Tuesday, 3 June 2014

Konvesyen #SahabatYADIM kat UKM

Assalamualaikum

Pihak organiser mayb org UKM tu sendiri kot yg hantar surat ke UCSI jemput student islam gi konvesyen Muamalah Islam. Konvensyen tu dari 28 Mei kalau tak silap ak dan berakhir pd 1 Jun. Yg ak gi ni dah majlis penutup rupanya. Oh ya, diorg ada sediakan bas untuk U ak tapi yg pergi cuma 11 org dlm satu bas. Ayoyoooo.. tengok bas U lain penuh. Malah lebih 1 bas. Perempuan 6 org  5 lelaki. Tu pon nasib baik dtg sebab we all gather pukul 7.30. Awal kan? Sebab weolls kena ada kat sana before 8.

UKM kat Bangi je pon. Lebih kurang 30 minit daripada U ak ni. Kejap je dah sampai. Sampai-sampai terkejut tengok ramainya org Melayu sbb dikumpulkan semua IPTA dan IPTS seluruh negara. Cleare pon join sama dan cuma dia sorg je non-muslim kat situ. Semua yg lain ppuannya pakai tudung. Tak perasan pulak yg  program ni untuk org Islam. Nama pon konvensyen muamalah Islam. Tapi takpe.Lagipun dia memang minat ngan UKM & moga ALLAH membuka pintu hidayah untuknya. Ameen.

Oh ya,sampai tu terus dapat breakfast nasi lemak. Masuk dewan ada sesi diperkenalkn insurans dan takaful Islam. Lepas tu ada nyanyian lagu keTuhanan oleh abg UKM. Ok. Dah part yg paling best  masa forum yang ahli panelnya. Prof Sidek Baba dan Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi. Ok. Panel yg paling ak suka Dr. Asyraf Wajdi sebab semua fakta yg dia kemuka memang menarik. Ak solute la kat dia ni. Nak nak pulak yg membanggakan ak sbb dia ni Orang Kelantan hewhew.
Ni la dia Dr. Asyraf Wadji. Handsome kan. Orng kata lelaki Kelantan ni handsome-handsme. Ok fine!! Daripada dia bercakap memang ak rasa dia ni memang banyak ilmu. Dah Ph.D kot =)

Dia terangkan pasal KOMANGGO. Pasal hudud yg paling banyak disoal student masa tu. Tapi seryes weyh. Pertama kali ak rasa betul-betul mendengar soalan yg dikemukakan org mahasiswi. Maksud ak bila soaln tu ditanya, diorg siap masukkan akta berapa-berapa lagi. Menunjukkan mahasiswa-dan siswi dah makin bijak. Wahwahwah.

Dewan DECTAR UKM Bangi. Ramai tak ramai dewan hampir penuh jugak dgn pelajar.


Masa daftar diorg bagi punyalah banyak buku yang ak sendiri tak tahu bilalah aku akan baca buku ni hehe. 
Sorng dapat buku-buku sebnyak tu? Ya.. banyakkan!!

Majlis penutup dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Pendana Menteri. Senator Khair Baharon. First time jumpa dia secara live dan dengan dia berucap. Muka dia tak jauh beza lah dari Tv dari sudut kecerahan wajah mihmihmih jangan marah aaaa... =p

Bergambar kenangan sebelum balik
From left : Amna, Syerah (me), Cleare, Kak Umi, Fiza, Kak (sori ingt nama sbb firsttimejumpa), PngacaraUKM, PengacaraUKMzizancelop,Mustaqim, Midi, Musa,Muaz,Faiz (xder dlm gambar sbb dia photographer kiteorg hehe)

Yeahh... atas bas 11 org je ( 11/40) . Duduk je nak duduk kat mana pon =)

Good day yg dpt banyak ilmu dan info semasa.
#SahabatYADIM moga terus sukses dalam aktiviti dakwah untuk ummah. Ameen!!

Love, 
XOXO

No comments: