Friday, 11 April 2014

We must know Why.

Assalamualaikum.
 
Hari ni aku nak bentangkan satu topic yang pada aku memang dan sangat penting sebagai kita umat Islam. Tentang apa?? Why Muslim's character tak selari dengan ajaran agama? My naqibah tell my suatu pendapat siapa entah yang katanya.
 
 
Apabila kita pergi ke yang diistiharkan sebagai Negara Islam tapi kita tak temui ajaran Islam padanya tapi bila kita ke Negara bukan Islam, kita akan temui ciri-ciri Islam padanya.
 
Sama ada percaya atau tidak, itu yang berlaku zama sekarang ni. Mengaku Islam tapi perbuatan dan tindakan tidak mengambarkan keperibadian seorang Muslim. Mengaku Islam tetapi melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam.
 
Satu kenyataan yang dibuat oleh seorang Muallaf  yang pada aku perlu untuk kita renung sedalam-dalamnya. Kenyataan yang menurut aku sungguh tepat.
 
Aku bersyukur kerana mengenali ajaran Islam terlebih dahulu daripada mengenali penganut agama Islam.
 
Setiap kita beragama Islam adalah sebagai duta agama kita bukan? Tetapi kalau kita bersikap buruk malah lebih buruk daripada orang yang beragama Islam, how can they will attract to our religion?
Agama Islam itu agama yang Indah tapi Muslim yang membuatkan agama ini kelihatan teruk pada kaca mata dunia? Why why?? Jangan sesuka menunding jari pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak pernah menrefleksikan diri. Kita muslim tapi adakah betul-betul muslim yang beriman. Tepuk dada dan tanya iman.
 
Aku tidak mengatakan yang diri aku baik tapi sekadar sama-sama mengingati sesame Islam. Mungkin cerita di atas tu sampai ke pengetahuan aku dan mungkin belum sampai pada pendengaran orang lain. Tak salah untuk berkongsi ilmu untuk sama-sama berfikir tentang matlamat kehidupan bukan?
 
Dalam Islam itu sendiri kita diajar dengan sifat mahmudah dan mazmumah. Kalau kita bersifat dengan sifat mahmudah insyaallah kita boleh mencerminkan agama masyarakat non-yet-muslim.
Urusan dakwah bukannya terletak pada tanggungjawab ustaz-ustaz penceramah atau imam-imam besar tetapi itu jugak tanggungjawab kita as  a muslim. Jika kita merasa diri kita itu Muslim, we have to know that, we have a duty as a khalifah. Begitu jugak dengan tanggungjawab as a daei'. Berdakwah tu tak semestinya masuk TV untuk slot agama, pong pang pong pang bagi tazkirah, tidak semestinya macam tu. Dakwah mengikut kemampuan kita. Daripada karakter diri kita pon kita mampu berdakwah, kan? Daripada pertuturan.
 
Dakwah pada diri sendiri, adik beradik dan kengkawan. Spread our love to them. Kalau kita nak jumpa dengan family dan keluarga kita dengan gembira kat akhirat nanti, let spread the beauty of Islam.
 
Let me tell u a story yang berlaku pada seorang perempuan yang dalam bisnes trip dia ke Korea. Di dalam bagnya ada wang berpuluh ribu dan sampai Korea dia pergi minum kat satu resoran ni. Lepas tu dia keluar. Dah hampir separuh jalan dia baru tersedar yang begnya yang berisi duit berpuluh ribu tu tertinggal kat dalam restoran tadi. Cepat-cepat dia pergi balik kat resoran tadi, Cuba teka apa yang berlaku??
 
Dia dengan tercugap-cungap dapat ke kaunter pertanyaan. Lihat sahaja perempuan tu, pengurus restoran tadi tersenyum.
 
" Did u missing something?" Tanya manager tu
 
Perempuan tu angguk
 
Dan yang mengejutkan bila si Manager tu keluarkan beg yang tertinggal tu tanpa usik sedikit pon wang yang ada dalam beg itu. Imaging la dengan duit berpuluh ribu dan ditinggalkan dengan begitu lama. Kalau orang yang tak amanah dikatakan sahaja yang dia tak nampak beg tu, siapa tahu. Perempuan tu pon tak boleh buat apa kerana kecuaiannya sendiri tapi sikap orang Korea ini memang menggambarkan nilai Islam. Amanah.
 
Tapi berbeza pulak dengan NegaraMalaysia yang dilabelkan sebagai sebuah Negara Islam. Satu kajian dibuat untuk mengkaji sesebuah negara itu sudah dianggap negara maju atau tidak dengan membuat satu test. 100 handphone diletakkan dikawasan terbuka tanpa sesiapa yang perhatikan. Teka apa yang berlaku bila kajian ni dibuat kat Malaysia? Jumlah yang tinggal adalah 0. Semua telephone bimbit tu hilang. Lesap. Itu menunjukkan keperibadian orang Malaysia masih belum ditahap yang membanggakan.
 
Jom reflekkan diri. Aku tidak mengatakan semua orang di Negara Islam dilabelkan teruk tapi imej Negara Islam dan Muslim ni tak berapa elok pada pandangan masyarakat non-yet- muslim ni. Islam dianggap terrorist dan Islam dianggap agama yang tidak relevan untuk diamalkan.
 
We have to proof to them that it's wrong. Tapi bagaimana?? Kita tidak boleh terus merubah dunia dalam langkah pertama. Change ourselves first, then our family, friends dan lepas tu baru boleh ubah satu komuniti yang besar.
 
Insyaallah jika kita memilik keperibadian yang dianjurkan Islam, Allah will bless us. Fiddunya wal akhirah. Ameen!




No comments: