Assalamualaikum
Minggu ni semuanya dah tak macam minggu-minggu sebelumnya. Suasana di universiti sunyi sebab semua orang dah mulai balik. Member aku pon ramai jugak yang balik tapi ak just duduk diam-diam sini. Study week dan kalau aku balik kampung itu dah bermakna bukan study week lagi, itu dah holiday namanya. Lagipula, dah banyak kali ak balik masa nak exam MUET ari tu, so cuti berapa hari ni x yah balik la. Kejap je pon.
Memang jeles tengok diorang balik tapi tak pe la. Lagipula Kuantan kan banjir sekarng ni. Ada mengenakah Kuantan banjir dengan aku nak balik kampung? Ada jugak kot sebab aku kan kat Kelantan dan balik kampung lalu kat Pahang tapi ak tak sure pulak lalu x kat Kuantan. Tapi tak kesah la. 16 hari bulan nanti cuti lama sikit nanti ak balik. Horayyy.. tak sabar pulak rasanya. Tapi ak cuak pulak dengan final exam. (dah nak final pon menyempat aje update blog)
Minggu ni, kiteorang macam sedih sikit la. Macam je sedih tapi dalam hati ada sedikit berbunga sebab dah nak abis sem. Sedih tu pulak sebab lecturer sem ni dan lecturer sem depan tak sama. So, lecturer yang mengajar untuk sem ni tak lagi mengajar kitaorang untuk sem depan. Even subject sama, tapi lecturer lain. Bio 1 lain Bio 2 lain.
Masa sesi-sesi terakhir tu, sempat la ambik gambar sebagai kenangan la katakan. Berjumpa sekarang dan belum tentu lagi berjumpa lain kali.
begitu tekun nampaknya diorang tengah siapkan eksperiment. Ouuhh.. padahal ak yang mintak Gayatri posing macam tu hehe. Si Pei tu memeng rajin tak boleh belah weii, dia memang betul-betul tengah siapkan pengiraan stomata before lab habis. Aku pulak yang termalu sendiri melihat kerajinannya yang tak berbbelah bahagi tu ( betulkah ayat ak tu?) Tak ada masalah pon kalau ayat tunggang -langgang sekalipon * otak membidas kencang*
Group terakhir bersama dalam lab Bio. Pei ( kanan) dan Gayatri ( tengah). Kenapa aku nampak begitu ketara pertambahan berat badan? Kecilkan mata dan buat-buat tak nampak je, ak tahu ak dah makin temban. sob sob tapi it's okay la. Chubby sikit, kalau kurus sngat nak tengok pon tak lalu ( cuba memujuk hati sendiri) Actually group 4 orang tapi si lelaki sorang tu dah x datang-datang sejak beberapa lab yang lalu, kira dismiss la daripada group kitaorang. Bahagia tanpa lelaki seadanya. Ayat kau..memang la kan!! Tanda seru dua kali tanpa setuju dengan statement sendiri.
Total semua Melayu dalam kelas Bio 1. Yang kat tengah tu, miss kiteorang, miss Syima. Disekeliling gambar tu, semuanya budak yang lead to Pharmacy and Madicine. Lead je pon, belum tentu lagi dapat ke idak. Mohon dipermudahkan olehNya. Amin ya rabb!!
Gaya macam Sir bagi award je kat kitaorang. kan kan? Itu lah projek yang dah siap di celak dan dapat la jugak ditayangkan dengan riak wajah yang bercahaya * bangga gitu* Tapi takyah la nak bangga sangat sebab arragement for our projek banyak sir yang tolong. Trace tu kira dah makin expert la. Expert? Bajet poyo je. Alhamdulillah, dah siap semuanya..
Classmates merangkap group member. Tapi tak termasuk yang kat tengah tu ( sori dina ^ ^ )
Classmate aku , Syu cakap yang pakai spek tu rupa dia macam pelakon dalam Spiderman yang watak jahat tu. Tapi takleh zoom pulak kat sini almaklumlah kamera phone je pon.
Berkaca mata putih itu, sir Teng. cute kan? Bila dia nak masuk kelas, dia bawak beg macam student dan botol air mineral kat tangan. Memang tak berbelah bahagi lah aku kata yang dia ni cute. Hhaha
Ciou dulu. Nak gi solat kejap dan mencari makan breakfast cum lunch!!










No comments:
Post a Comment