Assalamualaikum..
Dah lama rasanya aku tak berblog ni kan? Malas actually hehe.. fb je yg aku paling kerap check dan itu pun boring aje bila member aku xder yang online pun.. just habiskan masa aku dgn baca post fb' s member yang kadang2 agak menjengkelkan... ye la mana tak annoying bila every single things di updatekan dan ada pulak tangan-tangan yang hendak mengomen benda yang mengarut -marut. Seyes tak suka! Hesyy.. bukan nak kata kat diorang tapi tak kena dengan jiwa aku je...
Hiyyaaa.. let see my entry!!
Hiyyaaa.. let see my entry!!
Back to the main point... aku nak bercerita pasal program skspm even benda ni dah lama berlalu masa aku form 5 lagi tapi benda nistill berlegar kat kepala aku kenangan tu... so aku ingt nk buat satu entry pasal skspm ni. Yelaaa.. manalah itew tau kan kekalau aku tetiba terhantuk kepala dan dpt amnesia ke... bolehlah jugak aku baca entry aku untuk ingtkan semula kan (Nauzubillah... aku mintak2 tak berlaku pada aku) . Senang citer aku aku write this entry because i miss skspm so muccchhh... * serious*
Ok... first of all, apa tu skspm? Tahu ke idak kekome sume, lau idak tau teman nk kabo kan hehe... seminar kecemerlangan spm yang dianjurkan oleh USM. Aku pun pada mulanya tidak lah pernah dengar program cenggitu tapi aku jadi excited bila tahu akan diadakan di HUSM.. hospital kelahiran aku tu... kira balik kampung asal la kan? hehe *__* tapi tu bukan the main reason nape aku excited dgr HUSM tu... actually aku suka dgn environment kat hospital... even mana2 hospital sekalipon yang sesapa nak aku temankan pergi, pantang ku tolak derr... aku pon xsure knp jadi gitu tp bila aku kat hospital tu terasalah sikit nak muhasabah diri bila tgk orang lain yng sakit dan tak sempurna sifat... xder la aku ni mendabik dada sngt, ingt sikit pada orang yng x bernasib baik tu.. Tak perasankah korang ayat tu kedengaran sedikit poyo :)
Ahhh.... sudah!!! Teruskan pada main point aku... bulan julai 2012... bila kaunselor sklh bgitau program tu kat usm... aku trus decide nk join even ada beberapa desas desus dari kekawan aku yng xmau sbb... mehhh aku listkan sbb yg depa dok habaq..
1) Dalam bulan puasa dan mayb akan letih bila buat aktiviti bagai... ( tapi aku rasa puasa akan jadi lbh meletihkan bila x buat apa-apa...)
2) Habis aje program terus ada trial exam spm. Katanya nanti tak sempat nak study ( alhamdulillah... aku punya result trial not bad even join program ni. (Dah lepas kalau nak masuk asasi) tpi result trial bukan apa sangt melainkan ada special case yang buat trial tu jadi too important. Eg: van yg bawak kerts jawpan student jatuh gaung ke?? or something like that tp jarang berlaku case macam tu ^ ^
And yaaaapp.. aku rasa bertuah pulak dapat join benda2 camni... terasa bertambah sikit info aku ttng dunia usm kan?
Waktu tiba kat sana, i'm shocked. Even aku ni budak kelantan and HUSM tu tempat kelahiran aku... aku tak pernah tau ada tempat yang tersembunyi di belakang hospital... hostel student, masjid yg besar dan environment uni yang aku tak pernah tahu sebelum ni. Ahhh... adakah ini bermaksud aku ketinggalan zaman?? Ohhh... tidak!!
Sekolah aku.... kalau x clap aku hnya 15 0rng je ..tu pon hanya 2 orng je lelaki yerr dan yang lain lebih selesa habiskan weekend kat umah... oh ya, lupa pulak aku skspm juzzz for 3days and 2 night hari cuti... pegi pagi lebih kurang pkl 10 macam tu and blik petang sabtu. Bila dah smpai sna dan daftar dan tahulah aku yang tak sume dapt bilik ramai... you know what aku dpt single room. Dah laa aku ni susah nak bangun pagi and what happen if aku terjaga lewat yang amat and everyone sudah beraktiviti semua? Tak mau a kan. So disebabkan bulan puasa, fasi aku kata diorng akan kejutkan untuk sahur nanti. Lega la sikit hati den ni oiiii.. tapi lega sikit je.. dalam hati ni still ada rasa bimbang, aku ni bukan boleh kira sangat perangai tak semenggahnya, si fasi dah gerak nanti aku tidor balik kan cari nahas namanya tu..
Even ada banyak yg kata itu ini... tapi akhirnya kitaorng sampai jugak ^ ^ just 15 orang aje daripada sekolah itew ni, yang lain entah la den! Pada awal perjalanan, terasa bas milik bersama sebab kitaorang je conquer bas besar tu tapi tup tup kena kongsi dengan budak Panchor.. emm tak per la ooiii.. dye pon jiran sklh itew jugak...
Registration je dulu then dapat bilik, dah namanya pendatang baru kan, mestilah ada tourist guide nya and the kind lady datang nak offer to show me the room, tempat yang aku akan tinggal for a few days. Kak Azza namanya and i still dont forget her words
" beruntung dapat single room"
Aku tak tahu apa yang dimaksudkan sangat sbb bagi aku waktu tu.. susah la kalau sorang aje, nanti kalau lambat aku kena sorang je kan?? Berdua lebih baik * teringat lagu acha septriasa tetiba*
tapi serius weyyhh... aku tengok bilik yang aku duduk tu.. lawa derr... lantai berlapik, dan furniture tersusun dan meja berbalut kemas dan di papan kenyataan bilik dan di dinding ada tertampal struktur tengkorak dengan nama-namanya sekali. Adakah penghuni bilik ini dulu budak medic?? Mayb laa kot..
bila aku masuk bilik double yang kawan aku punya, yaaa.... sangat berbeza and of coz bilik single lagi elok. Terasa best la pulak waktu tu hehe
Oohhh noo!! First day dah buat hal.. lepas letak beg Kak Azza kata turun bawah balik, mayb sebab terpesona dgn keadaan bilik or entah apa-apa yang buat aku lewat. Satu halnya pulak sebab aku tersilap jalan dan tempat yang asing untuk aku jalan sensorang tapi nasib baik jumpa pulak Kak Azza ni dan dia lah yang bagitauau kemana aku nak pegi.
Masuk hall sume orang tengah tadah tangan untuk aminkan bacaan doa. Senyap pulak waktu tu. Malu pulak den rasa nak masuk nyerr dah la dengan peluh yang dah turun ke dahi cuak sebab dah lewat sensorng ni.. terasa macam grand appearance la pulak tapi xder hal nyerr... pendatang baru la katakan tapi tu la,aku ni ha yang maybe salah seorang yang ada simptom cepat gelabah sangat agaknya ^ ^
SkSPm
Dah namanya pon Seminar kecemerlangan... so akan adalah slot untuk subjek SPM yang diorang akan bagi tips how to answer the question and how to score bla bla bla.. Penceramah pon bukannya orang biasa-biasa kot, maksud aku diorng ni individu yang berpengalaman dalam dunia exam ni, pemeriksa kertas kebanyakannya dan diorang have the idea corak soalan exam tu..
AddMaTH, BIoLoGy, ChEmIsTrY, PhYsIcs
This pic masa slot akademik tu... and yuup, gain knowledge dan bila penceramah explain balik benda itu ini, akan melekat jugak kat kepala even 10 percent sekalipon dan mayb bila balik and do revision, akan lebih mudah.. we have to be a good listener tau sbb apa yang kita dengar tu kadangkala lebih kekal lama dalam minda daripada apa yang kita baca..
Madam Linda for Bio
And this for Chem..
Macam tu jgak dengan Addmath and Physics but i think i don't need to post the pic sbb the situation was same :)
Ohh ohh... before i forgot, nak kenalkan si Pengarah program,orang yang kiranya ketua untuk make sure everythings was clear... tadaaaa.. ni dia
Abang Aiman....
Masa first time dia bagi briefing aku tak notice pon dia student kat situ sbb pakai kot bagai gini kan... tapi rupanya he's medical student tahun 2..
oohh..i see
oohh..i see
Fasilitator jugak kebanyakannya dari tahun 1 dan tahun 2... tapi tak tahu lah aku kalau ada yang dah final year ke apa sbb itu yang aku jumpa la... sebab fasi agak ramai jugak, tak sempat nak berkenalan semua, 3 hari je kann..
in uniform... kat dewan di Kampus Kesihatan... macam biasa for slot ice breaking...
waktu ni jugak lah aku first dengar lagu You Dont Know You're Beautiful ala... lagu kumpulan One Direction tu la.... dan lagu tu dah jadi one of my favourite song wwkwkww
gabung beberapa buah sekolah and that's y jadi ramai dan kitaorang dibahagi randomly in a few groups
ni... my group.. cu tengok fasi dengan kite orang sume... cam sebaya je kan?? Abang Afiq ( baju putih berkopiah) dan Kak Zue ( baju hitam dan tudung hitam ) :)
And let see what we done selama di sana... even x ikut dye punya atur cara, but it's okay la...
# Explorace
adik adik dengar briefing dulu yeerr ^ ^
Task ni cuba zoomkan benda yang jadi centre tu.... taaaaak nampak?? biar aku bagitau je la.. yang kat tengah tu pen.. semua ahli kena tarik sehinggalah pen yang kat tengah tu dapat dimasukkan betul-betul ke dalam botol tu..so, kena bersabarlah nak turunkan benda tu perlahan-lahan terrr
Ni apsal pulak?? kalau nak tau.. dalam satu barisan ni la diorang akan mintak yang paling depan untuk tengok one pic dan ceritakan pada next person sampailah pada orang last yang kena lukis apa yang dibagitau.. kalau groupp aku..
lukisan tu ada tandas berdekatan pokok kelapa dan atas pokok kelapa tu ada monyet tapi bila dah sampai pada aku orang yang last kena lukis.. korang tau apa... ada sebuah perkampungan dan atas pokok kelapa ada monyet dan tandas... ooiittt pelik bebenor lah gamaknya lukisan aku tu kih kih... mengarut je... bila di check rupanya member yang ke3 terpusing ayat tu sampai ada kampung bagai... so nak tunjukkan kat sini apa-apa gosip yang dengar takkan lari dari unsur tokok tambahnya ...
# Games
Weeeehhhhhaaaahh.... keretapi derr... pelik jugak aku dengan permainan ni tapi serious enjoy sesangt ^ ^
Susunkan puzzle tu dengan tangan kat hidung dan mulut tidak boleh bersuara. apa cara sekalipun jangan bersuara.. kalau tidakk... ini akibatnya hehehe
Dah bercakap kan kenalah denda duduk dengan pokok ni dan bagitau pokok yang kitaorang sayang dia.. segar bugar pokok tu gamaknya bila dengar kata2 kitaorang tuhh... hhihi.. makin membesar lah kau wahai si pokok *-*
bukan itu saje...
kitaorang kena jugak buat sifir ketam... dan sifir siput kuakuakuaaaa..
1 x siput .... siput
2 x siput....siput siput
3 x siput.... siput siput siput
sifir ketam pon sama tapi dengan gaya sekai tau... comel je laaa
Diorang ni pon kena denda jugak... nyanyi lagu tema program even suara x sedap sekalipon wahahaha. Nasib baik tak ada guruh gempita masa diorang nyanyi. Merdu agaknya :P
# Lawatan
Cantik dewan kuliah nyerr.. ni waktu dgr ceramah bio.. kitorng masa tu kan baru first time masuk dewan kuliah ... that's y rasa kagum tu lebih sikit ^ ^ aceceee
moh ler kitew pegi jalan-jalan...
Excited den tau... bila kitaorang dapat travel kat sume tempat dlm uni tu...
Ayuhh sama-sama kita berjalan lalalala..
Ambik kau... kecianlah kat kau yer patung oi.. sabo je la bila ada tangan yang tak berskill ni datang.. habis mulut engkau den ngayamnye
Gigi siapa kah itu?? Besar gila wehh... @Fakulti Pergigian
My girlfriend dah dukung baby la..hehe...
seyes baby tu nampak real, aku dah dukungnya..berat macam betul2 seorang baby dan kulitnya pon lembut jugak waalupun tak sehalus yang betul-betul. Comel laaaa... sesangt! Kalau sesiapa yang meroyan and dapat baby ni confirm tak akan dibagi balik la.... ciss apakah yang aku mengarutkan ni?
* blur SEKETIKA*
Abang Jad explain amenda entah kat wad tu... doctor-to-be la katakan... ehh kat wad pun ada patung si ibu yang macam betul2 ... masa first aku masuk aku ingatkan memang ada pesakit betul tapi bila dah dekat baru tau yang benda tu sebenarnya patung jeerrr..
Acting betul si penghulu ni.. hahaha... macam betul je kan??
ahh... banyak lagi aktiviti ya tapi aku just tulis yang ni je laa.. ok ni dia our objective masa tu..
ehhhheeeemmmm ^ ^
Skspm yang bagi aku... pengalaman yang terbaik.... dah la dalam bulan Ramadhan lagi dan mungkin terasa berakah yaaa..
kehidupan kita tak lari daripada merasai pengalaman..
pertemuana tidak lengkap tanpa perpisahan :(
ohhh... by te way.. lupa pulak dengan lagu tema program ni... ni dia.. lirik ni korang hayati dan u'll know something...
Ada satu video. Masa first time tengok waktu habis program, terasa sebak kot. Kawan-kawan aku pun pelik kenapa aku sensitive sangat time tu even i know la yang i ni takder la brutal mana pon! Menangis macam budak-budak. Malu tau bila member2 tengok. Aishh.. Tapi that's me, bila dah aku suka atau sayang pada ukhwah itu, rasa sayang tu datang dari hati yang paling dalam. Sukar untuk aku jelaskan. Tapi sesiapa yang join this program, they will know it. Maybe orang lain tak rasa, but i did. Maybe jiwa aku lemah sangat kot.
Sampai sekarang, bila aku tengok video ni hati aku rasa syahdu, sayu.. i really miss that moment. TOO MUCH!!
Entah rindu pada sapa, tapi hanya merindukan sebuah ikatan ukhwah agaknya.