Monday, 24 February 2014

Lamanya nak cuti.





Bulan ni lansung takada cuti. Aku dah tengok calendar kot-kot ada cuti untuk aku balik kampong tapi hampeh. Xder cuti doooohh. Adoii.  Sekarang pulak midterm ke apa-apa kelas ganti ke akan dibuat hari Sabtu.
 
  
Weekend - ada program dengan GG untuk charity work rumah anak-anak yatim . Start 15 March kalau tak silap. Oh.. oh.. exam sume hari Sabtu dan maknanya weekend beberapa weekend yang seterusnya ni akan dihabiskan kat angkasa kondo aje la.
 
Wuwuwuwuwuwuu..

 
Gimana bisa jadi gini sih. Waduh, waduh.  After 2nd sem ni, ku intai cuti cuma seminggu for 3rd sem. Yes. aku setahun 3 sem. Why why macam tu. Koz aku ni kan special sikit. Eh?? Perasan nyer kau ni hahaha
 
Ahh.. aku perlu bergegas ke photocopy shop atas secret recipe untuk printlan lab report yang aku tak siap lagi ni. Pukul 2 dah kena hantar dah. Oh, semua dah dekat dah. Eh, tau tak kawan aku tu, dia tak belajar sangat pon tapi result dia Bomm weh. Sorang lagi kawan aku cakap kat dia.
 
" Dia tu memang gifted"
 
 aku terpempan.
 
Oh aku gadis biasa
Oh aku insan biasa
Perlu ada usaha untuk Berjaya
 
Oh aku cemburu dengannya
Ohh..0hh
Tapi aku tahu dan amat tahu
Semua orang pasti ada kelebihannya.
 
Ciou dulu. Wish me luck!!

Saturday, 22 February 2014

Spread Our Love #1

Apa yang membuatkan wanita itu special daripada lelaki? Malu yang ada pada mereka sangat tinggi. Betul?

' Boleh tak kau jangan nak malu sangat. Buang segala sifat malu tu'
Tidak! Tidakk!! Jangan buang sikap malu itu. Perasaan malu itu adalah benteng penting dalam hidup. Terrlalu penting.Aku ada dengar tapi tak pasti siapa yang bagitau, di akhir zaman ni banyak perempuan yang hilang perasaan malunya. Apabila hilang rasa malu itu, jangan terkejut perempuan akan lakukan sesuatu yang jauh daripada yang di sangka. Ustaz tu cakap dan aku cuba digest. Ada betulnya ya..


Wednesday, 19 February 2014

Apa rahsia nama Aiman ya

      Dah hampir setahun rupanya aku duk UCSI university ni. Nak kata apa entahlah. Nak luah rasa tak terluah pulak. Nak telan pun tak mampu nak ditelan. Dunia ini membuatkan aku celik dari dunia aku. Terlalu dunia ini berbeza.



       Oh ya dah hampir setahun tu jugaklah, ni kali pertama terserempak dengan senior budak medic tahun 2  nama Aiman. Ermm aku dah mula rasa curious dengan orang yang bernama Aiman ni. Daripada aku kat sekolah lagi sesiapa yang bernama Aiman ni mesti good looking. Aisehh.. apa makna Aiman ya?? Nampaknya aku kena letak nama ni sebagai koleksi nama calon anak-anak nanti. Anak-anak?? Macam ramai je tuh. Insyaallah la. Lagipun keturunan aku ni majoriti anak lebih daripada 5 hehe. Masa kat sekolah dulu, Mr satria pon dengan nama yang sama jugak. Dia handsome tapi not my taste. Amacam bajet gila aku ni. hahaha

        Lepas tu masa SKSPM hari tu abang fasi pon nama aiman, good looking dan  bijak. Bakal doktor. Nasib la dia dah tua jauh untuk aku nak crush. Kihkihkih. Yang senior aku sekarang pon student medic jugak. Actually aku tak ambik kesah sangat kalau bab nama dan rupa gituh tapi tak pasti sapa yang mentionkan kat aku. Kak cik or kak ngoh. Nak nak pulak dengan Hero Malaya yang berlakon Vanilla Cokelat tu. Aiman Hakim Redza. Lagilah menguatkan hujah ni. Plus, Aiman Azlan, Vlogger Islamic tuh. Aku baru je lepas tengok beberapa vlog dia. Seryes aku suka tengok mamat tu. Tahu agama dan speaking dia best kot. ya iya la orang study oversea kot kalau tak tahu cakap omputih memang pelik la kan.

          Aku kat Cheras ni pon dah dikelilingi foreigner terpaksa terkial-kial cakap omputih walaupun grammar tunggang -langgang sekalipon. Nak hidup. Cakap Melayu hanya dikalangan kita yang Melayu ni je. Tapi ada sorang budak lelaki Cina ni. Daniel namanya. Dia selalu tegur aku dalam bahasa Melayu. Nasib baiklah kau Orang Cina Daneil oi, kalau tak tak maunya aku tersanggut susah. Dia handsome pulak tu sampai member aku siap nak try usha lagi kihkihkih. No comment.  Orang melayu ramai lagi kot. Tapi serius orang yang bukan melayu lagi dan lagi dan lagi gentleman daripada orang melayu. Kadangkala aku terfikir kan elok kalau lelaki melayu bersikap macam diorang. Diaorang memang mengalah pada perempuan tau. Kalau keluar lif bagi yang ladies keluar dulu. Kalau kat pintu siap tolong pegangkan pintu  tu lagi bika kita nak keluar. Hhaha.. hati terasa melting dohh..

        Tapi tapi  perbezaan banyak sangat dan takmau pulak la nak ambik risiko tapi kalau betul-betul ada yang serius apa salahnya kan? haha.Macam sorang kakak senior tu, dia dengan mamat arab. tapi mamat arab tu belajar kat oversea sekarang dan diorang masih berhubung. See?? Tapi aku tak berani nak komen lebih-lebih sampai ke mana.

       Dah nak magrib rupanya aku ni. Masak air tapi sibuk tulis blog sampai air yang panas tu pon dah nak sejuk balik dah pon. Ahhhh... aku nak gi minum air kopi. Mata ngantuk ni. Malam ni nak siapkan assignment rumah Syu.

Monday, 17 February 2014

Duk diam-diam dan berfikir kejap

Betullah bila kita dengar benda baik hati akan terasa tenang nya. Bila aku bukak dengar kata-kata Ustaz Khairi waktu cuti hari tu aku rasa yang hidup aku masih kosong. Apa amalan aku? Aku just enjoy my life without thinking apa yang aku nak bawa nanti di akhirat. Mcam mana kalau Allah hantar malaikat untuk cabut nyawa ku saat ini? Adakah aku dah bersedia untuk menemui Nya? Adakah amalan aku dah banyak untuk menghadapnya?

Aku tahu aku ni bukan budak alim pon. Amalan pun biasa-biasa je. Yang wajib aku buat yang sunat jarang-jarang. Boleh ke nanti aku masuk syurga?

Ajal dan maut tu tak siapa yang tahu. Muda bukan bermakna hidup masih panjang. A few days ago, ad berita kematian sorang budak PALAM. Aku pernah belajar kat PALAM so aku tahulah info sikit kat sana. Budak lelaki yang umur sebaya dengan aku. Asasi jugak meninggal dunia lepas solat Subuh. Ya allah.

Aku tergamam. Kawan dia kejutkan untuk bangun tapi dah tak bergerak. Aku dapat tahu yang dia ada minor heartattack sebab selalu tidor lambat atau tak cukup tidor. Itu yang diorang bgitau aku. Itu hanyalah sebabnya tapi sebab utama ajalnya dah sampai.

Aku pun teringin nak mati muda.

Orang kata sesiapa yang mati muda ni adalah orang yang baik-baik.

Tapi aku baik ke?? Masih sikit amalan aku kat dunia ni.


Bila Allah kirimkan kita hidayah tu, maybe Allah nak kita berubah. Hidayah itu datang dalam pelbagai bentuk. Maybe Allah pertemukan kita agar aku sedar, hidup ini bukan untuk mengejar dunia semata-mata. Akhirat itu lebih utama.

" Buatlah solat Dhuha "

Kata-katanya menggoncang hati aku.

" Banyak khasiat daripada zikir itu. Cuba amalkan insyaallah kau akan rasa kesannya dalam hidup "

Aku diam tunduk.

" Istikharah bukan kita buat sekadar nak pilih pasangan hidup. Kalau terasa hidup makin keliru buatlah istikharah "

Aku cuba memahami.

Sungguh baru aku sedar. Aku bukan lagi seorang yang baik. Aku masih lagi perlu banyak bimbang dari sekelilingku.



Thursday, 6 February 2014

100 years Doraemon 0_0


Alkisahnya ini berlaku minggu lepas masa orang lain duk belumba-lumba nak balik kampung sebab cuti raya cina. Tapi memandangkan aku tak balik ( sedih bangat doh!!) aku pergi lah satu expo ni. I dunno pon ada expo yang macam ni kat hatas dunya ni. First time dengar that's y la terasa bgitu excited nak pegi. Kawan roomate aku yang habaq mai,Cacing namanya. Serious aku tak tipu memang nickname dia Cacing. Bila orang tanya dia knp nak dipanggil macam tu, dia kata nama dia pangjang sngkat Kang Kah amenda entah. Susah nak ingt so dia pon cari nama yang unik dan senang orang ingt. Terjadinya Cacing. Tapi it's okay lah sebab dia orang Cina. Cuba habaq mai apa akan jd kalau orang Melayu nak nickname macam ni. Anyonyo. Tidakkkk!!

Masa dah start cuti tu, aku ingat nak balik terus je umah k.la tapi dah alang-alang Affwan nak pergi so aku temankan lah. Untung- untung dapat jugak jumpa Doraemon ni. Memang aku minat jugak kucing biru ni tapi sebab dia ada kat Tv waktu maghrib so tak bolehlah nak tengok. Waktu orang sibuk nak semayang maghrib waktu tu jugak nak main kat Tv. Aisshhh.  Tu yang jarang tengok. * Tengok jugak!* 

Doraemon. Semua background dia warna biru. Lawa ter! Aku suka!! Aku suka! Tapi nak masuk rupanya ada fee jugak. RM 25 for adult. Tak perasan pulak yang aku ni dah masuk dalam lingkungan adult. Terasa masih kanak-kanak ribena gituhhh

Mula-mula sampai dah nampak benda ni punyalah besar. Comel kan?
I thought it was  Doraemon's sister tapi my friend kata itu Doraemon waktu kecik before berubah jadi Biru. Pelik je kan. haha

Terowong masa berwarna biru ^ ^

Kalau shape saje, Doraemon ni takder lah comel sangat pon. Terasa aku lagi comel. Miahahaha

" Eh, budak mana pulak nak ikut aku ni" wajah Doraemon nampak terkejut gila bila aku nak ikut dia. Percaya tak percaya tak? :D

Kan dah kata Doraemon tu sebenarnya kuning. Ahh.. aku tak minat sangat warna kuning. Nasib baiklah dia dah bertukar jadi Biru. Biru aku suka.

The story said, after  si tikus yang montok tu gigit telingan dia la dia nangis lama sanagt sampai jadi biru. haha aku tahu mengarut semua tu tapi otak terpaksa positif untuk terima that story.


 Kembar ke? Ah.. tidakk!!

Bunga fav aku. Sakura pon ada jugak. A'a la dua-dua asal Jepun. Aku teringin sangat nak pegang bunga sakura yang betul-betul. Insyaallah.

Bersama deretan Doraemon.

They are so cute miut.

Eiii.. geram pulah aku nak menengok yerr.


Mencuri kemiutan mereka berdua membuatkan wajah terasa cute tiba -tiba. Haha perasan kau perasan.

 Doraemon terlalu banyak sampaikan aku tak tahu nak pilih untuk bergambar dengan yang mana satu. Aisehh.

Eh, tang bila pulak Nobita ni kawin dengan Sizuka. Tak pernah pulak aku tahu.


Apa motip?

Hanya berdua je. Dan ini one and only gambar berdua. Itu pon mintak tolong sorang budak untuk tangkapkan. Even berdua je we both minat Doraemon ni. hehehe.
consider je la we all masih kanak-kanak di bawah umur haha

 Yang ni tak kenal. Ketua kampung agaknya.

Again in the weeding of Nobita dan Sizuka.

Nama pergi pameran tapi dalam besar-besar tempat tu, hanya ini je bahan untuk explain pasal Doreamon.

Bertegur sapa dengan mak ayah Nobita

Nampak real tak? Hoi hoi. Pandai pulak aku berlakon ni kan kan?

Ma Sunio yang comel.

Yang ni tak kenal tapi sebab dia comel jugak so aku ambik la jugak gambar dengan dia.

Cikgu Besar yang garang dan comel.

Giant yang bersuara macam enthapehape.

Again konsert Giant :P

Did u notice this place?




Save his cat

Ayu macam Sizuka tak? * kenyi mata seribu kali *

Ni dah apa kes la budak sorang ni. Aku pon dah tak tahu apa nak kata lagi dah. Hahaha

Meniru kecomelan si kucing.

Aik??

Kenapa gambar blur je ni? Maybe aku excited sanagt tengok benda tu keluar agaknya hhaha

The almari kain baju maybe

Aku cuba tinggikan badan untuk sampai pada kipas terbang tu tapi tak sampai. Okay sekarang aku mengaku yang aku tak cukup tinggi. sob sob. Kenapa dia letak benda tu tinggi sangat. Ni Malaysia hokay, kita kan saiz comel-comel je. Tak derlah tinggi galah macam orang Jepun tuh.

Public phone!

i dont know who it is

Mesin air?

Hoi hoi.. ku suka gambar ni even blur blur sikit.


More..

Okay dah habis dahh.. Jalan keluar untuk pulang dah pon.

Kat situ everything pasa Doreamon ada. Daripada baju desingn Doraemon, Barang -barang. Makana macam kueh fav dia tu semua ada. Aku dah rasa macam aku pergi kat Jepun pulak haha. Angan-angan lebih aku ni. Tapi tak salah lah nak berangan-angan. Manalah tahukan anagna-angan tu akan jadi suatu kenyataan suatu hari nanti. Ameen!! Mudah -mudahan.

^ ^