Wednesday, 23 July 2014

You deserve better!

Salam Alayk.

Rasa sekejap sangat Bulan Ramadhan tahun ni berlalu.
Mula2 nak start tu asyik terfikir je, macam manalah ak nak berpuasa kat kawasan asing U aku ni dengan penduduk muslimnya yg sikit.
Tapi alhamdulillah. semuanya OK je.

Walaupun diorang makan depan ak. Tak terliur pon. Sbb masakan diorng x sedap hehehe.
Jangan ada bau tumis or kari sudah!
Masakan Chinese ni tak kena selesa gua sngt. Rasa cam euuww, apa ni hahaha faham kan maksudnya bila aku describe kan macam tu. 

Tapi yang bab solat terawih tu je la yang tak brp nak satisfied sngt tu.Sbb masjidnya jauh. Nak pergi kena ambk teksi bagai memang takla kan. Buat terawih sorng2 je la. Tu pon kalau ada kwn buat berjemaah tp bacaan yg selang tu tak buat sbb xbrp hafal hehe.

Tapi u know la kalau buat sorng2 ni tak feel sngt kan tambah lagi takder bacaan selang rakaat macam selalu buat kat kampung. Tapi tak apa lah kan. Sekurang2nya dpt la jugak aku rasa perbezaan puasa tmpt yg berbeza, ye dok?

Oh ya.
Actually aku end up here duk typing some words ni sbb 
sbb something.
tengok tajuk la kan.

diorng kenen kan ak ngan someone!. Itu ceritanya.
tapi taknak la weyh.
'dia' tu better sngt2 daripada aku.
sngt2

ak lansung xder intention untuk cari 'someone' tu buat masa ni tau.
Lansung tak terfikir untuk end up seawal ni.
Please la!

Yang ak dok emo sngt ni knp? Ak bukan apa, bila org duk kenen gini,friendship antara kami ni macam terngangu sikit. Rasa macam uncomfortable sbb ak taksuka macam tu. Hahs. Bukan ak uncomfortable sbb ak malu or suka kat 'dia' tapi u know la kan i'm a girl so normal la rasa tak selesa gitu. hahaha

Seriously, u deserve better bro!!
Ak harap sngt 'dia' tu bertemu ngan org yg lebih baik and of course better than me.Ak tak kata yg ak ni teruk sngat tapi yea.. aku rasa teruk masa ni :p

Ok dah. Itu je la yg spoilkan Ramdhan ak kali ni. Overall, ak rasa happy sngat Ramadhan tahun ni. Banyak benda yg berlalu Especially untuk Iftar. Buat event yg seronok wlaupun penat. Buka puasa ngan dia dia dia dia dia. I meant my friends hehehe.

Oh ya. Kawan ak Maira tu lagi banyak dugaannya bulan Puasa ni sampaikan ak pon terfikir jugak. Why all this things can suddenly happen? It's really weird if u know what is happen but yeahh.. let it b our secret. Hehs. Mengada kan? Rahsia orang takkanlah kita nk bukak kan. 

Today is Thursday. Friday, esk gi umah k.ngoh then Saturday balik kg. Tak sabar. Tak sabar nak balik!! 

Semoga perjalana baik-baik aje la.

Aku punya tarikh balik lewt kan. Kawan2 ramai dah balik tp sbb tunggu kak ngoh lewat la balik. Save budget tak cari bas. Member form5 duk pongpangpongpang dalam fb nak buat iftar ramai2 hari Sabtu tapi nampak gayanya memang tak dapatlah den nak joinnya tuh.

takpe la nak. Enjoy yourselves!!


Selfie masa iftar kat rumah Miss Hidayah hehe

Ramadhan yang penuh berkat.
Moga bertambah pahala.
Moga redha Allah pada kita
fiddunya wal akhirah.

Ameen ya Rabb

 Love, 
XOXO




Wednesday, 16 July 2014

Just bcoz i ni minat Juruterbang kihkih

Tadi baru tengok satu cerita kat tonton ni. Terkejut jugak bila tengok ada sorng mamat ni pakai baju juruterbang. Bila perhatikan betul-betul, eh Zul Arifin rupanya. Tu drama ganti citer KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN yang aku duk minat sangat ngan Abg Zin tuh. Yang ni pulak, heronya pilot. Oh my!! Seakan mencuba mengoda ak untuk tengok citer ni gamaknya nih. Aduiiii. 

ni la Mr.Pilot nya. Dan citer ni jugak adaptasi novel. Fuh!! Memang trend skrg agaknya semua drama adaptasi novel. Tapi tak kesah la kan.

Seryes la ak ni memang takleh ah tengok org pakai baju pilot ni.. Rasa melting haha. Nak-nak pakai baju yang warna hitam garis-garis kat tangan tu. Handsome!! Dulu pon aku duk berangan nak jadi pilot kengkononnya bila aku tengok gambar Moana Ishak ngan Hafizah Idrus yang pakai baju pilot tapi tak kesampaian la pulak an sebab ak tahu aku ni bukan jenis yg berstamina tinggi hehhe. Kalau pramugari tu memang tak pernah langsung dalam fikiran aku sebab u know la how stewardess pakai dress. Cikgu ak masa darjah  6 dulu siap pesan lagi

Saya taknak sorang pon anak murid saya jadi pramugari

Ok Cikgu hehehe

Rumah aku kan kat Bachok so kalau ngan Lapangan terbang kat Pengakalan Chepa tu kejap je la. Tak sampai sejam pon kalau naik kereta. Kat situ kan ada Aviation Academi APFT stand for Asia Pacific Flight Training. So duk rumah or kat sekolah setiap kali aircraft yg comel tu lalu mesti aku akan pandang langit. Macam orang bercinta dah pon ak rasa hehe. I dunno y tapi kan bunyi kapal terbang tu rasa macam best je dengar hahaa. Pastu tiap kali lalu pengkalan Chepa mesti tertunggu-tunggu bila nak lalu tempat pelatih-pelatih juruterbang ni tinggal. Cantik kot tempat dia. Jumpa pilot kat lapangan pon rasa macam OMG OMG!! haahaha.. mengarut tak mengarut aku masa dulu. Kalau adik-beradik aku yang jumpa pilot pasti dia balik citer kat ak suruh aku jeles. Sampai macam tu aku punya minat berhantu ni :"P

Aircraft yang paling ak minat. PESAWAT EAGLE namanya PIPER WARRIOR kalau aku tak silap la. 

Aku nak citer pasal drama tu je tadi dah melalut pulak kan. Tapi alang-alang tu nak jugak kuletakkan kat sini syarat sapa nak jadi pilot tuh!!

Ayuh lihat syarat basic nyer yuhh!!

  • Berumur 18 hingga 24 tahun. Noted!! 

  • Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja. Noted!! Orang ppuan pun boleh memohon tapi pastikan yang pandai drive la yer at least drive kereta sorong hahaha

  • Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik. Tak sure pulak tahap pengusaan gua ni sih.Fizik tolak tepi awal2. :p

  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik. Alhamdulillah sihat la setakat ni. ;p

  • Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna. Aisehh aku ni rabun la pulak hehehe

  • Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm. Huawwaaaa.. unbelievable!! Ngam ngam la ngan aku. Lepas dohh!! Aku ingatkan pilot ni kena tinggi sangat. Tkder la yer kan kalau requirement 160 cm je kan.

Hahh.. sesiapa yang ladies yang berharap untuk jadi macam cik pilot ni. Boleh la proceed kalau berjaya ak tumpang gembira. Well aku ni bukan apa aku takut kalau aku proceed kan banyak pulak kan kes kapal terbang tersangkut kat awan tak turun-turun. Haha.. just joking.

Tu la nak citer drama terus membebel pasal pilot berjela-jela

Ermm.. teringinnya nak naik pesawat eagle dan ada orng bawak gi round2 atas awan. Bestnya!! Teringin sangat. Siapalah Mr. Juruterbang yang nak tolong tunaikan impian aku ni. Ohh.

Love, 
XOXO 




Monday, 14 July 2014

Iftar Jamaei on 10 July

Salam Alayk

Ini adalah satu-satunya outstanding event untuk ak sepanjang jadi budak asasi kat UCSI ni. Kiteorang mana ada majlis rai budak asasi macam Malam emas la Malam Perak la yang uni lain duk buat tu. Tapi takpe la. Organize event ni pon dah rasa happy bangat deh. Ak ada bagitau yang ak ni Setiausaha As-Salam Society kan so kiranya i'm one of the committee for the event. Sukanya!! Sukanya!! 


My duty on the day : USHER atau kalau aku tak salah macam penyambut tetamu gitu la. Tunjuk orang untuk duduk kat kawasan betul n etc. 

 Crew disebalik tabir yang terlindung dengan kesesakan guest yang datang untuk bukak puasa. 
Orang kuat untuk serve makanan hehe.


 Iftar untuk all ~~ Bukan hanya muslim tapi non-muslim pon join jugak dan students can invite anyone to join our event. Best kan. Dah la makanannya nasi arab lagi. Teman-teman sekampusku ini.

 Selfie guna DSL by Fa Fauthen ^ ^

 The committee and the guest !! 

Well done babeyhh. Kenangan yang insyaallah takkan dilupakan 

Love, 
XOXO