datang, dah nangis bagai nak rak, kalau special entah macam mana la lagi gamaknya"

Haahha.. nak tergelak pulak dengar ma cakap gitu tapi kan kalau special yang buat, trus clash ye dok hahaha. Kalau kawan ni, aku sayang dia, walaupon dia buat aku sakit hati ke apa, tapi sekali bersahabat, insyaallah you'll forever b my friend. Sweet tak?? hehe

Scene 2 : Masa tu ada acara kat sekolah dan ada kawan saya masuk acara larian. Saya jadi tukang penyambut pesakit siapa yang akan pengsan je hehe. Dan masa tu la saya tengok ada kawan saya tu, dia lari macam sakit je. Lepas tu dia tak sedarkan diri. Dia tu kawan dari sekolah rendah. You know what the value of friendship for me.

Saya berlari kuat masa tu cari cikgu. Hampir nak serak suara saya nangis sebab tak sanggup nak tengok si kawan tu yang tak sedar diri dan dia tengah sebut Allah!! Allah !!  Allahhhhh!!. Saya takut ada yang akan terjadi. Saya takut dia... ah, tak nak cakap la. Saya ingat lagi cikgu saya terkejut masa tu?

            " Kenapa?" punya  la cemas cikgu tanya sebab nampak saya yang macam orang tak siuman tu tengah nangis teresak-esak.

             " He's dying!!" balas saya (ok maap saya hanya guna Bahasa Melayu masa tu. hehe)

At the end, si kawan tu boleh bangun macam biasa. Kawan saya gelakkan saya sebab saya gelabah sangat.

              " Tak boleh jadi nurse la budak ni, tengok orang macam tu pon dah menangis bagai nak rak"

Tapi takpe la, saya pon bukan nak jadi nurse pon. Pagi esoknya, si kawan yang sakit tu tahu citer semalam, teruk diorang gelakkan saya. Aduhh.. malu!!

tapi takder la Drama Queen sngt kan :)


love,
XOXO

Sunday, 21 September 2014

20 Facts about me ~~

Salam Alayk

I've been tagged by my friend on Instagram to do. I don't know who's come with this idea to dare people to share facts about themselves. But it's interesting kan lalala. Tapi ak tak buat la kat IG tapi i prefer to write here ^ ^

# 20 FACTS ABOUT ME #

1#  Nama penuh Nor Syahirah Binti Mat Sai and my friend call me Ira (my family ngan rapat), Syerah (kawan sekolah menengah ngan uni) , Cirah dan Sya ( kawan kat PALAM. First time dipanggil macam ni sbb dalam kelas ramai sangat nama sama)

2# Tinggi 160 cm. Excited bila tahu makin tinggi sbb last ukur masa form 3 hanya 158cm je. Excited jugak bila tahu requirement pilot ngan stewardess punya tinggi 157 cm je. Maknanya ak lebih tinggi daripada diorang. Haha bahagia..

3#  Suka cakap sorang-sorang bila marah.  Melepaskan tension pada diri sendiri jugak la.

4# Entah la kenapa kawan ak cakap aku seorang yang naif. Entah lah naif macam mana tidak pulak aku tahu. Aduiii

5# Rabun jauh tapi tak suka pakai spek sbb rasa yang pakai spek ni leceh dan of course tidak selesa sama sekali. Tapi tu la bila tak pakai spek, rasa semua benda tengok terbatas. Huhh

6# Suka tulis diari. Ak tulis diari dari form 1 sampai form 5. Sekarng tulis jugak tapi tak consistent macam dulu. Dah tak hias diari macam dulu sbb dah malas dan rasa membuang masa pulak haha. Tapi kan bila aku bukak diari aku, rasa happy kot bila aku ingat balik dengan siapa aku pernah jeles. Dengan siapa aku pernah marah dan dengan sapa aku pernah crush hahah. Ada sentimental value kan.

7# Pernah kena marah ngan kawan sebab asyik minum nescafe. Si kawan tu siap membebel dan bentangkan hujah-hujah dia tentang keburukan nescafe lagi haha. Btw aku tahu dia marah sbb sayang kan aku acecece :)

8# Peminat tegar cerita Hindustan. Favourite Film adalah 'TUM BIN'. Walaupun budak-budak muda skg ni duk kalut minat korea tu. sikit-sikit Running Man tapi aku still tak minat Korean sbb aku rasa diorang ni plastik!! Lelaki pon lembut semacam je ak tengok haha. Sorry to say.

9# Kawan selalu ingat aku ni anak bongsu tapi ak masih ada adik. Maybe aku a little bit manja kot. Sikit la. Sikit!

10#  Diam apabila marah. Sebab kalau aku marah orang aku yang akan nangis.

11# Takut guruh ngan petir tapi tak ada la sampai nangis bagai nak rak pulak.

12# Binatang paling takut adalah ular. Tengok dalam gambar pun rasa meremang bulu roma. Pernah mimpi ular yang besar orang letak atas kepala. Haishh.. geli gelemang bulu tengkok. Geli!

13# Pemalu. I think so!

14# Tak suka puji orang sebab aku rasa bila puji orang, karakter orang tu akan berubah. Ia tak lagi jadi natural. You know what i mean right?

15# Minat sangat ngan pilot. Aku suka seragam yang diorang pakai. Nampak berkarisma dan ada style. Tapi tak terfikir pon untuk cari mr.right seorang pilot sbb aku tahu orang yang jadi pilot ni majoritinya palyboy. Taknak !! hahaha

16# Susah nak kata sayang kat orang. Kawan-kawan aku walaupun aku sayang sangat kat diorang tapi aku rasa segan nak beritahu. Ya, aku tahu tak patut buat macam tu tapi yes.. if i say it to you, i really meant it. Aku benar-benar maksudkannya.

17# Suka mengarang cerita. Masa form 5 pernah dapat hadiah untuk cerpen hari guru. Cikgu cakap cerita tu touching dan buat cikgu nak nangis. Happy kejap walaupun aku ragu samaada kata-kata cikgu tu betul ke tidak. Ke nak ambik hati ak je hehe

18# Sensitif dan mudah menangis. 

19# Tak pandai pujuk orang. Kalau orang marah aku biarkan la dia merawat rajuknya sendiri. Ada pulak macam tu ak ni hehs. Seryes, aku tak ada bakat memujuk orang

20# Seorang pelajar yang masih lagi nak cari jalan tuju hidup. Moga Allah permudahkan urusan ak sebagai pelajar dan dapat banyak pengalaman hidup sbb aku tahu hidup ni bukan setakat dapat ijazah je. Banyak benda yang bukan dalam silibus untuk ak belajar.



                                                                                                                                      Diakui oleh :
                                                                                                                                       Syerah Nor


haha. Mengada betul nak letak picture bagai i ^ ^

Saturday, 20 September 2014

So, this is UCSI University

Salam Alayk.

UCSI University. Tak pernah dengarkan nama universiti ni. Aku pon dulu seblum masuk sini tak pernah tahu pon university ini wujud kihkih. Hahh itu tak penting sebb aku ni memang out-of-date pon. Aku tahu itu. UCSI is stand for University Collage Sendaya International. Maybe dulu dia collage kot tapi skg dah naik taraf dah.
Ini tempat aku skg. Kat Cheras Kuala Lumpur. 

Kat sini ada South Wing dan North Wing.
South Wing ni untuk budak-budak yg ambik bidang kesihatan dan North Wing pulak untuk yang ambik Engineer atau Architecture. Sebenaunya UCSI ni bukan kat sini je. Ada kat Terengganu Campus, Sarawak Campus dan entah mana lagi entah. Itu untuk different course la. Tapi aku yg kaitan bidang kesihatan, campusnya di Kuala Lumpur.

Cheras yang penduduknya dikuasai oleh orang Cina.
Dah macam perkampungan orang cina dah pon.

Tapi apa yang bestnya pasal UCSI University ni, sebab ia international. Maksudnya student yg datang belajar kat sini terdiri dari pelbagai negara. Bukan setakat Melayu, Cina dan India tapi ada Iraq, Iran, Myanmar dan banyak lagi la. Letih den nak mention semua. Dari situ buat kan aku sedar, aku, Melayu bukannya bangsa terbaik okeh. Buka minda buka hati.
Yes, i still learn.

Melayu sini minoriti. Nak nak masa first2 masuk sini. Berapa kerat je kitaorang. Ada kelab pon takboleh nak aktif sangat sbb ahli sikit. Tapi sekarang, pengambilan baru ni dah makin ramai dah budak Melayu masuk. Tak tahu la sama ada nak happy atau tak hehehe



Oh ya.. ini South Wing. Untuk Fakulti Kesihatan.  Ak kat sini ^  ^
 
Ini pulak North Wing untuk budak engineering ngan Architecture. Jarak agak jauh jugak la dari South Wing, Aku pernah kot jalan kaki ke sini dari South Wing. Memang penat tapi ada senior aku tu dia jalan kaki setiap pagi kot dari Angkasa kondo tepi South Wing ke sini. Next sem, baru pindah masuk hostel. Solute la dgn ketabahan dia hehe





Apa yang boleh aku katakan, first time aku masuk sini, aku terkejut dengan budaya disini. Pergaulannya yang tiada batas. Selagi kamu pandai jaga diri, Selagi kamu tahu landasan yang betul sebagai seorang Islam. Bukan nak kata sini teruk sbb kat sini ramai student. Bagi aku orang Cina dan India ni tak ada lah teruk. Diorang baik dan ada sesetengah tu memang sangat baik. Ada yg lebih elok perangainya dari orang melayu islam tapi cuma perlu pandai jaga diri.

Bila ada jauh dari family, kawan je yg akan bersama.

Tidak sama seperti sekolah yg ada guru yang sanggup luangkan masa untuk buat kem bina insan. Kem memantapkan rohani bagai. Kat sini tak ada.

Pernah lah dulu kitaorng ada mintak usrah oleh satu persatuan Mahasiswa tu tapi hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Terlalu banyak halangan. Masalah tempat terutamanya

So, kena kuatkan semangat la
Ilmu bukan setakat kejar ilmu dunia
tapi ilmu akhirat pon kena kejar
Perlu seimbang
Tapi nak seimbangkannya bukan senang

Perlu istiqomah. Ya, istiqomah itu penting!!

Cycling is the best evahhhh.

Salam Alayk.

Pertama-tama aku nak ucapkan thanks a lot for my frens : Syu, Syaf, Opie ngan Dina sebab sanggup pergi ke tempat ni sebab aku hehe. Terharu gua *touching sangat tau*
Seriously, i'm happy

Last weekend masa cuti, my frens ajak i keluar sbb aku jarang ikut kalau diorang keluar berlibur atau berjimba kat mall. Selalu keluar pergi Mine, Mid Valley dan seangkatan dengannya. Tapi ak ni aneh sikit. Aku tak suka la pergi kat mall macam tu sbb ak tahu aku tak nak shopping apa-apa dan seriously aku tak suka dengan keadaan mall.Walaupon tempatnya cantik dan perfect pada pandangan luar tapi entah la ak rasa serabut bila kat  mall. Dengan crowdednya manusia beli tu beli ni buat aku rasa macam,

is this what we call as life?

gituh kau. alah konklusinya aku tak suka pergi mall melainkan aku betul-betul ada matlamat untuk beli something. Ataupon ada event yang aku perlu pergi, maybe. So, hari tu after exam bisnes , my frens ajak i keluar pergi Mines, main boiling ke and whatsoever but sorry dear, i refuse their offer. i tell them, that i wish to go someplace that have something nature  like tasek ke, pantai ke.

Hari tu diorang pergilah berlibur tp malam tu i got a message from Syu. Dia ajak ak  pergi Taman kat Putrajaya. How excited i am. Aku siap google image lagi nak tengok keadaan kat sana. Dan of couse, cantik sngt tempat tu..and i decide to go.

we go to  TAMAN BOTANI, Putrajaya
let the picture tell everything. i'm so excited. Hav never been bfore  n i dont expect to come here. dont even know putrajaya got taman botani hehehe

tempatnya cantik dan menenangkan. 

ada binaan Moscow tapi belum siap sepenuhnya and i bet kalau siap bangunan tu will be ohsem u know. Dengan lukisan dindingnya yang berseni dan halus. How i wish to go Morocco someday hehe.  For honeymoon maybe *tampar pipi kang. Gatai na* i'm just joking hahaha

and 
the most special things adalah...

BICYCLE


Best bangat dpt bawak basikal kat tempat yg super cantik bangat bangat macam ni. Rasa macam taknak balik dah. Tapi baru kayuh sikit dah tercungap letih. I got this RM4 untuk sejam. Affordable la kan. Dengan basikal nilah weols ronda satu kawasan. Actually boleh je kalau nak kasuh naik bukit kalau henkau ada stamina yang kuat lagi ditambah dengan semangat Hang tuah yang ada dalam tubuh henkau tu tapi sayang aku tak ada semua tu. Kayuh lereng bukit then i stop. Better jangan menempah la apa yang tak sepatutnya di tempah. Dah lah naik basikat pakai naik je, warming up tak der nak nak yang weols yang jarang besenam ni.Cramp la satu badan kalau nak kayuh daki bukit bagai haha. Berpuas hati je la main kat kawasan rata dan mendatar. Takpe nanti insyaallah akan sampai lagi ke tempat ni. Insyaallah bawak anak maybe * sekali lagi? Tampau kan syerah oii. Gatai * Sekali- sekala fikir pasal masa depan rasanya tak salah kot haha

 
and me.. dengan tudung yang berbelit-belit macam ni bawak basikal hahaha. U know babyeh, i tak tahu pon kat sini ada basikal kalau tau maybe pakai tudung serkup je tau takpon pakai tudung bawal akel tu je. hihihi :)

Balik tu gi openhouse rumah kawan Opie dan kwn Opie yang hantar balik sampai hostel. 
It was a memorable day for me

ho i really appreciate it my frens.
thanks again, Syu, Syaf, Dina & Opie

Maaf jika ak jadi sahabat yang belum cukup sempurna untuk kalian tapi one thing u have to know, i really appreciate u all in my life. Orang yang ada di samping aku bila ak tercampak terkontang -kanting kat KL ni sorang diri. These people stay with me bila ak yang naif soal dunia ini perlukan a little guidance.

i love u all.
Seriously!!
    

                                                                                                                                                                                                                                                                        Sincerely,
                                                                                                                                                                                                                                                                Your naughty freind,
                                                       
                                                                                                                                                                                                                                                                          Syahirah

Sunday, 14 September 2014

Adakah ini jawapan istikaharah aku?

Salam Alayk

Officially aku dah tamat foundation aku pada bulan Ogos tahun ni sebelum aku dah yang lain pergi Bridging programme kat Sunway University lagi. Lepas tu aku dan yang lain balik kampung becoz weols belum dapat comfirmation apa-apa lagi from our sponsor berkaitan our degree. Tapi hati resah bagai nak rak pon bila menunggukan apa yang tak pasti ni. Hampir 2  minggu jugaklah menunggu walhal orang lain dah start kelas untuk degree tapi kitaorang masih holiday. 

Pada tanggal 9/9/2014- Peneraju give us the confirmation dan bila dapat benda tu, alhamdulillah i accept that course dengan hati yang terbuka. Aku insyaallah tiada rasa kesal padanya. Mungkin jua kerana aku pernah mendapat satu petanda yang mungkin ku kira sebagai jawapan istikharah aku.

Ok cerita bermula sewaktu aku dapat offer yppb untuk foundation science kat UCSI University. At that time, i studied at Palam like i mention before. Hari terasa amat berbelah bagi nak nak pulak i've never heard bout Ucsi before so aku pergi tanya lecturer and family and my friends and all those yang ak rasa boleh beri aku jawapan yang bernas. 

Aku buat istikharah untuk pilihan yang terbaik sebab ALLAH tahu segalanya yang mana terbaik untuk aku dan semua hambaNya.

dan

aku dapat mimpi.

Mimpi itu aku berasa satu kawasan yang asing. Masa tu hujan dan orang pakai payung la kan. Dan aku perasan semuanya orang buta. Aku jadi pelik. Orang buta yang keluar pada waktu malam? Tempat apa tu?

Aku siap google lagi mana ada tempat yang macam tu kat dunia ni.

Aku share la mimpi aku tu padal my roomates masa tu, Farah. Dia bagitau aku aku mimpi kawasan lain dan bukan kawasan yang aku berada sekarang mungkin ptanda aku akan pergi ke tempat lagi. Aku asyik termenung je masa tu. Bukan senang nak buat keputusan yang melibatkan soal masa depan kita ni. Kita merancang dan allah merancang tapi perancangan allah tu jauh lebih baik daripada perancangan kita.

Sehari sebelum pendaftaran untuk terima offer yppb ni aku belum lagi decide. Tapi entah kenapa hati aku berat mengatakan yang aku pelu terima tawaran tu. Aku dulu pon pernah je tolak offer Mara untuk buat engineering. Ynag tu lagi la sebab kalau terima offer Mara tu aku ada chance untuk belajar oversea. Sepanyol kau tau tapi aku tak terima. Sebab dalam impian aku ni, aku tak pernah berangan nak pergi negara Eropah yang sosialnya teruk pada pandangan ak sbb aku takut aku berubah makin teruk. Aku ni kan cepat terpengaruh. Kalau setakat nak pergi melancong aku nak la tapi kalau nak menetap dan belajar kat sana ak takut tak mampu nak hadapi dugaan dunia.

I decide to accept and in one night i settle everything. 

From sunway university dan ulang alik ke Palam seorang diri dengan bas... i can't believe that i can do this.Masyallah. U know who i am. Seorang perempuan kampung yang tak pernah pon walau sekali pergi tempat jauh sorang-sorang. Even Kota Bharu pon aku tak pernah pergi sorang-sorang. Nak pergi rumah kak la kat Seremban pon akan ada ayah temankan. Nak pergi kat kak ngoh kat Kedah pon, adik temankan.  Betapa tak berdikarinya aku. Manja!!

Tapi bila aku terpaksa tempuhi semua itu sendirian, ma ada bagitahu aku,
Mungkin ni adalah jalan yang terbaik. Allah permudahkan urusan tu mungkin ada hikmah disebalknya.

Bila aku sampai kat UCSI University ni aku mula tahu dengan persekitannya yang sosial. Ramai yang bukan Islam. Pergaulannya tanpa batas. Aku takut dan gundah. Aku mula terfikirkan mimpi aku. Ya, aku mimpi orang yang buta dari segi fizikalnya tapi kini aku berjumpa dengan manusia yang buta batinnya. Tidak beriman pada Allah itu adalah sebenar-benar buta kan? Mata yang buta hanya tak mampu melihat keindahan dunia tapi hati yang buta akan hilang segala nikmat kehidupan. Nauzubillahiminzalik.

Moga Allah merahmati tu dan memelihara aku dalam kebaikan. Ameen.

Setelah setahun berlalu,

Universiti aku tiba-tiba ada kos baru. Kos Optometri. Kos mata. Baru ditubuhkan dan tiada batch pertama lagi. Aku mula berdebar. Apakah ini?

Dan setelah asasiku selesai dan aku ditawarkan Bachelor Of Optometry (Hons) aku mula terfikir. Adakah ini suratan ataupun satu kebetulan?

Allah is the Greatest.
Allah is the Almighty.

Aku tak tahu apa rahsia amasa depan aku
Tapi aku percaya setiap yang berlaku itu sudah tersurat.
Mungkin ini rezeki aku.

Aku terima dengan hati yang redha. 

Setiap orang memiliki rezeki yang berbeza. Ada yang memperolehi rezeki dengan harta yang banyak. Ada juga yang memperoleh rezeki dengan otak yang bijaksana. Ada yang berezeki dengan rupa yang menawan tapi rezeki yang pada aku sangat penting adalah hidup yang berkat. Hidup  dalam kasih sayang Allah. Dan moga mati juga dalam kasih sayang Allah. Insyaallah Husnul Khotimah. Ameen!!

Salam Sayang,
Syerah 

Thursday, 4 September 2014

Overdose!

Last week before i go to bridging programme at Sunway University, malam tu i cannot sleep. Deman tak deman dan rasa sakit yang amat. I can't sleep.  Cari punya cari ubat ak jumpa panadol ada enam biji. Aku ambik dua dan aku telan, sakit beransur kurang and i sleep for 30 minutes. Lepas tu sakit makin mejadi-jadi. Aku telan lagi 2 biji penadol.  Kurang kejap dan lepas tu sakit mencengkam dan aku telan last 2 panadol. Total up semua 6 biji panadol in one night. Apa tak gila gamaknya. I can't believe i can do such thing. Mengarut sungguh- sungguh tapi sbb sakit everything u will do babeyh. Nasib baiklah panadol simpanan aku hanya ada 6 biji je kalau tidak nanya jugaklah badan gua nak menanggungnya.

Next day, ak ngan kengkawan bersiap siaga untuk travel guna ktm pergi sunway university dan suddenly bagasi aku tu tak dapat nak ditarik batangnya sbb dia punya meletak macam orang letak gam cap gajah je kat dalam tu. You know bebeh, lenguh yang amat sbb tak boleh nak gelek tapi terpaksa pikul dengan beg besi tu.

Sampai sunway residence dan register semua dah, at the same times aku tengok tangan aku naik samoething yang pernah berlaku dulu. Something yang doktor pernah kata itu virus apa entah. aku pergi farmasi untuk cari ubat dan ak jumpa pakar farmasi kat situ. Dia kata tak berani nak bagi aku ubat sbb aku dulu pernah ambik antibiotik untuk kes  yang sama.
Masa dinner kat Poolcafe kat Sunway residence, ak rasa pening yang amat. Sampaikan ak suruh budak mana entah tolong bawakan makanan aku. Lepas tu ak jalan nak ikut dia tapi aku rasa suasa berpinar-pinar. Aku nampak orang sekeliling aku dah kabur dan aku tak dengar dah suara diorang. Rasa macam sunyi jer pendengaran ak. Kepala berpusing yang amat. First time ak pening macam tu. Nasib baik masa tu Fazira datang pegang ak dan bawa ke meja. Katanya wajah aku pucat sangat masa tu. Ak makan sikit je  sbb selera tiba-tiba mati.

Malam tu demam  teruk jugak..

Ak rasa maybe ini effect 6 biji panadol yang aku  ambik dan jugak travel yang memenatkan dari UCSI uni ke Sunway  uni.

Pasal virus berbentuk cincing ditngan tu aku punya teori kan, aku rasa sebb ubat tu jugak, ubat berlebihan kan jadi toksik untuk badan dan padan muka aku hahaha

Pengajarannya kat sini.......

Aku akan berhati-hati bila nak telan ubat. Ubat is not my fav anyway hehe
Sabar bila sakit ( i dont know la samaada mampu buat atau tak)