Friday, 1 May 2015

Bingkisan dari dunia lain & Berpesta Buku

Assalamualaikum

Minggu ni ada kemasukan pelajar baru sessi next sem dan aku dapat jiran baru yang majoritinya bukan bangsa aku dan aku tak peduli je la kan. Masing-masing pon dok melayan aku so buat la hal aku sendiri. Namun tiba -tiba aku ditegur satu suara perempuan dalam bahasa Melayu. I'm shocked. 

"Apa khabar dik?"

mengintai arah suara itu dan ternyata ada seorang auntie yang nampak macam orang india atau bangladesh macam tu.

" You can speak Malay?" dengan curious aku bertanya.

" Mak cik orang Malaysia la. Anak je ni orang Pakistan hahaha" katanya sambil gelak. Oooo.. dia kawin campur rupanya. Anak dia memang muka 100 percent orang arab dan makcik tu takder muka orang malaysia pon tu yang aku tertanya soalan tu. haha

Teruja aku dengan pertemuan ni tau. Pastu dia cerita la serba seidkit tentang di yang menetap kat Arab Saudi dan dia punya speaking memang deabak la. Anak dia, Aisya tak pandai cakap Melayu. I'm not sure la mak cik tu bangsa apa. Pastu dia bagi aku benda ni

Biskut kurma katanya --> Date Bars. Haruslah aku ambik gambar benda ni sebab tak pernah pulak aku jumpa hahaha. Jakun sungguh budak ni tau. Fresh from Saudi Arabia. Thanks mak cik yang baik hehe. Aku kata dia baiklah sebab dia bagi aku benda ni haha

Lepas bebeberapa hari adik senior aku bagi satu coklah yang dibawa rakannya dar Jepun. Nama coklat ni. Koyuki. 

see
Tetiba teringat pulak blog Fatin Liyana Asri yang blogger famous tu. Nama blog dia kan HoneyKoyuki adakah dia telah mengambil inspirasi nama coklat dari Jepun ni. Benarkah begitu? Ermm.. maybe sebab dia kan pernah ke Jepun kan. Koyuki ni makud coklat ke? Atau jenama sahaja? Haishh curious pulak nak tahu hikhik


dan setelah tamat exam semalam aku telah berpesta di kelilingi dengan buku yang bertimbun. I mean aku pergi Pesta Buku Antarabangsa yang ada kat PWTC. Orang yang datang masyaallah ya ampun punyalah ramai nak nak rupanya hari ni hari cuti hri pekerja. Nak masuk tempat buku tu punya la sesak sampai terus hilang mood nak pilih buku

an finally 
this .. what i got

hahaa.  Sikit je kan

1# Wanita Dambaan Syurga karya Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi. Actally lama dah aku  nak buku fiqh wanita ni tapi tak terbeli dan alang-alang cover dia lama terus je aku grab. Harga not badlah dari 69 become 45. Apa tak murah lagi? Tapi tengok la buku cover tebal kot harga standard la macam tu. Untuk panduan hidup insyaallah.


2# Prognosis karya beberapa oarang doktor perubatan. Yang ni pulak aku terpengaruh dengan blogger yang aku minat pemilik Honeykoyuki yang aku mention tadi tu la. Dia salam seorang penulis Prognosis ni. Prognosis = Diagnosis 2. Buku pertama Diagnosis aku tak beli sebab cik Honeykoyuki tu tak der hahaha. Ada pulak macam tu kan tapi seryes weyh i'm just like the way she write her blog. So yeah dengan gembiranya aku grab buku ni :)


3 # Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah. Ini penulis favourite aku. Aku suka yang amat dengan novel-vovel yang dia tulis. Best wooo. Lecun dengan air mata bia baca novel ni ni. Pergi pesta buku tak rancang pun nak beli sebab dengan kata takdapa guna baucer tapi entah macam mana bila sampai tengok depan mata nafsu nak memilik datang membuak-buak dan akhirnya terbeli tunai jugak. Aduhhh.. nafsu sungguh semua ni. Tapi tak mengapalah teringin jugak aku nak tahu pengakhiran hidup Syed Aizril dan Aleya ni. Terlalu banyak konflik dan terlalu banyak episod sedih dalam hidup Aleya. Kalau aku jadi Aleya dah lama aku tak terima Syed Aizril tu. Janji je lebih habuk pon tadak. Eh tak perasan teremosi pulak aku berkomentar  hahaha

Cover nak hampir sama dengan Takdir Itu milik aku. kan?

4 # Koskenkorva karya Meteor Rasa.  Aku grab novel ni pon sebab tajuknya yang pelik yang membuat aku curious untuk tahu apa maksudnya. haha


5# Karkuma karya Raja Azmi. Cerita ala-ala fanatasi sikit dan penulis dia ni orang industri seni la. Aku tak ingat pengarah ke penerbit tapi yang pasti pernah la aku tertengok dia kat Tv tu.. Nampak macam best .



Beli tu beli
HARAP DIBACA DENGAN PENIH SAKSAMA LA YA!! 

:)