Monday, 31 March 2014

Exam Berada di suatu sudut.

Cuak cuak cuak duhhh.. aku rasa macam ahhh... cepatnya masa berlalu. bila bukak website U tadi dah Nampak dah table untuk exam dan  siap bagi tips lagi for students yang kepala enthapahape ni.

 
see..  tengok ni.



 y ada logo tu? ahaha aku memang student UCSI University. Tak pernah dengar pon. Takyah tahu pun takpe yang pastinya bukan obersea la.. Dalam Malaysia je pon
 
 


lagi tips untuk Ucsi-an. Ahh ada ke perkataan macam tu? Suka hati je aku nak letak Usci-an tapi tak pe la aku punya sukalah nak namakan apa pon kihkihkih
 
 

 
Insyaallah do pray for me and pray for my success. May Allah limpahkan rezekinya pada ku. Ameen !!
 
oh ya hari ni aku happy sangat bila abang ngoh dapat kerja dah sesuai dengan bidang yang dia ambik engineering of marine lebih kurang macam tu la. Aku tak ingat pulak nama course dia yang panjang berjela tuh. Tapi bila aku Tanya abng ngoh dia jadi trainer  dulu belum betul-betul kerja tapi insyaallah. Aku tumpang gembira. Alhamdulillah.
 
You know la sekarang ni ramai sangat mahasiswa yang tanam anggur kat rumah dan bila Allah dah bagi rezeki tu maknanya Allah bagi kita peluang untuk berkhidmat pada keluarga dan berkhidmat pada masyarakat. It is our responsibility kan. Rezeki Allah tu dating dalam macam-macam bentuk. appreciate when you get it.
 
Keep it up my brother. Doakan kejayaan ira kat sini. He's my inspiration ^ ^.
 
2 BROTHERS. Dua-dua ada kelebihannya yang tersendiri. Dua-dua istimewa!! Dengan persoanaliti yang berbeza, mereka bagaikan melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. I love my siblings and I love my family too much.
 
Rindunya pada ma ngan ayah. Dah berapa bulan dah tak balik. Naakkkk baaalikkkk!!!
Tinggal a few days je lagi nak balik. Sabar ira sabar.
Sedih kot bila kawan aku study week ramai je yang balik rumah. Tapi aku buat rilek jer walaupun hati jeles gila dengan diorang. Diorang dekat takpe la. Pergi balik baru 40 lebih tapi aku pergi balik dah seratus. Kalau every month balik macam mana nak cover hidup kat KL yang harga barang-barangnnya yang macam nak mencengkik leher aku ni.
 
Aku rasa sesiapa yang rasa nak cari kerja kat Bandar walaupun dah ada kerja kat kampong. Better lu fikir la baik-baik. Walaupun kerja kat Bandar gaji tinggi tapi kos hidup jugak tinggi. Kalau yang jenis pandai jaga ekonomi tu okay la tapi kalau yang species macam aku tak boleh nak tengok barang comel sikit memenang nanya la hampa. Aku sekarang pon dalam process nak berjimat. Kering poket weyhh dihujung bulan. Allahurabbi..
 
Love u and hopefully u'll love mee too!

Thursday, 20 March 2014

Puisi - Lukisan Pelangi



Wajah di sekelilingku kurenung satu -persatu
Wajah yang gundah, ramah dan marah
Seakan memanggil aku terus untuk mengamit
Aku terdiam
Aku kaku

Kenal Ilahi bukan semata-mata melihat kewujudannya
Namun merasa Dia ada
Melihat lukisanNya yang indah
Merasa nikmat kecintaannya

Ku renung sedalam-dalamnya
Indahnya Allah menciptakan wajah kalian,
Wajah yangb memancarkan bicara hati yang kadangkala tak terucap dengan perkataan dan tutur bicara
Wajah yang tidak mampu menyimpan rahsia
Kerana darinya rohani diri akan terpancar

Kupandang ke langit.
Subhanallah indah sunguh pelangi di petang hari
Sungguh! Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tapi tiada yang mustahil baginya.
" Kun Fayakun " 
Tiada yang mustahil padaNya.


Sunday, 16 March 2014

Coretan Dinihari

Jam dah tunjuk ke angka 1.15 dah pon. Lepas baca chemistry sikit, mulalah gatai tangan nak tulis blog.Haha. Tak kesahlah nak tulis jugak. Nak tidor  mata tak ngantuk. Nak study pon rasa malas ni. Adui syerah syerah. Wake up dear!! Dah awal pagi belum nak tidur kelas ko awal kot esok. Pukul 8 lagi weyh. * Senyum lebar*
Assalamualaikum. Saya  syerah >_<

Minggu ni first time gi Rumah Anak-anak Yatim. Before this, aku tak pernah berkesempatan untuk lawat rumah anak-anak yatim. Masa sekolah dulu pon hanya pergi melawat rumah orang tua je. Dan alhamdulillah ada jugak kesempatan untuk jumpa dan tengok keadaan kat sana.

Jumpa adik-adik tu teringat pulak nak saudara ku kat kampung. Rindunya dengan mereka. Seryes rindu especially dengan Hanim. Kangen bangat sih.

Anak yatim kat sana comel-comel tapi nasib hidup mereka tak berapa baik macam anak-anak yang lain. Kesiannya pada mereka. Tiada kasih-sayang ibu dan ayah dan daripada apa yang aku dengar rumah anak yatim yang aku pergi tu banyak yang di bawah kes polis sampai ada satu budak tu tanya pada kak senior aku. Kerja plos tu macam mana. Bila kakak tu expalin dia kata polis tu jahat. Mungkin dia dulu pernah dijaga polis agaknya kot dan tindakan diorang buat budak tu fikir macam tu.

Ada jugak adik tu bila ditanya, nanti besar nak jadi apa? Dia jawab nak jadi perompak sebab boleh ada duit banyak. Aku tak rasa dia main-main sebab budak kecik ni apa yang diorang cakap selalunya datang daripada hati dan mungkin environment diorang dulu  yang menyebabkan diorang fikir macam tu.

moga Allah memberkati kehidupan mereka. Ameen.

Thursday, 13 March 2014

Random

 Dalam beberapa minggu lepas ada Bing Bang Wolf. Walaupun dah lama dah berlalu tapi nak tulis jugak dalam blog sebab ini pertama kali aku pergi tau. Aku bukannya orang KL weyh. Kelantan mana pernah anjurkan Big Bang Wof ni so masa pertama kali dengar tentang ni aku rasa excited la. Kenapa dinamakan Wolf sebab masa first time kat senior bagitau aku ingatkan dia percakap pasal Pesta kat Zoo hahaha. Memang la kan sebab nama takder kaitan lansung dengan buku. Mihahaha

So I decide to go dengan a few girlfriends.

Amazing betol bila tengok harga buku-buku disitu murah gila. Rasa macam Aaaaaa... aku nak beli semua tapi tapi kan semua kat situ majority buku Omputih je. Aku mula tu nak plan Beli buku  Ustazah Fatimah Syarha satu, Hlovate satu tapi takder pon dijual kat sana.Buku Melayu ada 2 tempat je yang yang lain semua English. so tak dapatlah aku nak beli buku tuh. Tak pa tak pa tunggu Pameran buku Antarabangsa nanti pulak. insyaallah.

Mula tu habis tangan aku ambik sebab excited tapi last-last pi letak balik hahaha


Buku bertimbun dan macam apa dah aku tengok. Random betul dia letak. Kalau kau nasib baik jumpalah apa yang best kalau tak ammbik je la yang mana -mana. Tapi yang aku perasan buku English ni diorang tak kesah sangat pasal cover dia kan sebab bagi aku cover buku English tak lawa lansun.  Maksud aku sebahagiannya la. Sesuai la dengan pepatah diorang ' Don't judge a book by its cover. Tapi aku takleh la sebab kalau aku pilih buku aku tengok dulu cover dia cantik tak barulah ada semangat nak  baca buku hihihi

Last-last ini je yang aku dapat sambar daripada bertimbun tuh. Reben tu diorang bagi sebab lebih balance rm1 tapi alas an la tu nak genapkan angka tuh.
Total semua..


Just RM20 je. Ada percaya?

Macam tak percaya aku pada mulanya tapi nak buat macam mana dah macam tuh harganya. Aku selalu tengok harga buku omputih kat bookstore harganya at least RM10 keatas sebab buku omputih ni majority mahal sebab diimport dari obersea la katakana.

Tapi aku tak habis baca lagi buku tuh. Bnayak kot hahaha.

Tapi seyes ini pertama kali aku pergi The Mines setelah nak dekat setahun kat Cheras ni. Kawan aku yang tahu aku belum pernah gi The Mines, siap kelakkan aku lagi tapi tak kesahlah. Aku steady je hahah

Minggu ni budak senior yang ambik subjek university life, diorang ada assignment untuk buatkan booth sesuatu Festival. Kakak housemate aku pon terlibat sama dan aku pon pergilah nak menjenguk apalah yang diorang buat kat sana tuh.

Masa masuk tu. Nampak 2 orang yang sangat tinggi.

  Aku dah rasa macam rendah sangat atau jangan -jangan diorang yang terlebih ambik protein ta.Tinggi tau series menakutkan aku hahaha

Macam ni lah keadaannya.banyak sangat festival yang diorang tunjukkan kat sini. Macam-macam ada. Dah macam iklan estro dah pon!!

Ni orang India  yang buat. cantikkan?

Diorang Nampak sibuk lagi dengan preparation agaknya. Agaknya la.

Setiap booth kena ada inputnya jugak so takleh buat main-main sangat la.

Cantilah tengok kakak roommate aku pakai baju tradisonal Korea ni. tapi aku tak tahu nama baju ni. Kak Aisyah ada bagitahu tapi aku dah lupa dah pon haha

Ok dah lah tanagn aku dah penat menaip dah pon. Macam orang suruh-suruh pulak aku ni haishhh













Sunday, 9 March 2014

Pray For MH370!

Subhanallah. Allahuakhbar!!

Lidah terasa kelu bila dapat khabar berita kehilangan kapal terbang Boeing. Bukan sebab saudara-mara aku ada yang naik kapal terbang tu tapi sebab aku ni sayang dan minat sangat pada kapal terbang.

Sampai sekarang belum ada khbar sahih pun pasal pencarian kapal yang hilang ni tapi banyak yang bagi teori. Kata tenggelam 3 km bawah laut Vietnam la. Kata meletop kat udara la. Ada berita dengar yang dua pasport palsu ditemui dan kemungkinan ada pengganas dalam kapal tuh.

Ya Allah selamatkan mereka!!

'Come back' says my heart

Aku memang finatik dengan kapal terbang ni sangat-sangt. Sebab tu aku rasa terkesan sangat dengan berita ni. Aku suka tengok kapal terbang, cantik!! Aku suka dengar bunyinya walaupun ada yang menganggapnya sebagai pencemaran or whatever. Kalau aku pergi airport pengkalan Chepa mesti hati teruja sangat dapat tengok kapal terbang turun naik. Pastu dapat tengok student APFT naik aircraft eagle yang cantik tuh. Fuhh!! 

Ada orang yang salahkan jurutebang dalam kes ni. Aku rasa nak ketawa dengan reasonnya. Sebab si kapten tu Orang Penang dan co-pilot tu orang Kelantan. Dua-dua dari negeri dibawah pembangkang. So, apa kaitan?? Adui la. tak pahamlah aku dengan benda yang mengarut nih.

Oh aku suka kapal terbang dan of course la aku suka juruterbang.Dulu siap berangan nak jadi pilot wanita tapi sebab tahu tak layak, aku batalkan je la niat tuh. Bawak kereta pon tak pandai. Motor pun form 5 baru boleh bawak inikan pulak nakbawak kapal terbang yang besar gedabak tuh. Memang aku rasa tak termampu la kot. Aku ada tanya member aku yang budak lelaki sekelas siapa yang nak further ke aviation academy tapi takder yang nak. Tapi ada sorang budak ni, gaya mr.pilot tu dah ada , dan dia nampak ada minat nak jadi pilot tapi frust aku bila dia ambik enWgineering. Tanya dia kenapa tak apply pilot, dia kata sebab tak tahu nak apply macam mana. Alaaaa.. rugila brother!!

Cantik kan sis ni. Dia ni sis Moana. Waktu aku tahu pasal dia masa form 3, masa tu memang gila sangat nak jadi pilot taktau pulak sebab apa yang rasuk jiwa aku waktu tu. Tapi si Moana ni dulu tak pakai tudung, aku pon macam terfikir jugak, kerjaya pilot ni social bebenor ke. Tapi sekarang alhamduliilah dia dah makin cantik bertudung. Seryes sampai sekarang aku suka tengok dia ni, Oh oh.. bila agaknya sih kita bisa ketemu :)

Boys over flower hehe.

i'm proud of u sis. Walaupun dlm dunia yg dipelopori lelaki u mampu berubah untuk pakai tudung. Hidayah milik Allah :)

Oh yaaa..aku ada terbaca dalam satu newspaper ni waktu dulu2, ada seorang mamat ni nak jadi pilot sangat2 sampai kesihatan dia jaga habis-habisan, tapi bila semua requirement lain dah lengkap, dia tak dapat jugak jadi pilot sebab tinggi dia hanya beberapa cm tak cukup. Jika ditakdirkan dia bukan juruterbang, usaha sekuat mana pon, sukar untuknya jadi juruterbang tapi kalau dah ditakdirkan dia sebagai juruterbang, dia usaha sikit je jalan untuknya akan mudah.

Roomate aku ada tanya soalan yang buat aku terkejut dan rasa nak ketawa terguling-guling.

" Seram dengar berita pasal MH370 ni. Syerah masih nak cari juruterbang ke?" 

Rahang jatuh. Aku tersenyum dengan mengaguk.

" Ala... mati bukannya mengira tempat. Jadi juruterbang pon mati kita kat bumi ni pon mati jugak Even dalam tidor pon boleh mati. Ajal maut semua ditangan Allah"

Dia tersenyum. Aku ni kalau dah suka sesuatu susah nak hapuskan hehe
* nampak sangat perangai keras kepal tuh*

Thursday, 6 March 2014

Kenapa mereka solat lain?

       Assalamualaikum

Belajar di Ucsi university ni studentnya ada semua jenis bahasa, warna kulit pon ada yang putih melepak dan ada yang kalau malam tu nampak mata je berkelip-kelip :) international student pulak masyaallah handsome2 nak nak yang dari Timur tengah, Rusia.Tapi disebabkan diorang terlalu tinggi daripada kami student asia ni so, peratus untuk admire lebih-lebih tu tak ada la kot. Tapi yang menggugat hati perempuan macam aku ni apabila majoriti student perempuan pakai seluar pendek. Aku tak suka kot tengok sebab diorang yang pakai tapi aku yang rasa malu.

    Orang lelaki Muslim aku tak tahulah macam mana diorang nak lawan nafsu diorang sebab girls kat situ ramai yang pakai short  and hot pants. Ada jugak yang kalau aku sebagai orang perempuan tengok ni pun rasa terkejut yang amat sangat. Tapi kan, betul ke kalau kita tengok aurat orang ilmu susah nak masuk dalam hati? Fikiran mudah terganggu dan makin susah nak belajar. Macam kawan aku yang kat PALAM dulu yang selalu pesan kat aku. 'Aisyah!!  Walaupun aku kenal dengan dia hanya 2 bulan lebih je tapi aku begitu merasa kehadirannya dalam hidup aku. Masa aku kat PALAM dulu, dia yang banyak beri kata-kata semangat kat aku. Dia ceritakan kisah hidupnya sampai buat aku nangis. Dia yang aku ingin contohi. Dan sekarang aku mengakui kata-katanya. Berada di kalangan sebegini, dugaan hidup aku makin banyak. Keimanan aku teruji. Seumur hidup aku memang belum pernah aku hidup dikalangan mereka yang begitu asing ni. Insyaallah aku sedang mencuba. Mungkin dengan cara ini aku lebih mentarbiah diri aku sendiri.

                         
         Aku selalu terserempak dengan beberapa perempuan student international di dalam surau. Macam-macam orang yang aku jumpa. Ada seorang ni, dari timur tengah. Dia sembahyang tapi tak pakai stokin pun. Memang kaki tak terlindung pon. Aku terfikir la sendiri. Mazhab apa ya?? Ada ke mazhab yang nyatakan kaki tu bukan aurat?? Aku pelik!! Nak nak pulak aku tahu aku ni bukannya seorang agamawan. Banyak perkara yang aku tak tahu dan masih lagi dalam proses untuk belajar.Dan lagi aku ternampak seorang yang sembahyang dengan cara yang aneh sangat. Dia pon dari timur tengah jugak kalau aku tak silap, dia solat banyak rakaat pastu setiap kali nak sujud dia akan angkat tangan macam baca doa qunut tu. Aku pelik la tengok diorang tapi tak berani pulak nak menanya.

        Kawan aku citer, ada seorang kawannya dari Bahrin rupanya orang Syiah. OMG OMG!! Terkejut jugak ak dengar sebab hari tu kawan aku kata dia tu muslim. Orang Syiah solat 3 kali je. Itu yang dia bagitau aku. So, konklusinya aku tak perlu nak busy body sangat nak menanya. Maybe ada yang lain mazhabnya. Tapi ditempat aku ni ramai yang Syiah. Oh ya ada senior aku citer, seorang non-muslim ni nak salam dengan dia tapi dia tak sambut sebab lain jantina. Tapi kawannya yang dari timur tengah , yang katanya muslim tu menyambut salam. Then, non-muslim tu tanya la. Kamu dengan dia sama-sama muslim tapi kenapa cara lain? Ahh.. sudah nak jawab macam mana. Bagitau dia yang berbeza mazhab. Dia tanya, kenapa agama yang sama ada banyak pegangan? Kalau aku lah kat tempat dia aku pon mesti terkial-kial tak  tahu nak jawab macam mana. Takut jawab lain tapi lain yang difahamnya nanti.

Dan baru-baru ni aku ada tengok satu video. Ajaran yang confirm sesat sebab perempuan yang jadi imam dan makmumnya ada lelaki. Dan dahlah dia solat tak tutp aurat betul. Yang peliknya, diaorang baca al-quran dalam solat pastu diselangi dengan bacaan tafsir  dalam english. Hoishh!!

       Oh ya yang the latest news yang aku baca kawan aku post kat wechat group.Tak pastilah kan. Tapi menurut dia tu, itu agama baru yang tersebar di Indonesia dan sekarang dah merebak ke Johor dah pon. Cara agama tuh hampir sama dengan Islam sbb dia puasa, solat dan lain-lain.Dia baca Bible dalam bahasa arab dan baca macam baca quran. Dah tu dia buat church macam masjib. Allahuakhbar, benarlah dunia ni dah benar-benar dekat dengan penghujungnya. Pastu pulak ada berita yang quran cetakan terbaru tu ada tambahan beberapa surah yang dibuat dan direka. MasyaALLAH. Takutnya!! Sesungguhnya fitnah akhir zaman ni begitu besar.

Allahurabbi

Sunday, 2 March 2014

Thought on Caffein

       Assalamualaikum
*salam diberi dengan senyuman yang terukir sampai ke telinga dan tangan sedang mengambil secawan nescafe pekat dari atas meja* 

 panjang caption star tuh.

ooh.. suka nescafe jugak? We are same!! kihkihkih

Memang tak tahu daripada bila aku start minum kopi dan nescafe ni. Tapi aku suka kot impak dan penangan minuman bercafein ni.Maybe ada orang cakap minum kopi banyak-banyak ni tak baik untuk kesihatan tapi aku tak boleh kot nak bencikan dua minuman ni. Alaa.. aku tak rasa kot  yang minum kopi dan nescafe ni boleh buat orang jadi gila. Nak nak pulak kalau kedai minuman popular seluruh dunia pon banyak daripada minuman ni. Contoh yang terang lagi bersuluh, Old town White Coffee. Lagi, Starbuck. Tengok la kalau betul coffee dan nescafe ni benda bahaya xdernya kefamousannya begitu terserlah. Haha tiru ayat iklan wajah kau hah

Wahhhhahaha
 
        Aku  ada  sejarah yang tersendiri dengan minuman Cafein ni nak nak lagi nescafe sebab kalau aku minum kopi effect dia tak kuat sangat. Aku paling suka kopi cap gantang dari Kedah. Seryes sedap sebab letak banyak macam mana pon sampai pekat melikat, tak pahit pon. Kalau kopi lain memang sedap jugak tapi dah taste aku macam tu kan. Aku minum kopi ni, minum minum tapi ngantuk jugak.
    
        Tapi tapi, kalau aku minum nescafe, badan terasa suatu aura menyerap dalam badan sampaikan aku tak mampu nak tidor. Ahaha. Pernahkan hari tu aku minum nescafe. Saja je sebab suka tanpa niat untuk stay up tapi lepas tu dah tak boleh tidor dah. Aku pon buat homework sikit. Tengok-tengok dah subuh dah. Pastu aku solat la. Lepas solat kepala aku rasa pening lalat la pulak. Aku pon letak kepala kat bantal. Ambik kau pukul 12 baru bangun. Tu pon dengan kepala yang rasa macam pening gila. Badan pun rasa loya nak muntah. Itu penangan cafein yang paling kuat aku terima setakat ni. Apa idak nyer. Tahu aku buat apa?  Mug tu aku masukkan 2 uncang pek segera sekali gus ke dalam mug. Haha sebab tu kesannya terover react kat aku. Jadi kije la kau ni hahaha

           Tapi yang aku sayang sangat dan rasa nak minum nescafe hari-hari ni sebab aku ada problem sikit pepagi bila masuk kelas. Pukul 8 kelas Bio dan aku rasa ngantuk  wehh.Otak aku takleh nak menyerap  la yang Mr. Chong sedang ajar kat depan tu. Dah la english sume dia cakap dan otak aku ni time tu macam takleh nak translatekan bahasa ibunda tu. Tapi bila aku minum nescafe yang dalam tin tu, bahagia weyh aku rasa bila mata tak rasa ngantuk pon. Memang aku rasa effectnya kat badan aku.

      Aku takleh lah bila dengar orang kata caffein bahaya untuk badan sebab aku suka minum kopi dan nescafe tapi dalam masa yang sama aku takut dengan berita tu even aku tak pasti samaada fakta ke auta ke. Entah. Tapi buat lek je la. Tak der apa-apa  , insyaallah *  berkata dengan penuh keyakinan membuak-buak* hahahaha

      Tapi satu hal yang buat aku musykil la .. betul ke minum kopi ni bawa impak yang teruk pada badan? Betul ke betul ke?? Saya macam tak percaya je. Huh!! Mybe betol bila diambil secara berlebihan. Apa-apa pon dalam hidup ni bila dibuat secara berlebih-lebihan akan bagi effect negatif dalam hidup kita. Benda yang paling simple untuk explain benda ni adalah drug atau dalam bahasa melayunya 'dadah'. Kenapa dadah ni jadi musuh pada negara sebab ianya digunakan secara berlebihan oleh orang yg tak bertanggungjawab hingga membuatkan otak yang waras bertukar menjadi sewel. Kalau ikutkan dadah ni tak bahaya pon bila guna cara yang betul sebabnya dadah penting untuk tujuan perubatan. Makan ubat untuk sembuh kan. Dadah jugak tu tapi kenapa tak bahaya? Sebab kita guna dalam kuantiti yang betol kalau telebih dos yang jadi bahayanya.

As simple as that.

So konklusionnya aku kenalah kontrol aku punya minat berhantu minum nescafe ni. Ye dok ??

 hehehee..