Friday, 25 April 2014

Setelah 3 bulan lebih balik jugak aku ke kampung.

Fuhh.. bahagianya bila dapat balik kampung halaman setelah hampir 4 bulan aku tak balik. Masa cuti raya cina dulu pon aku just dapat balik rumah k.la je kat Puchong. Nasib baik la rumah k.la tu dekat, bolehlah jugak aku kerap balik rumah tapi rumah kak la pon area bandar bukannya asli macam kampung. I love my village walaupun kampung aku takder lah cantik sangat pon tapi ye la tempat bermain lagikan dikenang nikan pulak tempat aku tinggal daripada kecil sampai besar. Sayang woo. Tambahan pulak bila ada sweet memeories yang begitu banyak. Memang takboleh nak diceritakan, memang kalau menaip akan menjadi overdose nanti susah pulak aku nak delete balik.

Aku balik dengan bas Transnasional tapi tak berapa sukalah bas ni sebab pemandunya bawak bas punyalah laju macam kena kejar dek hantu saje. Aku biasanya balik naik bas Perdana kat Hentian Putra tapi kali ni aku naik bas kat Tesco Punchong dan hanya ada bas Transnasional dan terpaksalah aku ambik jugak bas tu. Bila sampai je Kota Baru around 6 a.m aku decide nak tunggu bas la. balik dengan bas. Ada pakcik teksi tu offer nak hantar balik Rm20. Mahal kot. Taknaklah aku dahlah dalam dompet masa tu tinggal 10 ringgit je pon. Nak menggadai apa kalau aku nak naik teksi. Aku agak maybe dia naikkan harga sebab pagi-pagi macam tu selalu orang akan desperate nak balik cepat tu yang mahal kot. Setahu aku harga teksi ke kampung takder la mahal sangat. So, aku decide jugak nak tunggu bas.

Bas sampai pukul 7.30 pagi no 11. Masa aku tengah usha bas mana nak naik tetiba ada dengar suara orang panggil aku. Oh, jiran depan rumah aku rupanya. Aku tunggu bas dgn dia la. Tapi pakcik bas tu kata dia tak lalu kampung aku sebab ada satu jambatan runtuh tapi disebabkan kesiankan kitorang yang baru balik kampung tu, dia anesitifkan jugak untuk mudahkan kitaorang. Thanks ya pak cik bas. Baik sungguih laaa.

Sampai kat rumah dapat tahu dari ma yang Kak Nora, kak sepupu aku accident lepas balik hantar anak dia pergi sekolah. Teruk tak teruk patah paha jugak la. Allahuakhbar. Kesiannya dia dah la dia ibu tunggal yang kematian suami. Ma aku pergi tunggu dan jaga dia kat hospital dengan Cik Noh. Tau saja lah hospital USM mana boleh tunggu ramai-ramai nantikan dihalau dek makcik guard yang bertugas kat situ.

Tapi kan kat kampung halaman rumah aku yang selalunya kehijauan macam ketandusan pulak bila tengok rumput-rumput kering dan tukar warna keperang-perangan. Adika ku citer kat Kelantan dah lama tak hujan. Pelik jugak aku sebab selama aku kat Selangor, setiap petang hujan dengan ribut petir yang kuat menggila. Aku ingatkan musim kemarau dah takder tapi rupanya cuaca kat selangor jadi macam tu sebab dia adakan kaedah apa entah yang boleh buat hujan turun. Adik aku ada citer pasal tu tapi aku lupa la pulak. Kat selangor aku tak rasa pon musim kemaraunya tapi bila balik kampung. Ya Allah baru aku tahu ya aku sekarang ada dimusim panas. Suhu sekitar serasa menggila. Panas membahang sampaikan aku pasang kipas pon masih terasa panasnya. Kalau mengikut darjah kepanasan yang aku rasa mungkin dah sampai kot suhu 38 darjah celcius. Aku agak je la tapi tak tahulah samaada betul tak. Ermmm.. risau jugak aku ni sebab aku ada dengar ceramah sorang ustaz ni. Dia kata tanda kemunculan Dajjal adalah musim kemarau yang selama 3 tahun dan ramai yang berpendapat tahun ini adalah tahun pertama. Seram aku dengarnya. Takutnya bila memikirkan yang kiamat sudah dekat. Malah ada yang mengatakan bahawa Matahari akan terbit sebelah barat tahun depan. Wallahu'alam.

tumbuhan hijau dah jadi kering sebab suhu yang terlalu panas!!

Makin hari nilai air tu makin penting 

so take care la everyone!!



Tuesday, 22 April 2014

Truth Or Dare

Assalamualaikum

Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal satu game macam yang aku bagitau kat atas tu. Game ' truth or dare'. Game ni agak famouslah dikalangan remaja sebaya aku ni agaknya sebab bila sebut aje game ni terus semua angguk nak main. Nampaknya aku je yang ketinggalan sebab aku baru tahu game ni wujud masa form 5.Oh cop cop bukan aku baru tahu game ni wujud form 5 tapi aku baru tahu yang game macam ni dinamakan macam tu hahaha. Dulu aku pernah tengok game ni masa tengok filem Muje Dosti Karongge yang diorang main masa majlis pertunagan Pooja dalam filem tu. Hokey, aku bukan nak tulis pasal filem hindi lagi laa :') Cuma game ni kalau tak silap aku ada dalam filem tu.

senang cakap macam game main pusing botol macam nih

 How to play?? Senang je pon. The rules adalah... tada!~ please takyah dok tadaa tadaa sangat boleh tak ;'0


Start main game ni masa form 5 after trial exam among gegirls je so takder la nak malu bila share apa-apa. Tapi peraturannya bila dah tahu tu hanya setakat tu je takyah nak duk canang dan hebohkan kat orang ramai. Tak dapat profit pon tolong promotekan news orang kan? Masa tu soalan ngetop adalah..

Ada admire kat sesiapa tak?

Cepumas punya soalan yang semua orang macam excited je nak tahu. Termasuklah aku orang yang excited nak tahu tuh hahaha. Well, itu macam normallah kan kalau girls suka boys, yang tak normal tu kalau soalan tu diterbalikkan pada same gander so soalan tu dikira soalan wajib jawab tiap kali main game nih. Aduhai la.. jadi macam soalan wajib exam la pulak :P Paling aku suka bila pusingan botol tu tuju pasal kawan aku yang sporting. Dia declare sungguh yang dia suka si dia dia dan bla bla bla. Kekawan yang lain macam ' Hokey kau jujur gila beb!!' Aku pon takder keberanian nak mentionkan siapa yang aku minat dengan orang yang bukan betul-betul bonding dengan aku. Kira macam aku terkejut jugak dengan jawapannya yang jujur dan bersahaja.

Tetiba kena giliran aku memang adoi sungguh la. Aku speechless. Siapa la yang agaknya aku minat. Aku ni berhati beku sikit kalau ditanya siapa yang aku admire. Sebab aku ni acah -acah je suka orang. Gitu-gitu je tapi takder la pulak serius. Tapi kalau nak ikutkan yang aku admire memang ramai la. Tapi admire gitu-gitu je la. Akhirnya tau apa aku jawab? Aku dengan sebulat suara yang penuh perasaan aku jawab,

Admire kat Dr. Sheikh Muszaphar

Diorang seryes muka tak berpuas hati dengan jawapan aku hahaha. Laa memang aku suka pon dengan Dr. SMS tu memang kekewan aku sumua tahu kot. Aku dulu memang pantang tengok gambar Dr.Sheikh keluar paper ke apa ke mulalah aku nak beli. Nampak tak betapa tak siuman nyer aku dulu. Kalau difikir -fikirkan balik aku rasa annoyingnya aku waktu tu haha. Tapi Dr.Sms ni sampai sekarang aku suka plus dengan family dia lagi.Selalu jugak aku baca blog dr.halina, wife dr.sms ni. Best la BarelySupermommy ni. Just love to know their life. Okay berbalik dengan citer aku tapi masa diorang dengan muka tak berpuas hati tu soal aku, masa tu jugak kelas yang takder cikgu masa tu habis masa. Fuhh.. lega aku!! Janganlah dibuatnya disoal aku sampaikan kena listkan orang yang 'diadmirekan' satu persatu. Tak sanggup aku.Nehi !! cis, terkeluar bahasa hindi la pulak kihkihkih.


Lepas tu game ni aku termain pulak tahun lepas masa kat Obs Lumut kat Perak. Masa tu kitaorang kena jalan masuk hutan belantara yang cerunnya mak aihh menakutkan sungguh. Nak dijadikan citer malam tu kitaorang bermalam la kat camp site  ni. Lepas aku goreng roti telur, ya aku yang goreng dengan mata berair. Bukan sebab terpaksa tapi sebab mata tak tahan masuk asap. Goreng dengan dapur kayu. Dah kenyang makan tu. Group tak tahu nak buat apa so kitaorang decide nak main true or dare. Tiga -tiga group kat campsite masa tu main perkara yang sama. 'Game truth or dare' ni. Yang paling best part 'dare'. Kak Ratna yang pilih untuk terima cabaran so dia terpaksa pergi kat kumpulan sebelah. Round diorang dengan nyanyikan lagu OB Spirit hahaha. Lucu sangat masa tu. Lepas tu giliran Nas pulak yang kena dan dia jugak pilih dare. Kak Nadia suruh dia pergi kumpulan lain dan cari seorang perempuan dalam group tu dan cakap 'I love U' Aku yang dengar ni pon OMG OMG!! Biar betik? Tapi si Nas ni betul-betul buat dorhh.

Kan aku ada kata group lain main jugak. Lepas beberapa lama tetiba ada seorang budak perempuan yang datang cari Nas. Malu malu perempuan tu. Si Nas siapa berlakon drama sebabak lagi tengok budak tu.

'Saya.. saya..'
' Katakan duhai gadisku'

Lebih kurang. Tak ingat exactly apa dialog dia. Tapi aku rasa nak gelak tergolek kot sebab yang datang tu rupanya budak perempuan yang Nas ambik masa dia terima cabaran tu. Dia just pick up je. Kenal pon tidak. Punyalah lama budak perempuan tu nak luah apa yang dia terima sebagai cabaran tu. Tetiba dia pekik kat Nas tu.

' I love U too'
Kitaorang gelak sakan tengok drama diorang. Btw, dah tahu yang tu permainan je so kalau ucap macam tu pon takder effect pon kat diorang.

After midnight tu dah ramai masu khemah nak tidor. Mata aku tak ngantuk lagi so aku joinlah group aku yang amsih ada a few yang masih main. Yang aku ingat ingat sangat bila Nas tu bukan cerita cinta dia. Punyalah kitaorang percaya tapi last-last dapat tahu dia buat cerita je, eii.. geram sungguh la. Ok kenapa asyik sebut pasa budak nama Nas tu. Sebab dia jenis yang huruhara sikit so yeah, macam tu la aku cakap.

Pasal game true or dare ni jugaklah sorang budak lelaki confess kat kitaorang yang dia minat pada perempaun yang lebih berusia. Aku terkejut tapi buat rileks je. Taste masing-masing kan. Dan ada senior tu bagi jawapan yang bernas dan aku dapat tahu banyak kisah yang berlaku dalam kehidupan orang lain. Memang aku rasa permainan true or dare kat Obs ni paling jujur la aku cakap dan aku dah tak ingat sangat dah pon sekarang siapa yang cakap apa. Ingat muka-muka yang join masa tu tapi masing-masing belajr tempat lain kan so rahsia ke apa ke yang cakap masa tu berlalu gitu je la.

Aku kalau boleh nak ulang tayang peristiwa yang berlaku masa main 'true or dare tu' kan best!! Tapi semua tu terakam dalam kenangan je la. Miahhahahaaha.





Friday, 11 April 2014

We must know Why.

Assalamualaikum.
 
Hari ni aku nak bentangkan satu topic yang pada aku memang dan sangat penting sebagai kita umat Islam. Tentang apa?? Why Muslim's character tak selari dengan ajaran agama? My naqibah tell my suatu pendapat siapa entah yang katanya.
 
 
Apabila kita pergi ke yang diistiharkan sebagai Negara Islam tapi kita tak temui ajaran Islam padanya tapi bila kita ke Negara bukan Islam, kita akan temui ciri-ciri Islam padanya.
 
Sama ada percaya atau tidak, itu yang berlaku zama sekarang ni. Mengaku Islam tapi perbuatan dan tindakan tidak mengambarkan keperibadian seorang Muslim. Mengaku Islam tetapi melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam.
 
Satu kenyataan yang dibuat oleh seorang Muallaf  yang pada aku perlu untuk kita renung sedalam-dalamnya. Kenyataan yang menurut aku sungguh tepat.
 
Aku bersyukur kerana mengenali ajaran Islam terlebih dahulu daripada mengenali penganut agama Islam.
 
Setiap kita beragama Islam adalah sebagai duta agama kita bukan? Tetapi kalau kita bersikap buruk malah lebih buruk daripada orang yang beragama Islam, how can they will attract to our religion?
Agama Islam itu agama yang Indah tapi Muslim yang membuatkan agama ini kelihatan teruk pada kaca mata dunia? Why why?? Jangan sesuka menunding jari pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak pernah menrefleksikan diri. Kita muslim tapi adakah betul-betul muslim yang beriman. Tepuk dada dan tanya iman.
 
Aku tidak mengatakan yang diri aku baik tapi sekadar sama-sama mengingati sesame Islam. Mungkin cerita di atas tu sampai ke pengetahuan aku dan mungkin belum sampai pada pendengaran orang lain. Tak salah untuk berkongsi ilmu untuk sama-sama berfikir tentang matlamat kehidupan bukan?
 
Dalam Islam itu sendiri kita diajar dengan sifat mahmudah dan mazmumah. Kalau kita bersifat dengan sifat mahmudah insyaallah kita boleh mencerminkan agama masyarakat non-yet-muslim.
Urusan dakwah bukannya terletak pada tanggungjawab ustaz-ustaz penceramah atau imam-imam besar tetapi itu jugak tanggungjawab kita as  a muslim. Jika kita merasa diri kita itu Muslim, we have to know that, we have a duty as a khalifah. Begitu jugak dengan tanggungjawab as a daei'. Berdakwah tu tak semestinya masuk TV untuk slot agama, pong pang pong pang bagi tazkirah, tidak semestinya macam tu. Dakwah mengikut kemampuan kita. Daripada karakter diri kita pon kita mampu berdakwah, kan? Daripada pertuturan.
 
Dakwah pada diri sendiri, adik beradik dan kengkawan. Spread our love to them. Kalau kita nak jumpa dengan family dan keluarga kita dengan gembira kat akhirat nanti, let spread the beauty of Islam.
 
Let me tell u a story yang berlaku pada seorang perempuan yang dalam bisnes trip dia ke Korea. Di dalam bagnya ada wang berpuluh ribu dan sampai Korea dia pergi minum kat satu resoran ni. Lepas tu dia keluar. Dah hampir separuh jalan dia baru tersedar yang begnya yang berisi duit berpuluh ribu tu tertinggal kat dalam restoran tadi. Cepat-cepat dia pergi balik kat resoran tadi, Cuba teka apa yang berlaku??
 
Dia dengan tercugap-cungap dapat ke kaunter pertanyaan. Lihat sahaja perempuan tu, pengurus restoran tadi tersenyum.
 
" Did u missing something?" Tanya manager tu
 
Perempuan tu angguk
 
Dan yang mengejutkan bila si Manager tu keluarkan beg yang tertinggal tu tanpa usik sedikit pon wang yang ada dalam beg itu. Imaging la dengan duit berpuluh ribu dan ditinggalkan dengan begitu lama. Kalau orang yang tak amanah dikatakan sahaja yang dia tak nampak beg tu, siapa tahu. Perempuan tu pon tak boleh buat apa kerana kecuaiannya sendiri tapi sikap orang Korea ini memang menggambarkan nilai Islam. Amanah.
 
Tapi berbeza pulak dengan NegaraMalaysia yang dilabelkan sebagai sebuah Negara Islam. Satu kajian dibuat untuk mengkaji sesebuah negara itu sudah dianggap negara maju atau tidak dengan membuat satu test. 100 handphone diletakkan dikawasan terbuka tanpa sesiapa yang perhatikan. Teka apa yang berlaku bila kajian ni dibuat kat Malaysia? Jumlah yang tinggal adalah 0. Semua telephone bimbit tu hilang. Lesap. Itu menunjukkan keperibadian orang Malaysia masih belum ditahap yang membanggakan.
 
Jom reflekkan diri. Aku tidak mengatakan semua orang di Negara Islam dilabelkan teruk tapi imej Negara Islam dan Muslim ni tak berapa elok pada pandangan masyarakat non-yet- muslim ni. Islam dianggap terrorist dan Islam dianggap agama yang tidak relevan untuk diamalkan.
 
We have to proof to them that it's wrong. Tapi bagaimana?? Kita tidak boleh terus merubah dunia dalam langkah pertama. Change ourselves first, then our family, friends dan lepas tu baru boleh ubah satu komuniti yang besar.
 
Insyaallah jika kita memilik keperibadian yang dianjurkan Islam, Allah will bless us. Fiddunya wal akhirah. Ameen!




Wednesday, 9 April 2014

They call me ' Ustazah?? '

Assalamualaikum.
 
Panggilan Ustazah ni common kalau dengar bila kita panggil guru agama kita kat sekolah. Kalau ustazah tu, mereka yang di bidang agama. That's what i'm thinking before. Kakak aku pon ustazah kat Sekolah sebab dia cikgu agama dan belajar dalam bidang agama tapi bila tetiba orang panggil aku ustazah, aku rasa macam Whhat??
 
Hahaha... lucu pulak aku rasa. Aku bukan belajar dalam bidang agama dan aku rasa peliknya bila dengar orang panggil aku ustazah.
 
Pernah dulu masa aku dengan beberapa orang girlfriends pergi Perkarangan Stadium Ke 4 sebab ada Karnival Jom Masuk U masa tu. Lepas kitaorang dah siap round kawasan tu, pergilah cari kedai nak makan. Kitaorang singgah kat KFC dan masa duk tengah makan tu ada nampak seorang lelaki dengan 2 orang kawan dia yang tengah makan kat depan meja kitaorang. Lelaki tu dalam lingkungan 28 tahun macam tu.
 
Tetiba dia tegur aku.
 
" Ustazah ni dari mana?" Lebih kurang macam tu la soalannya dan aku denga kekawan terpinga-pinga. He call me ustazah? Kenapa dan kenapa?? Agaknya sebab aku pakai tudung saiz besar waktu tu bidang 50. Masa tu aku fikir, kenapa mamat ni panggil aku ustazah. You know what, sebab aku bukan budak dari sekolah agama so aku rasa kekok dan pelik bila orang panggil aku ustazah.
 
Diorang panggil macam tu sebab mengejek atau hormat dengan cara aku? Entah. Kompius pulak hati aku ni.
 
Dan sekarang pulak, same nickname yang Pak Guard Angkasa Kondo tempat aku tinggal ni panggil aku dengan panggilan yang sama. Yang aku rasa nak gelak tu sebab yang panggil tu mamat India. Dia boleh panggil aku Ustazah.
 
" Dah balik Ustazah?"
 
ayat yang sama diorang tegor bila nampak aku berjalan balik. Aku dengar pastu aku gelak sensorang. Adoiiii
 
Rasa lucu pon ada. Kira macam dalam pondok jaga tu, pakgad -pakgad yang jaga pondok jaga tu kenal aku by calling me Ustazah. hahaha
 
Ilmu aku tak banyak pon pasal agama. Aku rasa seganlah orang panggil aku macam tu. Rasa macam tak layak la nak dipanggil ustazah dengan diri ni yang masih jahil ilmu didada.  
 
 
 
Tapi kan .. kan elok kalau  aku fikir positif. Kata-kata tu ibarat doa dan semoga kata-kata tu doa untuk aku jadi seorang yang mendalami agama. Insyaallah. I realy hope so.