Sunday, 14 September 2014

Adakah ini jawapan istikaharah aku?

Salam Alayk

Officially aku dah tamat foundation aku pada bulan Ogos tahun ni sebelum aku dah yang lain pergi Bridging programme kat Sunway University lagi. Lepas tu aku dan yang lain balik kampung becoz weols belum dapat comfirmation apa-apa lagi from our sponsor berkaitan our degree. Tapi hati resah bagai nak rak pon bila menunggukan apa yang tak pasti ni. Hampir 2  minggu jugaklah menunggu walhal orang lain dah start kelas untuk degree tapi kitaorang masih holiday. 

Pada tanggal 9/9/2014- Peneraju give us the confirmation dan bila dapat benda tu, alhamdulillah i accept that course dengan hati yang terbuka. Aku insyaallah tiada rasa kesal padanya. Mungkin jua kerana aku pernah mendapat satu petanda yang mungkin ku kira sebagai jawapan istikharah aku.

Ok cerita bermula sewaktu aku dapat offer yppb untuk foundation science kat UCSI University. At that time, i studied at Palam like i mention before. Hari terasa amat berbelah bagi nak nak pulak i've never heard bout Ucsi before so aku pergi tanya lecturer and family and my friends and all those yang ak rasa boleh beri aku jawapan yang bernas. 

Aku buat istikharah untuk pilihan yang terbaik sebab ALLAH tahu segalanya yang mana terbaik untuk aku dan semua hambaNya.

dan

aku dapat mimpi.

Mimpi itu aku berasa satu kawasan yang asing. Masa tu hujan dan orang pakai payung la kan. Dan aku perasan semuanya orang buta. Aku jadi pelik. Orang buta yang keluar pada waktu malam? Tempat apa tu?

Aku siap google lagi mana ada tempat yang macam tu kat dunia ni.

Aku share la mimpi aku tu padal my roomates masa tu, Farah. Dia bagitau aku aku mimpi kawasan lain dan bukan kawasan yang aku berada sekarang mungkin ptanda aku akan pergi ke tempat lagi. Aku asyik termenung je masa tu. Bukan senang nak buat keputusan yang melibatkan soal masa depan kita ni. Kita merancang dan allah merancang tapi perancangan allah tu jauh lebih baik daripada perancangan kita.

Sehari sebelum pendaftaran untuk terima offer yppb ni aku belum lagi decide. Tapi entah kenapa hati aku berat mengatakan yang aku pelu terima tawaran tu. Aku dulu pon pernah je tolak offer Mara untuk buat engineering. Ynag tu lagi la sebab kalau terima offer Mara tu aku ada chance untuk belajar oversea. Sepanyol kau tau tapi aku tak terima. Sebab dalam impian aku ni, aku tak pernah berangan nak pergi negara Eropah yang sosialnya teruk pada pandangan ak sbb aku takut aku berubah makin teruk. Aku ni kan cepat terpengaruh. Kalau setakat nak pergi melancong aku nak la tapi kalau nak menetap dan belajar kat sana ak takut tak mampu nak hadapi dugaan dunia.

I decide to accept and in one night i settle everything. 

From sunway university dan ulang alik ke Palam seorang diri dengan bas... i can't believe that i can do this.Masyallah. U know who i am. Seorang perempuan kampung yang tak pernah pon walau sekali pergi tempat jauh sorang-sorang. Even Kota Bharu pon aku tak pernah pergi sorang-sorang. Nak pergi rumah kak la kat Seremban pon akan ada ayah temankan. Nak pergi kat kak ngoh kat Kedah pon, adik temankan.  Betapa tak berdikarinya aku. Manja!!

Tapi bila aku terpaksa tempuhi semua itu sendirian, ma ada bagitahu aku,
Mungkin ni adalah jalan yang terbaik. Allah permudahkan urusan tu mungkin ada hikmah disebalknya.

Bila aku sampai kat UCSI University ni aku mula tahu dengan persekitannya yang sosial. Ramai yang bukan Islam. Pergaulannya tanpa batas. Aku takut dan gundah. Aku mula terfikirkan mimpi aku. Ya, aku mimpi orang yang buta dari segi fizikalnya tapi kini aku berjumpa dengan manusia yang buta batinnya. Tidak beriman pada Allah itu adalah sebenar-benar buta kan? Mata yang buta hanya tak mampu melihat keindahan dunia tapi hati yang buta akan hilang segala nikmat kehidupan. Nauzubillahiminzalik.

Moga Allah merahmati tu dan memelihara aku dalam kebaikan. Ameen.

Setelah setahun berlalu,

Universiti aku tiba-tiba ada kos baru. Kos Optometri. Kos mata. Baru ditubuhkan dan tiada batch pertama lagi. Aku mula berdebar. Apakah ini?

Dan setelah asasiku selesai dan aku ditawarkan Bachelor Of Optometry (Hons) aku mula terfikir. Adakah ini suratan ataupun satu kebetulan?

Allah is the Greatest.
Allah is the Almighty.

Aku tak tahu apa rahsia amasa depan aku
Tapi aku percaya setiap yang berlaku itu sudah tersurat.
Mungkin ini rezeki aku.

Aku terima dengan hati yang redha. 

Setiap orang memiliki rezeki yang berbeza. Ada yang memperolehi rezeki dengan harta yang banyak. Ada juga yang memperoleh rezeki dengan otak yang bijaksana. Ada yang berezeki dengan rupa yang menawan tapi rezeki yang pada aku sangat penting adalah hidup yang berkat. Hidup  dalam kasih sayang Allah. Dan moga mati juga dalam kasih sayang Allah. Insyaallah Husnul Khotimah. Ameen!!

Salam Sayang,
Syerah 

No comments: