Thursday, 30 January 2014

Trip to Animal Zone KL Tower

Assalamualaikum

Waktu tu aku  tengah duk lepak-lepak sambil jalan-jalan di maya tengok ada benda menarik  tak, then aku terbukak satu website ni, aku pandanglah satu tempat ni. Nampak macam best je.Tempat binatang. Memandangkan roomate aku ni suka sangat nak tengok binatang so aku bagitau la kat dia yang aku ada terbaca kat KL Tower ada tempat binatang. Memang situ bukan zoo tapi ada tempatnya di base of the tower.

Kak Aisyah cepat-cepat tolong bukak google map nak cari cara naik public transport ke sana. Sebenarnya aku takut sesat je nanti tapi dah yang lain pon tak kesah untuk sesat bersama so we decide to go.

Nasib baik sampai di TBS kak aisyah tanya kat kaunter pertanyaan dulu. Kitorang nak berhenti kat Masjid Jamek tapi rupanya bhenti kat Changlung. Ok ok. Tak salah la peribahasa orang tua-tua dulu, malu nak bertanyaakan sesat jalan. So muka kita ni agaknya muka tak malu lettew hahaha.

Pergi berenam and all ladies. Pada mulanya nak ajak seniorku yang satu itu, Mawi ( world hehe) tetapi lepas tu decide tak nak. Hari kami yang gegrils aje takmau diganggu oleh cowok-cowok. Lagipula aku tahu, Mawi kan student medic, of course la banyak benda yang nak di cover nak nak pulak dengar kata diorang tengah nak ada test. Lagi la kan.

Then, turun KTM terus terjumpa satu peta kat situ. Hati mengeluh. Dalam peta tu we all sepatutnya turun kat Masjed Jamek barulah dekat. Tapi tetiba ternampak KL Tower begitu gah depan mata.  Dah deklatlah weii. Excitednya bila tengok bangunan tu betul-betul di depan mata.Ouchh.. kitaorang hanya perlu jalan sikit aje. Then, ada pak cik kata naik shuttle bas untuk ke menara.


Cantik betul menara KL ni... 

Bila dah sampai betul-betul kat base menara ni, rasa teruja giler akhirnya sampai jugak kat sini. Yeahh.. it was my first time ^ ^

Ber 6 dengan wajah yang superduper excited!! Gambar ternampak gambar tangan si stranger yang kitaorang mintak tolong ambikkan tuh. Tapi takpe la. Asalkan ada sudah.
===

Cantik sungguh permandangan kat situ. Appreciate the nature!

Maybe sebab Pesta Negeri kot diorang design kan tempat tu macam tu. Entah la.. tapi cantik sungguh dengan rumah-rumah negeri yang ada kat bawah menara ni.

Bagi menguatkan andaian aku yang kat sana akan berlansung Pesta Negeri, kitorang bergambar di depan benda alah ni. By the way,  ternampak beberapa orang yang sedang repair stage. I'm not really sure samaada program tu dah lepas ke belu. Alah.. kalau belu pon, kau nak pergi ke? Tak ko hehe

Oh ya, waktu dalam shuttle bus masa nak naik kat KL Tower ni, ada jumpa seorang pak cik dari dari  Japan. Dia datang sini nak travel. Ermm.. di tegur kitaorang.

" Are you muslims ?"

Kitaorang angguk la. 
"You are wearing hijab. Did you where it in your house?"

Terkejut doh dengar pertanyaan Pak Cik ni. Nampak sangat dia tertarik untuk tahu Islam. Maybe dia tak der opportunity untuk kenal Islam lagi. Seorang dari kami jawab la bla bla bla. Moga hidayah Allah nanti sampai padanya. Ameen!

Ditengah tu pak cik Japan tu. Namanya Nakayama. Terserempak pulak kat atas dan  dia nak ambik gambar kitaorang. Bab -bab bergambar ni susah nak ditplak kihkih. Dia ambik dengan camera dia tapi lepas tu kitaorang pulak yang guna camera kami. Lepas tu tertunduk-tunduk, kebiasaan orang Japan bagi hormat kan.  ^ ^

Berlatar belakangkan rumah melayu lama. Semua bajet ayu je :D

Aku ni pure Kelantan dan untuk menunjukkan semangat ank jati Kelantan tu, aku pon bergambar dengan replika rumah negeri Kelantan hohoho.Kalau aku tak silap, situ ada replika rumah semua negeri ada kat situ. Cantik! Macam rumah betul cuma kecik je.

 Masa pergi tu kawasan ni macam tengah tutp je. Sob sob sob nangis tak berlagu. Mesti kalau time yang betul-betul ada festival tu best kan. Ermm, dah takder rezeki kamilah tu agaknya kan kan?

Macam dalam gambar dolu-dolu. Duduk di bawh rumah yang nampak so so klasik sehingga menyebabkan muka keklasikan itu terserlah diwajah kami acece

Oh ya, i rasa yang ini rumah selangor kot. Seryes cantik dan aku suka sangat pattern rumah yang macam ni. Nampak terover unik dengan rekaannya . Tapi kalau nak rumah macam ni, aku kena jadi rajin girl la ya. Kalau dengan perngai sekarang ni, tidak ke malu daripada halaman rumah lagi orang dapat tengok bersepah. Hisyy, malu nanti wooo.

Siap je pusing kat atas tu, my girlfriends and i pon berbalik lah pada agenda utama nak pergi tengok haiwan.

In front of that place ~~ tempat  haiwan-haiwan exotic!

Nampak lah burung kak tua a.k.a burung nuri yang bulunya cantik gilos dan aku pon nak la gi ambik gambar dengan dia. Tup tup kena caj RM5. Adoosshh, pandai hangpa buat duit ni, ambik gambar pon caj mahai macam tu. Bukan luak mana pun burung tu kalau cek tangkap gambai. Hisyy...watever la.

Lepas tu, kitaorang masuk dalam Animal zone tu. Masa kaki melangkah masuk, sepontan dos aku terbelalak keluar sambil dada berdegup kencang. Takut weyyhh. Aku takut sangat bila tengok Cik Ul yang sedang berlingkar macam kekencangan. Dah la saiznya yang besar berkali ganda berkali lipat. Terasa nak keluar je dari tempat tu tapi alang-alang dah datang kan, takkan lah nak blah macam tu pulak. Aku kumpul keberanian sikit. Ahh.. aku memang takut Cik Ul. Takuttttt!! Tapi aku cuba jugak. Dan akhirnya aku berjaga masuk dengan muka sehabis daya cuba di coolkan.

Belakang aku tuh ada seekor Cik Ul yang besar sangt. Kat atas tu cuma kecil je dan berwarna kuning. 

Tapi ada satu kat bawah yang bersai besar. Ini dia. Punyalah besar cik ul berwarna kuning. Eeii.. seram aku!


 Ni  pulak warna hitam. Bukan main besar lagi kau ya, agaknya kau ni species anaconda yang makan orang agaknya tak eh? Aisshh, kalau dia telan aku, mahu kencang gile kau nih.

Antara haiwan yang dikategorikan exotic kat sini adalah. Mr. kura-kura or apa benda ni eh? Lupa pulak aku nak tengok signboard dia. Tapi kalau tak silap aku dah betul la tu.

 Bersama sejenis haiwan yang bernama RACOON tapi aku tak tahu lah bahasa biasa ni orang panggil binatang tu apa. Macam kucing garfield tapi bukan. Dia tidor atas dahan macam tu dengan nyenyak. Kitaorang panggil pun kejap je dia angkat kepaa, then tidor balik tapi he's so cute!

She's eating!! Ergghhh. 


Ini pulak lizard yang saiz besar punya. Tak tahu jugak nama spesifik dia hehe


Dah habis meronda kawasan tuh, hati terasa seronak beronak ronak. Banyak betul binatang yang tak pernah tengok. Ada labah-labah pelbagai versi. Kura-kura kepala dua. Si Chipmunk yang tengah lena tidor sampai koncangkan sangkar dia pun still tak bangun-bangun. Mengada lettew haha.

Masa on the way nak balik tuh, ternampak  a few quotes kat situ. Macam unik pulak aku tengok!!




Nice je kan?? i love it ^ ^

Tuesday, 28 January 2014

Cerita semalam

Walapun hari ni hari Rabu tapi aku dah tak ada kelas. Ramai aje kawan-kawan yang ambik kesempatan untuk balik kampung wuwuwu. Tapi aku dah decide nak balik rumah k.la kat Punchong je la. Sebab esok ada satu kelas lagi. Lagipula saving ku makin sikit nak nak pulak tiket bas ambik kau mahal gile. Alang-alang minyak naikkan. Pergi balik almost 100. Pastu takkan dalam perjalanan tu tak nak beli apa-apa kan? Lebih-lebih lagi kalau orang tu adalah aku. Timbal balik 200 tu maybe. Hahh.. terasa ke'boros'an disitu. Perangai tak boleh blah.

Awal pagi esok lepas kelas terus nak pegi rumah kak la, jumpa mursyi hehe. Makin tembam Mursyi sekarang macam auntie dia nih..

Semalam aku ada join usrah. Itu pun kebetulan jumpa Fana yang on the way nak pergi sana. Kelas abis awal semalam so dia ajak aku join usrah yang katanya diabawah ABIM. Aku tak tahu sngt persatuan apa tu. Tapui memandangkan dah takder kelas so y not aku join. Alang-alang tu boleh tambah ilmu akhirat, insyaallah.
so, murabbi tu seorang ustaz graduan Usuluddin, UKM dan akan sambung Master katanya. Dia bercerita sikit apasal niat. Yang kita kena tajdid niat dalam sebarang tindakan. Niat tidak pula menghalalkan cara.

Ada satu yang akutertarik bila dia bercerita tentang arwah Ahmad Ammar. Katanya Arwah adlah salah seorang sahabatnya. Dia bercerita untuk kitaorang mengambil semangat ammar untuk syahid di jalan Allah. Arwah tu waktu 18 tahun dah join macam -macam misi sukarelawan untuk tolong orang susah. Dia tu dalah pelajar cemerlang di University kat Turki. Walaupun baru je ke Turki tetapi boleh catch up dengan bahasa Turki. Masa peristiwa insiden tu, arwah dalam perjalanan nak pergi sampaikan tazkirah ada satu kitab ni. Lupa pulak nama kitab tu. Arwah dah khatamkan bacaannya so dia nak kongsi ilmu dengan orang lain.

Bayangkan van yang turun laju dari atas bukit tapi bila dia langgar arwah Ammar, tidak ada kesan sedikit luka pun pada badannya. Even cermin yang dipakainya jugak tidak pecah. Subhanallah. Kuasa Allah kan. Lepas beberapa jam tu, peluh keluar di dahinya. My friends kata dua ada dengar ceramah ustazah yang ciri- ciri orang penghuni syurga adalah bila dia mati ada peluh keluar. Ulama' pun bersependapat yang arwah Ammar mati syahid. Dan ada yang mengatanya sebagai ' SYAHID YANG TERTANGGUH'.

Subhanallah, di dunia sahaja kematiannya dimuliakan Allah bagaimana pulak dia akhirat kelak. Sungguh aklu kagum dengan perjuangannya. Moga semangatnya itu dapat aku ambil juga dalam kehidupannya. Semoga hidup akan diberkati Allah.

Wednesday, 22 January 2014

Aku & 2 Pemuda Soleh

Assalamualaikum

Ingin aku bercerita pasal 2 orang pemuda tampan yang menjadi sejarah hidup. Cewahh.. menjadi sejarah hiduplah kononnya walhal takder side effect pon aku kenal diorang tu. Oh oh.. ada la, aku cuma berharap akan jumpa orang seperti mereka. hehe

Waktu tu, aku form 3dan my sis form 5. Aku ada terdengar  perbualan ma aku yang duk puji 2 orang student sekolah arab tempat kakak aku belajar. Aku pon eager la nak tahu siapakah itu. My mom memang puji la diorang berdua tu nak nak pulak diorang tinggal menyewa kat kampung  aku. Setiap waktu solat akan ada wajah diorang kat surau tu. Cuba bilang sama aku, siapa yang tidak berkenan jika lihat pria sebagus itu hahaha. Kedua-duanya tahfiz. Woooww..  dan  waktu tu sedang habiskan STAM di sklh agama.


Tidak lama lepas tu, bulan ramadhan pun tiba. Aku tinggal kat asrama tapi if you know me better you akan gelengkan kepala atau maybe korang akan cakap,


Aku tak paham la dengan budak tu, setiap minggu balik, baik tak payah tinggal kat asrama. Rumah jalan kaki je dari sini. Kan baik bagi pada student lain yang lebih perlu!


Ok, fine!! Aku tahu memang salah aku sebab selalu lari dari asrama sebab nak balik rumah. Ala, kalau ikutkan aku memang aku taknak masuk tapi ada sebab yang terpaksa aku masuk. Acece.. tak der lah TERPAKSA sangat. Actually my mom suggestkan je sbb aku ada ramai anak sedara kat rumah. Buku-buku dah banyak kali kena koyak dek  diorang. Aduii... dah  nama pun budak, apa je yang diorang tahu. Asalkan happy je dan mana diorang nak fikir samaada buku tu penting atau tak.


ok ok.. back to the story, waktu solat terawih tu, aku pergilah surau kat kampung aku tu. Masyaallah terkesima kejap dengan bacaan imam solat tu. Memang best sangat. Tajwidnya sedap didengar dan dia baca surah panjang yang lain-lain setiap malam. Aku pernah dengar kakak aku cakap kalau budak tahfiz biasanya akan habiskan 30 juzuk untuk solat terawih pada bulan ramadhan. Insyaallah hafalan makin ingat. Ramai kot orang kampung aku dok bercerita pasal diorang berdua tu. Oh ya, suara diorang kalau jadi imam hampir sama dan aku takcam yang mana satu A dan yang mana satu S. Memang ramailah mak cik-mak cik yang berkenan nak dijadikan diorang menantu.


ok.. lepas setahun tu, aku dah masuk form 3 dan dua-dua A dan S tu pulak dah balik ke negeri asal diorang kat Kedah. Diorang datang Kelantan pun sebab belajar kat sini aje. Lebih bulan 3 kalau aku tak silap result STAM keluar. Ok, aku tak tahu result diorang. Tak kesahlah pasal result tu. Bagi aku diorang dah cukup berjaya ^ ^


Tapi yang mengejutkan aku bila dapat khabar si S tu nak kawin wuwuwwuuu.. Sedihnya!! Bajet macam la orang kenal aku hahaha. Bakal isteri dia masa tu baru lepas Spm dan tunggu result. Kedua-dua masih muda kan? Tapi tak salah kot nikah awal sebab boleh elakkan maksiat. Dah la isteri dia tu sama sekolah dan cantik sangat, warak pulak tu. Sepadan je. Ye la. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan kan? Kiranya diorang ni kawin muda la.. Sweet je kan? Lepas kawin si S dan isterinya tu sambung belajar kat U sama. Lagi bertambah sweet gitu. Si isterinya tu pulak dah pakai purdah. Insyaallah semoga mereka mendapat redha ilahi.


Oh ya, pasal sorang lagi pemuda, A tu aku dengar cerita yang dia further study kat timur tengah. Kalau tak silap aku ke Mesir.Maybe Al- Azhar kot. Ouucchh, dah berkawin ke dia sekarang heh?? Kebanyakan student dalam bidang agama ni kawin awal dan masa tengah study kan. For the sake untuk elak maksiat.  Si A ni aku tak tahu pasal dia. Hanya tahu perkembangan S saje sebab S dah officially jadi penduduk kampung aku hehe


Bertuahnya kalau jadi budak tahfiz macam diorang. Semua orang senang dengan kehadiran diorang kat kampung tuhh.. Oh!!

Aku suka keperibadian diorang tapi aku tahu aku dengandiorang tak sekufu. Diorang budak tahfiz kot. Tapi roomate aku pernah yang pada aku ada benarnya.



Me :  Hrmmm.. nak jodoh yang soleh tapi rasa tak layak pulak sebab tahu diri ni bukan solehah

She :  Apasal pulak tak layak. Kalau betul kita nak orang yang soleh untuk mendampingi kita, berubahlah. Berubahlah untuk jadi solehah. Insyaallah.

Me :  Nak berubah bukan mudah!

She :  Tak apalah.. sekurang -kurangnya kita mencuba. Jika tak mampu menjadi benar-benar solehah, cukup la dengan menjadi sedikit solehah.







Monday, 20 January 2014

Because i'm too shy



" Aku malu. Bukan sebab ada mamat handsome ke apa ke tapi aku malu. That's ol !"

Seryes i don't have any solid reason jika ditanya malu sbb apa? Benda tu macam natural behaviour la kot. I think so. Yang tak boleh blah lagi bila malu tu, semua benda rasa tak kena. Pandang kanan tak kena pandang kiri tak kena. Aduii.. tak suka betul bila rasa malu datang nak nak bila ada strangers around me.

Okk.. aku agakkan pasti orang akan cakap aku sombong atau seumpama dengannya tapi realitinya itu semua sebab rasa malu. Aku ada tanya first impression bila jumpa aku. Dan rata-rata kata yang aku sombong. Yaayaya.. mungkin betul la kot sebab aku tak suka bercakap benda yang aku taknak cakap.Tu je..

" pokok semalu, duri semalu... seryes aku malu "


Apa -apa je la aku ni.

 Okay. Life kat sini not that bad even kadangkala aku rasa aku teruk bangat sih. Hari tu kawan aku ada mention kat aku yang dia dapat offer YPPB. Congrates to him. Aku nak cakap lebih aku tak tahu nak explain macam mana. Semua benda ada baik dan buruknya dan aku dapat sedikit info yang kurang menyenangkan about yayasan. Cuak pulak hati aku ni. Mana tidaknya aku kan bernaung di bawahnya sekarang. Aku cuma harap sesiapa je yang dapat apa-apa offer ke mana-mana. Jangan lupa buat solat istikharah dulu pada Allah untuk mintak petunjuk. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kadangkala kan kita terlalu mengikut kata-kata orang. Tak kata orang lain tapi aku kata aku pasal aku. Terlalu mudah percaya pada kata-kata orang. That's our life. Kalau kita buat kesilapan sekalipon, aku yakin akan ada peluang untuk mencuba lagi. Gagal sekali bukan itu bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Dulu aku berharap sangat dapat futher study in medic tapi bila dah dapat offer untuk Pharmacy ni, aku terima. Mungkin itu yang lebih naik untuk aku kan. Tapi kalau sekali lagi aku tak mampu untuk ambik course ni, insyaallah akan ada yang lebih baik.

Bukan bererti aku tak dapat impian aku, itu dah gagal. Insyaallah tidak. Kejayaan itu datang dalam pelbagai bentuk insyaallah akan ada kejayaan di balik usaha kita. Ameen.



Alhamdulillah, sepanjang duk sini, semua aku jumpa adalah orang yang baik baik. Harap-harap lah aku ni menyenangkan orang dan aku tak nak lah ada yang membenci diri hamba yang kerdil ini hehehe

Sunday, 19 January 2014

Celebrate birthday budak Africa!


Mulanya Affwan ajak aku gi asrama on campus. Katanya kakak senior nak buat makan- makan. Dengar saja perkataan makan tu terus sahaja aku angguk nak pegi. Haha. Tapi terfikir jugak. Apsal tetiba pulak buat makan besar. Kot- kot ada yang nak buat majlis bertunang ke apa ke sapa tau kan? Atau atau birthday party. Tapi siapa pulak bulan ni. Rasanya tak ada.

Pergi je la kan bila orang dah ajak makan tu. Gratis sih kok kamu enggak mahu sih.
Keep waiting sampailah ku tahu makan- makan untuk apa.

' Happy Birthday Ali Mouta'

Dia budak Africa. Diorang celebrate coz budak tu baik dengam diorang dan bdak tu dah pindah untuk ke North Wing. Kitaorang kat South Wing so probability nak jumpa tu sikit laa..

Even majlis simple tapi punya ertinya sendiri sih. Best kot bila dirai gitu. Boleh tengok budak tu yg keharuan hehe. Birthday boy gambar paling kanan. Lelaki yg pakai baju biru tu.

Aku dengan Affwan datang pun atas undangan kakak - kakak ni la. Even 1 taun je beza dari kami still panggil diorang kakak baru lah I terasa muda gitu hahaha


Dah la aku datang tak bawak hadiah pon kak si birthday boy,Ali tu tetiba dia yang bagi setiap orang satu. Baik kan dia. Hahaha.

May Allah bless you and be a good muslim, Ali Mouta. HAPPY BIRTHDAY!!

Wednesday, 15 January 2014

Sabarlah... kerna sabar itu indah.

Jujur jika musibah yang berlaku memang sukarnya tersenyum dan ketawa. Mana mungkin kita mungkin kita seceria tu. Tak ada perasaan kah? Of course la kita ni ada hati dan perasaan. Menangislah untuk buang kesedihan itu. Lepas dah abis menangis, lupakan semuanya. Tapikan bercakap tu memanglah senang tapi nak hadapi semua tu yang susah. Nak nak aku yang jenis memendam masalah sendiri ni. Kalau tetiba meletop kerna tak dapat tampung lagi siapa susah? Aku jugak yang susah nanti.


Tapi betullah kata-kata orang, orang tua ni banyak ilmu. Banyak pengalam hidup yang boleh dijadikan iktibar. Aku yang makin hari makin meningkat umur pon dah rasa yang hidup ini bukan semudah Abc je.

Huuhhh...keepsmiling dear. hopefully it will bring happiness to you. Ameen!


Maacam maana nak buat sekarang bila semua yang aku rancang maca tak boleh tak selesaikan jer ni. Adoshh!! You can do it  Syerah.

TABAH !!

Yakin pada rezeki Allah. Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya!

Tuesday, 14 January 2014

Peristiwa kena bom and buat operation!


     Aduh... entah dimana silapnya sehingga eksperimen aku bertukar menjadi tragedi. Deboommm!! Punyalah kuat letupan tu mengegarkan tahi telinga aku. Adoii tak sangka begitu teruk effect nya. Citernya bermula bila perut aku rasa lapar so aku decide la nak rebus telur dalam microwave. Dah biasa buat lagipon macam tu.  Aku pun masukkanlah mug plastic yang tebal dengan sedikit air which is separuh dan masukkan telur. Then letak dalam microwave pada level medium dan tinggalkan selama 10 minit. Aku rasakan yang aku telah tersalah temperature yang sepatutnya. Dulu aku buat level low je ni tetiba buat level medium tanpa berfikir panjang sebab perut dah berkeroncong lapar. Nak keluar cari makan kat bawah malas so makan je la apa -apa yang boleh dimakan.

     Masa aku keluarkan telur tu nampak macam okey je pon. Merekah sikit. Then aku buang air yang panas tu lalu aku masukkan air paip. Aku buang kulit telur dia tu separuh. Masa aku dah bersedia nak makan tu, aku bukak yang putih telor. Deboommm!! Bom telor meletop mengena muka aku yang gebus ni. Perit doohhh. Sakit hati sungguh dengan benda ni tapi apa boleh buat sebab aku yang gatal sangat nak rebus telur dalam microwave kan dah kena akibatnya tuh. Habis baju aku bau telor yang semerbak harum la sangat. Nasib baik waktu tu roomate aku ada kat rumah, dia yang tolong aku semua. Bila dah terkejut aku terkaku situ dengan muka yang sudah bertukar merah. Then aku sapu seluruh muka dengan minyak gamat. Ahh.. dah macam orang minyak dah pon  tapi tak kesah asalkan muka xder effect teruk. Tapi terfikir jugak, letak minyak kat muka, nanti naik jelawat teruk macam mana? Ahh.. gua sudah enggak peduli itu semua. Yang penting kulit taknak melecur. Wuwuwuwu. Eksperiment rebus telor itu fail la pulak.


     Pipi aku yang tembam ni nasib baik la tak meletop sama hahaha.  Kalau tidak tak nanya ke nanti tu. Itulah bila perangai tebulashh datang bagaikan tak boleh blah.  Trauma betul dengan microwave ni. Tapi lepas dah sapu semua kawasan yang dibom aku dan Affwan sama-sama tergelak kuat. The girl buy me food la. Terharu beb!! Thanks Affwan for your kindness!!

     Pastu ada operation kat lab Bio. Yang jadi mangsanya adalah Encik Katak dan Cik Tikus. Dah la si tikus makmal yang warna putih tu punyalah cantik dan montel tapi  mati sihh. Kesian ya kamu Cik tikus tapi nak buat macam mana, kitorang guna kamu untuk belajar, banyak pahala yang kamu dapat tau.

     Huhh.. can you see this man tengah membelek-belek badan Encik Katak dengan begitu tekun. Dia ni mamat arab. Namanya Hamza Walid. Seryes handsome! Tapi aku tak paham dia cakap sebab bila dia bercakap even bahasa english tapi tak jelas lansung. Sakit aku nak pasangkan telinga. Dengan loghat arab yang maybe ada padanya membuatkan aku lagi tak paham.


         Saiz  Encik Katak ni begitu besar. Berkali ganda lebih besar daripada katak yang jumpa kat kampung aku tuh. Biasalah bila dah namanya katak makmal so makan dan minum dia terjamin kat sini tapi yang kesiannya dia terpaksa jadi korban eksperimen. Dengan saiznya yang besar tu, segala khazanah dalam badannya tu dapat kitaorang tengok dengan jelas.


         Lagi Encik Katak dikenakan electric current untuk tengok contraction kat muscle dia. Kesian pulak aku tengok bila kaki dia terangat. Ohh.. bayangkan kalau itu manusia. Sakit kan kan? Maaflah Encik Katak. Kitaorang nak belajar!!  

Dua-dua nya boleh dikatakan eksperiment cuma beza telor tu fail tapi operation tu done very well la..



Sunday, 5 January 2014

Dah start daaa.


Assalamualaikum ^ ^

Kehidupan sebagai seorang student dah pon diteruskan balik. Walaupon hati terasa berbolak-balik tetap kehidupan ni perlu diteruskan juga. Keep going..till u die hahaa. Walaupun rasa diri terlalu teruk sebab banyak benda yang berlaku tapi tabah jer la. Jangan terlalu down bila kita x dapat exactly seperti yang diharap. Bersyukur dalam apa jua yang kita dapat dalam hidup, itu yang terbaik bukan?  



Teruskan your everyday life dengan hati yang senang lagi tenang, Syerah. Pergi U hari ni tengok ramai je student yang tengah beratur kat One Stop Centre. Teringat kenangan tahun lepas. Macam aku dulu!!



 Tanjat kite! Gambar apa pulak ni. Oh ya, ini  sebelum masuk kelas yang tengah pack dengan student yang belum keluar, begitulah keadaannya. Jaga mata, jaga hati hahaha

* gambar hiasan semata -mata hehehe
Whatever la u're, love youself and your life.
Keep it up.

Saturday, 4 January 2014

Self Note.

Assalamualaikum


Dah lama aku fikirkan benda ni. I have to do something to change my bad attitude yang ada dalam diri. To be honest, i can't change 360 degree in a wink. I'm human la. Sometimes i feel annoying with myself. Aku dah plan punyalah planning yang owesome and when that time comes, i ruin it. OMG! OMG! 


Macam tahun lepas, i plan to do many things after Spm tapi bila dah buat, ia hanya sekerat jalan jer. Ahhh.. tidak! I have to manage my mood so well because i notice that tahap kerajinan ak dalam melakukan apa jua perkara,it really depend on my mood. Kalau mood okay dan bersemangat, semua kerja buat akan menjadi je tapi kalau mood lintang pungkang, kerja hancus...hancus.. Oh tidak!! Ok, sekarang mood aku tengah ok dan aku tengah tolong edit dan printkan document my sis. Having a break to write this entry. Hahh.. mood ikut seuka hati pulak bila nak datang dia datang bila nak blah dia blah tanpa nak pamitan dengan aku dulu :(


Tomorrow i have class and frankly speaking, i hope that my study will be better. Okay that's a few thing that i plan to do in this year. Hopefully i will have the oppurtunity to do it.


~ Join charity work at Orphanage House organized by assalam society, i guess


~ I will survey  a trip to Broga Hill. I really want to experience the nature there. Dulu hampir je nak sampai sana tapi dah takder rezeki sebab pindah. Tengah usha-usha dulu. Hope adalah rezekinya


~ I plan to be a writer. Sama ada penulis cerpen or penulis novel. You know what, i spend lot of my time in front of Computer and i start thinking, why not i'm use my passion to something that give benefit to me. In fact, i know that i have writing skill even just a bit, right? Ahh.. writing is about our creativity. That's my problem, i'm not a creative person to create a magnificent story. By the way, why not i try it first. Who knows my luck, right? hehe


~ I found a website, YAKIN, and should i try to apply to make my dream as reality. Don't understand what i mean? Haaha. I will try. Insyaallah.


~ What you have to do now, Syerah? Focus on your duty now as a student, please score very well. Allah will change your life if you give an affort to change it.


~ I will try to forget all the character that appear in my life before, i meant the antagonis one that give negative effect to me. Samurai and Zeo. Not include Mr.B la. Mr.B is a character that help me to improve myself because the character is too perfect for me, I thought so but i'm not really know the reality.


~ Dekatkan diri dengan Allah is the key of life Syerah. Nothing can help you except Allah, with His Kindness and Blessing, you will be fine. Dunya wal Akhirat. He will never leave you alone. If anything happen, believe in Allah. As He promises, he always be there!!


Be strong and keep put a smile in your face.







Hang Out ~

Assalamualaikum

Pantai about 30 minutes from my house and that's the only place yang strategik untuk berkumpul dengan kadar yang segera dalam jangka waktu yang singkat. Iya sih, i receive a massage around 5 something. Bersiap dah pon pukul enam. Tup tap tup tap dah nak balik kan.

Jalan tepi pantai dengan penuh keterujaan.
 Air pantai punyalah kuat bergulung-gulung sehinggakan dah sampai pada benteng tempat kiteorang berdiri ni. Something yang pelik kat bachok apabila air laut terlalu kuat. Ah.. takut tau. Rumah kita kan dekat dengan pantai. Kalau laut melimpah bagaimana? Nauzubillah.

Always snap snap. Sementara menunggu ketibaan yang lain. The "must" thing yang girls will do kalau boring hahahahaha ( panjangnya gelak ko. Apa kes?)

 Ya.. ombaknya terlalu kuat bergulung-gulung


smile

Finally, sampailah ke tujuan utama agenda kite hehe.. Makan sate!! yum yum
Thanks for Cik Miiya yang menjadi penaja rasmi kiteorang hari tu. Lain kali ajak lah lagi ya haha

Hang out yang last before go to KL ^ ^

see you later gegirlss sekalian !! Ada jodoh jumpa lagi!

Thursday, 2 January 2014

Women & illness.

Assalamualaikum.

Masa aku tengah rileks kat depan rumah aku, at that time ak tengah berangan seorang diri, aku tetiba dengar my mom bercerita pasal sorang kawannya yang ada penyakit breast cancer and you know what penyakit ini boleh mendatangkan maut yang tidak dijangka. My mom said that the women dah jalani rawatan kemoterapi dah berbulan-bulan tapi suddenly the breast tu membengkak dan bernanah. Oh no, the illness and the pain. Could you imaging betapa sakitnya the women terpaksa tanggung? Subhanallah. 

So, i try la  cari  info pasal Breast Cancer ni. Nak bagi otak mencerna pasal benda ni. Ini penyakit yang makin hari-makin meningkat untuk orang perempuan. Takut bukan? Jadi disebabkan perkara ini menakutkan that's why sama ada suka atau tidak, kita kena ambik tahu dan peduli. Sekeliling kita kan begitu ramai orang perempuan. Mother, Sister and wife. So benda ni semua orang kena ambik peduli. Bak kata-kata yang pernah aku dengar, Mencegah tu lebih baik daripada mengubati. Yes, i'm agree with the statement.

Breast Cancer 

Setiap penyakit yang kena pada badan kita ni, ia akan merebak mengikut peringkat bukan, apabila penyakit tu dapat dikesan pada peringkat awal, cara nak kawal penyakit akan lebih mudah. 


Apa sympton awal penyakit ni untuk kita dapat nak kenal pasti sebab apa yang aku tahu peyakit ni adalah penyakit yang merebak secara senyap. Pesakit tak perasan pon yang dia ada breast cancer sampai la suatu tahap dah sampai ke peringkat bahaya. 

Symptom :

# Ketumbuhan yang dirasa seperti ketulan pada sekitar kawasan. Apa yang aku baca, ketulan ni tidak sakit tetapi hanya disedari ketika mandi dan ketika pemeriksaan dilakukan.
# Perubahan bentuk dan saiz breast 
#  Pengeluaran CECAIR LELEHAN dari puting, dan SAKIT atau ketidakselesaan di sekitar payudara.

Itu antara sedikit sebanyak simpton awal yang perlu women  include me, ambik benda ni dengan serius. That's will kill us, babyeh. Aku tahu ajal maut tu dah ditentukan tapi kesihatan tu boleh diimprove kalau kita tahu langkah yang sepatutnya. Cegah before it's too late.

Orang ppuan biasanya malu nak pergi jumpa doktor atas sebab nak check aje simpton ni. Tak mengapa la. Check sendiri pon boleh derr.. 

Breast Self- Exams

Here, i'm sharing you the step. Firstly, take soap. Bersihkan badan dengan sabun dan buat urutan circle. Sabun akan bantu untuk kesan ketulan pada badan kita. As simple as that and i believe everyone can do it. Sama ada nak buat dengan tak nak jer. Okay kalau nak tahu lebih lagi pasal breast cancer, click di sini

Itu jer seba sedikit yang aku tahu daripada apa yang aku baca dan pencegahan awallah bagi aku penting sebab benda ni kalau nak kena sangat susah untuk dirawat. Maybe akan dibedah untuk buang cancer tu. Penyakit ni boleh bawak maut tau kalau korang pernah teringat yang arwah Endon isteri Mantan PM kita dulu, Pak Lah, jugak meninggal sebab cancer ni. Dah jugak actress Ezean Irdawati. So, take it seriously.

Aku pernah ditanya oleh beberapa individu tentang perkara ni because they expect that i'm science student and i should know. Sebenarnya aku tak tau sangat pon. This is base on my research. Aku baca dan aku buatlah kesimpulan kecil hahaha. By the way, i really hope all of the women out there will care of their health. Perempuan ni adalah individu yang penting dalam jatuh bangun sebuah masyarakat. Aku yakin itu. 

Take care everybody and love life!



Wednesday, 1 January 2014

New Beginning Of 2014 !!

Assalamualaikum

Happy New Year! Sedar tak sedar dah masuk tahun yang lagi satu dah pon. Rasa kejap je berlalu tempoh setahun ni tapi dalam tempoh ini jugaklah dah banyak benda yang terjadi dalam hidup aku. Sama ada yang aku jangkakan dan diluar jangkaan aku. Tahun yang banyak melakarkan kenangan dalam hidup aku. Ada episod yang buat aku benar-benar happy dan ada jugak episod yang buat aku menangis bagai nak rak. That's my life. Hidup yang pada aku terlalu banyak rahsianya dan seringkali apa yang berlaku pada aku terlalu jauh daripada apa yang aku jangkakan.


Ouchh..  bagaimana kehidupan aku nanti? * minda terngiang-ngiang berbicara.


Ok.. tukar mood! Did u notice that i'm still too young?Huhh terasa baru je semua tu berlaku. Terjadi terlalu pantas dan semua ini macam mimpi tapi reality nya aku tak bermimpi pon. Life must go on kan?! Aku tahu itu. 

This photo was taken in March 2013 after i back from going somewhere yang aku tak ingat ke mana aku pergi. And yes, my pipi sekarang lagi tembam dari dulu haha.

Bila masuk aje tahun baru people akan mula lah dok merancang, duk berazam bagaikan. Harap nak buat tu nak buat ni. Same here babeyh!!  Target aku tahun lepas ada  beberapa perkara yang belum tercapai. Hehss, maybe takder rezeki lagi nak capainya tahun lepas so aku nak bawak target aku ke tahun 2014 la.



Photo on Dec 2013. See, pipi makin macam pau. Adushh!!! I cannot deny it, terpaksa jugak la mengaku sebab itu hakikat :P 


My wish 

#  Cemerlang dalam apa jua yang aku usahakan !!

#  Capaikan semua impian aku yang tak tercapai tahun lepas ( apakah impian tu? just keep it as my secret. My dear diary je yang boleh tau hhahaa )
#  Behave!
#  Be a good girl * wink wink *


This new year insyaallah akan bawakkan lebih banyak kemungkinan yang berlaku dalam hidup semua orang. Sama ia dalam bentu nikmat atau musibah, i really hope that i can survive very well. Ameen!!