Monday, 17 February 2014

Duk diam-diam dan berfikir kejap

Betullah bila kita dengar benda baik hati akan terasa tenang nya. Bila aku bukak dengar kata-kata Ustaz Khairi waktu cuti hari tu aku rasa yang hidup aku masih kosong. Apa amalan aku? Aku just enjoy my life without thinking apa yang aku nak bawa nanti di akhirat. Mcam mana kalau Allah hantar malaikat untuk cabut nyawa ku saat ini? Adakah aku dah bersedia untuk menemui Nya? Adakah amalan aku dah banyak untuk menghadapnya?

Aku tahu aku ni bukan budak alim pon. Amalan pun biasa-biasa je. Yang wajib aku buat yang sunat jarang-jarang. Boleh ke nanti aku masuk syurga?

Ajal dan maut tu tak siapa yang tahu. Muda bukan bermakna hidup masih panjang. A few days ago, ad berita kematian sorang budak PALAM. Aku pernah belajar kat PALAM so aku tahulah info sikit kat sana. Budak lelaki yang umur sebaya dengan aku. Asasi jugak meninggal dunia lepas solat Subuh. Ya allah.

Aku tergamam. Kawan dia kejutkan untuk bangun tapi dah tak bergerak. Aku dapat tahu yang dia ada minor heartattack sebab selalu tidor lambat atau tak cukup tidor. Itu yang diorang bgitau aku. Itu hanyalah sebabnya tapi sebab utama ajalnya dah sampai.

Aku pun teringin nak mati muda.

Orang kata sesiapa yang mati muda ni adalah orang yang baik-baik.

Tapi aku baik ke?? Masih sikit amalan aku kat dunia ni.


Bila Allah kirimkan kita hidayah tu, maybe Allah nak kita berubah. Hidayah itu datang dalam pelbagai bentuk. Maybe Allah pertemukan kita agar aku sedar, hidup ini bukan untuk mengejar dunia semata-mata. Akhirat itu lebih utama.

" Buatlah solat Dhuha "

Kata-katanya menggoncang hati aku.

" Banyak khasiat daripada zikir itu. Cuba amalkan insyaallah kau akan rasa kesannya dalam hidup "

Aku diam tunduk.

" Istikharah bukan kita buat sekadar nak pilih pasangan hidup. Kalau terasa hidup makin keliru buatlah istikharah "

Aku cuba memahami.

Sungguh baru aku sedar. Aku bukan lagi seorang yang baik. Aku masih lagi perlu banyak bimbang dari sekelilingku.



No comments: