Wednesday, 27 November 2013

Ustaz muda yang osem.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
* mood budak baik secara tidak sengaja telah menyerap ke dalam diri sehinggakan memberikan salam panjang ^ ^

Suatu malam hari isnin, on that night, terjumpa seorang ustaz ni, ermm aku je yang panggil dia ustaz tapi dia ni masih lagi seorang student kan USIM dan umur pon baru je 20 tahun tapi perwatakannya sangatlah mature dan tak nampak pon yang dia tu umur 20 :). No hal la aku nak panggil dia ustaz jugak. Ok, apa yang special sangat sehinggakan aku menulis tentang dia? Sebab rasa kagum ak pada orang yang pandai berubat dengan perubatan Islam sebab bagi aku tak semua orang dapat kuasai cara perubatan Islam dengan sebetul-betulnya. Berubat menggunakan ayat al-Quran dan aku dapat peluang untuk tengok live macam mana dia gunakan ayat-ayat Al-quran untuk berubat orang, aku terasa teruja. Oh osem kan?? Seryes kagum sebab sedar diri yang begitu jahil *sedih pulak aku rasa*

Aku seakan terkesima sekejap bila dengar suaranya dan dan bacaan Al-Qurannya yang bertajwidnya dan bila dia mengalunkan azan , ak macam Wooww kejap ..Sejuknya perut ibu mengandung kalau dapat anak yang soleh macam tu kan? Jernih je air muka bila orang dalam hatinya ada iman. Aku cuma terfikir, macam mana agaknya karakter Arwah Ammar yang kematiannya dimuliakan di Turki. Dah ustaz muda yang aku baru jumpa ni pon dah aku puji lebih-lebih, kan? Tapi seryes, ak suka kot dengan orang yang macam ni. Rasa tenang je bila dengar dia bercakap, penuh hikmah la katakan. Khusyuk pulak ak dengar bila dia bagi nasihat yang pada ak, boleh dipuji lah ustaz muda ni.Cara dia susun ayat tu penuh tersusun dan bagai kalungan rantai yang tersusun cantik. Hebat sungguh pujian aku haha.

There's a few few word's from his yang berjaya masuk ke dalam hati dan tersemat dalam kepala otak. Walaupun punyalah panjang ayatnya, ini je point-point yang berjaya aku cerna dalam kepala. Berkisar tentang perkara yang perlu diawasi oleh orang perempuan.

1 # Nafsu.
2 # Dunia
3 # Syaitan
4 # Lelaki  
--> Bab nafsu ni tidak boleh kata tidak sebab memang dah jelas kot yang nafsu perempuan ni lebih daraipada lelaki. Perempuan diciptakan dengan 9 nafsu 1 akal. Nafsu shopping, nafsu makan, nafsu nak bergaya dan seumpama nafsu dengannya. Banyakkan nafsu orang perempuan? Ak perempuan so tak lari daripada semua nafsu ni. Wuwuwuu..kena jaga nafsu!! *_* 

--> Kalau dunia pulak. I admit that, dunia ni indah macam lagu Hijjaz yang ak pernah dengar dulu.

Betapa indah dunia, siapa pun kan tergoda

Lebih kurang macam tu la lirik lagu yang *akutakingattajuknya*.Dunia ohh dunia, terlalu banyak godaannya. Bila lah agaknya nak lebihkan akhirat pada dunia ni. Kena cuba. Insyaallah.

--> Syaitan? Macam yang kita tengok citer hantu kan, syaitan ni memang nak sesatkan ummat manusia. Orang pepuan ni kan agak penakut sikit. Maybe ada yang berani tapi susah nak cari yang betul-betul berani. Harapkan mulut je kata berani tu memang belambak la. Ak pon dalam kategori sederhana berani je *wink*. Bila kita lebih takutkan hantu dan syaitan dan sekutu dengannya, macam kita dah syirik pada Allah la tu.  Dan dan kalau...

--> Lelaki. Ohhh..  @_@  betul la agaknya. Pepuan ni mudah falling in love or terasa sayang pada lelaki. Dan bila rasa sayang or kasih or whatsoever itu tak dikawal dengan ilmu dan iman, binasa la jawabnya. Aiseh takutnya bila nafsu lebih mengatasi akal yang sihat.

Before i forgot, one more thing yang ustaz muda tu kata, Iblis akan mudah untuk masuk ke dalam badan kita bila kita.

1# Terlalu takut
2# Terlalu gembira 
3# Terlalu sedih 
4# Terlalu marah

That's y antara punca orang yang kena histeria ni lepas dia ternampak ' benda tu' yang menyebabkan dia takut melampau dan dengan mudah syaitan dapat masuk ke dalam badan dan terusnya sampai hilang pertimbangan dan pertukaran karakter. Oh i see.

Banyak jugak ilmu yang ak dapat bila jumpa ustaz  muda tu. Terasa begitu kerdilnya diri dengan ilmu agama yang sikit je dalam diri aku ni. Ak bukannya budak aliran agama dan ak tahu pengetahuan agama ak tidak seberapa sangat pon. Lepas ni kena usaha untuk tambah ilmu. Selagi hayat dikandung badan selagi tu kita kita tidak pernah terlewat untuk mencari ilmu. Ilmu apa pon. 

* If anyone can notice that place, ini hospital ^ ^

Setiap penyakit ada ubatnya, sama ada cepat atau lambat Allah memberikan kita jalan penawarnya. Macam kata-kata Teacher Norhana selalu sebut If you do the best, Allah will take care of the rest.

Monday, 25 November 2013

A few weeks b4 abis sem.

Assalamualaikum & Hi..

Saya Syerah. *boleh tak jangan nak mengedik sangat* oohhooss..watever!


Urmmm..
Ak balik kampung minggu lepas. Aphal asyik balik je ni?? Balik bersebab. Ak kena exam Muet. Actually kiteorang kat sini kena ambik exam lain tp sebab dah daftar muet so teruskan je la. Kalau tak, burn aje duit sbb dah daftar awal-awal. lagipon tak rugi pon ambik Muet tu sbb boleh gunakan nanti kat mana-mana kalau nk apply apa-apa  jika result tu gedebumm. Woww gitu.Nak dijadikan citer basnya sampai lewat. Around 7 something. Exam pukul 8. Berkejar singgah kat masjid dan trus pegi. Balik umah betul-betul around 3 p.m sebab singgah Pantai Irama jap. Sempat je :P


Duduk tak sempat panas punggung, gi kenduri pulak. Aisehh.. dapat makan gulai. Lamanya tak makan gulai bachok. keh keh! Majlis tu biasa2 aje coz pengantin tu dah lama kawin. Cuma buat syarat ikut sunnah je diorang buat majlis untuk bagitau orang kampung ttng pernikahan diorang.


Pastu -pastu.. celebrate bezday Alia si pot pet pot pet

Auntie terlebih over ka? * terkebil-kebil*


The next day, trus balik KL. Kakak ak pon dah balik selangor dah. My little sis nak pegi jugak. Untung la sekolah dah cuti kan?

Ermm.. apakes ni? Posing macam nak travel jauh je? Ahakss.
Ala KL tu kira jauh apa. Naik bas sampai jugak 12 jam rasanya. Klau solat dah boleh dijamak tu boleh diconsiderkan sebagai jauh la tu. :)


Minggu ni dan minggu depan. Lecture semua dah abis. Maybe ada sesi tutorial before final exam. Seryes cuak coz result kakak ak  naik and i have to get more than her. Anyonyo.


Bulan 12 ni ak akan pulang bercuti di kampung. Tak sabarnya. Pasal  afew contest yang ak ternampak tu. I have no idea sama ada nak join tak. Insyaallah kalau sempat ak nak try la. Mana tau ada rezeki kan.

* termenung memikirkan kehidupan*
 agaknyer la. Udah udah la nak oiii..
Babai

Wednesday, 20 November 2013

Ubah cara pemikiran dalam hidup!

Assalamualaikum

Sekrang sesi ak nak meluahkan perasaan, nak luahkan apa yang ak rasa, apa yang ak fikir tentang kehidupan tapi ada orang nak kesah. Hoishh, tak derpon tapi nak jugak tulis. Sebab aku rasa aku nak tulis. Itu aje!!


MIND SET!! Bila aku dengan ayat ni daripada motivator, aku just kata la benda ni dah cliche kot. Asyik kata ubah mind set ..ubah mind set tapi sekarang bila aku dah makin meningkat umur.STOP..STOP!! bukan tu lagi tapi dah makin matang. (Matang?? Mtang la sangat :P) Ak dah boleh mula terima kenyataan ni yang apa -apa yang kita nak buat dalam hidup, kita kena ubah cara kita berfikir. Ubah mind set.


Ak masa kecik pon ada satu benda yang sampai sekarang aku rasa tak masuk akalnya. Tapi tu la, pemikiran budak yang tak cukup umur agaknya. Masa nak masuk form 1 dulu, aku serba salah nak masuk sekolah Arab ke sekolah menengah. Kakak aku semua sekolah arab kot. Aku macam dilema la jugak. Nak tahu apa yang aku fikir masa tu? Aku kata kat diri, Ak nak jadi doktor, taknak jadi ustazah!


Adoii.. see masa tu memang aku fikir kalau sekolah arab automatik akan keluar sebagai ustazah sebab kakak aku ustazah kot dan masuk U dalam jurusan agama. Aku ingat bila dah masuk sekolah arab tak belajar dah pasal Sains. Teruk betul kalau fikirkan cara aku berfikir masa zaman sekolah rendah dulu. Ikut suka hati je nak concludekan benda.


Masa sekolah menengah pulak, bila nak apply sekolah SBP or Kluster. Dalam fikiran aku, sekolah mana-mana pon sama je. Tapi sekarang ak baru sedar. Tak sama. Seryes tak sama. Peluang yang ada jugak tak sama. Begitu jugak bila nak masuk U. Jangan siply say that, belajar kat mana pon konvo jugak last -last.


 Hidup ni buka setakat nak masuk U dan kerja. Bukan hanya setakat tu. Kita perlukan pengalaman yang akan bukak mata kita. Bnyak benda yang perlu belajar tetapi bukan dalam syllibus exam. Terlalu banyak.

Walaupun aku student sains, tapi tak semestinya aku tak boleh belajar benda lain. Kita belum tahu perjalanan hidup kita. Gambar yang ak edit tu guna photoshop. Bila tetiba aku kena ambik benda ni untuk belajar, memang kelu kot.


Tapi itu pentingnya untuk belajar. Belajar bukan hanya untuk exam. Tapi belajar untuk kehidupan.

Ubah cara berfikir dan insyaallah segalanya mungkin. Nothing impossible!
k la. Dah tamat sesi membebel sendirian. Babai
^ ^

Tuesday, 19 November 2013

Cultural Shock!!

Assalamualaikum dan hi blogku ^ ^

Aku nak update pasal cultural shock yang menyerang ak sejak dua menjak ni. Mungkin ni la kata orang bila budak kampung datang ko bandar. Aduushh, ai seh men. Aku macam
Ape kes ni??

Mata terasa kelabu dan kepala terasa pening berbintang-bintang. Bezanya cara hidup setiap orang.

Henkau engat yng ko saje kew yang hedop kat dhunya ni. Come on la
*hati ku berkata-kata*

Cultural shock bermula bila ak menjejakkan kaki ke Sunway University. Bukan ak study kat sini tapi ada program development kat sana. Masa dolu2, pernah la jugak dengan Sunway U ni kat TV tapi aku tak pernah pulak berangan nak datang sini dan bila dapat peluang nak kenal tempat ni. Ermm.. kira rezeki ak la tu. Bila masuk je kawasan ni, ak pandang kanan, ak pandang kiri,
girls2 majoriti pakai short pants. Owhh, no..no.. itu hot pants. Adushh. Aku mencari, dimanakah student melayu? Susahnya nak jumpa even sorang. Everywhere orang pakai baju yang baby pakai. Terkejut kot environment yang macam tu. Semua bangsa ada kat situ. You just name it. Nak jumpa mamat-mamat korea,  pak arab, mat salleh. Negro pon ada. Takut pulak aku bila dah satu lif dengan diorang. Dah la tingginya.. fuhhh, mengalahkan galah!!
Ada sorang senior yang study kat situ bagitau, dalam kelas diorang tu, student lelaki terpaksa berpuasa kot untuk lawan nafsu. Bayangkan dirang pakai baju spegetti ke kelas. Jaga iman ya brother skalian!!
Aku ingatkan cultural shock tu berhenti sampai kat situ je  tapi bila aku kat U aku ni, benda yang sama jugak tapi okay sikit daripada kat Sunway punya tapi bila dah lama dah, terasa macam..

Lantak korang lah nak pakai apa...
Kalau diorang tu Islam boleh jugak ak nak menegur!! So, i just stand and care myself. Hati-hati dengan keadaan yang baru. Oh ya, yang buat ak terkejut bila di kawasan itu, orang boleh 'minum' dikawasan terbuka. Odosshh.. takutnya!!
Pagi-pagi bila itew nak berjalan ke kelas, terpaksa menahan bau yang kurang menyenangkan. Ak tinggal kat Angkasa Kondo, so kena jalan lebih kurang 5 minit ke kelas. Masa lalu kawasan tu, kepala jadi senget seminit. Ak pelik jugak bau apa la yang meloyakan sangat tu.

Tetiba roomate aku, Affwan, bagitau
'Bau muntah diorang mabuk la ni'
Mulut ak ternganga tidak percaya. Biar betul?? Tapi seyes itu betul. Ada beberapa kali ak jumpa orang Negro yang tengahmengarut entahapakebondonya dengan botol arak ditangan. Den takut kot dengan cara diorang. Nasib baik la U tu dekat kalau tidak, mencabar jugak ak nak meredah pepagi sensorang.

Kenapa tak pergi ngan roomate?? Jadual kelas tak sama la!!Lagipon dah siang ak takder la takut sangt cuba kekandang bila fikiran negative tu datang, tu buat ak gelabah cket!!

Ak memang tak sangka pulak environment macam ni pon ada ke?? Dulu kat kampung, bila tengok ada orang pegang botol arak pon dah kecoh, apatah lagi jika orang minum. Tapi kat sini, macam benda tu perkara biasa pulak bagi diorang. Tak paham ak. Tapi tu la,  kena respect cara diorang la, selagi diorang tak kacau urusan ak , tak payahlah ak nak menyebok urusan diorang kan??
Kat university ak ni, daripada sehandsome handsome lelaki sampaikan se 'tak hensome sesangat' semua kategori ada. Perempuan pon sama. Nak nak yang dari arab tu , Fuhh, lawa beb!!

Sampai bila orang kata, Eh, handsomenya dia tu'  ak dah tak rasa teruja sangat. Handsome kew?? Tak kesah la.


'Electric current dah ada?? Kite akan bagi cultural shock pada patient'
OMG !! OMG!!

Banyak benda lagi kat luar sana tu yang ak tak terjangka. Bila kita keluar dari lingkungan kite, we will see the world!! Jangan rasa dunia ni hnya milik kite sbb sekarg ak baru tahu, selagi kita tak alaminya selagi tu kita tak tahu hakikat sesuatu perkara itu.
Kbai ^ ^


Monday, 18 November 2013

Jom buat ilustrator!!

Assalamualaikum..

Life untuk minggu ni, yup, i have a new assignment  untuk Fundamental in Graphic untuk final yang nak ke tak nak mesti disiapkan dengan kadar quality yang menjunjung tinggi maksimumnya. Kira benda macam final exam la ni since dah jadi penyumbang terbesar markah. Apa yang menjadi halnya kat sini bila Sir Kevin memperkenalkan...

Adobe Ilustrator.
Sepanjang ak hidup, 18 tahun lebih-lebih sikit, tak pernah ak tahu kewujudan benda ni kat dunia ni * ayat dramatik wooii*
Jangan kata nak guna, tengok pon tak pernah kot.
Aku terkaku kejap bila sir kata dengan benda ni la yang diorang buat animation dan sebagai wallpaper Window 7 ke 8, ak dah tak ingat dah.

Meaning that, tugasan kitaorang kena buat benda ni dan kame it macam yang kita tengok citer kartoon tu. Owchh.

Something like this!!
Menggunakan segala khazanak mak nenek dalam Adobe ni. Buat sesuatu yang kreatif dan sekali lagi perkata KREATIF ni di highlight kan * wink*

Nampak macam best la kan bila selama ni tengok citer karton je sambil tertanya macam mana diorang buat. Google kat fb tetiba keluar animation yang cun.Tapi sekarang,  ak di ajar skill untuk buat benda ni. Amazing jugak tapi kena combine dengan orang yang naturally kreatif la baru boleh geng!!


 Kalau dah ada skill nanti boleh la buat sampai jadi macam ni ( i got this from google) memang lawa la kan. Terasa tak sabar pulak aku nak siapkan. Nak tengok jadi macam mana!!

Kalau dah terasa terror lagi, boleh cuba yang macam ni nanti,

Anyonyonyo.. cantik teramat sihh.. Gua mau dong * ni dah kenapa cakap indon tetiba nih*


So, just try jew la.. untuk permulaan jadilah macam ni
tada..





                             ini yang ak trace                  ini daripada google


Ambik gambar dengan bantuan pak cik google. So, kena trace buat yang sendiri punya. Kat ats ni, my first trial. Kanan yang kuning tu ori punya. Dan KIRI tu baru lah hasil kerja ak. Tak der la terlalu teruk kan??

Banyyak lagi yang nak kena trace. Keeup it up!!
Hope assignment menjadi owesome kali ni!!

Wednesday, 13 November 2013

Terasa femes walaupon cuma 5 minit!

Yeahh..

Semalam kan, before bio exam, ak masuk library, tetiba nampak beberapa orang perempuan yang pakai baju cantik. Pelik pulak tengok cara diorang dressing.


Macam ni la rupa baju yang diorang pakai. Ak pon macam terfikir kejap. Ermm.. diorang ni datang dari mana?? Dalam 20 orang lebih tapi yang terserempak kat dalam libarary 5 ke 6 macam tu la..

Ak tunggu kat lif nak naik atas tepi diorang, tetiba salah seorang tegur,

" You don't mind if i want taking pic with u?" kataorang tu tetiba.

Ak macam terkaku la kejap.Ni dah kenapa?? Macam pelik aje tapi aku okay je la kan kalau orang ajak bergambar ni.

Diorang siap puji ak lagi. Tapi sori la ak tak makan rasuah. Hhehe.
Lepas sorang-sorang nak bergambar dengan aku. Dah tu bukan satu kamera je tau. Nak kata aku ni lawa macam artis memang tak la kan.
Tpi seyes rasa macam OMG!! OMG!! ada orang ajak aku bergambar~~ pesyoo..

Member aku pon tanya kenapa??Aku just geleng je la. Tak tau kot motip diorang.
Tetiba sorang kawan aku cakap.

" Maybe sebab kau pakai baju kurung kot!"
ermm, agaknya la kan sebab kat sini tak ramai sangat student yang pakai baju kurung. Okay la. FAKTA yang kena terima!!

Rupanya diorang from Vietnam. Datang sini untuk Study English katanya tapi ak tak faham apa maksud diorang tu. Macam nampak diorang datang untuk lawatan je.
Tapi, aku rasa femes kot kejap. Even kejap je kan?? Diorang ajak gambar kat public dan semua orang macam pandang kami. Miiahha..
Klau betul kawan aku cakap sebab aku pakai baju kurung, ni dah kira aku jadi duta secara tak langsung untuk promote baju kebangsaan Malaysia pada orang luar.Agak nye je la.. hehe

^ ^ 

Experience ak for Interview YPPB??

Assalamualaikum.
Sekian lama hanya meng'update'kan pasal life sendiri, kali ini terpanggil pulak untuk meng'update'kan info yang ak boleh kategorikan berguna jugak la..
Just share my experience yang boleh jadi pengajaran or panduan untuk orang lain.

I'm yayasan scholar. YPPB. It stand for Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Maybe biasiswa ni tak se femes JPA or MARA sebab diorang masih baru bertapak. Dulu combine dengan MARA tapi sekarang dan stand alone. Yayasan ni bawah Pejabat Pendana Menteri and their objective.. nak tolong budak-budak bumiputera. Ualls know kan macam mana Malaysia now? Berapa kerat je bumiputera dalam sesuatu organisasi, tambah-tambah lagi Melayu. Minorti je.

so, sekarangkan adik-adik Spm kan tengah exam. Nanti bila nak search scholarship tu macam -macam yang keluar. Dapat interview yang macam-macam. So, kalau ada yang tersesat ke blog ak ni. Yes, now i'm talking about YPPB scholarship. Nak tahu??

Okay.. let see.
If you want to know all the requirement, click here.

Yayasan Peneraju ni ada bukak 4 cabang.
Tapi untuk student,  masuk dalam Peneraju Tunas.

UPSR - Tunas Geliga
SPM dan setaraf ( Kemahiran ) -Tunas Iltizam.
SPM ( Akademik)- Tunas Petensi.

Me?? Tunas potensi je la yang agak layak kihkih.

Okay, cerita pasal interview Yppb scholarship ni ya. Apa yang diorang tanya??
Zaman aku dulu, after keluar result SPM, ak dpt panggilan interview kat Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

Cuak kot sebab aku lansung tak prepare apa-apa pon. Pegi lenggang-lenggang kangkong je la ke sana. Berbekalkan sijil sebakul.

me on that day



Lokasi kejadian.

ok ok

Masuk dewan, diorang bagi briefing dulu.Okay, ada a few stage.

First Stage
- Dalam satu grup dalam 10 orang macam tu, dia bagi satu task. Kena buat game dengan rule sekali. Diorang bagi beberapa barang dan guna benda yang diorang bagi tu untuk sempurnakan tugasan.
Ak bagi idea and kawan-kawan lain pon kena bagi idea jugak. lat2  minit ada la mamat tu yang taknak guna idea awal. Tukar pulak. Last-last tak siap game. Sadisnyer rasa. Tapi tak kisah la. Yang penting jangan u just stang and say, " Ya, ikut kamu je la" pastu diam. No..no..!!

Second Stage
- Masuk dalam bilik yang ala-ala dewan mesyuarat. Lepas tu dia bagi kite masalah yang nak diselesaikan berkenaan satu kampung yang lepas satu-satu dana yang dapat. Diorang bagi dana dan tengok macam mana kita handle benda tu dengan dana yang disediakan. Discuss macam betul-betul kiteorang yang kena bertanggungjawab tentang nasib penduduk kampung yang kena bencana tu. Dah rasa macam i ni board of director pulak bila discuss benda -benda seyes macam tu. Kehkehkeh.

Third Stage
- Hanya sesiapa yan lepas first and second stage sahaja yang dapat ke next stage. So yang tak lepas, maybe balik terus je la. And for this stage, macam sesi menulis surat la..
Soalan dia macam, apa cita-cita and whatsoever la..
Just imaging macam kite tulis essay tapi nak lebih kurang 120 word je. Ada je yang jawab seciput. Hehs.

Lepas tu..

Last stage
-Ini baru sesi interview yang aku gambarkan. Interview one by one. Masa tu la dia tanya soalan common yang biasa ditanya dalam interview. Tanya cita-cita. Lepas tu apa experience yang paling besar yang pernah dilakukan and a few more. Tapi ak dah yak ingat dah enthapakebendonyer lagi.
Jangan risau sebab dalam Bahasa Melayu je pon. Tapi waktu yang aku punya, kena dengan seorang staff dia yang agak strict cket, kenalah speaking beberapa soalan. Aku tanya member lain diorang kata, diorang punya full malay. Ahh, tak kesah la. Sama je pon!!

Itu je la kot. Daripada pagi sampai petang. Tapi jangan risau sebab diorang pon fikirkan perut kite. Makanan disediakan untuk kiteorang.

Itu je la sesi interview ak pada saat itu dan Alhamdulillah, now i'm here. Be part of them.

Importance part yang perlu ada masa interview tu pada pandangan ak.

Be active.
To be the best among the best, we must different.
Jangan tunjukkan perasaan malu sangat even benda tu normal la ada dalam diri kan?? Bak kata teacher ak dulu, malu biar bertempat.

Peluang yang ada, rebut sebelum peluang tu hilang. Nothing more important than our experience. Gud luck everyone!!