Sunday, 2 March 2014

Thought on Caffein

       Assalamualaikum
*salam diberi dengan senyuman yang terukir sampai ke telinga dan tangan sedang mengambil secawan nescafe pekat dari atas meja* 

 panjang caption star tuh.

ooh.. suka nescafe jugak? We are same!! kihkihkih

Memang tak tahu daripada bila aku start minum kopi dan nescafe ni. Tapi aku suka kot impak dan penangan minuman bercafein ni.Maybe ada orang cakap minum kopi banyak-banyak ni tak baik untuk kesihatan tapi aku tak boleh kot nak bencikan dua minuman ni. Alaa.. aku tak rasa kot  yang minum kopi dan nescafe ni boleh buat orang jadi gila. Nak nak pulak kalau kedai minuman popular seluruh dunia pon banyak daripada minuman ni. Contoh yang terang lagi bersuluh, Old town White Coffee. Lagi, Starbuck. Tengok la kalau betul coffee dan nescafe ni benda bahaya xdernya kefamousannya begitu terserlah. Haha tiru ayat iklan wajah kau hah

Wahhhhahaha
 
        Aku  ada  sejarah yang tersendiri dengan minuman Cafein ni nak nak lagi nescafe sebab kalau aku minum kopi effect dia tak kuat sangat. Aku paling suka kopi cap gantang dari Kedah. Seryes sedap sebab letak banyak macam mana pon sampai pekat melikat, tak pahit pon. Kalau kopi lain memang sedap jugak tapi dah taste aku macam tu kan. Aku minum kopi ni, minum minum tapi ngantuk jugak.
    
        Tapi tapi, kalau aku minum nescafe, badan terasa suatu aura menyerap dalam badan sampaikan aku tak mampu nak tidor. Ahaha. Pernahkan hari tu aku minum nescafe. Saja je sebab suka tanpa niat untuk stay up tapi lepas tu dah tak boleh tidor dah. Aku pon buat homework sikit. Tengok-tengok dah subuh dah. Pastu aku solat la. Lepas solat kepala aku rasa pening lalat la pulak. Aku pon letak kepala kat bantal. Ambik kau pukul 12 baru bangun. Tu pon dengan kepala yang rasa macam pening gila. Badan pun rasa loya nak muntah. Itu penangan cafein yang paling kuat aku terima setakat ni. Apa idak nyer. Tahu aku buat apa?  Mug tu aku masukkan 2 uncang pek segera sekali gus ke dalam mug. Haha sebab tu kesannya terover react kat aku. Jadi kije la kau ni hahaha

           Tapi yang aku sayang sangat dan rasa nak minum nescafe hari-hari ni sebab aku ada problem sikit pepagi bila masuk kelas. Pukul 8 kelas Bio dan aku rasa ngantuk  wehh.Otak aku takleh nak menyerap  la yang Mr. Chong sedang ajar kat depan tu. Dah la english sume dia cakap dan otak aku ni time tu macam takleh nak translatekan bahasa ibunda tu. Tapi bila aku minum nescafe yang dalam tin tu, bahagia weyh aku rasa bila mata tak rasa ngantuk pon. Memang aku rasa effectnya kat badan aku.

      Aku takleh lah bila dengar orang kata caffein bahaya untuk badan sebab aku suka minum kopi dan nescafe tapi dalam masa yang sama aku takut dengan berita tu even aku tak pasti samaada fakta ke auta ke. Entah. Tapi buat lek je la. Tak der apa-apa  , insyaallah *  berkata dengan penuh keyakinan membuak-buak* hahahaha

      Tapi satu hal yang buat aku musykil la .. betul ke minum kopi ni bawa impak yang teruk pada badan? Betul ke betul ke?? Saya macam tak percaya je. Huh!! Mybe betol bila diambil secara berlebihan. Apa-apa pon dalam hidup ni bila dibuat secara berlebih-lebihan akan bagi effect negatif dalam hidup kita. Benda yang paling simple untuk explain benda ni adalah drug atau dalam bahasa melayunya 'dadah'. Kenapa dadah ni jadi musuh pada negara sebab ianya digunakan secara berlebihan oleh orang yg tak bertanggungjawab hingga membuatkan otak yang waras bertukar menjadi sewel. Kalau ikutkan dadah ni tak bahaya pon bila guna cara yang betul sebabnya dadah penting untuk tujuan perubatan. Makan ubat untuk sembuh kan. Dadah jugak tu tapi kenapa tak bahaya? Sebab kita guna dalam kuantiti yang betol kalau telebih dos yang jadi bahayanya.

As simple as that.

So konklusionnya aku kenalah kontrol aku punya minat berhantu minum nescafe ni. Ye dok ??

 hehehee..


No comments: