Wednesday, 1 July 2015

Sedikit tentang YPPB !!

Assalamualaikum.

Tadi saya bukak blog setelah lama tak bukak. bukan apa sekarang ni tengah bercuti kat kampung. Sem break for 2 months. Apa tidak bahagia? Memang hati ini teramat bahagia la nak nak pulak dengan bulan puasa sekarang ni tapi yang part tak best bila seminggu nak raya kitaorang akan start sem baru. Oh ya sebenarnya saya ada motif sendiri tulis entri ni. Saya perasan kan ramai yang TER singgah ke blog ni due to : SCHOLARSHIP. Kebanyakan yang masuk blog ni sebab tertanya pasal YPPB, macam mana dia punya interview and so on. Bagus betul korang semua ni. Macam tu la generasi Y. Put your effort bila usahakan sesuatu. Whenever you decide anything in your life, make sure it's the best!!

So sebagai orang yang dah lalui sedikit perkara dalam hidup, why not i'm sharing my experience untuk rujukan orang lain. Nothing much i can do for people. Hanya entri kecil yang mungkin sedikit sebanyak akan bagi orang sesuatu? Insyaallah. 

Okey berbalik pada YPPB. Majori yang singgah blog saya ni sebab cari info pasal ni. Dulu saya pernah tulis pasal interview yang saya lalui kat sini. Itu di zaman saya dulu la. Maybe procedure tu dah berubah, i 've no idea about that.

 Tapi apa yang saya nak fokuskan adalah bila orang tanya YPPB ni elok ke? Yppb tu sendiri di bawah pejabat pendana menteri dan scholarship ni bertujuan nak bantu bumiputera. So sesiapa yang bumiputera ( include me) sepatutnya rasa beruntung sangat dengan adanya yayasan ni. Sebab one of the objective penubuhan yayasan ni adalah nak tolong anak -anak melayu. kita belajar sejarah kan? dalam sejarah Malaysia pon kita tahu betapa Bumiputera ni jauh ketinggalan berbanding bangsa lain disebabkan oleh dasar pecah dan perintah pihak penjajah suatu ketika dahulu. Hah kedengaran seperti aku bercerita hal sejarah pula tapi itulah hakikatnya. Apa yang aku rasa sekarang, i'm glad to be one of the scholar. Rasa beruntung sebab wujud yayasan yang nak majukan bumiputera.

Apa kelebihan Yppb berbanding dengan Scholarship yang lain? Well bagi aku kalau nak compare macam tu bukan cara yang betul kot sebab scholarship lain macam Mara atau Jpa. Scholarship tu dah lama dan Yppb boleh dianggap baru lagi sebab belum sampai 10 tahun pon penubuhannyer. Aku tak tahu scholarship lain tapi satu perkara yang patut tahu pasal yayasan ni bila once you become part of them, ada NDP every year untuk bantu kita untuk improve ourselves. Lebih kurang macam tu la. NDP ni stand for Nature and Development Programme. Saya punya selalu kat Sunway University dan dia macam kem la untuk scholar belajar speak in english, learn about presentation dan situ juga jadi platform untuk berkumpul among the scholars. NDP ni kira aktiviti tahunan la yang kumpulkan anak -anak yayasan dari seluruh negara. tapi bergantung pada jadual masing -masing la. 

Apa lagi nak tahu pasal yppb? Dulu yang paling saya curious adalah amount yang diberi. Frankly speaking, kalau kita tahu jaga duit dengan baik, amount yang dapat lebih dari cukup for kita to survive tapi bergantung tapi individu jugaklah kalau boros, you have to control yourself. :P 

Rasanya tu je la yang aku terfikir saat ni untuk share pada yang nak tahu dan tercari-cari info pasal scholarship ni.  Yang penting walau apa juga yang kita dapat dalam hidup ni jangan lupa untuk bersyukur pada Allah. Nikmat ni dalam pelbagai bentuk. Tak ada rezeki kita untuk ni mungkin ada yang lain pula. 

I wish to the adik-adik yang sedang melangkah untuk berjaya, for the best of luck!! Kalau rasa entri ni macam kosong je tak membantu pon, tak apalah. hahaha


 dak2 UCSI

wish me luck and all the best people!!