Thursday, 19 February 2015

Mural di Seri Kembangan

Assalamualaikum
^ ^

Selamat Tahun Baru Cina!!
Dn di cuti ni ak tak balik kg, Just melongok di rumah kakakku di Puchong seperti kebiasaannya dan hari ni entah kenapa sis aku tu begitu rajin untuk bawak gi jalan tengok mural. Wow excited nyer!!

and see what i found 

 Ini yang paling aku suka. Nampak real sangat-sangat lukisannya. Kalaulah ada berus magic macam citer Rapunzel yang Barbie tu dah lama agaknya ramai orang masuk pergi zaman hitam putih sebelah sana tu. ahh.. bestnya pandai melukis macam ni. Tapi sayangnya aku tak pandai melukis. Sekadar lukis rumah kecik kat sawah padi dan matahari terbenam kat celah bukit tu aku tahu la lukis. Lukisan zaman budak-budak. Tu je la yang tahu lukis pon kalau nak lukis benda lain memang alamatnya ke laut la lukisan ak kena campak haha











Antara mural yang ada. Ok next time nak cari mural banyak-banyak lagi hehe

" My Journey to Islam" - Prof Jakie

Assalamualaikum pembuka bicara
izinkan saya untuk bermadah pujangga hahaha

Last Thursday, 12/2 aku ngan beberapa dak senior ngan junior yg lain pergi Kelab Golf. Tapi bukan untuk main golf pastinya tetapi untuk dengar talk. As-Salam society punya advisor yang sebenarnya mintak kitaorang join ni untuk tambah ilmu la katakan then miss president Kak Umi terpaksalah membanting tulang untuk uruskan transportation. One day Kak Umi tanya aku,

" Syerah pandai bawak kereta?"

Hahaha of coz la tak kan. Kalau setakat duk belakang tu terror la. Berangan nak bawak aircraft konon aku ni kan setakat kereta kecik pun aku tak dapat bawak apa daa. Tapi nak buat macam mana tabungan aku belum cukup lagi untuk aku buat lesen so bersabarlah lagipon kalau aku buat lesen awal -awal pon macam membazirlah jugak sebab xder kereta nak bawak , nanti dah lupa step bawak kereta kalau lama-lama tak practise kan. hahaha alasan je semua tu syerah..

Oh ya dah kerana ramai yg tak tahu bawak terpaksa jugak mintak bantuan dak junior lelaki walaupun esok tu dia ada midterm. Katanya demi hakak-hakak yang nak terima ilmu. Sweetkan junior ittew. Semoga dia dapat keberkatan dari Allah. Ameen!! Pergi tu satu hal bila kitaorang yg seramai 15 orng ni tersesat ke satu kelab Glof yang nampak exklusif sangat. Maybe datuk-datuk semuanya. Hisy, bilalah nak gi main golf jugak macam diorng tu tapi kan Datuk-Datuk biasanya golf je la sukan yg diorng main, tak sihat betul, tak berpeluh pun. Pukul bola then gi naik kereta golf untuk tengok bola masuk tak. Ermm.. cepat kena penyakit yer atuk -atuk hehehe. 

Oh ya walaupun kitaorang tersesat tetapi alhamdulillah sampai jugak before 8. Majlis tu start pukul 8 so sempatlah solat dan berehat dulu dalam dewan sebelum majlis mula. Prof Jakie yg jadi speaker tu kan, emm kagum pulak aku dengan dia. Imaging la dia yang dibesarkan dalam keluarga Christian kat Mnymar tu boleh praktikkan Islam dengan begitu baik dalam kehidupan sedangkan diri ini yang lahir dalam Islam pun kadangkala lalai dengan hasutan dunia. Allahurabbi.

From L : Cik Moderator, Opie, Kak Atiq, Prof Jakie, Kak Umi, ( me), Kak Hajar, Kak Sya

From L : Cik Moderator, Kak Siti, Kak Intan , Kat Munirah, Prof Jakie, (dua tu budak medic, xingt nama hehe), Emma si junior

Oh ya malam tu Opie nampak seseorang lalu di bisik kat ak

" eh, ada artis la datang"

aku terkejut. Eh biar betul

" Siapa?" tanya aku curiga.

" Aku lupa la nama dia. Dia pengacara. Nas apa ntah. Nas ahmad kot. Nnati nak google" balas Opie lagi lalu mengeluarkan telefonnya dan menaip nama Nas Ahmad tapi hampeh gambar orang lain pulak yang keluar.

" Bukan nas ahmad la"

Duk fikr punya fikir akhirnya yup, kitaorang dah ingat dah. Naz tu pengacara Tv7. Nama penuh dia tak sure la pulak tapi yang pastinya kitaorang kenal la dia ni dan Opie ajak ambik gambar dengannya dan ini hasilnya.
hehs.

Event ni habis around 11 macam tu dan dalam perjalanan pulang tu perut orang kat dalam kereta Avanza dan Viva tu mula rasa berkeroncong dan kitaorng pon berhenti kat warung kat tepi jalan je. Nama tempat tu, Sup Meletop!! dengar mana tempat tu pon dah nak tergelak terbahak dah tapi memang sedaplah sup kat sana. Padanlah nama dia sup meletop memang kebabom pon haha.



Terima Kasih Kak Siti yang baik hati belanja kitaorang semua makan. Moga bertambah rezeki Kak Siti ya. Insyaallah :)

Perjalanan balik kitaorang dengan kereta Viva memang mencabar. Yang kereta Avanza ok je sebab waze dia jadi tapi kitaorng suddenly waze rosak dan memang banyak kali kot sesat, kena U-turn banyak kali. Dan yang lucunya kitaorng terbang kot malam tu sebab Si Driver,Midi tak perasan bonggol kat depan dan suddenly kat Atiq menjerit, 

" Midi Bonggol!!!!" tapi dah terlambat dan kitaorang terbang hahahha

Kesian Emma yang terhantuk dan suasana hiruk kejap haha. Tapi aku suka situasi tu Alhamdulillah tak ada apa -apa yang berlaku. Kalau langar benda teruk jugak eh dahlah kereta sewa. Aku pon x tahu pulak Si Midi tu pandai bawak kereta hahaha. Masa Kak Umi suruh dia bawak tu aku cuak kot. Tak yakin!! hahaha

Tapi alhamdulillah semuanya selamat dan moga perjalanan kami ke majlis ilmu itu allah kira sebagai pahala. Ameen!!








Wednesday, 11 February 2015

InterFaith Forum 2015 @UCSI

Assalamualaikum


I'm happy to be part of the committee. It's owesome. I learn many things from my seniors. Plus we do not know each other before dah tentu tentu rasa a little bit awkward dulu kan. Tapi seryesly i'm amuse with the way they work. Macam orang-orang pro jer. Terasa kerdil pulak diri ni dah la orang baru. Ini adalah event pertama yang As-Salam Society berkolebrasi dengan Christian Club. Masa the end of 2014 Kak Ummi ada inbox aku pasal event ni. Terkezut jugak aku budak baru yang tak tahu apa nak masuk part of them untuk organize event yang besar macam ni kan. Ku sedar diri ini hahah.

Lebih bertambah terkejut bila tahu tajuk untuk Interfaith Forum ni adalah CONCEPT OF GOD. Event kitaorang jemput 3 speakers from Muslim, Buddist & Christian. Boleh nampak tak bagaimana event yang kitaorang organize ni. Rasa excited memanglah nak tahu feedback students lain sebab ini pertama kali dibuat. Banyak club pulak tu yang terlibat.

Oh ya aku di bahagian Registration dgn Denise. Senior Sem akhir. Aku suka bkerja dgn dia. Dia bnyak terima cadangan aku dan soft spoken. Aku suka dia. Na kenal mana  Denise? Girl yang paling kanan tepi aku. Itu lah Denise. Banyak benda kot yang berlaku untuk event ini. Even kitaorang diapprove lambat la. Tapi yang paling membanggakan bila tiket terjual 300 lebih dalam masa 4 hari. Could you imaging that? It's osem. Banyak jugak mintak bantuan kawan aku yang lain. Special thanks to Amna & Nisa sebab sanggup follow idea mengarut aku untuk jual dari bilik-ke bilik budak hostel. Bila event dah habis dan semua yang aku dengar duk puji event ni aku rasa bangga jugak la kot be part of them hehehe

Pengalaman yang manis sangat untuk permulaan tahun baru ni. Sebab apa aku tahu ramai yang kata program ni best? Aku kan bahagian registration dan aku yang taip feedback participant yang datang hari tu. 

Antara comment yang diorang bagi :

It is one of the best events that I have been to and I really enjoyed my time being here 

Nothing except thanking you so much about this event

Great night. Thanks to you guys! For me it is not about learning but it about understanding the difference between each other. Unity is created in this lovely event. Keep moving on and make it available to more people 

Create more events like this. Thank you. I love the Q&A activity. 

Itu antara yang komen la. Takleh lah aku nak tulis kat sini nama diorang nanti tetiba dia taip nama dia tup tup sampai kat blog aku tak ker buat hal namanya tu kan kan. Apa pon aku sendiri la rasa event ni terbaikkkk!!! Walaupun aku tak dapat fokuskan betul-betul masa perbincangan diorang sebab i've  alot of things to do on that day. Takkan nak biarkan Denise buat sorang2 kan. Kenalah bantu membatu sesama kita. :)


On that day. Masa orang tengah tak ramai tu cepat-cepat suruh Nisa tangkapkan gambar hahaha. Mengada kan. Oh ya yang paling aku suka event ni adalah speker Muslim yakni Brother Shah Kirit sebab cara dia jawab memang aku salute la kat dia Terbaikkk!! Akak senior aku cakap dia pernah jadi one of Zakir Naik punya student. Kalau ya memang tak heran la dia boleh bagi jawapan yang osem macam tu. 

Salah satu question yang aku ingat dan jawapan yang menarik perhatian aku bila ada student tanya lebih kurang macam nilah bunyinya : Kenapa Allah biarkan kesusahan dan keperitan yang dilalui hambanya, Sebagai contoh yang berlaku perang kat Afganistan dan seumpamanya sedangkan Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk terbalikkan apa yang berlaku sekarang?

Nka tahu apa Brother Shah Kirit tu jawab. Mcam ni la lebgih kurang ya. Hidup kat dunia di temporary je dan dia bagi analogi kita sebagai student. Walaupun kita dah tahu menjadi pelajar itu kita akan terbeban dengan tugas, assignment yang bertimbun, stress dengan assingment, tapi kenapa kita still nak masuk university. Itu kerana itu adalah platform untuk kita capai yang hebat di masa akan datang. capai cita-cita. Be successful person. Begitu jugak dengan kehidupan. Kenapa Tuhan biarkan kita bersusah kat dunia ni sebab dunia ni sementara dan hanya satu platform untuk kita capai sesuatu yang hakiki yakni Happiness in Paradise. Ayat aku biasa je la tapi kalau dengar dia cakap tu terpegub jap aku. Memang lah Brother ni Allah bagi dia hikmah dalam berbicara. Well done!!

Oh ya dengar kata nak jemput lagi Brother Shah Kirit untuk next event. Kali ni nak jemput orang luar pulak hopefully ada sambutan yang menggalakkan la ya.  In September kalau tak silap. Insyaallah moga event tu success jugak hendaknya

Syerah (me ) & Nisa

Nak wish Nisa la all the best dalam menyiapkan proposal event tu nanti. VOC tuuuu heheh
All the best Nisa !! Caiyok!